TenkoFX ECN Gravity

+ Reply to Thread
Results 1 to 3 of 3
  1. #1
    somutmerah's Avatar
    somutmerah is offline Hyper Active Member
    is Big Gun
     
    I am:
    Awesome
     
    somutmerah has a reputation beyond repute somutmerah has a reputation beyond repute somutmerah has a reputation beyond repute somutmerah has a reputation beyond repute somutmerah has a reputation beyond repute somutmerah has a reputation beyond repute somutmerah has a reputation beyond repute somutmerah has a reputation beyond repute somutmerah has a reputation beyond repute somutmerah has a reputation beyond repute somutmerah has a reputation beyond repute
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    N9
    Age
    35
    Posts
    2,000
    Points
    611.90
    Thanks
    12
    Thanked 53 Times in 33 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    9149

    ~hukum menyentuh wanita~

    Hukum Menyentuh Perempuan
    Posted on Monday, July 30 @ 18:27:06 MYT by SongkokPutih

    Bimillahirrahmanirrahim.
    Alhamdulillahi rabbil 'alamiin, wabihi nasta'in.

    Muqaddimah: Bersalam atau menyentuh perempuan ajnabi (bukan mahram; keluarga
    terdekat yang haram dinikahi dan isteri) dengan sengaja adalah satu
    perbuatan yang haram. Demikian juga seorang perempuan menyentuh lelaki
    ajnabi, ini berdasarkan sabda Nabi saw(لأن يطعن في رأس أحدكم بمخيط من
    حديد، خير له من أن يمس امرأة لا تحل له )) الطبراني.

    Maksudnya: "Kalau dicucuk dengan jarum dikepala salah seorang dari kamu
    adalah lebih baik daripada dia menyentuh perempuan yang tidak halal
    baginya". [HR At-Tabarani 20/212, Sahih Al-Jami' No. 4921] Masalah yang akan
    dibincangkan ialah apabila tersentuh perempuan ajnabi secara tidak sengaja
    atau menyentuh isteri sendiri, adakah batal wudhu' atau tidak?

    Terdapat beberapa pandangan para ulama' tentang permasalahan ini. Ibnu
    Al-Munzir menyebut di dalam kitabnya (Al-Ausat) lima pendapat, tetapi yang
    masyhurnya adalah tiga:

    1) Pendapat pertama: Pertemuan/sentuhan diantara kulit lelaki dan perempuan
    yang ajnabi (sah dinikahi) atau isteri akan membatalkan wudhu', sama ada
    dengan syahwat atau tidak, sengaja atau tidak.

    Tetapi tidak batal jika berlapik walaupun dengan sesuatu yang nipis. Ini
    adalah pandangan Ibnu Masud, Ibnu Umar م . mazhab Syafei, mazhab Az-Zuhri,
    'Ata' bin As-Sa'ib, Al-Auza'ie dan lain-lain . Dalil dan hujah mereka;
    firman Allah:[أو لامستم النساء]

    Maksudnya: "… atau jika kamu menyentuh perempuan". [An-Nisa': 43].Mereka
    berhujah bahawa yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah: "Al-Lams" iaitu
    sentuhan.

    Hakikatnya sentuhan dari segi bahasa ialah menyentuh dengan tangan. Juga
    telah disabitkan bahawa Ibnu Umar menafsirkan ayat ini sedemikian. Kata Ibnu
    Umar:

    Maksudnya: "Kucupan seorang lelaki terhadap isterinya, menyentuhnya dengan
    tangan adalah dikira "mulamasah", oleh itu sesiapa yang mengucup atau
    menyentuh isterinya dengan tangan maka hendaklah dia mengambil wudhu."
    [Riwayat Imam Malik di dalam Al-Muwatta'].

    Maka Imam Syafei menyatakan jika sesiapa yang menyentuh dengan tangannya
    perempuan yang sah dinikahinya, maka terbatal wudhu' dengan sebab itu.
    [Al-Umm: 1/63].

    Manakala tentang hadis-hadis yang digunakan oleh pendapat kedua dan ketiga
    (ada di bawah ini), mazhab Syafei menafsirkan samada sentuhan itu berlaku
    dengan berlapik ataupun khusus untuk Rasulullah saw sahaja.

    2) Pendapat kedua: Tidak terbatal wudhu' dengan menyentuh perempuan, sama
    ada dengan syahwat atau tidak. Ini adalah pendapat Ibnu Abbas dan Ali bin
    Abi Talib ra yang menafsirkan firman Allah Ta'ala: "Al-Lams" itu maksudnya
    bersetubuh atau jimak, bukan sekadar bersentuh seperti pendapat kumpulan
    pertama tadi. Ini juga pendapat yang diriwayatkan daripada Thawus, Al-Hasan,
    'Ata' bin Abi Rabah dan Sufyan Ath-Thauri.

    Mazhab Hanafi serta satu riwayat dari Imam Ahmad juga berpendapat walaupun
    menyentuh dengan syahwat tidak terbatal wudhu', kecuali dengan berjimak.

    Dalilnya:

    1) Ummul Mukminin Aisyah ra. berkata: Maksudnya: "Pada suatu ketika saya
    tidur di hadapan Rasulullah saw yang sedang bersolat dan dua kaki saya di
    arah kiblatnya. Apabila Baginda bersujud (tangannya) mengenai (kaki) saya,
    lalu saya menarik kaki saya, (sedangkan Nabi meneruskan solatnya). Apabila
    Baginda bangun saya pun menghulurkan semula kaki saya. Kata Sayyidatina
    Aishah ra. lagi: "Dan rumah-rumah pada masa itu tidak berlampu". [HR
    Al-Bukhari : 382] .

    2) Begitu juga sebaliknya, jika seorang perempuan menyentuh kulit lelaki,
    tidak batal wudhu'nya, sebagaimana riwayat daripada Aisyah ra. Maksudnya:
    "Pada suatu malam, Rasulullah saw berenggang daripada saya, maka saya pun
    mencari beliau dengan tangan saya, tiba-tiba tangan saya tersentuh dua
    telapak kaki Baginda ketika Baginda sedang sujud". [HR Muslim: 486].

    3) Aisyah ra. juga meriwayatkan: Maksudnya: "Rasulullah saw sedang bersolat
    manakala aku tidur di arah kiblatnya seperti jenazah. Apabila Baginda ingin
    bersolat witir, disentuhnya aku dengan kakinya." [HR Ahmad: 6/260,
    An-Nasa'ei: 166. Sahih.]

    4) Aishah ra. juga meriwayatkan: Maksudnya: "Rasulullah saw mengucup salah
    seorang isteri Baginda, kemudian keluar menunaikan solat, sedangkan Baginda
    tidak pula mengambil wudhu". [H.R Ahmad No. 25766, Abu Daud: 179. Sebahagian
    ulama' (Al-Albani) mengatakan hadis ini sahih, tetapi ramai juga yang
    mengatakan hadis ini dhaif].

    Para ulama' di kala menghuraikan hadis ini mengatakan: "Ini juga merupakan
    satu dalil bahawa menyentuh perempuan itu tidaklah membatalkan wudhu';
    kerana sesungguhnya perbuatan mengucup itu adalah termasuk menyentuh,
    sedangkan Nabi saw tidak pula memperbaharui wudhu'nya sebagai akibat
    perbuatannya itu. Ini adalah fahaman yang dipegang oleh Ibnu Abbas ra..".

    Kekuatan dalil mereka ini adalah kerana pada asasnya bersentuh adalah tidak
    batal wudhu', dan tidak terdapat pula dalil-dalil yang sahih dan jelas bagi
    mereka yang mendakwa terdapat perbezaan di antara sentuhan dengan syahwat
    dan sentuhan tanpa syahwat.

    3) Pendapat ketiga: Bersyarat, iaitu terbatal wudhu' jika menyentuh dengan
    syahwat, tetapi jika tanpa syahwat, tidak akan terbatal wudhu'. Ini adalah
    pendapat mazhab Hanbali, Maliki dan ahli feqah (fuqaha') penduduk
    MadinahPendapat ini juga berdasarkan hadis-hadis Ummul Mukminin Aisyah ra.
    di atas tadi. Nyata bagi mereka setakat menyentuh saja (tanpa syahwat)
    tidaklah membatalkan wudhu'.

    Perkataan "Ghamazni" dan "Massani birijli" itu adalah dimaklumi bahawa
    persentuhan sedemikian adalah tanpa keinginan syahwat. Kerana itulah sumber
    ini digunakan sebagai dalil bahawa menyentuh tanpa syahwat itu tidak
    membatalkan wudhu'. Pengarang kitab "Al-Mughni" (1/256) mengatakan:
    "Sesungguhnya dengan hanya menyentuh semata-mata belumlah menghadaskan
    seseorang, kerana yang menjadikan seseorang itu berhadas ialah dengan
    keluarnya air mazi atau air mani, iaitu apabila berlakunya keinginan
    syahwat".

    Kesimpulan: Perbandingan antara mazhab ini menunjukkan bahawa hanya mazhab
    Syafei sahaja yang agak berat dalam masalah ini, di mana hanya bersentuhan
    sahaja (samada sengaja atau tidak) telah membatalkan wudhu'. Sedangkan
    Imam-imam mazhab lain lebih ringan dan terbuka.

    Mazhab Hanafi berpendapat maksud bersentuh itu dengan bersetubuh. Manakala
    Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal pula mengatakan sentuhan yang
    membatalkan wudhu' ialah yang menimbulkan keinginan syahwat.

    Maka pendapat yang rajih (kuat) ialah pendapat jumhur yang mengatakan tidak
    batal wudhu' dengan sebab menyentuh perempuan sebagaimana yang telah
    ditafsirkan oleh Abdullah Ibnu Abbas ra (Turjuman Al-Quran dan Habrul Ummah)
    dan Ali bin Abi Talib ra yang menafsirkan firman Allah Ta'ala: "Au
    Laamastum", "Al-Lams" itu maksudnya bersetubuh atau jimak, bukan sekadar
    bersentuh. [Lihat Tafsir Ibnu Kathir].

    Adapun dakwaan bahawa sentuhan di antara Rasulullah saw dan Aisyah adalah
    dengan berlapik atau hanya khusus untuk Rasulullah sahaja, ramai ulama'
    mengatakan bahawa dakwaan tersebut tidak mempunyai dalil yang jelas atau
    bukti yang menunjukkan sentuhan itu adalah berlapik. Kata ulama': "Satu
    hukum yang amat perlu diketahui oleh umat pasti dijelaskan oleh Rasulullah
    saw walaupun secara umum kemudian dinukil oleh jenerasi umat ini…

    Dengan ini diketahui bahawa tidak wajib mengambil wudhu' kerana bersentuh
    dengan perempuan… kerana seseorang itu sentiasa tersentuh isterinya dengan
    syahwat atau tidak, kemudian tidak ada pula riwayat yang menjelaskan bahawa
    Rasulullah saw mengarahkan agar mengambil wudhu' kerananya. Al-Quran pula
    tidak menunjukkan maksud sedemikian, bahkan apa yang dikehendaki dengan
    mulamasah ialah jima'". [At-Tarjih 73-74]Namun bagi mereka yang menyentuh
    dengan syahwat, adalah lebih baik baginya untuk memperbaharui semula
    wudhu'nya, sebagaimana yang disarankan oleh sebahagian ulama'..

    Wallahua'lam.Akhukum:

    Abu Anas Madani.
    Sungai Durian,
    19 Jun 2007.
    *http://www.abuanasmadani.com/ *
    Rujukan:
    1. Al-Majmu', Imam An-Nawawi. 2/26- 38.2. Fiqh At-Toharah, Al-Qardawi,
    179-183.3. Syarh Bulughul Maram, Dr Salman Al-Audah, 2/821-827.4. Taudhih
    Al-Ahkam, Al-Bassam, 1/231-232.5. At-Tarjih fi masail At-Toharah wa
    As-Solah, Dr. Mohd Umar Bazamul.


  2. FXOpen 468x60ms

  3. #2
    astaroth's Avatar
    astaroth is offline Hall of Fame
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of
    Join Date
    Mar 2007
    Location
    Hell Sith
    Posts
    1,900
    Points
    650.10
    Thanks
    0
    Thanked 17 Times in 14 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    730
    tersentak hati ku ini
    Metal UnderGround Album Collection
    About Gallery Permission
    Speed You DSL Connection
    Naruto Shippuuden Episode List
    Ehoza Rules

    "I Have Made Candles Of Dead Men's Fat"
    "The Sextons Have Been My Slaves"
    "I Have Bottled Babes Unborn And Dried"
    "Hearts And Livers From Rifled Graves"
    "And My Prentices Now Will Surely Come"
    "And Carve Me Bone From Bone"
    "And I Who Have Rifled The Dead Man's Grave"
    "Shall Never Have Rest In My Own."



  4. #3
    kitaro's Avatar
    kitaro is offline Official Photographer


    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Ulu Klang,
    Posts
    2,267
    Points
    1,237.72
    Thanks
    36
    Thanked 147 Times in 75 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    19823
    4) Aishah ra. juga meriwayatkan: Maksudnya: "Rasulullah saw mengucup salah
    seorang isteri Baginda, kemudian keluar menunaikan solat, sedangkan Baginda
    tidak pula mengambil wudhu". [H.R Ahmad No. 25766, Abu Daud: 179. Sebahagian
    ulama' (Al-Albani) mengatakan hadis ini sahih, tetapi ramai juga yang
    mengatakan hadis ini dhaif



    hadis ni hadis sahih...ustaz pakar hadis telah menghuraikannya


  5. pamm 468x60-en

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

     

Similar Threads

  1. HUKUM WANITA KE MASJID
    By awah137 in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 1
    Last Post: 05-08-2009, 01:59 PM
  2. Hukum Wanita Kerjaya Beserta Keputusan Majlis Fiqh Dunia
    By adriana in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 0
    Last Post: 20-06-2009, 09:32 AM
  3. HUKUM MEMBACA AL-QUR’AN BAGI ORANG JUNUB, WANITA HAID DAN NIFAS
    By nazri30 in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 0
    Last Post: 29-03-2009, 07:28 PM
  4. PERMASALAHAN HUKUM ANAK YANG TERBUANG (HUKUM LAQIT)
    By headpux in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 1
    Last Post: 20-03-2009, 01:23 AM
  5. Doa Imam besar Makkah yang menyentuh hati
    By headpux in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 1
    Last Post: 16-03-2009, 01:57 AM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
Premium Ads
stp 160x600-en

Paid Ads

Moneybookers 180x60

FXOpen 125x125









Ehoza Ads
Ehoza Ads