kisah ini berlaku di sempadan... .seorang lelaki sering melintasi
sempadan dengan m enaiki basikal serta membawa dua guni pasir. perbuatannya
itu telah disedari oleh pihak imigresen dan mengesyaki lelaki tersebut
membuat kerja penyeludupan.

pihak imigresen pun menahan lelaki tersebut dan bertanya apa yang ada
dalam guni tersebut.. lalu lelaki itu menjawab "pasir encik". pegawai
imigresen t! idak percaya lalu membuka guni tersebut. setelah diperiksa
hanya pasir sahaja yang terdapat dalam guni itu.

keesokan harinya lelaki itu membuat kerjanya seperti biasa... membawa
basikal bersama dua guni pasir.. pegawai imigresen masih tidak puas hati
lalu menahan lagi lelaki tu.. apabila diperiksa hanya pasir yang
terdapat dalam dua guni itu...

setelah 3 tahun berlalu... lelaki itu tidak lagi melakukan kerjanya
yang dulu... . suatu hari pegawai imigresen terjumpa lelaki tadi di kedai
kopi... .! pegawai imigresen pun bertanya... "sebenarnya apa
kerja kamu"? jawab lelaki itu... . "seludup basikal"... ...