TenkoFX ECN Gravity

+ Reply to Thread
Results 1 to 5 of 5
  1. #1
    4dy's Avatar
    4dy is offline True Ehoza's Supporter
    is menyesuaikan diri di tempat baru
     
    I am:
    Awesome
     
    4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    P101
    Age
    33
    Posts
    9,718
    Points
    3,378.18
    Thanks
    211
    Thanked 178 Times in 150 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    4873

    Malam Pertama....

    Malam pertama ..........

    Malam itu ialah MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
    Pernahkah engkau melihat kuburan?
    Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
    Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
    Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
    Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk
    orang-orang selain darimu?
    Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang
    tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?

    Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau
    Penuh Derita dan Sengsara?"

    Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu
    nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang
    sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang
    yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala
    itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat
    berbeza.
    "Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan
    ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada
    malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan
    terjadi padamu di sana ?"
    Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak,
    keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu
    yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai
    makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada
    keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam
    gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang
    kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga
    tanah.
    Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur,
    segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit
    tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan?
    Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa
    kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
    Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut,
    adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di
    rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur
    tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin
    kembali ke dunia, seraya membaca ayat:
    "Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat
    amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah
    Al-Mu'minun, ayat 99-100)
    Kemudian ia menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia
    wahai Rabi'.." Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati
    pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa
    kepada Allah!
    Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul
    maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis
    atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku,
    tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan?
    Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka
    di Hari Kiamat nanti?
    Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya.
    Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di
    dalamnya. "Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"

    MENGAPA KITA MALAS NAK SOLAT....SAKIT APA TU...?

    Apasal la engkau malas sembahyang,
    Tuhan kasi engkau jasad siap dengan bayang-bayang,
    Bukan ke lebih beruntung daripada dari tiang,
    Berdiri tanpa roh malam siang......

    Apasal la engkau malas sembahyang,
    Kerja dah best keluarga pun dah senang,
    Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
    Takkan lima minit lima waktu engkau tak boleh luang....

    Apasal la engkau malas sembahyang,
    Tuhan kasi otak supaya engkau tak bangang,
    Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
    Tuhan kasi nikmat kenapa engkau tidak kenang...

    Kenapa la engkau malas sembahyang,
    Main bola engkau sanggup sampai petang,
    Beli tiket konsert engkau sanggup beratur panjang,
    Apa engkau ingat masuk syurga boleh hutang...?

    Apasal la engkau malas sembahyang,
    Engkau kena ingat umur kita bukannya panjang,
    Pagi kita sihat petang boleh kejang,
    Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang. ..

    Apasal la engkau malas sembahyang,
    Siksa neraka cuba la engkau bayang,
    Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
    Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang !!



  2. stp 468x60-en

  3. #2
    ArericH's Avatar
    ArericH is offline True Ehoza's Supporter
    is kawen tu ape?
     
    I am:
    Shy
     
    ArericH has a reputation beyond repute ArericH has a reputation beyond repute ArericH has a reputation beyond repute ArericH has a reputation beyond repute ArericH has a reputation beyond repute ArericH has a reputation beyond repute ArericH has a reputation beyond repute ArericH has a reputation beyond repute ArericH has a reputation beyond repute ArericH has a reputation beyond repute ArericH has a reputation beyond repute
    Join Date
    Sep 2007
    Location
    bilik tv
    Posts
    13,741
    Points
    2,145.81
    Thanks
    103
    Thanked 309 Times in 240 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    250320
    mcm pnh dgarla sajak nie... kat maner ye....
    Suatu Kenangan™
    ~You're a princess, one day you'll be a queen.. You must be strong if you want to be a queen~ArericH.K
    ~patah tumbuh hilang berganti memanjang...~bul4t



  4. #3
    Don kin's Avatar
    Don kin is offline DieHardFan Member
    is simply person
     
    I am:
    Cool
     
    Don kin has a spectacular aura about Don kin has a spectacular aura about
    Join Date
    Sep 2007
    Location
    On Earth
    Posts
    1,943
    Points
    763.10
    Thanks
    0
    Thanked 8 Times in 5 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    590
    mm sajak yg amat pedas
    smpai menusuk ke tali pusat pegi dia..
    mm pic tu mayat betul ke.?
    seram2 cool ak tgk..



  5. #4
    4dy's Avatar
    4dy is offline True Ehoza's Supporter
    is menyesuaikan diri di tempat baru
     
    I am:
    Awesome
     
    4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    P101
    Age
    33
    Posts
    9,718
    Points
    3,378.18
    Thanks
    211
    Thanked 178 Times in 150 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    4873
    aku pn seram tgk gmbr tu



  6. #5
    pot-pot's Avatar
    pot-pot is offline DieHardFan Member
    is boringzzzz
     
    I am:
    Angry
     
    pot-pot has a reputation beyond repute pot-pot has a reputation beyond repute pot-pot has a reputation beyond repute pot-pot has a reputation beyond repute pot-pot has a reputation beyond repute pot-pot has a reputation beyond repute pot-pot has a reputation beyond repute pot-pot has a reputation beyond repute pot-pot has a reputation beyond repute pot-pot has a reputation beyond repute pot-pot has a reputation beyond repute
    Join Date
    Mar 2007
    Location
    di sebuah
    Posts
    1,155
    Points
    371.04
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    1681
    erm.......


  7. bitcoin 468x60-en

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

     

Similar Threads

  1. malam pertama malam terindah
    By greysmoke in forum Jokes, Pranks
    Replies: 18
    Last Post: 03-11-2009, 11:31 AM
  2. Malam pertama
    By cik nor in forum Jokes, Pranks
    Replies: 1
    Last Post: 15-01-2009, 09:36 AM
  3. Malam Pertama Malam Terindah..
    By astalavista6048 in forum Jokes, Pranks
    Replies: 25
    Last Post: 24-07-2008, 09:58 AM
  4. MALAM PERTAMA
    By budak2 in forum Jokes, Pranks
    Replies: 13
    Last Post: 19-12-2007, 06:15 PM
  5. Malam Pertama!
    By perati in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 4
    Last Post: 18-08-2007, 02:00 AM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
Premium Ads
TenkoFX ECN Gravity

Paid Ads

FXOpen 125x125

Moneybookers 180x60









Ehoza Ads
Ehoza Ads