Warning and AlertShare any useful info with us if you find some pishing or fraudulent websites or any useful info to help others from being SCAMMED by individual or company and beware about any CRIME
Kawan saya telah menjadi mangsa tidak berperi kemanusiaan ini, hidup dia sekeluarga sukar nak digambarkan akibat daripada perbuatan manusia kejam ni. Sahabat saya ini kehilangan segala-galanya, dulu sahabat saya ini seorang yang berada,tapi telah ditipu oleh penyamun ni, dia kerugian hampir RM1 juta, rumah kediamannya disandar kepada pemberi pinjaman, keretanya dijual dan lebih malang lagi nama sahabat saya ini dugunakan untuk menipu orang lain. Akibatnya sahabat saya diburu dan diancam oleh orang-orang yang memberi pinjaman kepada zmzahar ni. Kini hidup sahabat saya merempat akibat rumahnya dirampas, kereta yang dijual oleh penyamun ini dituntut oleh pihak Bank, akibatnya sahabat saya ini akan diisytiharkan muflis. Untuk pengetahuan semua sahabat saya ni pernah menyiarkan kesengsaraan hidupnya didalam akhbar Kosmo dan Buletin Utama TV3 serta mengadu kepada Biro Pengaduan Awam tapi malangnya semua tindakan ini tidak berkesan kepada penyamun ini, mengikut cerita penyamun ini bersahabat baik dengan seorang pegawai atasan polis, oleh sebab itu tiada tindakan dapat diambil walaupun berpuluh laporan polis telah dibuat. Berbalik kepada sahabat ini sekarang kehidupannya amat parah, untuk pengetahuan semua sahabat saya mempunyai lima orang anak, tidak dapat saya gambarkan bagaimana dia harus menjalani kehidupan ini. Oleh itu saya merayu kepada sesiapa yang bersimpati dengan sahabat saya ini boleh memberi sebarang bantuan kepada sahabat saya ini tidak kira kewangan atau sokongan moral (SEKIRANYA INGIN MEMBERI SOKONGAN MORAL SILA LAYARI BLOG azharceopenipu.blogspot dan meninggalkan pesanan semangat untuk beliau atau sumbangan kewangan di akaun mbb di no. 1648 5600 9514) semoga ALLAH memberkati pertolongan ikhlas saudara-saudari semua. sekian wassalam.
aper perasaan dia bila dia dapat tipu org...?
dunia nie dah lain...nie baru sorang...padahal ader ramai lagi kita semua kena hati2...
jgn mudah percayakan org...xsemua org bersikap murah hati...ader setengah hnya mementingkan diri sendiri...
Dalam surah al Baqarah ini ada beberapa ayat yang menjelaskan kisah-kisah
orang-orang munafik, diantaranya adalah sebagai berikut:
Dan diantara manusia ada yang mengatakan "kami beriman kepada Allah dan hari
kemudian, padahal mereka bukan orang yang beriman (8) Mereka hendak menipu
Allah dan orang-orang yang beriman dan tidaklah mereka itu melainkan dirinya
sendiri dan mereka tidak menyadari (9).
{ يُخَادِ عُونَ اللّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا}, yakni mereka menipu Allah dan
mendustakannya dan mereka juga berani kepada Allah dan menyangka mereka
telah berhasil menipu Allah dan orang-orang mukmin, { وَمَا يَخْدَ عُونَ
إِلاَّ أَنفُسَهُم وَمَا يَشْعُرُونَ 9 }, dan tidaklah mereka menipu kecuali
menipu diri mereka sendiri bahwasannya perbuatan mereka itu akan kembali
kepada mereka sendiri dan mereka tidak menyadarinya.
__________________
==IF U FAIL TO PLAN,THEN U PLAN TO FAIL==
utk ppengetahuan semua "manusia" ni tak mengenal mangsa, antara mangsanya adalah pelajar-pelajar universiti, ada satu kes duit org yang nak pergi umrah, duit org nak beli laptop, pergunakan syarikat org lain mcm bapak dia punya syarikat, duit org baru kematian suami dan ramai lagi. Anggaran penipuan yang dibuat +/- RM3juta tapi ya la dia seorang yang "bijak membelit", bekas majistret di Pulau Pinang, ramai kenalan dikalangan peguam. Salah seorang mangsanya spt yang saya paparkan sebelum ini, di kebas duit,harta, kereta lepas tu dia tinggalkan begitu saja tanpa belas kesian. Sebelum itu dia akan berpura-pura baik, alim dan warak tapi sebenarnya iblis bertopengkan manusia, saya kata begitu kerana dia sanggup bersumpah dan junjung Quran utk menipu.