The Best Spread 728x90ms

+ Reply to Thread
Page 1 of 5 1 2 3 4 5 LastLast
Results 1 to 10 of 47

Thread: Bacalah ...

  1. #1
    alfatih's Avatar
    alfatih is offline Ehoza's Freak
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    ampang
    Age
    36
    Posts
    3,659
    Points
    1,231.90
    Thanks
    1
    Thanked 33 Times in 14 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    2267

    Thumbs up Bacalah ...

    Terdetik rasa hati ini untuk menulis.... sekadar utk pertimbangan kepada pembaca... jika anda tidak berasa selesa dengan apa yg aku tulis... just ignore jer... tiada paksaan utk menerimanya..sekadar utk pertimbangan...

    Pun begitu, janganlah membaca apa yg saya tulis disini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah mereka menurut tujuan sebenar ianya ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan sahaja. Sekiranya anda berasa tidak senang hati dengan penulisan berteraskan ajaran al-Qur’an, yang mungkin didapati bertentangan dengan ajaran sesetengah ulama anda, maka ignore sahaja apa yg saya tuliskan ini. Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri. Akhir kalam dari saya sepotong ayat dari Firman Allah, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33).


    ISLAM ITU MUDAH


    Motivasi saya untuk menulis artikel ini ialah apabila saya memerhatikan berbagai-bagai perlakuan orang-orang yang kononnya mengamalkan perwatakan yang dituntut daripada seseorang Islam.
    Pengalaman yang terkini ialah di kolam renang di sebuah resort peranginan. Pembaca sudah tentu arif bahawa kebanyakan kolam renang mempamirkan syarat untuk menggunakan kolam renang yaitu pakaian renang yang sesuai (bertujuan untuk keselamatan semasa berada dalam air). Pengaruh hadith-hadith dan kitab-kitab tulisan manusia (agaknya) telah membuat seorang wanita turun kedalam kolam renang dengan kain tudung kepalanya. Sambil asyik mandi-manda dikalangan pemandi-pemandi lain yang berpakaian mandi (swimming trunks and suits), kain tudung kepalanya tercabut dan terburailah rambutnya. Maka kelam kabutlah dia cuba mencari tudungnya dan suasana pun menjadi kalut, menarik perhatian ramai. Lucu.
    Adakah Islam menyusahkan sampai begitu? Menyusahkan penganutnya untuk melakukan dan menikmati pemberian Allah sebagaimana yang dinikmati oleh orang berugama lain di dunia ini. Adakah orang Islam tidak bolek bercampur gaur dengan orang berugaman lain?
    Teringat saya kepada satu lagi kisah di bilik hotel, di mana seorang saudara tidak berani minum menggunakan gelas yang disediakan kerana bilik hotel tersebut meletakkan beberapa botol arak dalam peti sejuk.
    Adakah Islam menyusahkan? Atau manusia yang sengaja yang menyusahkan dan mengaitkannya dengan Islam?

    Kita perhatikan apa Quran kata.
    Sesungguhnya Kami memudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya? (54:17)
    Allah menghendaki untuk meringankan kamu kerana manusia itu diciptakan lemah. (4:28)
    Kami tidak menurunkan al-Qur'an kepada kamu supaya kamu menjadi sengsara (20:2)
    Inilah ayat-ayat Allah Kami membacakan kamu dengan benar, dan Allah tidak menghendaki sebarang kezaliman bagi semua alam. (3:108)
    Dan berjuanglah untuk Allah dengan perjuangan yang sebenar; Dia telah memilih kamu, dan tidak meletakkan ke atas kamu kesusahan dalam agama kamu, anutan bapa kamu, Ibrahim; ………(22:78)
    Ayat-ayat di atas, dengan tersendiri tanpa keperluan kepada ulasan mendalam, jelas mengatakan bahawa kesusahan, kepayahan, kesukaran dan kesengsaraan bukanlah konsep yang dianjurkan Quran. Disebaliknya Quran adalah untuk kemudahan manusia. Islam adalah untuk kemudahan dan kesenangan manusia.

    Sehinggakan dalam berpuasa pun, yang mungkin ada sedikit kesusahan dari keadaan harian kerana berlapar, Allah mengingatkan ianya bukanlah untuk kesukaran.
    Bulan Ramadan yang padanya al-Qur'an diturunkan …….. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak menghendaki kesukaran bagi kamu; ……. (2:185)
    Kesengsaraan adalah hanya bagi mereka yang tidak percaya dan tidak menurut perintah Allah yang terdapat dalam Quran.
    Tetapi manusia pilih untuk mengaitkan konsep kesukaran dan kepayahan dengan amalan Islam. Memang Allah memberi ujian kepada manusia. Tetapi ujian bukannya dalam bentuk perbuatan lahir sahaja. Ujian sebenar ialah samaada manusia percaya dan tunduk patuh kepada apa yang dikatakan dalam Quran.
    Teringat saya kepada satu lagi peristiwa dimana seorang mengambil wudhu’ dengan membasuh anggotanya berkali-kali, kerana was-was takut tidak rata air pada anggota, termasuk anggota yang tidak disuruh Allah, telinga, hidung dan leher sehingga membazir air. Pernah seorang ulamak terkenal memberi rasional mengapa dia cukur kepala, misai dan janggut: kerana senang meratakan air dimuka semasa berwudhu’. Ini meningkari dorongan hadith-hadith supaya menyimpan janggut.
    Apabila hendak solat, Allah hanya suruh: ….basuhlah muka kamu, dan tangan kamu hingga siku, dan sapulah kepala kamu, dan kaki kamu hingga pergelangan kaki… (5:6). Terperinci dan jelas.Mengapa pula manusia memandai-mandai menambah dan menyusahkan dengan membasuh telinga, hidung dan leher, sehingga lupa amaran Allah: ……. dan janganlah membazir; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang membazir. (6:141). Allah tidak perincikan bagaimana cara basuh, setakat mana had muka, berapa kali basuh dan sebagainya. Allah memberi kita minda untuk menentukan sendiri semua itu. Allah tidak menghendakki kesukaran atau kepayahan kepada kita.

    Manusia cuba memandai-mandai lebih daripada Allah. Allah memberi kelapangan, manusia menyukarkan dengan menambah-nambah. Satu lagi contoh ialah pasal mandi sebab berjunub.
    Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mendekati solat apabila kamu sedang mabuk sehingga kamu mengetahui apa yang kamu mengucapkan, dan jangan dalam junub, kecuali kamu menyeberangi satu jalan, sehingga kamu mandi ; ………. (4:43)
    Allah tidak memperjelaskan cara mandi, walhal Allah boleh memperjelaskan. Tetapi Allah biarkan ianya jadi mudah untuk manusia menggunakan aqal masing-masing bila mandi. Mandi bukanlah satu perkara yang memerlukan satu teori atau falsafah atau memerlukan prosidur yang kompleks atau rumit. Semua orang mandi. Tetapi manusia dengan sengaja mengada-adakan prosidur yang ditulis berjela-jela dan dikitabkan pula; dari cara niat, cara mula menyiram air sehinggalah cara pegang zakar semasa mandi. Allah menggunakan satu perkataan saja, mandi, tapi manusia mereka-reka prosidur berjela-jela, menghina kecerdasan dan kebijaksanaan manusia sendiri.
    Terdapat berbagai-bagai lagi prosidur kehidupan harian yang diadakan. Cara basuh pakian, cara membeli belah, cara tidur, cara masuk keluar rumah, cara bersama isteri, cara buang air, dan berbagai-bagai lagi. Semuanya itu diberi kelonggaran dan kesenangan oleh Allah untuk bertindak sendiri, kecuali apa yang telah ditetapkan sebagaimana dalam Quran. Tetapi manusia mereka prosidur-prosidur, mengaitkannya dengan Islam dan serius sekali menentukan yang mana dapat pahala atau dosa. Kalau ikut apa yang mereka reka, dapat pahala. Kalau tidak dapat dosa. Ini serius. Kita mesti faham pahala dan dosa adalah hak Allah sahaja, bukan hak manusia. Manusia tidak pernah diberi mandat oleh Allah untuk menentukan pahala dan dosa.

    Satu lagi situasi harian di mana manusia suka menyusahkan, samada dengan sengaja atau dengan sebab kejahilan, ialah pasal membaca Quran. Walau pun Allah menyuruh kita baca Quran, tanpa apa-apa syarat fizikal, manusia masih mengenakan syarat yaitu mesti berwudhu’. Kalau tidak, berdosa. Allah hanya memberi syarat berikut:
    Apabila kamu membaca al-Qur'an, mohonlah perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam. (16:98)
    Mengapa pula manusia menyukarkan? Bukan sekadar itu, malah mengharamkan pula apa yang Allah tidak mengharamkan. Bukan setakat itu, mereka menambah lagi dengan mengatakan bahawa belajar Quran mestilah melalui guru (yang bertauliah). Siapakah guru yang betauliah? Siapa yang mentauliahkan? Allah memudahkan Quran
    Sesungguhnya Kami memudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya? (54:17)
    Tetapi manusia menyukarkan.
    Ujian dan Kesukaran ???
    Ramai ulamak mengatakan bahawa bukan senang nak masuk syurga. Hendak dapatkan benda yang baik mestilah bersusah-susah dahulu. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Kata perpatah Ingeris “no pain no gain”. Dalam Quran tidak terdapat kaitan terus diantara balasan di akhirat dengan kesukaran mengamalkan suruhan Allah. Balasan buruk di akhirat dikaitkan dengan keingkaran manusia mematuhi perintah Allah.

    Memang Allah mengatakan bahawa manusia akan diuji. Contohnya,
    Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan untuk berkata, "Kami percaya", dan tidak akan diuji? (29:2)
    Harta kamu dan anak-anak kamu hanyalah cubaan; dan Allah, di sisi-Nya upah yang besar. (64:15)
    Sungguh, Kami akan menguji kamu dengan sesuatu daripada ketakutan, dan kelaparan, dan kekurangan harta, dan jiwa, dan buah-buahan; dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (2:155)
    ……… dan supaya Allah menguji apa yang di dalam dada kamu, dan supaya Dia membuktikan apa yang di dalam hati kamu; dan Allah mengetahui apa yang di dalam dada. (3:154)
    Sungguh, kamu akan diuji dalam harta kamu dan diri-diri kamu, dan kamu akan mendengar daripada orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu, dan daripada orang-orang yang mempersekutukan, gangguan yang banyak; tetapi, jika kamu bersabar, dan bertakwa - sesungguhnya itulah urusan yang patut ditekadkan. (3:186)
    Rasul-rasul dan orang-orang zaman dahulu kala pun diuji. Banyak kisah-kisah dalam Quran yang menceritakan pasal bermacam-macam jenis ujian. Sebagai contoh,
    Atau, adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Taman (Jannah) tanpa datang kepada kamu yang sama dengan orang-orang yang telah berlalu sebelum kamu? Mereka disentuh kemasyghulan dan kesusahan, dan mereka digoncangkan sehingga rasul dan orang-orang yang percaya bersamanya berkata, "Bilakah datang pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah dekat. (2:214)
    Tetapi ujian-ujian yang diceritakan untuk kita ambil iktibar adalah dalam bentuk kepercayaan kepada Allah. Ujian yang paling besar yang diberi kepada kita semua ialah ujian samada kita percaya sepenuhnya kepada apa yang diturunkan, yaitu Quran.
    Dia yang melantik kamu khalifah-khalifah (pengganti-pengganti) di bumi, dan menaikkan sebahagian kamu dalam darjat di atas sebahagian yang lain, supaya Dia menguji kamu pada apa yang Dia memberikan kamu. Sesungguhnya, Pemelihara kamu cepat dalam pembalasan sewajarnya; dan sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih. (6:165)
    Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati; dan Kami menguji kamu dengan kejahatan dan kebaikan sebagai cubaan, kemudian kepada Kami kamu akan dikembalikan. (21:35)
    Ujian Allah bukanlah untuk menyusahkan. Tetapi ujian untuk menentukan samada manusia percaya kepada apa yang diturunkanNya. Tiada kena mengena dengan menyusahkan atau menyukarkan amalan-amalan harian. Allah sudah kata Islam bukan untuk menyusahkan. Lihat (4:28), (20:2), (3:108), 22:78) di atassebagai panduan.

    Sebagai analogi, untuk mendapat sesuatu ijazah, seseorang mestilah melalui beberapa ujian. Ujian itu bukanlah untuk menyukarkan tetapi untuk menentukan samada sesorang itu faham konsep subjek tertentu. Terpulanglah kepada calun tersebut samada hendak menyusahkan atau menyenangkan cara menghadapi ujian. Betul cara mentalaahnya, senanglah ia lulus ujian. Pelajar yang cemerlang dapat menjawab soalan dengan cara yang mudah. Mengapa pilih jalan susah.
    Sungguh, kamu akan diuji dalam harta kamu dan diri-diri kamu, dan kamu akan mendengar daripada orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu, dan daripada orang-orang yang mempersekutukan, gangguan yang banyak; tetapi, jika kamu bersabar, dan bertakwa - sesungguhnya itulah urusan yang patut ditekadkan. (3:186)
    Dan Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar, yang mengesahkan Kitab sebelumnya, dan mengawalnya. Maka hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah menurunkan, dan janganlah mengikuti keinginan mereka untuk mengabaikan yang benar yang datang kepada kamu. Bagi setiap kamu, Kami menentukan satu peraturan, dan satu jalan yang terbuka. Sekiranya Allah menghendaki, tentu Dia membuat kamu satu umat; tetapi supaya Dia menguji kamu dalam apa yang Dia memberikan kamu. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebajikan; kepada Allah kamu kembali, kesemuanya; dan Dia memberitahu kamu apa yang padanya kamu memperselisihkan. (5:48)
    KESUKARAN DALAM ISLAM ???
    Allah, Pemelihara yang Maha Berkuasa dan yang Maha Mengasihani telah menetapkan bahawa sesiapa yang menolak Quran dan pilih untuk mengikut sumber lain sebagai panduan dan ikutan, akan merana di dunia dan akhirat, dengan pilihan mereka sendiri. Allah tidak meletakkan kesukaran orang-orang yang percaya, tetapi ulamak yang berbuat demikian. Mereka menginkari apa yang ada dalam Quran dengan mereka-reka hukum-hakam, syarat dan peraturan sendiri untuk semua perkara, dari cara tidur, cara mula langkah bila berjalan, apa mesti buat bila lalat jatuh kedalam minuman, cara dan bila mencukur kepala bayi, sehinggalah apa yang patut disebut bila bersatu dengan isteri; dan bermacam-macam lagi.

    Mereka yang percaya kepada Allah dan percaya bahawa Quran ialah lengkap, sempurna dan terperinci, akan mendapati semua perkara senang sebagaimana Allah janjikan.
    Sesungguhnya wali-wali (sahabat-sahabat) Allah - tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih. (10:62)
    Orang-orang yang percaya dan bertakwa, (10:63)
    Bagi mereka berita gembira dalam kehidupan dunia, dan di akhirat. Tidak ada pertukaran bagi kata-kata Allah; itulah kemenangan yang besar. (10:64)
    Dan sesiapa yang membuat kerja kebaikan, lelaki atau perempuan, dan dia mukmin, sungguh Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan Kami akan membalas mereka dengan upah mereka mengikut yang paling baik daripada apa yang mereka telah buat. (16:97)
    Sementara itu, mereka yang tidak percaya kepada Allah dan tidak percaya bahawa Quran itu lengkap, sempurna dan terperinci, dan masih merujuk kepada sumber-sumber lain akan merasai kesukaran dalam kehidupan dunia dan di akhirat nanti. Di akhirat nanti mereka akan mempertahankan perbuatan mereka. Tetapi Allah maha mengetahui.
    Dan pada hari Kami mengumpulkan mereka kesemuanya, kemudian Kami berkata kepada orang-orang yang mempersekutukan, "Di manakah sekutu-sekutu kamu yang kamu mendakwakan?" (6:22). Kemudian tiadalah pertikaian mereka, melainkan mereka berkata, "Demi Allah, Pemelihara kami, bukanlah kami orang-orang yang menyekutukan." (6:23). Perhatikanlah bagaimana mereka berdusta terhadap diri-diri mereka sendiri, dan bagaimana apa yang mereka mengada-adakan telah sesat daripada mereka. (6:24)
    Kita mesti ingat amaran Allah dalam Quran.
    Dan janganlah mengikuti apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati - semua itu ditanya. (17:36)

    Sekian ....
    Last edited by alfatih; 26-08-2007 at 02:20 PM.


  2. stp 468x60-en

  3. The Following 3 Users Say Thank You to alfatih For This Useful Post:


  4. #2
    mirzz's Avatar
    mirzz is offline Addicted Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    mirzz has a brilliant future mirzz has a brilliant future mirzz has a brilliant future mirzz has a brilliant future mirzz has a brilliant future mirzz has a brilliant future mirzz has a brilliant future mirzz has a brilliant future mirzz has a brilliant future mirzz has a brilliant future mirzz has a brilliant future
    Join Date
    Apr 2007
    Posts
    822
    Points
    296.40
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    766
    bahan yg baik utk dibaca
    Ive tried so hard and get so far, in the end, its doesnt even matter!!!



  5. #3
    tdara's Avatar
    tdara is offline Addicted Member
    is senyum selalu
     
    I am:
    Shy
     
    tdara has a reputation beyond repute tdara has a reputation beyond repute tdara has a reputation beyond repute tdara has a reputation beyond repute tdara has a reputation beyond repute tdara has a reputation beyond repute tdara has a reputation beyond repute tdara has a reputation beyond repute tdara has a reputation beyond repute tdara has a reputation beyond repute tdara has a reputation beyond repute
    Join Date
    Jun 2007
    Location
    putrajaya
    Age
    33
    Posts
    784
    Points
    280.16
    Thanks
    0
    Thanked 4 Times in 3 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    1977
    terima kasih fatih atas info itu..
    bleh dara copy paste buat asgment...



  6. #4
    noor's Avatar
    noor is offline Junior Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    noor is on a distinguished road
    Join Date
    May 2007
    Posts
    11
    Points
    3.30
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    0
    Tuhan bagi akal..fikirkan lah..
    hukum hakam tu memang ada tapi sesuaiiiiiiiiiiikan ikut keadaan..moga di berkati.



  7. #5
    alfatih's Avatar
    alfatih is offline Ehoza's Freak
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    ampang
    Age
    36
    Posts
    3,659
    Points
    1,231.90
    Thanks
    1
    Thanked 33 Times in 14 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    2267
    ambillah pelajaran ...



  8. #6
    alfatih's Avatar
    alfatih is offline Ehoza's Freak
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    ampang
    Age
    36
    Posts
    3,659
    Points
    1,231.90
    Thanks
    1
    Thanked 33 Times in 14 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    2267

    Bcalah lagi ... :)

    Perselisihan dan Perpecahan

    Manusia seharusnya menjadi satu umat kerana Tuhan yang mencipta mereka hanya satu. Akan tetapi, atas kebebasan yang Tuhan beri kepada mereka, mereka memilih untuk hidup tidak bersatu dengan berselisih antara satu sama lain. Perselisihan yang dibangkitkan adalah tidak berhenti-henti. Demikian itulah manusia seperti dinyatakan di dalam al-Qur'an berbunyi,
    "Sekiranya Pemelihara kamu menghendaki, tentu Dia membuat manusia satu umat, tetapi mereka tidak berhenti-henti berselisih," (11:118)
    Perselisihan antara mereka menjadi berpanjangan kerana apa yang diperselisihkan tidak diputuskan Allah dengan serta-merta. Putusannya menunggu suatu waktu yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Firman-Nya,
    "Manusia hanyalah satu umat, kemudian mereka berselisih. Jika tidak kerana satu kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu, pasti ia telah diputuskan antara mereka mengenai apa yang dalamnya mereka memperselisihkan." (10:19)
    Al-Qur'an
    Perselisihan yang dimaksudkan itu adalah dalam kepercayaan. Ia berlaku setelah Kitab Allah diturunkan, dan hanya berlaku di kalangan orang-orang yang menerimanya. Sebab, antara mereka yang menerimanya, adalah yang percaya dan yang tidak. Namun, keangkuhan yang ditunjukkan oleh sesetengah orang menjadi sebab utama.Golongan yang percaya kepada Kitab Allah diberi petunjuk pada yang benar atas apa yang diperselisihkan, dan mereka juga diberi petunjuk pada jalan lurus oleh Allah. Sementara bagi golongan yang tidak percaya, yang angkuh, mereka tidak dirahmati seperti golongan yang percaya. Ayat Allah yang menjelaskannya berbunyi,
    "Manusia adalah umat yang satu, kemudian Allah membangkitkan Nabi-Nabi sebagai pembawa berita gembira dan pemberi amaran, dan Dia menurunkan bersama mereka Kitab ....... Hanya orang-orang yang diberikannya berselisih, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka, kerana keangkuhan antara mereka; kemudian Allah memberi petunjuk kepada orang-orang yang percaya pada yang benar mengenai apa yang dalamnya mereka memperselisihkan, dengan izin-Nya; dan Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki pada jalan lurus." (2:213)
    Jalan lurus dinyatakan di dalam Kitab al-Qur'an. Mengikuti jalan itu bererti menyembah Tuhan, atau Pemelihara, dengan sebenarnya. Namun begitu, terdapat juga golongan-golongan manusia yang berselisih dan enggan menyembah-Nya dengan tidak mengikuti jalan tersebut, walhal ia adalah yang tetapkan Allah. Firman-Nya,
    "'Sesungguhnya Allah, Pemeliharaku dan Pemeliharamu; maka sembahlah Dia. Ini jalan lurus.' Tetapi golongan-golongan berselisih sesama mereka, kemudian kecelakaanlah bagi orang-orang yang tidak percaya kerana senario hari yang besar." (19:36-37)
    Golongan-golongan yang berselisih mengenai jalan lurus adalah bukan sahaja tidak percaya, atau kufur, malahan mereka juga disifatkan Allah sebagai orang-orang yang membuat kezaliman. Firman-Nya,
    "Tetapi golongan-golongan antara mereka berselisih; maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang membuat kezaliman kerana azab hari yang pedih." (43:65)
    Mereka yang berselisih mengenai jalan lurus diberi amaran dengan "senario hari yang besar" dan "azab hari yang pedih" seperti yang baru dijelaskan.

    Pengetahuan
    Al-Qur'an yang diturunkan mengandungi pengetahuan bagi agama yang benar, iaitu Islam. Orang-orang yang berselisih mengenainya adalah mereka yang didatangkan pengetahuan tersebut, juga kerana sifat angkuh, yang menular di dalam diri mereka, lalu mereka menjadi tidak percaya kepadanya. Al-Qur'an menjelaskan:
    "Agama yang benar di sisi Allah ialah Islam (tunduk patuh kepada Tuhan), dan orang-orang yang diberi al-Kitab tidak berselisih, melainkan setelah pengetahuan datang kepada mereka kerana keangkuhan antara mereka. Dan sesiapa yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah cepat membuat perhitungan." (3:19)
    Sesungguhnya Allah menurunkan al-Qur'an sebagai satu ujian bagi manusia. Kalau semua manusia mempercayainya maka mereka menjadi satu umat. Tetapi manusia berselisih. Segala yang diperselisihkan akan diberitahu pada hari mereka menemui-Nya nanti. Firman Tuhan,
    "Dan Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar, ...... Sekiranya Allah menghendaki, tentu Dia membuat kamu satu umat; tetapi supaya Dia menguji kamu dalam apa yang Dia memberikan kamu ...... kepada Allah kamu kembali, kesemuanya; dan Dia memberitahu kamu apa yang padanya kamu memperselisihkan." (5:48)
    Satu lagi sebab mengapa umat berselisih antara satu sama lain ialah amalan sesetengah manusia yang mengambil kitab selain daripada al-Qur'an sebagai petunjuk. Kerana, menurut Allah, kitab-kitab yang selain daripada al-Qur'an, yang dikarang oleh manusia, mengandungi banyak perselisihan. Perselisihan pada kitab-kitab itu tentu menjadikan manusia berselisih antara satu sama lain. Firman-Nya,
    "Apa, tidakkah mereka merenungkan al-Qur'an? Jika ia daripada selain Allah, tentu mereka mendapati di dalamnya banyak perselisihan." (4:82)
    Dengan mengambil kitab yang selain daripada al-Qur'an maka bererti mengambil selain daripada Allah sebagai Pemelihara atau Tuhan. Amalan itu, tidak syak lagi, menjadi resipi bagi perselisihan antara manusia. Firman-Nya,
    "Katakanlah, 'Adakah aku menginginkan satu pemelihara, selain daripada Allah, yang adalah Pemelihara segala sesuatu?' ...... Kemudian kepada Pemelihara kamu, kamu kembali, dan Dia memberitahu kamu apa yang padanya kamu memperselisihkan." (6:164)
    Wali
    Turut menjadi sebab bagi perselisihan umat ialah amalan sesetengah golongan manusia yang mengambil wali-wali selain daripada Allah. Pengambilan tersebut serupa dengan menyembah mereka. Golongan yang berbuat demikian menyangka wali-wali mereka dapat mendekatkan mereka dengan Allah. Firman-Nya,
    "Tidakkah kepunyaan Allah agama yang tulus? Dan orang-orang yang mengambil wali-wali (pelindung-pelindung) selain daripada Dia - 'Kami hanya menyembah mereka supaya mereka mendekatkan kami dalam kedekatan dengan Allah' - sesungguhnya Allah akan menghakimkan antara mereka mengenai apa yang padanya mereka memperselisihkan. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada pendusta, yang berdegil dalam ketidakpercayaan." (39:3)
    Wali-wali daripada golongan manusia disangka dapat mendekatkan manusia dengan Allah kerana ajaran mereka yang dianggap menarik dan benar. Akan tetapi, Allah menyifatkan mereka dan wali-wali mereka sebagai pendusta, dan sebagai orang-orang yang berdegil dalam ketidakpercayaan. Mereka tidak dapat petunjuk daripada Allah.
    Manusia juga berselisih mengenai Hari Kiamat dan kejadian yang berlegar di sekitarnya. Keterangan mengenainya dipanggil "berita besar". Perselisihan mengenai berita besar dirakamkan pada ayat berbunyi,
    "Yang mengenainya (berita besar) mereka berselisih." (78:3)
    Perselisihan tersebut disebabkan ajaran sesetengah manusia yang bertentangan dengan ajaran Allah daripada al-Qur'an.
    Perpecahan
    Perselisihan mengenai al-Kitab mendorong kepada perpecahan umat. Perpecahan serupa itu sukar dipulih kerana ia merupakan perpecahan yang jauh. Tuhan menjelaskan,
    "Itu adalah kerana Allah menurunkan al-Kitab dengan yang benar, dan orang-orang yang berselisih mengenai al-Kitab adalah dalam perpecahan yang jauh." (2:176)
    Perpecahan berlaku di kalangan orang-orang yang diberi al-Kitab, atau orang-orang yang menerimanya. Mereka berpecah belah setelah al-Kitab, atau Bukti Yang Jelas, datang kepada mereka. Firman Tuhan,
    "Dan mereka tidak berpecah belah, orang-orang yang diberi al-Kitab, melainkan setelah Bukti Yang Jelas datang kepada mereka." (98:4)
    Sebab utama umat berpecah belah ialah ketidakpercayaan kepada Kitab tersebut yang dilakukan oleh orang-orang yang sombong. Ketidakpercayaan mereka juga menyebabkan perpecahan yang jauh di kalangan umat. Dan, menurut Allah lagi, tiada yang lebih sesat daripada mereka. Ayat-ayat al-Qur'an yang menjelaskannya adalah:
    "Tidak, tetapi orang-orang yang tidak percaya adalah dalam kesombongan dan perpecahan." (38:2)
    "Katakanlah, 'Apa pendapat kamu, jika ia adalah daripada Allah, kemudian kamu tidak percaya kepadanya? Siapakah yang lebih sesat daripada orang yang dalam perpecahan yang jauh?'" (41:52)
    Selanjutnya, sikap angkuh antara satu sama lain dan keraguan terhadap al-Kitab, yang mengandungi pengetahuan, turut menyumbang kepada perpecahan umat. Semua berlaku setelah pengetahuan daripada al-Kitab datang kepada mereka. Perpecahan itu tidak diputuskan dengan segera kerana menunggu suatu tempoh yang telah ditetapkan Allah. Firman-Nya,
    "Mereka tidak berpecah belah kecuali setelah pengetahuan datang kepada mereka, kerana keangkuhan antara satu sama lain; dan kalau tidak kerana satu Kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu hingga satu tempoh yang dinyatakan, tentu ia diputuskan antara mereka. Tetapi orang-orang yang diwariskan al-Kitab sesudah mereka adalah dalam keraguan padanya, kebimbangan." (42:14)
    Bergolongan
    Perpecahan umat dapat dilihat dengan jelas setelah manusia menjadi bergolongan dalam agama, dan mereka yang bergolongan itu pula bergembira dengan apa yang mereka ada. Kenyataan tersebut dipetik daripada ayat berikut:
    "Tetapi mereka berpecah dalam urusan mereka antara mereka kepada golongan-golongan kepercayaan; tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada di sisi mereka." (23:53)
    Pecahan dalam agama, seperti bermazhab atau berkumpulan, yang dianjurkan oleh sesetengah pihak adalah bukan ajaran Allah mahupun Nabi-Nya, Muhammad (6:159). Sebaliknya, agama yang disyariatkan kepada baginda dan Nabi-Nabi sebelum baginda adalah yang bercorak tidak berpecah belah. Firman-Nya,
    "Dia mensyariatkan bagi kamu (Muhammad) sebagai agama apa yang Dia mewasiatkan Nuh dengannya, dan apa yang Kami mewahyukan kamu, dan apa yang Kami mewasiatkan Ibrahim dengannya, dan Musa, dan Isa: 'Lakukanlah agama, dan janganlah berpecah belah di dalamnya.'" (42:13)
    Azab
    Perpecahan dan perselisihan di kalangan manusia berlaku setelah al-Kitab, yang menjadi bukti-bukti yang jelas daripada Allah atas kebenaran, datang kepada mereka. Kejahatan yang dilakukan itu akan dibalas dengan azab yang besar. Seperti itulah bunyi peringatan daripada sebuah ayat bermaksud,
    "Janganlah menjadi seperti orang-orang yang berpecah belah, dan berselisih setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka; mereka itu, bagi mereka, azab yang besar," (3:105)
    Segala yang diperselisih akan dihakim dan diputuskan Allah pada Hari Kiamat (22:69 dan 45:17). Hanya Dia sahaja yang berhak berbuat demikian. Justeru, manusia tidak seharusnya menjatuhkan hukum seperti sesat ke atas manusia lain yang didapati berselisih dengan mereka. Sebaliknya, mereka harus mengatakan seperti yang diajar Tuhan berbunyi,
    "Katakanlah, 'Ya Allah, Pemula langit dan bumi, yang tahu yang ghaib dan yang nampak, Engkaulah yang menghakimkan antara hamba-hamba-Mu mengenai apa yang mereka padanya mereka memperselisihkan.'" (39:46)
    Tali Allah
    Perselisihan dan perpecahan tentu akan mengheret kepada permusuhan di kalangan umat. Jalan penyelesaiannya pula sukar disetujui, walaupun ia mampu mengikat hati mereka untuk menjadi satu. Jalan itu adalah dengan berpegang teguh pada tali Allah, berbentuk sebuah Kitab yang diwahyukan-Nya. Dengannya umat menjadi bersaudara, tidak berselisih, tidak berpecah belah, dan juga tidak bermusuhan antara satu sama lain. Iktibar diambil daripada sebuah firman-Nya yang berbunyi,
    "Dan berpegangteguhlah kamu pada tali Allah, semuanya, dan janganlah kamu berpecah belah, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia menyatukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya kamu menjadi bersaudara." (3:103)
    Lantaran itu, umat haruslah berpegang dengan teguh pada al-Qur'an seperti yang diperintah Tuhan, untuk merealisasikan dasar Islam "Satu Tuhan, Satu Kitab, Satu Umat". Walaupun ia sukar, namun umat harus terus berusaha untuk mencapainya, demi kebahagiaan di dunia dan di akhirat.



  9. #7
    Don kin's Avatar
    Don kin is offline DieHardFan Member
    is simply person
     
    I am:
    Cool
     
    Don kin has a spectacular aura about Don kin has a spectacular aura about
    Join Date
    Sep 2007
    Location
    On Earth
    Posts
    1,943
    Points
    763.10
    Thanks
    0
    Thanked 8 Times in 5 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    595
    islam itu mmg mudah jika kite
    mninggalkn segala laranganNya..
    tp amat la sukar jika kite tidak mngikutnya..



  10. #8
    ITA's Avatar
    ITA is offline Junior Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    ITA is on a distinguished road
    Join Date
    Oct 2007
    Age
    30
    Posts
    45
    Points
    16.63
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 2 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    536
    apa pekerjaan awak?banyak awak tahu tentang islam?awak seorang pendidik atau penulis?



  11. #9
    ArericH's Avatar
    ArericH is offline True Ehoza's Supporter
    is kawen tu ape?
     
    I am:
    Shy
     
    ArericH has a reputation beyond repute ArericH has a reputation beyond repute ArericH has a reputation beyond repute ArericH has a reputation beyond repute ArericH has a reputation beyond repute ArericH has a reputation beyond repute ArericH has a reputation beyond repute ArericH has a reputation beyond repute ArericH has a reputation beyond repute ArericH has a reputation beyond repute ArericH has a reputation beyond repute
    Join Date
    Sep 2007
    Location
    bilik tv
    Posts
    13,741
    Points
    2,145.81
    Thanks
    103
    Thanked 309 Times in 240 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    250325


    orng da tnya 2 bro fatih.. jwb2..
    Suatu Kenangan™
    ~You're a princess, one day you'll be a queen.. You must be strong if you want to be a queen~ArericH.K
    ~patah tumbuh hilang berganti memanjang...~bul4t



  12. #10
    alfatih's Avatar
    alfatih is offline Ehoza's Freak
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    ampang
    Age
    36
    Posts
    3,659
    Points
    1,231.90
    Thanks
    1
    Thanked 33 Times in 14 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    2267
    Quote Originally Posted by ITA View Post
    apa pekerjaan awak?banyak awak tahu tentang islam?awak seorang pendidik atau penulis?

    maaf kiranya lambat utk menjawab...seharusnya soalan itu ditanyakan kepada diri sendiri..bukankah kita semua umat yang mengakui Islam seharusnya tahu tentang Islam... saya bukanlah seorang pendidik atau penulis... saya juga seperti kalian. tentang pekerjaan saya tak perlulah saya nyatakan disini. saya ingin menyampaikan apa yang Allah perintahkan. sekadar kalian membaca dan membuat pertimbangan. Kalau ada petanyaan tentang kemusykilan saya akan cuba menjawabnya dengan hanya menurut apa yg terkandung dalam kitab Allah yang satu. akhir kata , sukanya saya berkongsi dengan kalian dengan friman Allah surah Ali Imran(3) ayat ke 78 dan 79..

    3:78. Dan antara mereka, ada segolongan yang memutarbalikkan lidah mereka dengan al-Kitab supaya kamu menyangkanya daripada sebahagian al-Kitab, sedang ia bukanlah daripada al-Kitab; dan mereka berkata, "Ia daripada Allah", tetapi ia bukanlah daripada Allah, dan mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahuinya.

    3:79. Tiadalah bagi seseorang manusia bahawa Allah memberinya al-Kitab, dan Pemutus, dan Kenabian, kemudian dia berkata kepada manusia, "Jadilah kamu hamba-hamba kepadaku selain daripada Allah." Tetapi, "Jadilah kamu orang-orang rabani (yang menguasai) dengan sebab kamu mengetahui al-Kitab, dan dengan sebab kamu mempelajarinya."



  13. The Best Spread 468x60ms

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

     

Similar Threads

  1. Bacalah Yassin
    By shinichi in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 10
    Last Post: 04-08-2009, 11:05 PM
  2. [NEW] bacalah oley mu
    By ct_mir in forum Info & Pengetahuan Am
    Replies: 13
    Last Post: 14-11-2008, 01:34 AM
  3. Sejarah Internet ... Bacalah...
    By alfatih in forum Info & Pengetahuan Am
    Replies: 11
    Last Post: 14-10-2008, 11:37 PM
  4. bacalah kalau nak tau
    By spedarman in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 3
    Last Post: 12-05-2008, 06:24 PM
  5. info yg tak berapa best...tp bacalah
    By azwanbiz in forum Info & Pengetahuan Am
    Replies: 5
    Last Post: 08-08-2007, 06:06 PM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
Premium Ads
TenkoFX Crypto

Paid Ads

Moneybookers 180x60

FXOpen 125x125









Ehoza Ads
Ehoza Ads