Contoh perbualan - Menunjuk Arah

How do I get to the restaurant?/Bagaimanakah nak sampai ke restoran itu?

Azlina : Hi, Azman! How are you today?
Hi, Azman! Apa khabar awak hari ini?

Azman : Hi, Azlina! What’s up?
Hi, Azlina! Apa cerita?

Azlina : Do you have any plan for dinner today?
Awak ada apa-apa rancangan untuk makan malam hari ini?

Azman : Nothing yet. I am thinking of just having my dinner at the nearby restaurant tonight. Why? Any plan?
Tak ada lagi. Saya fikir untuk makan malam di restoran yang berdekatan sahaja malam ini. Kenapa? Ada rancangankah?

Azlina : Well, I was wondering if you’d like to join me for dinner today?
Baiklah, saya terfikir jika awak ingin sertai saya untuk makan malam hari ini?

Azman : Sure. What did you have in mind?
Sudah tentu. Apa rancangan awak?

Azlina : I feel like eating Thai food.
Saya teringin nak makan makanan Thai.

Azman : I could go for Thai food. I know a really good Thai restaurant in Sungai Buloh. I have eaten there a couple of times and the food is very good.
Saya boleh sahaja makan makanan Thai. Saya tahu satu restoran makanan Thai yang bagus di Sungai Buloh. Saya dah makan di situ beberapa kali dan makanannya memang bagus.

Azlina : What’s the name of the restaurant?
Apakah nama restoran itu?

Azman : Chieng Mai. They have the most delicious tom yam in town.
Chieng Mai. Mereka menyediakan tom yam yang paling sedap di bandar ini.

Azlina : Where’s it located?
Di mana restoran itu terletak?

Azman : It’s on Jalan Hospital near the Sungai Buloh Hospital.
Restoran itu terletak di Jalan Hospital berdekatan dengan Hospital Sungai Buloh.

Azlina : Jalan Hospital near the Sungai Buloh Hospital?Where is it anyway? I am not very familiar with the Sungai Buloh area.
Jalan Hospital berdekatan dengan Hospital Sungai Buloh? Di manakah restoran itu terletak sebenarnya? Saya tak berapa arif dengan kawasan Sungai Buloh.

Azman : It is just after the Sungai Buloh commuter station on the way to the Sungai Buloh Hospital.
Restoran itu terletak selepas stesen komuter Sungai Buloh dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh.

Azlina :Okbut I am not really sure the exact location. You will be driving, right?
Baiklah, tetapi saya tak berapa pasti lokasi sebenarnya. Awak yang akan memandu, bukan?

Azman :No problem. I will drive you there. What time do you want to meet?
Tak ada masalah. Saya akan pandu awak ke sana. Pukul berapa awak nak kita berjumpa?

Azlina : Why don’t we meet at 8 o’clock?
Apa kata kita berjumpa pada pukul 8?

Azman : Eight o’clock it is then. See you later.
Baiklah, pada pukul lapan. Jumpa awak nanti.

Azlina :Ok. Don’t be late.
Baiklah. Jangan lewat.

Sekian.
Kalau ada lagi contoh perbualan yg menarik boleh la tambah.