stp 728x90-en

+ Reply to Thread
Results 1 to 1 of 1
  1. #1
    spedarman's Avatar
    spedarman is offline Ehoza's Freak
    is lelaki
     
    I am:
    Cool
     
    spedarman has a reputation beyond repute spedarman has a reputation beyond repute spedarman has a reputation beyond repute spedarman has a reputation beyond repute spedarman has a reputation beyond repute spedarman has a reputation beyond repute spedarman has a reputation beyond repute spedarman has a reputation beyond repute spedarman has a reputation beyond repute spedarman has a reputation beyond repute spedarman has a reputation beyond repute
    Join Date
    Sep 2007
    Location
    Selangor
    Age
    34
    Posts
    3,842
    Points
    1,387.54
    Thanks
    0
    Thanked 12 Times in 11 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    4742

    Amanat Seorang sahabat


    Diceritakan bahawa ada dua orang lelaki dari kalangan sahabat Rasulullah s.w.a. berteman baik saling ziarah menziarahi antara satu dengan lainnya. Mereka adalah Sha’b bin Jastamah dan Auf bin Malik.
    Wahai saudaraku, sesiapa di antara kita yang pergi (meninggal dunia) terlebih dahulu, hendaknya saling kunjung mengunjungi.” kata Sha’b kepada Auf di suatu hari.
    Betul begitu?” tanya Auf.
    Betul.” jawab Sha’b.
    Ditakdirkan Allah, Sha’b meninggal dunia terlebih dahulu. Pada suatu malam Auf bermimpi melihat Sha’b datang mengunjunginya.
    Engkau wahai saudaraku?” tanya Auf.
    Benar.” jawab Sha’b.
    Bagaimana keadaan dirimu?”
    Aku mendapatkan keampunan setelah mendapat musibah.”
    Apabila Auf melihat pada leher Sha’b, dia melihat ada tanda hitam di situ.
    Apa gerangan tanda hitam di lehermu itu?” tanya Auf.
    Ini adalah akibat sepuluh dinar yang aku pinjam dari seseorang Yahudi, maka sila tolong jelaskan hutang tersebut. Ketahuilah wahai saudaraku, bahawa tidak satupun kejadian yang terjadi di dalam keluargaku, semua terjadi pula setelah kematianku. Bahkan terhadap kucing yang matipun dipertanggungjawabkan juga. Ingatlah wahai saudaraku, bahawa anak perempuanku yang mati enam hari yang lalu, perlu engkau beri pelajaran yang baik dan pengertian baginya.”
    Perbualan di antara kedua-dua lelaki yang bersahabat itu terhenti kerana Auf terjaga dari tidurnya. Dia menyedari bahawa semua yang dimimpikannya itu merupakan pelajaran dan peringatan baginya. Pada sebelah paginya dia segera pergi ke rumah keluarga Sha’b.
    “Selamat datang wahai Auf. Kami sangat gembira dengan kedatanganmu.” kata keluarga Sha’b. “Beginilah semestinya kita bersaudara. Mengapa anda datang setelah Sha’b tidak ada di dunia?”
    Auf menerangkan maksud kedatangannya iaitu untuk memberitahukan semua mimpinya malam tadi. Keluarga Sha’b faham akan semuanya dan percaya bahawa mimpinya itu benar. Mereka pun mengumpulkan sepuluh dinar dari wang simpanan Sha’b sendiri lalu diberikan kepada Auf agar dibayarkan kepada si Yahudi.
    Auf segera pergi ke rumah si Yahudi untuk menjelaskan hutang Sha’b.
    “Adakah Sha’b mempunyai tanggungan sesuatu kepadamu?” tanya Auf.
    “Rahmat Allah ke atas Sha’b Sahabat Rasulullah S.A.W. Benar, aku telah memberinya pinjaman sebanyak sepuluh dinar.” jawab si Yahudi.
    Setelah Auf menyerahkan sepuluh dinar, si Yahudi berkata: “Demi Allah dinar ini serupa benar dengan dinarku yang dipinjamnya dulu.”
    Dengan demikian, Auf telah melaksanakan amanah dan pesan saudara seagamanya yang telah meninggal dunia.


  2. bitcoin 468x60-en

  3. The Following User Says Thank You to spedarman For This Useful Post:


Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

     

Similar Threads

  1. ABDULLAH IBN UMAR - SAHABAT RASUL, SAHABAT MALAM
    By fendikya in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 0
    Last Post: 06-10-2009, 11:29 AM
  2. diari seorang suami dan seorang isteri
    By declaireus in forum Jokes, Pranks
    Replies: 35
    Last Post: 06-09-2009, 01:30 PM
  3. Ciri2 seorang Sahabat yg Baik
    By awah137 in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 0
    Last Post: 21-06-2009, 12:08 AM
  4. Amanat Seorang sahabat
    By spedarman in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 5
    Last Post: 11-10-2007, 01:26 AM
  5. Doa Seorang Sahabat
    By perati in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 6
    Last Post: 15-05-2007, 02:35 PM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
Premium Ads
The Best Spread 160x600ms

Paid Ads

Moneybookers 180x60

FXOpen 125x125









Ehoza Ads
Ehoza Ads