TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Results 1 to 3 of 3
  1. #1
    Don kin's Avatar
    Don kin is offline DieHardFan Member
    is simply person
     
    I am:
    Cool
     
    Don kin has a spectacular aura about Don kin has a spectacular aura about
    Join Date
    Sep 2007
    Location
    On Earth
    Posts
    1,943
    Points
    763.10
    Thanks
    0
    Thanked 8 Times in 5 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    595

    Gelagat syaitan di majlis kenduri

    Gelagat syaitan di majlis kenduri

    Menurut apa yg diceritakan oleh tok dahaman, suatu hari katanya, dia bersama
    isterinya berjalan hendak kenduri kahwin dihujung kampung.....

    Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Maka terpaksalah mereka
    menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul
    1.00 tghhari. Tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan kanak-
    kanak.

    Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian menangis di
    tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang. Kata tok dahaman, dia sungguh
    hairan, siapa pula yg meninggalkan anak dalam keadaan begitu?

    Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak itu bukanlah manusia biasa kerana
    didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya
    pula capang dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat panjang, begitu juga
    jari kaki. Walaubagaimanapun, tok dahaman bertanya juga apa sebab mereka
    menangis di tepi jalan.

    Menurut salah satu drpd budak2 itu, rumah mereka telah runtuh disebabkan oleh
    hujan yg amat lebat sebentar tadi.

    Tok dahaman bertanya dimana rumah...? Mereka pun menunjukkan kepada pokok
    besar yang tumbang itu. Sudah sah lah yg budak-budak itu adalah anak jin atau
    syaitan, jelas tok dahaman.

    Menurut tok dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk
    memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri tentang
    perihal rumah mereka yg telah runtuh itu. Akan tetapi, tok dahaman menjelaskan
    kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa
    mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan mata
    kasar.

    Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening. Menurut
    anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda
    hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia menggantung
    tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang ayam bersilang di
    rambutnya.

    Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera
    kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.

    Cerita tok dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya pun
    memakai minyak tersebut. Tok dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari
    syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di tempat org
    lelaki.

    Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu banyak syaitan
    bercampur gaul dgn org ramai. Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak,
    mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala
    masakan (kerana org yg memasak tidak membaca bismillah...), syaitan-syaitan
    tersebut ada yg meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan
    mangkuk... Ada juga yg muntah ke dalam makanan,ada yang bergayut di bahu,
    duduk di kepala dan riba manusia.

    Tok dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak
    untuk makan... Org ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan tok
    dahaman pada hari itu.

    Menurut tok dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak
    daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan
    manusia di rumah kenduri.

    Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpa lah dia dgn bapa syaitan tersebut. Ketika itu,
    syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok

    Dahaman pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada
    syaitan tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat
    dan bertanya bagaimana tok dahaman boleh melihat syaitan.

    Apabila mendengar penjelasan tok dahaman, syaitan tersebut pun berlari pulang
    sambil memijak kepala orang ramai. Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih
    kecoh. Menurut isteri tok dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama
    makan kenduri dengan org perempuan bahkan di bahagian perempuan keadaan
    lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg membawa anak mereka.

    Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa mereka.
    Mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari
    pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil sambil bergayut di jendela
    rumah.. Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri tok dahaman di bilik
    pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan. Isteri tok dahaman
    mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut yang kotor dan
    berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan.

    Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri tok dahaman bercakap
    dengan cermin tempat bersolek.

    Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai tentang
    sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu percaya atau
    tidak. Begitulah hal nya, keadaan syaitan yang sungguh menjijikkan jika kita tidak
    menyebut nama allah ketika hendak makan.

    Sebelum makan, sebut lah nama allah...atau sekurang-kurangnya bacalah
    bismillah.....

    Dipetik drp majalah iktibar, edisi pengenalan, cetakan pertama 1999.

    Wallahualam..

    Moral of the story: Apabila kita melakukan sesuatu mulakan dengan ucapan
    bismillah...

    Semoga hari ini lebih baik dari semalam..



  2. FXOpen 468x60ms

  3. #2
    antagenaiz's Avatar
    antagenaiz is offline King Of VNS
    This user has no status.
     
    I am:
    Cool
     
    antagenaiz has a reputation beyond repute antagenaiz has a reputation beyond repute antagenaiz has a reputation beyond repute antagenaiz has a reputation beyond repute antagenaiz has a reputation beyond repute antagenaiz has a reputation beyond repute antagenaiz has a reputation beyond repute antagenaiz has a reputation beyond repute antagenaiz has a reputation beyond repute antagenaiz has a reputation beyond repute antagenaiz has a reputation beyond repute
    Join Date
    May 2007
    Location
    Serdang
    Age
    33
    Posts
    15,156
    Points
    5,322.09
    Thanks
    482
    Thanked 523 Times in 282 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    28481
    kes..kes..kes.. (pinjam ayat fatih)



  4. #3
    alfatih's Avatar
    alfatih is offline Ehoza's Freak
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    ampang
    Age
    36
    Posts
    3,659
    Points
    1,231.90
    Thanks
    1
    Thanked 33 Times in 14 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    2267
    hahahaha....ada yg pinjam ayat aku tuh ... anyway...ada pelajran citer nih ...


  5. stp 468x60-en

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

     

Similar Threads

  1. Replies: 10
    Last Post: 21-06-2010, 09:37 PM
  2. Adukataruna langsungkan majlis kenduri kahwin
    By antagenaiz in forum Isu Semasa 2010
    Replies: 26
    Last Post: 11-02-2010, 06:16 PM
  3. SATAY POWER UNTUK DITEMPAH(untuk [email protected] kenduri)
    By uhs_4all in forum Jalan-jalan Cari Makan
    Replies: 6
    Last Post: 25-10-2008, 01:54 AM
  4. Gelagat Syaitan di Majlis Kenduri
    By ArericH in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 15
    Last Post: 28-04-2008, 03:00 AM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
Premium Ads
The Best Spread 160x600ms

Paid Ads

Moneybookers 180x60

FXOpen 125x125









Ehoza Ads
Ehoza Ads