TenkoFX ECN Gravity

+ Reply to Thread
Results 1 to 6 of 6
  1. #1
    joney's Avatar
    joney is offline Pengetua Ehoza

    is .............. dead!
     
    I am:
    Tired
     
    joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    Pass Away
    Posts
    8,902
    Points
    3,593.64
    Thanks
    193
    Thanked 96 Times in 63 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    182690

    Thumbs up Tekanan - Jejas Daya Ketahanan

    Tekanan - Jejas Daya Ketahanan



    Pelbagai masalah kesihatan dialami seseorang boleh ‘timbul’ semula

    “TIBA-TIBA saja dia naik angin. Tidak pasal-pasal saya jadi sasaran kemarahannya. Padahal saya hanya menyambungkan panggilan telefon untuknya. Ini bukan kali pertama dia melepaskan kemarahannya pada kawan.

    “Kalau ikutkan hati, mahu saja saya balas kata-katanya, tetapi apabila difikirkan balik nanti jadi gaduh besar pula. Paling teruk, nanti kita pula terpengaruh dengan perangai buruk macam itu. Hilang ‘mood’ hendak bekerja,” rungut seorang teman meluahkan perasaannya melalui telefon.

    Sudah beberapa kali teman sekuliah menghubungi penulis untuk melepaskan rasa geram yang terbuku di hatinya. Sepanjang 15 tahun berkawan dengannya, dia yang penulis kenal adalah seorang yang ceria dan jarang ambil hati, walaupun hebat ‘dikutuk’ teman lain.
    Keadaan dilalui teman sekuliah itu boleh dianggap perkara biasa dalam dunia serba mencabar ini.

    Melepaskan kemarahan kepada orang lain untuk meredakan perasaan sendiri adalah mekanisma pertahanan psikologi yang tidak sihat dan negatif.

    Jika anda mempunyai tabiat ini, hentikan segera dan belajar cara sihat untuk mengawal tekanan kerana ia bukan saja boleh menyebabkan orang lain tertekan tetapi lebih penting, tindakan itu menjejaskan hubungan sosial dan kredibiliti anda.

    Sebenarnya, setiap individu mempunyai keupayaan dan kebijaksanaan untuk merasionalkan semula fikiran mereka bagi menangani tekanan supaya masalah dihadapi tidak berlanjutan, kata Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Dr Nor Hamidah Mohd Salleh.


    Tekanan berlaku apabila seseorang itu tidak lagi mampu memenuhi sesuatu tuntutan. Pada umumnya kita memang memerlukan sedikit tekanan sebagai motivasi atau perangsang untuk melakukan kerja.

    Bagaimanapun, tekanan berlebihan mendatangkan masalah, terutama apabila minda dan badan tidak lagi bekerja seiringan.

    Banyak perkara boleh menyebabkan seseorang tertekan termasuk tuntutan kerja, masalah kewangan dan keluarga.

    Dr Nor Hamidah berkata, tekanan juga boleh datang dari diri sendiri. Contohnya, apabila seseorang itu meletakkan sasaran tertentu melebihi kemampuannya.

    Untuk mencapai sasaran berkenaan, dia bekerja keras dan mengetepikan banyak perkara penting seperti mengorbankan waktu tidur dan mengabaikan kesihatan.

    “Badan dan minda kita sebenarnya bekerja seiringan secara seimbang. Masalah timbul apabila keseimbangan ini terjejas. Tidak cukup rehat dan tidur boleh memberi kesan kepada badan dan minda.

    “Dalam keadaan ini kita cepat letih, mengantuk dan tidak boleh berfikir dengan baik. Keadaan ini menjejaskan keupayaan seseorang untuk bekerja. Malah, pada masa sama mereka terdedah kepada risiko terbabit dalam kemalangan jika terlelap ketika memandu kereta,” katanya.



    Gejala tekanan

    Boleh dikatakan setiap hari kita mengalami gejala tekanan tanpa disedari. Tekanan berlebihan menjejaskan daya ketahanan badan yang membuatkan seseorang mudah mendapat jangkitan. Malah, ketika ini pelbagai masalah kesihatan dialami seseorang boleh ‘timbul’ semula.

    Gejala tekanan bergantung kepada tahap tekanan dihadapi dan cara seseorang menangani masalah mereka. Biasanya, gejala hanya muncul apabila tekanan dialami seseorang itu sudah berlanjutan.

    Namun, ada yang mengalami reaksi tekanan akut, contohnya apabila berdepan tekanan keterlaluan atau trauma seperti kemalangan, bencana alam dan kematian orang disayang.

    Dalam keadaan ini, seseorang itu mungkin mengalami gejala lebih teruk seperti dada berdebar-debar, menggeletar, kebas atau pitam.

    Bagaimanapun, apabila berdepan tekanan kerja, jarang berlaku gejala akut dan biasanya ramai tidak sedar mereka mengalami tekanan.

    Malah, gejala tekanan juga biasanya bersifat fizikal dan dianggarkan hanya 10 hingga 20 peratus memberi kesan negatif kepada mental.

    Antara gejala fizikal dialami ialah sakit kepala, dada berdebar, tekanan darah meningkat, sesak nafas, sakit otot, cirit-birit, sembelit, sukar tidur, letih, resah, emosi mudah terganggu dan cepat marah. (Rujuk Jadual 1)

    “Gejala tekanan biasanya bermula dengan perubahan fizikal, tetapi jika dibiarkan ia boleh menjejaskan emosi dan fikiran seseorang. Mereka mudah resah dan risau tanpa sebab.

    “Tekanan juga membuatkan seseorang tidak dapat berfikir dengan baik. Kerja menjadi perlahan dan mereka mengambil lebih banyak masa untuk melaksanakan sesuatu tugas. Mereka mudah hilang semangat dan jika tidak dibantu, lama kelamaan individu ini tidak mampu berfikir langsung.

    “Pada peringkat lebih buruk, mereka mungkin mengalami kemurungan sehingga lupa diri. Ketika ini mereka sebenarnya menghadapi penyakit psikotik dan perlukan rawatan segera,” katanya.



    Rawatan

    Rawatan terbaik ialah mengawal dan menguruskan tekanan pada peringkat awal. Kata orang, wanita dapat mengendalikan tekanan dengan lebih baik kerana mereka ada banyak kemahiran berbanding lelaki. Antaranya ialah kemahiran meluahkan perasaan dan menangis.

    “Memang tidak dapat dinafikan dua cara ini boleh mengurangkan beban dalam fikiran. Wanita dianugerahkan Tuhan dengan emosi. Emosi ini termasuk kemampuan memberi lebih perhatian, kasih sayang dan hati lembut.

    “Malah, orang menganggap senjata wanita adalah tangisan, tetapi mereka tidak tahu tangisan itu ada kebaikannya. Apabila kita menangis, otak mengeluarkan bahan kimia dipanggil endorfin untuk menseimbangkan semula perasaan sedih tadi. Sebab itu selepas menangis, perasaan kita menjadi lega dan lebih tenang,” katanya.

    Sebenarnya setiap orang mempunyai dua kemahiran asas untuk menangani tekanan iaitu mekanisma pertahanan psikologi dan mekanisma ketahanan.

    Mekanisma pertahanan psikologi terbahagi kepada dua iaitu mekanisma sihat dan tidak sihat.

    Mekanisma sihat adalah seperti kemampuan merasionalkan fikiran menggunakan daya intelek. Contohnya, apabila berdepan masalah, seseorang itu menimbang dan memikirkan semula masalah berkenaan secara rasional serta tindakan yang perlu diambil untuk mengatasinya. Bagaimanapun, perkara ini sukar dilakukan.

    Lebih ramai secara tidak sedar menggunakan mekanisma bersifat kurang sihat seperti melepaskan kemarahan kepada orang lain, memukul, bertindak ganas, merokok, minum minuman keras, mengambil dadah atau melakukan perkara yang boleh memberikan ketenangan segera.

    Bagaimanapun, kebanyakan orang lebih mahir menggunakan mekanisma ketahanan untuk menangani tekanan. Antara kaedah yang boleh dilakukan ialah:

    l Mengamalkan gaya hidup sihat. Makan makanan seimbang dan kerap bersenam. Amalan gaya hidup sihat mampu mengekalkan keseimbangan minda dan badan.

    l Jangan suka menyendiri apabila menghadapi masalah. Luahkan masalah kepada kawan rapat atau ahli keluarga. Walaupun ia tidak dapat diatasi, tetapi dengan menceritakan masalah, perasaan menjadi lebih tenang.

    l Kenali punca dan pelajari kaedah menyelesaikan masalah.

    l Ketahui kelebihan dan kelemahan diri. Jangan letak sasaran melebihi kemampuan diri kerana anda berasa tertekan jika impian tidak tercapai.

    l Mempunyai hubungan baik dengan keluarga sebagai pemberi sokongan.

    Individu yang berasakan tiada semua kemahiran di atas disaran mendapatkan bantuan kaunseling sebelum gejala tekanan menjadi lebih buruk dan serius.

    “Malangnya, ada yang menganggap tindakan mendapatkan bantuan kaunselor atau pakar psikiatri menandakan kelemahan mereka, sedangkan pendapat ini salah. Mendapatkan bantuan pakar bukan bermakna anda lemah, tetapi ia penting untuk kebaikan diri.

    “Stigma atau tindakan melabelkan seseorang itu mengalami masalah jiwa perlu dikikis kerana ia menghalang individu berkenaan mendapatkan bantuan. Bagi orang yang berasakan diri mereka memang ada masalah dan tidak mampu menanganinya, kikis perasaan malu dan ego untuk dapatkan bantuan,” katanya.

    Selain itu, setiap individu perlu memberi perhatian kepada orang di sekeliling mereka. Jika ada yang menunjukkan perubahan tingkah laku, ambil tindakan segera dengan memberitahu individu berkenaan mengenai perkara itu.

    Ini kerana kebanyakan orang tidak sedar mereka mengalami tekanan dan mula berubah. Sikap prihatin ini dapat membantu menyelamatkan orang lain, terutama yang mengalami kemurungan.

    Individu murung boleh diandaikan seperti orang sesat dalam hutan dan tidak jumpa jalan pulang. Mereka perlu dibantu dengan dirujukkan segera kepada pakar.

    “Sebagai rakan, jangan menolak apabila ada kawan mahu meluahkan masalahnya. Jadilah pendengar dan penyimpan rahsia yang baik. Kadangkala mereka hanya memerlukan tempat untuk mencurahkan perasaan.

    “Jika anda tidak dapat memikirkan cara menyelesaikan masalah mereka, meluangkan masa untuk mendengar masalah mereka sudah memadai,” katanya.

    Secara umumnya, seseorang itu perlukan bantuan apabila fungsi hariannya mulai terganggu akibat tekanan. Usah malu untuk mendapatkan bantuan jika anda rasakan tidak dapat menangani masalah seorang diri.

    Usah biarkan diri anda dibelenggu tekanan kerana ia boleh menyebabkan anda terjerumus ke dalam kancah kemurungan yang memerlukan rawatan antara sembilan hingga 24 bulan.

    Lebih buruk, individu yang pernah mengalami kemurungan pada amnya tidak berupaya menangani masalah dengan baik dan risiko penyakit ini berulang pada masa akan datang juga tinggi.
    Last edited by joney; 24-03-2007 at 01:30 AM.


  2. The Best Spread 468x60ms

  3. #2
    sharksuke's Avatar
    sharksuke is offline Full Time Supporter

    is back to be Ehozarian
     
    I am:
    Awesome
     
    sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute sharksuke has a reputation beyond repute
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    kuantan
    Age
    31
    Posts
    2,543
    Points
    2,099.04
    Thanks
    55
    Thanked 121 Times in 86 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    27624
    panjang btuil artikel ko joniey..
    pueh aku nk baca,,
    tgk gambr jerlar.



  4. #3
    joney's Avatar
    joney is offline Pengetua Ehoza

    is .............. dead!
     
    I am:
    Tired
     
    joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    Pass Away
    Posts
    8,902
    Points
    3,593.64
    Thanks
    193
    Thanked 96 Times in 63 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    182690

    Wink

    Quote Originally Posted by sharksuke View Post
    panjang btuil artikel ko joniey..
    pueh aku nk baca,,
    tgk gambr jerlar.
    Bace la.. bagus untuk kesihatan minda ko ni...



  5. #4
    firas's Avatar
    firas is offline Addicted Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    firas will become famous soon enough
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    kajang-ser
    Posts
    901
    Points
    347.70
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    591
    oleh itu jauhkan diri dr kemurungan...
    ceriakan diri selalu...senyum selalu...
    "ukirlah senyuman yg paling manis,kerna selain sedekah..senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati & senyuman itu tidak menyakitkan tetapi menjadi penawar hati yg sakit..."
    'Destinasi Cinta Yang Ku Cari...Sebenarnya Terlalu Hampir...Hanya Kaburi Dengan Dosa Di dalam Hati...'



  6. #5
    firas's Avatar
    firas is offline Addicted Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    firas will become famous soon enough
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    kajang-ser
    Posts
    901
    Points
    347.70
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    591
    Quote Originally Posted by joney View Post
    Bace la.. bagus untuk kesihatan minda ko ni...
    abg...kalo make it as a point..
    agi senang nak baca abg...hehehe...
    'Destinasi Cinta Yang Ku Cari...Sebenarnya Terlalu Hampir...Hanya Kaburi Dengan Dosa Di dalam Hati...'



  7. #6
    joney's Avatar
    joney is offline Pengetua Ehoza

    is .............. dead!
     
    I am:
    Tired
     
    joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    Pass Away
    Posts
    8,902
    Points
    3,593.64
    Thanks
    193
    Thanked 96 Times in 63 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    182690
    Quote Originally Posted by moon View Post
    abg...kalo make it as a point..
    agi senang nak baca abg...hehehe...
    mmg dah dlm point note tu, cume takde titik2 je...


  8. FXOpen 468x60ms

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

     

Similar Threads

  1. Daya saing belum luntur
    By hpmfl2002 in forum Info & Selebriti
    Replies: 0
    Last Post: 22-06-2009, 12:24 PM
  2. Laman IPTS: Tingkat daya saing
    By headpux in forum Isu Semasa 2009
    Replies: 0
    Last Post: 27-02-2009, 07:09 PM
  3. 10 cara tingkatkan daya ingatan
    By sky.blue in forum Panduan Kesihatan
    Replies: 1
    Last Post: 25-02-2009, 03:36 PM
  4. Tingkatkan Daya Ingatan
    By boy85 in forum Info & Pengetahuan Am
    Replies: 3
    Last Post: 06-01-2009, 09:36 PM
  5. ~~Penyakit Lupa Dan Rahsia Menguatkan Daya Ingatan~~
    By valentine in forum Info & Pengetahuan Am
    Replies: 4
    Last Post: 23-08-2007, 09:53 PM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
Premium Ads
TenkoFX ECN Gravity

Paid Ads

FXOpen 125x125

Moneybookers 180x60









Ehoza Ads
Ehoza Ads