TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Results 1 to 6 of 6

Thread: Suka Berleter

  1. #1
    greysmoke's Avatar
    greysmoke is offline Addicted Member
    is masturbating...
     
    I am:
    Crazy
     
    greysmoke has a reputation beyond repute greysmoke has a reputation beyond repute greysmoke has a reputation beyond repute greysmoke has a reputation beyond repute greysmoke has a reputation beyond repute greysmoke has a reputation beyond repute greysmoke has a reputation beyond repute greysmoke has a reputation beyond repute greysmoke has a reputation beyond repute greysmoke has a reputation beyond repute greysmoke has a reputation beyond repute
    Join Date
    Jun 2007
    Location
    northern j
    Posts
    956
    Points
    326.55
    Thanks
    0
    Thanked 42 Times in 21 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    2531

    Wink Suka Berleter

    Ada seorang suami yang hidupnya tertekan kerana isterinya kuat berleter. Setiap hari isterinya akan beleter tak kira masa. Balik kerja lambat setengah jam, berleter. Bangun tidur lewat, berleter. Rumah berselerak sikit, berleter.

    Oleh kerana sudah tidak tahan dengan leteran isterinya itu, si suami berjumpa dengan Hj. Ahmad, imam di kampungnya selepas solat jumaat. Hj. Ahmad ni memang terkenal dengan warak dan kepandaiannya mengubat pelbagai penyakit.


    Bila diceritakan oleh si suami tentang perangai isterinya, Hj. Ahmad ni tersenyum dan bagitau pada si suami.


    ”Betoi ka hang ni dah tak larat dengaq bini hang berletiaq”.

    ”Betoi haji. Saya minta tolong sangat pada pak haji ni”.

    ”Kalau macam tu, hang bagi ubat ni kat minuman bini hang, biaq dia tidoq lena. Lepas tu hang pi buang dia kat dalam satu lubang yang dalam”.

    ”Itu saja ke haji?”

    ”Itu saja. Hang pi buatlah apa yang aku suruh. Tapi hang jangan menyesal di kemudian hari.”

    ”Terima kasihlah haji, tengoklah nanti macam mana”.

    Si suami ni rasa tak tergamak nak buat apa yang Hj. Ahmad tu suruh. Tapi bila tiba di rumah saja, si isteri terus berleter.

    ”Orang lain pun sembahyang Jumaat juga, tapi tak ada lah balik sampai lewat sangat. Awak ni merayau ke mana?. Lain kerja tak ada, asyik merayau, merayau, merayau. Cubalah ingat sikit orang kat rumah ni.”

    Olah kerana tak tertahan dengan leteran si isterinya ni, si suami ni pun nekad nak buat apa yang Hj. Ahmad ajar pada dia tadi.


    Waktu maghrib tu, lepas saja selesai sembahyang, si suami ni bancuhlah ubat yang diberi oleh Hj.
    Ahmad tu tadi. Dia pun beri kat isterinya. Si isterinya pun sambil mengambil air itu sempat lagi berleter, ”Ni buat-buat baik ni ada lah sebabnya tu. Mesti ada hati nak tambah bini lagi. Tu yang konon-konon buat baik ni”.

    Selesai saja minum air tu, si isteri terus tertidur tak sedarkan diri. Si suami pun angkat si isteri ni tadi dan bawak ke belakang rumah. Di sana ada sebuah perigi buta yang dah 20 tahun tidak digunakan. Sampai kat perigi buta tu, si suami ni pun terus campak isterinya ke dalam. Si suami pun pulang ke rumah.


    Keesokkan harinya, si suami ni rasa aman. Tak ada orang berleter dia bangun lewat. Balik kerja pun tak ada orang berleter. Dia rasa selesa duduk di rumah.


    Masuk hari kedua, si suami ni rasa lain macam.
    Rasa rindu pulak pada leteran isterinya. Dia dah mula rasa gelisah. Sepanjang hari tu asyik teringat aje pada isterinya. Masuk hari ketiga, si suami tahu dia tak boleh hidup tanpa isteri dia. Selepas saja solat maghrib kat masjid, dia pun berjumpa dengan Hj. Ahmad.

    ”Haji, saya rasa menyesallah haji sebab buang isteri saya dulu. Boleh tak saya dapatkan balik isteri saya tu?”.

    ”Itulah hang. Aku dah bagitau kat hang. Kalau hang nak buat, jangan menyesal. Laa ni aku pun tak tau apa nasib bini hang. Aku nak tolong pun aku tak jamin bini hang selamat atau tidak. Tapi hang boleh pi cuba. Malam ni juga, hang kena pi tempat hang buang bini hang tu, hang bawak sekali tali panjang. Hang campak tali tu masuk ke dalam lubang tempat hang buang bini hang, lepas tu hang selawat 3 kali. Lepas selawat 3 kali, hang tarik tali tu ke atas. Hang cuba 3 kali. Kalau lepas 3 kali pun bini hang tak keluaq, maknanya bini hang dah mampuih la.”

    Si suami pun tanpa berlengah terus balik ke rumah, ambil tali panjang dan terus pergi ke perigi buta tempat dia mencampakkan isterinya 3 hari yang lepas.


    Sampai saja di perigi buta tu, si suami tu terus mencampakkan tali ke dalam perigi buta tu. Selepas saja selawat 3 kali, si suami tu tariklah bini dia naik ke atas.
    Selepas habis tali tu di tarik ke atas, tiada isterinya keluar.

    Si suami cuba buat kali yang kedua. Kali ni dia selawat 7 kali pulak.
    Tapi usahanya masih hampa. Si suami ni pun mulai risau. ”Dah mati ke bini aku ni?”

    Si suami cuba buat kali yang ketiga. Kali ni dia selawat 11 kali. Bila ditarik tali tu ke atas, dia terasa berat. Hati si suami begitu gembira. Selepas habis tali tu ditarik ke atas, yang keluar dari perigi tu bukan isterinya tapi satu jembalang yang berbulu amat lebat.


    ”Siapa kau ni? Mana bini aku? Celaka lah kau kalau kau makan bini aku!”

    Jawab si jembalang tu, ”Aku ni penunggu perigi buta ni.
    Dah bertahun aku duduk kat sini. Tapi sejak bini kau datang, aku jadi tak senang duduk. Hari-hari, pagi, petang, siang, malam asyik berleter, berleter, berleter. Aku sampai naik berbulu satu badan. Aku dah tak tahan. Aku nak pindah pergi tempat lain. Kalau kau nak bini kau, kau ambillah dia kat bawah tu. Aku pun dah tak tahan lagi dah”.

    Sejak hari tu, si suami tu pun dapatlah kembali bersama isterinya. Si isterinya pun dah kurang lah membebel sikit, takut lepas ni dicampakkan suaminya ke dalam perigi buta tu lagi. Hiduplah si suami dan si isteri ni setengah aman. Tabiat berleter tetap tak boleh hilang, Cuma boleh dikurangkan saja.


  2. pamm 468x60-en

  3. #2
    joney's Avatar
    joney is offline Pengetua Ehoza

    is .............. dead!
     
    I am:
    Tired
     
    joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    Pass Away
    Posts
    8,902
    Points
    3,593.64
    Thanks
    193
    Thanked 96 Times in 63 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    182690
    mcm cerita rekaan untuk kanak2 je..



  4. #3
    kitaro's Avatar
    kitaro is offline Official Photographer


    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Ulu Klang,
    Posts
    2,267
    Points
    1,237.72
    Thanks
    36
    Thanked 147 Times in 75 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    19822
    jd kurang2kanlah berleter...jin pon tak tahan kena berlater...



  5. #4
    s_bleeza is offline Hyper Active Member
    This user has no status.
     
    I am:
    Awesome
     
    s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute
    Join Date
    Jul 2007
    Location
    KL
    Posts
    2,151
    Points
    714.91
    Thanks
    12
    Thanked 72 Times in 25 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    6512
    Heheheh... aku pun tak tahan, ada gak pompuan yg kuat berleter mcm ni. Seb baik aku tak kuat berleter, berleter ckit adalah...



  6. #5
    dewi pujangga's Avatar
    dewi pujangga is offline Regular Member
    is ermmmmmm
     
    I am:
    Hungry
     
    dewi pujangga is on a distinguished road
    Join Date
    Jun 2007
    Location
    melaka
    Posts
    251
    Points
    90.37
    Thanks
    1
    Thanked 2 Times in 2 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    555
    tu melampau punyak berleter..... aku berleter gak tp ada had laaa..... isk..isk..isk..



  7. #6
    antagenaiz's Avatar
    antagenaiz is offline King Of VNS
    This user has no status.
     
    I am:
    Cool
     
    antagenaiz has a reputation beyond repute antagenaiz has a reputation beyond repute antagenaiz has a reputation beyond repute antagenaiz has a reputation beyond repute antagenaiz has a reputation beyond repute antagenaiz has a reputation beyond repute antagenaiz has a reputation beyond repute antagenaiz has a reputation beyond repute antagenaiz has a reputation beyond repute antagenaiz has a reputation beyond repute antagenaiz has a reputation beyond repute
    Join Date
    May 2007
    Location
    Serdang
    Age
    33
    Posts
    15,156
    Points
    5,322.09
    Thanks
    482
    Thanked 523 Times in 282 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    28475
    sian jin tu xpsal2 kna cr port ln ahaks


  8. The Best Spread 468x60ms

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

     

Similar Threads

  1. Replies: 21
    Last Post: 24-01-2010, 05:27 PM
  2. Rompak suka-suka hilang bosan
    By kenobi in forum Isu Semasa 2009
    Replies: 13
    Last Post: 18-06-2009, 01:38 PM
  3. Elak kes rogol ‘suka sama suka’
    By hpmfl2002 in forum Isu Semasa 2009
    Replies: 1
    Last Post: 13-05-2009, 02:45 AM
  4. Replies: 2
    Last Post: 16-01-2009, 09:28 AM
  5. Bukan tembak suka-suka
    By hpmfl2002 in forum Isu Semasa 2008
    Replies: 12
    Last Post: 09-09-2008, 03:53 PM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
Premium Ads
stp 160x600-en

Paid Ads

Moneybookers 180x60

FXOpen 125x125









Ehoza Ads
Ehoza Ads