stp 728x90-en

+ Reply to Thread
Results 1 to 1 of 1
  1. #1
    amismile's Avatar
    amismile is offline Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    amismile is a jewel in the rough amismile is a jewel in the rough amismile is a jewel in the rough amismile is a jewel in the rough
    Join Date
    Jul 2007
    Age
    37
    Posts
    61
    Points
    18.60
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 2 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    582

    kisah salahuddin al ayubi - menarik

    Sabtu lepas ana ke Masjid Batu. Ustaz mengupas tajuk sakaratulmaut daripada kitab sakaratulmaut. Sedikit perkongsian bersama sahabat-sahabat semua...
    Kita semua akan mati, kita semua akan alami SAKARAT (haru biru nak mati). Nak tak nak kita pasti akan merasainya. Mati tetap mati. Semua yang hidup akan binasa, yang kekal hanyalah Allah SWT.
    Ustaz ada bawakan kisah Salahuddin Al-Ayyubi. Pernah satu ketika, Salahuddin Al-Ayyubi menyuruh wazirnya balutkan tubuh dia dengan kain kafan tapi Salahuddin Al-Ayyubi pesan supaya tangannya dibiarkan terbuka. Wazirnya menjawab "Aku tidak sanggup melakukannya". Kata Salahuddin Al-Ayyubi, "Kalau begitu, engkau lakukannya di saat aku mati nanti. Sampai waktunya yang telah ditetapkan, Salahuddin menghembuskan nafas yang terakhir. Wazirnya melaksanakan pesan Salahuddin Al-Ayyubi. Seluruh tubuhnya dibalut dengan kain kafan kecuali tangannya dibiarkan terbuka. Semasa jenazah diusung, ramai la yang melihat tangan Salahuddin Al-Ayyubi tak berbalut. Mereka bertanya kepada wazir Salahuddin Al-Ayyubi "Kenapa engkau biarkan tangannya dibiarkan terbuka?" Jawab wazir tersebut, "Baru kini aku mengerti. Salahuddin Al-Ayyubi ingin menunjukkan bahawa tiada ada apa yang akan dibawa ketika mati nanti."
    Diceritakan juga kisah Amru Al-As dan anaknya, Abdullah bin Amru. Abdullah bin Amru terlebih dahulu menganut agama Islam sebelum bapanya. Amru Al-As, seorang genius Arab masuk Islam selepas pembukaan Mekah. Pernah satu ketika, Abdullah bertanya kepada bapanya, "Terangkan padaku tentang kematian." Bapanya menjawab, "Demi Allah, kematian itu seolah-olah gunung menghempap dada dan di saat itu, bernafas hanya seolah-olah daripada sebesar lubang jarum."
    Kata Ustaz, masa nyawa sampai ke halkum, segala perbuatan kita semasa di dunia akan ditunjukkan satu- persatu. Ustaz ada sebutkan 5 perkara. 4 daripadanya bukan milik kita bila dah mati nanti, hanya 1 sahaja milik kita...
    1. Roh - milik malaikat maut
    2. Harta - milik waris
    3. Kulit, isi daging - milik ulat untuk dimakan
    4. Tulang - milik tanah untuk diurai
    5. Amalan - milik kita
    Takde apa yang akan kita bawa bila mati nanti. Hanya amal soleh yang menjadi bekalan kita. Sedarlah, hidup kita kat dunia ni tak berapa hari je lagi. Entahkan esok, entahkan lusa, sampai saatnya, bila-bila masa sahaja nyawa kita akan diambil. Sehari di akhirat sama dengan 1000 tahun di dunia. Betapa singkatnya sebenarnya hidup kita di dunia ni...
    siapalah aku di sisi MU


  2. bitcoin 468x60-en

  3. The Following User Says Thank You to amismile For This Useful Post:


Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

     

Similar Threads

  1. Salahuddin Al-Ayyubi
    By shinpeng in forum Info & Sejarah
    Replies: 15
    Last Post: 28-05-2010, 06:01 PM
  2. Salahuddin cadang wujud Majlis Rundingan Krisis Ekonomi
    By headpux in forum Isu Semasa 2009
    Replies: 0
    Last Post: 14-03-2009, 11:20 PM
  3. Debat Salahuddin-Shahril tentang harga minyak di TV1 esok
    By tarantulabuta in forum Politic Discussion
    Replies: 18
    Last Post: 11-06-2008, 10:12 AM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
Premium Ads
TenkoFX ECN Gravity

Paid Ads

FXOpen 125x125

Moneybookers 180x60









Ehoza Ads
Ehoza Ads