TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Results 1 to 10 of 10

Thread: Buah Tamar

  1. #1
    abu is offline Full Time Supporter
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    Al-Ardh
    Posts
    1,463
    Points
    488.10
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 2 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    837

    Buah Tamar

    Nie har aku dpt drpd email..
    Kowang kenal dok buah tamar? Bukan Tamar Jalis harr..
    Buah Tamar ni dikenali juga dgn nama buah kurma, atau
    dlm bahsa ongputihnya, dates..bahasa korea aku tak tau..tanya apek..~ abu

    ***********************

    Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya menjadi lebih mahal.

    Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2 Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya.

    Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran "Drama Cinta Madinah" yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu).

    Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar
    betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain.

    Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar
    betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).

    Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya melintuk ke bawah. Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina . Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk, disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya.

    Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin. Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai.

    Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina .

    Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada. "

    Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni."

    Jelas Pak Long. Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam. "Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t.jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. " "Ringkasnya, dia umpama pak menakan (ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya.

    Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar.


  2. bitcoin 468x60-en

  3. #2
    XVIEW's Avatar
    XVIEW is offline Super Ehozarian
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute
    Join Date
    Jul 2007
    Location
    IstanaKu
    Posts
    4,156
    Points
    1,357.20
    Thanks
    2
    Thanked 52 Times in 33 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    8381
    aku suka yng masih fresh...maksud aku yng belum dikeringkan laie...



  4. #3
    kitaro's Avatar
    kitaro is offline Official Photographer


    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Ulu Klang,
    Posts
    2,267
    Points
    1,237.72
    Thanks
    36
    Thanked 147 Times in 75 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    19823
    good story abu...baru dpt dari ustaz Abdullah Mahmud masa tazkirah ramadhan td cara2 mkn buah kurma...ambil buah kurma dgn menggunakan ibu jari dgn jari manis....bijinya diluahkan di belakang tapak tgn...ada rahsianya...



  5. #4
    abu is offline Full Time Supporter
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    Al-Ardh
    Posts
    1,463
    Points
    488.10
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 2 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    837
    buah kurma shj dah tak tehingga hikmah rahsia nya yer kitaro..
    best nyerlah dengar tazkirah ramadhan nie erk..
    aku semenjak bisnes sendiri ni, dah lama dah tak gi kuliah zohor & ramadhan ni..huhuhu



  6. #5
    s_bleeza is offline Hyper Active Member
    This user has no status.
     
    I am:
    Awesome
     
    s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute
    Join Date
    Jul 2007
    Location
    KL
    Posts
    2,151
    Points
    714.91
    Thanks
    12
    Thanked 72 Times in 25 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    6512
    Baguslah info ni, seyes baru tau serba sedikit pasal buah kurma ni, selama ni tau makan jer.. tq pada Abu



  7. #6
    Don kin's Avatar
    Don kin is offline DieHardFan Member
    is simply person
     
    I am:
    Cool
     
    Don kin has a spectacular aura about Don kin has a spectacular aura about
    Join Date
    Sep 2007
    Location
    On Earth
    Posts
    1,943
    Points
    763.10
    Thanks
    0
    Thanked 8 Times in 5 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    590
    info yg menarik..
    mgkin pasni ak akn lbh brminat utk mkn buah tamar ni..huhu
    pastikn yusuf taiyoob!



  8. #7
    abu is offline Full Time Supporter
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    Al-Ardh
    Posts
    1,463
    Points
    488.10
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 2 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    837
    kalau nak kepelbagaian dlm berbuka,
    cari juga buah "Thin"..ni pun ada byk khasiat..
    buah "thin" ni pun ada diceritakan dlm quran..surah at-Tin namanya..
    khasiat dia, seakan-akan buah kurma gak..



  9. #8
    abu is offline Full Time Supporter
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    Al-Ardh
    Posts
    1,463
    Points
    488.10
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 2 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    837
    Quote Originally Posted by Don kin View Post
    info yg menarik..
    mgkin pasni ak akn lbh brminat utk mkn buah tamar ni..huhu
    pastikn yusuf taiyoob!
    sebut secara berbisik, tp kuatkan sikit, "Yusooff Tayoob..."

    "Yusoff Tayyoob!" hahhha, tak tahan aku nak gelakk..



  10. #9
    s_bleeza is offline Hyper Active Member
    This user has no status.
     
    I am:
    Awesome
     
    s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute
    Join Date
    Jul 2007
    Location
    KL
    Posts
    2,151
    Points
    714.91
    Thanks
    12
    Thanked 72 Times in 25 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    6512
    Quote Originally Posted by Don kin View Post
    info yg menarik..
    mgkin pasni ak akn lbh brminat utk mkn buah tamar ni..huhu
    pastikn yusuf taiyoob!
    Yusuf taiyoob ni ok gak, tapi kalo moonlight mozafati (kurma madu) lagi sedap.. sebab lembut sangat..promote pulok



  11. #10
    abu is offline Full Time Supporter
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    Al-Ardh
    Posts
    1,463
    Points
    488.10
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 2 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    837
    masa aku duduk sg besi dulu ngan abg aku, tahun 1997,
    datuk seri anwar ibrahim (masa tu TPM) bg buah kurma besar
    gedabak..mkn sebijik je kenyang dahhh..buah kurma ni,
    org besar negara je yg suke mkn...aku nompang jer....


  12. pamm 468x60-en

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

     

Similar Threads

  1. ~buah apo ni?~
    By somutmerah in forum X-Files, Mistery, Amazing
    Replies: 20
    Last Post: 13-06-2010, 05:52 AM
  2. Buah ape la ni ye??
    By antagenaiz in forum X-Files, Mistery, Amazing
    Replies: 63
    Last Post: 06-06-2010, 04:26 PM
  3. Misteri: Siapa itu Tamar Jalis...???
    By HK23 in forum X-Files, Mistery, Amazing
    Replies: 30
    Last Post: 03-06-2010, 07:15 AM
  4. Buah Nona vs Buah Epal
    By awah137 in forum X-Files, Mistery, Amazing
    Replies: 3
    Last Post: 20-05-2009, 12:39 AM
  5. uniknya kejadia buah tamar/kurma...
    By sudusenduk in forum Info & Pengetahuan Am
    Replies: 4
    Last Post: 19-01-2009, 11:44 AM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
Premium Ads
stp 160x600-en

Paid Ads

Moneybookers 180x60

FXOpen 125x125









Ehoza Ads
Ehoza Ads