Anda tahu? Atau anda faham? Atau langsung tak faham tapi tahu? Atau langsung tak tahu tapi faham? Macam mana tu? PEBENDA HANG CAKAP NI? Tahu dan faham, adalah dua perkara yang berbeza.

0. Ada orang tak tahu dan tak faham
- Maka rugilah orang-orang sebegini dunia dan akhirat. Matilah hati dan aqalnya....

1. Ada orang tahu, tapi tak faham.
- Aku tau tu formula integration, aku siap hafal lagi, tapi aku tak faham macam mana nak guna la....

2. Ada orang tahu dan faham, tapi tak tahu nak buat.
- Aku tau dan faham apa masalah syarikat kita ni, tapi aku tak berapa reti nak selesaikanla.....

3. Ada orang tahu, faham dan tahu buat, tapi tak nak buat.
- Aku tahu baca al-Qur'an, fahamlah jugak, tapi aku malas la nak bukak kitab.... nanti nanti jelah....

4. Ada orang tahu, faham, tau buat dan memang buat.
- Beruntunglah orang-orang sebegini.


Perbincangan/Jawapan

- Banyak kes pemuda/pemudi boleh baca al-Qur'an, tak tinggal solat, khatam al-Qur'an banyak kali, hafal surah Yaasin, background sekolah agama, taat dekat mak bapak dsbnya tapi last-last 'melingkup' jugak? Kalau tak pun makin 'layu' dek persekitaran dan fenomena kontemporari yang sememangnya amat mencabar pada zaman sekarang. Mengapa?

- Jawapannya ada di antara nombor 0. dan 4. di atas. Kita ambik contoh kisah kemurtadan saudari A.Menurut keluarganya, dia khatam al-Qur'an 2 kali, memang hafal Yaasin, pakai tudung elok tapi last-last tewas dengan godaan lelaki Hindu, dan seterusnya murtad. Mengapa? Besar kemungkinan kerana saudari A hanyalah di peringkat no.1. Tahu Islam, tapi langsung tak faham intipatinya, petunjuknya dan kaedahnya.


Renungilah. Inilah yang membezakan kau dan aku, aku dan dia, dia dan nun dia dan seterusnya. Usahalah agar anda mencapai peringkat no. 4. Memang tak mustahil. Waalahu'alam.