Ada 3 orang tukang masak kem tentera yang bersahabat baik walaupun berlainan bangsa. Setelah bekerja di kem yang sama hampir 10 tahun, ketiga-tiga mereka dapat tawaran kenaikan pangkat dan perlu menjalani temuduga.

Sewaktu bersiap menghadapi temuduga tu, mereka bertiga, Abu, Ah keong dan Hujagar Singh pun berpakat.

Siapa yang kena temuduga dahulu mesti beritahu yang lain apa soalan yang ditanya. Mereka semua bersetuju.

Sampai masa, Abu dipanggil dahulu. Bila masuk ke dalam bilik temuduga, pegawai atasannya menunjukkan sebilah pisau askar.

”Awak tau apa ni?”.

”Tau tuan. Pisau askar tuan”.

”Bagus. Kalau saya tikam mata kiri awak apa akan jadi?”.

”Sebelah mata saya buta tuan”.

”Bagus. Kalau saya tikam mata kanan awak pulak, apa akan jadi?”.

”Dua-dua belah mata saya buta tuan”.

”Bagus. Awak boleh keluar”.

”Itu saja tuan?. Terima kasih tuan”.

Apabila keluar saja si Abu ni tadi, dia terus bagitau rakan-rakannya yang dua orang. Kedua-dua rakannya pun tersenyum dan menghafal jawapan si Abu tadi.

Tidak lama kemudian, si Ah Keong pula dipanggil masuk ke bilik temuduga. Dia pun disoal dengan soalan yang serupa. Dengan mudah Ah Keong menjawab ketiga-tiga soalan yang diajukan kepadanya.

”Awak tau apa ni?”.

”Tau tuan. Pisau askar tuan”.

”Bagus. Kalau saya tikam mata kiri awak apa akan jadi?”.

”Sebelah mata saya buta tuan”.

”Bagus. Kalau saya tikam mata kanan awak pulak, apa akan jadi?”.

”Dua-dua belah mata saya buta tuan”.

”Bagus. Awak boleh keluar”.

”Terima kasih tuan”.

Apabila keluar dari bilik temuduga, Ah keong pun memberitahu Hujagar tentang apa yang ditanya. Hujagar Singh makin lebar senyumannya. Kemudian Hujagar pula dipanggil masuk ke bilik temuduga.

Sebaik saja Hujagar duduk di kerusi yang disediakan, dia ditunjukkan sepasang gunting oleh pegawai penemuduga. Hujagar merasa hairan dan berdebar-debar.

”Awak tau apa ni?”.

”Tau tuan. Err… Gunting tuan”.

”Bagus. Kalau saya gunting telinga kiri awak apa akan jadi?”.

”Err... err… Sebelah mata saya buta tuan”.

Pegawai penemuduga tadi berasa hairan dengan jawapan Hujagar. Pegawai itu pun meneruskan soalan ketiganya.

”Kalau saya gunting telinga kanan awak pulak, apa akan jadi?”.

”Err... err... Dua-dua belah mata saya buta tuan”.

Berasa hairan dengan jawapan yang diberi, terus si pegawai tu bertanya kepada Hujagar.

”Macam mana awak boleh buta kalau saya tak usik pun mata awak?. Kan saya cuma gunting telinga awak. Awak ni dengar ke apa yang saya tanya?”

Di dalam kepala Hujagar Singh ni berpusing-pusing memikirkan alasan. Peluh jantan meleleh dengan laju di muka dia. Setelah hampir seminit dia berfikir, Hujagar pun membuka mulut...

”Bukan apa tuan, saya ni seorang sikh. Saya ada pakai turban. Kalau tuan gunting telinga kiri saya, turban saya jatuh tutup mata kiri saya. Kalau tuan gunting pula telinga kanan saya, turban saya jatuh tutup dua-dua mata saya tuan”.

Pegawai tu tergelak dan menyuruh Hujagar Singh tu keluar. Ketiga-tiga mereka lulus ujian temuduga dan dinaikkan pangkat.