stp 728x90-en

+ Reply to Thread
Results 1 to 9 of 9
  1. #1
    perati's Avatar
    perati is offline Addicted Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute
    Join Date
    Apr 2007
    Age
    48
    Posts
    835
    Points
    283.50
    Thanks
    0
    Thanked 19 Times in 12 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    1013

    Adnan masih hidup

    Adnan masih hidup
    Oleh Lt Kol Mohd Radzi bin Abd Hamid



    HEBOH satu negara. Gempar masyarakat Ulu Langat. Begitu juga di Sg Ramal, kecoh macam ayam terkejut ular masuk reban. Ahli-ahli sejarah negara berpecah dua, tetapi ramai yang menidakkan khabar tersebut. Di Kementerian Pertahanan, dari kantin di belakang muzium hinggakan ke tingkat 20, isu ini menjadi topik hangat mengalahkan isu pembelian helikopter baru. Telefon di Cawangan Perhubungan Raya, bunyi macam bertih meletup atas belanga. Orang-orang kuat PR MINDEF, bayang pun tidak nampak; semua lari ke Sg Rengit, Pengerang. Berita yang disiarkan oleh Radio FM Klasik semalam, menggemparkan negara. Lt Adnan dan Shahibul Kahfi. Begitulah bunyinya tajuk besar muka depan semua media bertulis negara pada pagi ini. BH memperuntukkan lapan muka surat termasuk seluruh muka depan memaparkan gambar dan berita penemuan Lt Adnan Saidi di dalam `survival room' di kubu bawah tanah pertahanan British di Bukit Pengerang. Surat Khabar negara jiran memaparkan gambar Lt Adnan sedang bersandar di tiang seri rumah Penghulu Sg Rengit.

    Berita ini menyebabkan Tentera Darat terpaksa menangguhkan latihan perbarisan sambutan hari kemerdekaan.

    “Kalau betul wira kita masih hidup, kita bawa dia ke perbarisan merdeka tahun ini,” cadang seorang ahli Parlimen dalam sidang Kabinet pagi tadi. Satu mesyuarat tergempar diadakan di Kementerian Pertahanan.

    “Nak siasat apa lagi, barang-barang bukti semua jelas. Senapang, benet, topi hutan, botol air, disc pengenalan dan pakaiannya, 100 peratus mengesahkan dia adalah wira bangsa Melayu - Lt Adnan.” Tegas Hj Musa, Penghulu Sg Rengit kepada suara-suara sumbang daripada pemberita luar negara.

    “Pakar sejarah negara Prof Dr Mursyid Ali telah mengesahkan bahawa beliau adalah Lt Adnan bin Saidi,” tambah Hj Musa lagi dengan meninggikan suaranya apabila menyebut perkataan bin.

    “Penemuan ini adalah anugerah Ilahi dan rahmat kepada negara khususnya bangsa Malaysia. Keajaiban Pemuda Shahibul Kahfi dianugerahkan Tuhan kepada wira kita, bersyukurlah.” Begitulah kenyataan seorang senator yang di paparkan di TV.

    Kalau semalam lapan muka surat, hari ini BH menyediakan sisipan khas setebal 14 muka surat yang menerangkan alkisah Lt Adnan Saidi bermula dari dalam kandungan ibunya hingga ke detik bagaimana beliau ditemui dalam `survival room' di Bukit Pengerang yang ketinggiannya hanya 186 meter daripada aras laut. Temuramah dan pendapat daripada semua pakar sejarah juga disiarkan. Bahkan ‘gesa’ yang dirasakan oleh anak Lt Adnan iaitu Kapten Razali bin Adnan, turut disiarkan.

    “SAYA RASA DIA ADALAH AYAH SAYA.” Begitulah ucap Kapten Razali bin Adnan dalam temuramah dengan TV 10.

    Kubu pertahanan Tentera British, di Bukit Pengerang dibina semasa era mempertahankan Malaya daripada penaklukan Jepun. Keseluruhan atas bukit tersebut dipenuhi dengan kubu-kubu konkrit yang bermula dari Bukit Pengelih hinggalah ke puncak Bukit Pengerang. Manakala di dalam tanah pula terdapat lorong-lorong perhubungan dari kubu ke kubu yang lain, bilik gerakan, bilik rawatan, Mess Pegawai, gelanggang bola keranjang dan lapang sasar 25 meter. Di belakang bukit pula terdapat lapangan terbang.

    “Di mana letaknya `survival room’ Yang Berhormat?” tanya seorang pemberita daripada surat khabar parti pembangkang. “'Survival Room' terletak di bawah lapang sasar 25 meter di sudut kanan, dianggarkan berada 100 meter ke dalam tanah.” jawab YB dengan senyum lebar.

    “Macam mana YB boleh pergi dalam hutan di bukit tu?” tanya pemberita parti pembangkang sekali lagi sambil senyum sinis.

    “Sebenarnya, saya mempunyai rancangan untuk membangunkan kawasan tersebut sebagai kawasan bersejarah dan mungkin menjadi daya tarikan pelancong ke Pengerang. Esok, Lt Adnan Saidi sendiri akan membuat pengumuman dan menceritakan sendiri rentetan perjuangan di Bukit Candu, terima kasih,” YB mengakhiri sidang akhbar tersebut sambil bersalaman dengan penduduk Kg Sg Rengit.

    Rancangan Malaysia Hari Ini oleh Siaran TV termasyhur negara dibuka dengan penuh debaran dan sejarah pada pagi Ahad. Jalan raya utama di seluruh negara lengang, selengang-lengangny a. Di ibu kota tidak ada sekelumit bayang manusia pun yang melintas. Kutipan Plus tol pada pagi tersebut adalah sifar. Bahkan seluruh penghuni Rumah Insan Cacat Penglihatan di Wangsa Maju, berhimpit-himpit di depan TV di kantin. Di kaca TV kelihatan seorang tua yang masih sasa memakai baju kebangsaan butang lima seragam hitam, bersongkok hitam tinggi senget sedikit ke kanan dan bersamping hitam Askar Melayu. Di sebelah kanannya ialah Jen Tan Sri Datuk Seri Abd Hamid Salleh, iaitu Panglima Angkatan Tentera dan di sebelah kiri pula ialah Prof Dr Mursyid Ali, Pensyarah Sejarah Kenegaraan dari Universiti Negara. Di kiri sekali ialah pengacara popular negara iaitu Cik Risya Zu Nurain. Bermula dengan sedutan pendek pertempuran di Bukit Candu yang dipetik daripada Filem Lt Adnan. Disusuli dengan pandang soal antara juruacara dengan Panglima Angkatan Tentera, Pensyarah Sejarah Kenegaraan, soal jawab telefon dengan penonton di rumah dan diakhiri dengan pengkisahan oleh Lt Adnan Saidi sendiri.

    “Assalamualaikum dan Salam Hormat kepada semua rakyat Malaysia. Sebagai mukadimah kepada alkisah yang sarat dengan sejarah negara khususnya semangat kepahlawanan Melayu, marilah kita bersama-sama menyedekahkan bacaan al-Fatihah kepada rakan-rakan saya yang telah gugur, al-Fatihah!”. Terasa suasana amat bening di studio TV dan kelihatan mata Lt Adnan Saidi bergenangan dengan air mata.

    “Sebenarnya, kami tidak tewas di Bukit Candu dan saya tidak digantung. Percayalah! Demi Tuhan Sekalian Alam, saya adalah Lt Adnan bin Saidi, Ketua Platun No 7, Kompeni C daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Di-raja yang bertempur di Bukit Candu,” ucap Lt Adnan dengan penuh yakin.

    “Malam itu iaitu 16 Feb 1952, saya dan 12 lagi anggota Kompeni C, Batalion Pertama Askar Melayu berada dalam keadaan yang amat letih kerana kami telah bertempur dan berundur sejak dari Serimbun lagi. Hanya semangat sahaja yang menjadikan saya masih tegak dan berusaha untuk membakar semangat perjuangan anggota-anggota yang lain. Setelah berundur dari Ridge Park iaitu di Pt 276, kami terus berundur ke kilang ais di kaki Bt Candu dan pada malamnya memutuskan untuk bertahan di puncak Bt Candu.

    “Maeilll! Kita akan berkubu di sini. Kerahkan semua anggota, siapkan kubu,” bisik saya pada Leftenan Muda Ismail yang mana platunnya hanya bersisa lima orang sahaja lagi. Sambil itu mata saya liar ke kiri dan ke kanan mencari baki anggota platun Leftenan Muda Ismail. Kelihatan dua daripadanya sedang berjaga di balik batang pokok di sebelah atas kanan. “Macam mana dengan bantuan peluru kita tuan? Saya dan anggota saya ada hanya beberapa butir sahaja lagi.”

    Soalan Ismail itu tak dapat saya jawab, hanya dengan berdehem saya katakan pada Ismail , “Siapkan kubu cepat!”

    Bermula dari saat itu, kami mula bertungkus lumus menyiapkan kubu pertahanan kerana kami tahu tentera Jepun akan datang menyerang pada bila-bila masa sahaja. Pada ketika itu kapal terbang Jepun berlegar-legar di ruang angkasa Pulau Singapura dan sesekali kedengaran letupan meriam British yang berada di Fort Batrei.

    Kami membahagi-bahagikan saki baki peluru yang ada dan saya memaklumkan kepada Kapten Goerge, “Tuan, peluru mesingan hanya tinggal sedikit sahaja. Kalau bertempur lagi, saya rasa tak sampai lima kali semburan, mesingan ni tak ada guna lagi.”

    “Adnan! Gunakan ia dengan bijak, dua peluru untuk satu semburan.” Jawab beliau sambil bergegas ke arah kubu yang paling kiri sekali. Kami telah bertempur sejak dari Kota Bharu lagi. Dalam pertempuran, mesingan tidak boleh ditembak secara jimat kerana sekali tembak, 10 ke 15 butir peluru akan dimuntahkan. Saya pasti, Kapten Goerge amat maklum tentang hal ini kerana senjata mesingan dibuat di negaranya. Saya bergerak dari kubu ke kubu mengarahkan itu dan ini berpesan pada anggota-anggota.

    “Sahabat-sahabat semua, perjuangan kita kali ini adalah perjuangan antara hidup dan mati kerana kita adalah kumpulan yang terakhir bertahan dengan serba-serbi kekurangan. Jadi bersiaplah untuk bertempur dan mati di sini. Ingat moto pasukan kita `Tentera Darat Teras Utama Kedaulatan Negara’.”

    Ketika berada di dalam kubu, memori perpisahan dengan isteri di Stesen Kereta Api Tanjung Pagar datang mengimbau. Beliau sedang mengandung anak kami yang ketiga. Saya katakan pada isteri saya, “Pulanglah ke Sg Ramal kerana di sini tidak selamat lagi dan jagalah anak-anak kita kerana saya mungkin tidak lagi dapat pulang ke rumah. Andai kata ini adalah pertemuan yang terakhir antara kita, saya memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Jika kausayangkan saya, jagalah anak-anak dengan baik, jangan biarkan Razali terlalu nakal. Kereta api pun sampai, kami bersalaman dan berpelukan dan itulah pertemuan terakhir saya dengan isteri. Isteri saya memberikan saya sepucuk surat yang tak sempat saya baca ketika itu kerana bimbangkan kapal terbang Jepun. Insya-Allah di akhir rancangan ini, akan saya bacakan kandungan surat isteri saya.”

    Seusai senja, kedudukan kami dihujani oleh tembakan meriam Jepun. Kubu di sebelah kanan terkena serpihan bedilan meriam Jepun dan ada anggota yang cedera. Kelihatan dalam samar cahaya lampu dari kampung di kaki bukit, benda-benda putih yang sedang bergerak. Keadaan tanah kebun getah milik British yang dijaga oleh buruh dari India adalah cerah. Di aras bawahnya memberi penglihatan hingga ke jarak 75 depa. Bunyi ranting getah yang patah akibat dipijak memecah suasana yang amat genting ketika itu, menunjukkan tentera Jepun telah amat hampir dengan kedudukan kami. Tiba-tiba kedengaran bunyi tembakan senjata di sebelah kanan kubu. Tembakan tersebut disusuli dengan bunyi bising senjata Jepun dan akhirnya sunyi menghuni semula kaki Bukit Candu. Lebih kurang enam minit kemudian, kelihatan lebih kurang 10 ke 12 orang Jepun sedang mendaki ke kawasan utama pertahanan kami. Sambil menjerit tembakkkkkk!

    Dengan mulanya arahan saya, maka bening malam pun pecah dan Bukit Candu menjadi terang dan bingit dengan bunyi letupan senjata. Pertempuran amat sengit dan saya lihat secara tiba-tiba saja, Lt Abas telah berada di sebelah saya kerana Prebet Abu yang bersama saya dalam kubu telah pun ditembusi peluru Jepun.

    “Bas, kamu tolong pasangkan magazin mesingan ni dan saya akan teruskan tembakan.”

    “Baiklah, Nan.”

    “Bas, saya sanggup berjuang dan mati malam ni dengan syarat ada orang yang akan jaga keluarga dan anak-anak saya.” “Saya pun begitu juga Nan.” Selepas itu, Lt Abas pun berlari semula ke kubunya.

    Tentera Jepun semakin ditembak, semakin ramai yang datang. Maka ini biarlah saya ceritakan saat-saat terakhir saya di Bukit Candu. Peluru mesingan dah habis, hanya senjata peribadi saya yang ada. Cuma empat butir peluru lagi dan saya menjerit ke kubu belakang, “Balingkan peluru kamu pada saya.”

    Jawab Prebet Hassan, “Tuan kami pun dah tak ada peluru.”

    Saya terus menjerit, “Pasang benet.”

    Selepas itu saya lihat anggota saya di belakang bangun dengan tiba-tiba menghunuskan benet dan bertarung dengan Jepun yang tidak tahu datangnya dari arah mana. Saya menghabisi empat peluru terakhir saya dengan menumbangkan tiga lagi tentera Jepun dan peluru terakhir saya tidak pasti kerana ketika saya melepaskan tembakan terakhir saya ada lima enam tentera Jepun yang menerkam ke arah saya. Dan kami bergelut dan saya sempat menikam ke arah seorang tentera Jepun dan merampas senjatanya. Lalu saya tembak empat orang tentera Jepun yang menerkam ke arah saya.

    “Withdraw! Withdraw!” kedengaran suara Kapten Goerge jauh dari bawah bukit.

    “Samat, Ismail! ikut saya,” laung saya kepada Prebet Samat dan Leftenan Muda Ismail. Kami bertiga berundur perlahan-lahan.

    “Tuan, ada tentera Jepun, ikut kita,” bisik Samat kepada saya.

    “Kita tidak ada pilihan lagi melainkan berundur menyusuri pantai,” tegas saya.

    Kami mula berundur menyusuri pantai dari Tanjung Rhu terus ke Bedok. Malangnya di Bedok, kami terserempak dengan sekumpulan Tentera Jepun. Prebet Samat terkena tembakan di perutnya. Saya dan Lt M Ismail bergilir-gilir memapah Prebet Samat hingga ke Kg Tanah Merah Besar. Di sini Prebet Samat menghembuskan sisa-sisa nafasnya dan kami kebumikannya di situ.

    Dari Kg Tanah Merah Besar kami meneruskan pengunduran ke Changi. Setelah berehat dua hari di hutan Changi, kami mengambil keputusan untuk berenang ke Pulau Tekong Besar. Setelah hari beransur gelap, kami meneruskan renangan. Menjelang Subuh, kami tiba di pantai Pulau Tekong Besar. Setelah berehat, kami menyambung renangan ke Kg Pasir Gogok. Dari Kg Pasir Gogok, dengan menggunakan perahu nelayan, kami berdayung menyeberangi Kuala Santi ke Tanjung Pengelih. Di situ kami menemui Kubu Pertahanan British yang diceritakan oleh Kapten George. Saya bernasib baik kerana dimaklumkan oleh Kapt George berkaitan bilik rahsia yang di panggil `survival room' dan kami berjaya menemuinya. Malangnya, bilik ‘survival’ tersebut tidak boleh dibuka dari dalam. Di situlah saya ditemui oleh YB tiga hari yang lepas.

    Akhir kata izinkan saya memaklumkan kandungan surat terakhir isteri saya dan juga merupakan bukti bahawa saya adalah Lt Adnan bin Saidi. Isteri saya menitipkan sebuah puisi pendek yang berbunyi begini:

    Abang,
    Berjalan, peliharalah kaki
    Berpisah, peliharalah janji
    Adat pahlawan, nyawa dipertaruhkan
    Adat berjuang, negara dipertahankan
    Jika kita dekat, kita ingat mengingat
    Jika kita jauh dan berpisah, keakraban dijalin oleh zuriat
    Abang telah berjuang dan mungkin mati kesudahannya
    Maka kami yang tinggal akan ingat mengingat
    Cukuplah darah, sengsara dan nyawa abang
    dan sahabat-sahabat yang lain
    Yang tidak dapat kami tulis dan tidak tertinta
    Saya dan anak-anak tidak lagi akan leka dan cuai. Insya-Allah.
    Salam Sayang daripada kami sekeluarga

    11 Feb 1952

    “Tuan! Tuannn! Bangun Tuan”, seru Prebet Samad sambil menggoncang badan saya.

    “Tuan bermimpi baca sajak ke?” tanya Prebet Samad.

    “Allahuakbar! Saya mengigau. Maafkan saya,” jawab saya.



    BIODATA:

    LT Kol Mohd Radzi Abd Hamid berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia sejak 22 tahun. Berkelulusan Sarjana Sains Hubungan Antarabangsa dari Wellington dan kini menuntut di UUM/INTAN dalam bidang Sarjana Pengurusan Sains. Aktif dalam pembacaan dan penulisan puisi selain sudah tujuh kali menyertai Sayembara Deklamasi Puisi Peringkat Kebangsaan.
    ~~~ pErAtI ~~~


  2. The Best Spread 468x60ms

  3. #2
    Luq's Avatar
    Luq is offline Addicted Member
    is is effing bored
     
    I am:
    Crazy
     
    Luq has a brilliant future Luq has a brilliant future Luq has a brilliant future Luq has a brilliant future Luq has a brilliant future Luq has a brilliant future Luq has a brilliant future Luq has a brilliant future Luq has a brilliant future Luq has a brilliant future Luq has a brilliant future
    Join Date
    Aug 2007
    Location
    Borneo
    Age
    31
    Posts
    834
    Points
    301.93
    Thanks
    2
    Thanked 39 Times in 15 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    710
    Apa ni, betul ke palsu ?

    Quote Originally Posted by Dr.Mahathir Mohamad
    I believe in open discussion and solving problems openly, Hiding things, being nice, does not take us very far. There is a defect in being nice because one is very likely to be taken for granted. And as far as I'm concerned I'm not going to be nice




  4. #3
    monogha's Avatar
    monogha is offline Full Time Supporter
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    monogha has a spectacular aura about monogha has a spectacular aura about monogha has a spectacular aura about
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    khatulisti
    Posts
    588
    Points
    186.60
    Thanks
    2
    Thanked 9 Times in 7 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    601
    sapa pakar sejarah dlm ehoza nie...tlg sahkan...
    berfikir secara nyata,bertindak secara bijak,terima dengan redha




  5. #4
    oweizmez Guest
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    cerpen la tu.. korg nie pun...



  6. #5
    muyyaQ's Avatar
    muyyaQ is offline Hyper Active Member

    is stay low profile
     
    I am:
    Cool
     
    muyyaQ has a reputation beyond repute muyyaQ has a reputation beyond repute muyyaQ has a reputation beyond repute muyyaQ has a reputation beyond repute muyyaQ has a reputation beyond repute muyyaQ has a reputation beyond repute muyyaQ has a reputation beyond repute muyyaQ has a reputation beyond repute muyyaQ has a reputation beyond repute muyyaQ has a reputation beyond repute muyyaQ has a reputation beyond repute
    Join Date
    Jun 2007
    Location
    seksyen 7
    Posts
    2,851
    Points
    1,259.73
    Thanks
    356
    Thanked 157 Times in 85 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    21238
    betui ka ni..

    kalu dok dlm survival room nak makan pa?

    kalu xmakan pon manusia memerlukan air. air ni sumber tenaga untuk mencerdaskan kepala otak. kalu xde air xde la otak. kan? erk..



  7. #6
    Luq's Avatar
    Luq is offline Addicted Member
    is is effing bored
     
    I am:
    Crazy
     
    Luq has a brilliant future Luq has a brilliant future Luq has a brilliant future Luq has a brilliant future Luq has a brilliant future Luq has a brilliant future Luq has a brilliant future Luq has a brilliant future Luq has a brilliant future Luq has a brilliant future Luq has a brilliant future
    Join Date
    Aug 2007
    Location
    Borneo
    Age
    31
    Posts
    834
    Points
    301.93
    Thanks
    2
    Thanked 39 Times in 15 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    710
    Quote Originally Posted by oweizmez View Post
    cerpen la tu.. korg nie pun...
    Buat suspen jeee

    Quote Originally Posted by Dr.Mahathir Mohamad
    I believe in open discussion and solving problems openly, Hiding things, being nice, does not take us very far. There is a defect in being nice because one is very likely to be taken for granted. And as far as I'm concerned I'm not going to be nice




  8. #7
    4dy's Avatar
    4dy is offline True Ehoza's Supporter
    is menyesuaikan diri di tempat baru
     
    I am:
    Awesome
     
    4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    P101
    Age
    33
    Posts
    9,718
    Points
    3,378.18
    Thanks
    211
    Thanked 178 Times in 150 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    4873



  9. #8
    SHARROR's Avatar
    SHARROR is offline Super Senior Member
    is Orang Biasa Je.
     
    I am:
    Cool
     
    SHARROR will become famous soon enough SHARROR will become famous soon enough
    Join Date
    Aug 2007
    Location
    pahang
    Posts
    570
    Points
    200.30
    Thanks
    64
    Thanked 6 Times in 5 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    563
    lorrr....tapi kira o.k gak cite ni.....
    sharror



  10. #9
    ArericH's Avatar
    ArericH is offline True Ehoza's Supporter
    is kawen tu ape?
     
    I am:
    Shy
     
    ArericH has a reputation beyond repute ArericH has a reputation beyond repute ArericH has a reputation beyond repute ArericH has a reputation beyond repute ArericH has a reputation beyond repute ArericH has a reputation beyond repute ArericH has a reputation beyond repute ArericH has a reputation beyond repute ArericH has a reputation beyond repute ArericH has a reputation beyond repute ArericH has a reputation beyond repute
    Join Date
    Sep 2007
    Location
    bilik tv
    Posts
    13,741
    Points
    2,145.81
    Thanks
    103
    Thanked 309 Times in 240 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    250320
    sape pnulis die nie ye....
    Suatu Kenangan™
    ~You're a princess, one day you'll be a queen.. You must be strong if you want to be a queen~ArericH.K
    ~patah tumbuh hilang berganti memanjang...~bul4t


  11. pamm 468x60-en

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

     

Similar Threads

  1. [18SG] Badan tinggal separuh tapi masih hidup
    By uchiha_ame in forum Scary, Frightened, Ghost
    Replies: 26
    Last Post: 22-02-2010, 10:57 PM
  2. [Question] Adakah Nabi Khidir Alaihissalam masih hidup?
    By headpux in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 2
    Last Post: 26-05-2009, 08:20 PM
  3. Syafiqah masih hidup ketika dirogol - Forensik
    By hpmfl2002 in forum Isu Semasa 2008
    Replies: 18
    Last Post: 08-10-2008, 12:11 PM
  4. Syukur masih hidup
    By Abang Chik in forum Isu Semasa 2008
    Replies: 2
    Last Post: 15-09-2008, 06:57 AM
  5. Masih hidup selepas 30 tahun
    By suci_bakawali in forum Isu Semasa 2008
    Replies: 0
    Last Post: 27-07-2008, 11:34 AM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
Premium Ads
The Best Spread 160x600ms

Paid Ads

FXOpen 125x125

Moneybookers 180x60









Ehoza Ads
Ehoza Ads