TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Results 1 to 1 of 1
  1. #1
    valentine's Avatar
    valentine is offline Super Ehozarian II

    is bosan!!!!!!!!!!!!!!!!
     
    I am:
    Tired
     
    valentine has a reputation beyond repute valentine has a reputation beyond repute valentine has a reputation beyond repute valentine has a reputation beyond repute valentine has a reputation beyond repute valentine has a reputation beyond repute valentine has a reputation beyond repute valentine has a reputation beyond repute valentine has a reputation beyond repute valentine has a reputation beyond repute valentine has a reputation beyond repute
    Join Date
    Jul 2007
    Location
    where I be
    Posts
    4,698
    Points
    1,669.95
    Thanks
    0
    Thanked 12 Times in 11 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    2947

    Kelebihan Bulan Rejab..

    KELEBIHAN BULAN REJAB

    Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari. Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakkan kita sedar kedatangannya. Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat islam dengan memperbanyakkan ibadah.

    1. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya
    Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

    2. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku,
    dan bulan Ramadan bulan umatku.

    3. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam
    NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.

    4. Malam awal Rejab mustajab do'anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman
    Nawawi)

    5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
    Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

    6. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang
    menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

    7. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada
    penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

    8. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam
    hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.

    9. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

    10. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

    11. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP
    DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

    12. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang
    seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

    13. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di
    dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

    14. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di
    hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
    Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah
    lalu.Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas
    segala Qalam.

    17. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa
    sebulan pahalanya.

    18. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah
    bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

    19. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar,
    dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan,
    diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

    20. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan
    Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu
    bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
    Bulan Rejab bulan Allah.

    21. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka
    kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

    22. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang
    penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam
    Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap:
    Telah aku ampunkan mereka!

    23. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan
    petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya
    daripada api neraka.

    24. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru
    kepadanya: 'Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu.
    Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau
    adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala
    makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada
    dinding antaraKu dan antara kau'.(dari kitab Raudatul Ifkar)

    25. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan
    pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun,
    kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
    Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada
    bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam
    syurga Firdaus.
    Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya
    (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70
    dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar
    nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat
    ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi
    Sirotalmustaqim.
    REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN
    bulan menuai.
    REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN
    menyucikan rohnya
    REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala
    amalan.


    Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat
    melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.
    Last edited by valentine; 29-09-2007 at 10:39 AM.


  2. bitcoin 468x60-en

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

     

Similar Threads

  1. Hadith Rejab Bulan Allah, Sya’ban Bulan Nabi
    By mugo in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 2
    Last Post: 26-06-2009, 08:05 AM
  2. Kelebihan Bulan Rejab
    By astaroth in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 2
    Last Post: 17-07-2007, 09:36 AM
  3. Bulan REJAB menjelang lagi
    By azwanbiz in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 13
    Last Post: 16-07-2007, 02:45 PM
  4. Bulan rejab
    By ayam in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 1
    Last Post: 12-07-2007, 04:14 PM
  5. Bulan Rejab
    By perati in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 3
    Last Post: 09-07-2007, 06:32 PM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
Premium Ads
The Best Spread 160x600ms

Paid Ads

Moneybookers 180x60

FXOpen 125x125









Ehoza Ads
Ehoza Ads