stp 728x90-en

+ Reply to Thread
Page 1 of 6 1 2 3 4 5 ... LastLast
Results 1 to 10 of 57
  1. #1
    budak2's Avatar
    budak2 is offline Senior Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    budak2 has a reputation beyond repute budak2 has a reputation beyond repute budak2 has a reputation beyond repute budak2 has a reputation beyond repute budak2 has a reputation beyond repute budak2 has a reputation beyond repute budak2 has a reputation beyond repute budak2 has a reputation beyond repute budak2 has a reputation beyond repute budak2 has a reputation beyond repute budak2 has a reputation beyond repute
    Join Date
    Jul 2007
    Posts
    360
    Points
    114.00
    Thanks
    0
    Thanked 9 Times in 5 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    2581

    Angry Atas desakan Umno, selepas 2 hari dipecat, Hj Shabudin ditangkap kerana imami solat!

    Surat Pilihan | Peristiwa penangkapan Imam Masjid Tasek Chempedak, Simpang Ampat, Seberang Prai Selatan, jam 6.30 petang, Ahad 29 Julai, di negeri kelahiran "imam Islam Hadhari", Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, menimbulkan kegemparan baru.
    Hj Shabudin Ismail, 63, baru saja dipecat sebagai imam, pada Jumaat lalu, yakni dua hari sebelum itu, ekoran desakan ahli-ahli Umno setempat, selepas berkhidmat lebih 10 tahun.
    Apakah hanya kerana seseorang imam itu mempunyai kecenderungan politik terhadap PAS, dan kemudiannya ada laporan jahat oleh pihak Umno yang dengki dan iri hati, maka polis dan Majlis Agama Pulau Pinang rambang mata menurut apa saja kehendak penyokong parti pemerintah itu?
    Polis jadi perkakas ahli Umno kampungan
    Bayangkan, dalam zaman Islam Hadhari ini, seorang imam dilucutkan jawatan disebabkan bantahan ahli-ahli Umno, yang sebenarnya jarang sekali datang berjemaah ke masjid, dan apabila bekas imam yang rumahnya bersempadan dengan kawasan masjid datang untuk solat jemaah bersama makmum lain, beliau diminta ke depan menjadi imam, dan kerana itu, beliau ditahan polis!
    Sebagai anak jati Kg Tasek Chempedak, ingin saya jelaskan latar belakang insiden pemecatan dan penangkapan Hj Shabudin Ismail.
    Di masjid kampung berkenaan, terdapat dua buah masjid, iaitu masjid lama dan masjid baru. Kedua-dua masjid ini berada di dalam satu kawasan tetapi hanya dipisahkan oleh sebatang jalan. Masjid baru adalah hasil sumbangan kerajaan negeri Pulau Pinang yang siap digunakan pada akhir tahun 70-an.
    Kampung Tasek Chempedak terletak di bawah kawasan Parlimen Parlimen Nibong Tebal, yang diwakili Dato' Zainal Abidin Osman Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri dan kerusi Dun Sg Bakap Dato' Seri Abdul Rashid Abdullah, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang).
    Pergeseran penduduk kampung telah bermula sejak wujudnya masjid baru ini. Pada peringkat awal mereka yang tidak bersetuju dengan masjid baru telah menunaikan solat jemaah di masjid lama. Maka terdapat dua jemaah dalam satu kariah iaitu jemaah di masjid lama dan jemaah di masjid baru. Tetapi kariah masjid lama tidak diiktiraf kerajaan.
    Pahala wakaf orang tua-tua
    Setelah beberapa tahun berlalu, untuk melunakkan keadaan, Hj Shabudin Ismail (imam masjid lama yang merupakan penyokong PAS) dilantik menjadi imam muda di masjid baru. Semua jemaah masjid lama (kebanyakannya ahli-ahli atau penyokong PAS) berpindah menyempurnakan solat jemaah di masjid baru. Hanya solat Zuhur dan Asar sahaja dibuat di masjid lama, atas arahan imam demi menjaga pahala wakaf orang tua-tua.
    Apabila imam tua meninggal dunia, Hj Shabudin Ismail dilantik menjadi imam tua dan Abd Hani (juga ahli PAS) dilantik sebagai imam muda. Keadaan perkembangan agama dan penghayatan Islam di Kg Tasek Chempedak amat menggalakkan. Semakin ramai anak-anak muda datang ke masjid. Banyak aktiviti masjid dapat dijalankan dengan sempurna. Dan tidak pula timbul ketegangan antara anak kariah walaupun berbeda kepercayaan politik.
    Keadaan aman damai penuh muhibbah itu berjalan lancar selama lebih 10 tahun. Kuliah pengajian dapat dianjurkan hampir setiap malam. Ramai kalangan pendakwah dan para ustaz dapat menabur bakti mengajar setiap malam.
    Pengerusi masjid ketika itu, Allahyarham Ramli Mat Zin, walaupun ahli Umno, yang juga pesara polis, namun beliau tidak peduli sangat tentang kelas pengajian di masjid kerana beliau sendiri amat jarang datang sembahyang di masjid kecuali jumaat. Selepas beliau meninggal dunia pada tahun 2002, jawatan pengerusi telah dipangku oleh setiausahanya iaitu Abdullah Ibrahim (Pak Dollah).
    Pengerusi masjid berfikiran terbuka
    Pak Dollah, juga Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, merupakan orang kampung yang berfikiran terbuka dan bersedia untuk membangunkan Islam di Kampung Tasek Chempedak. Baginya, tidak penting latar belakang kecenderungan politik seseorang ustaz, asalkan dapat mengajar agama dengan baik di masjid.
    Ini menyebabkan terdapat segelintir penduduk kampung yang 'sakit hati'. Pada awal tahun 2006 beberapa orang kuat Umno (antaranya Ahmad Lebai Kasim, Razak dan Zakaria Saad) telah berpakat melaporkan kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang dengan alasan Masjid Tasek Chempedak telah diambil alih oleh penyokong parti pembangkang. Mereka juga mendesak supaya Ahmad Lebai Kasim dilantik menjadi pengerusi masjid.
    Apabila perlantikan beliau dibuat, berlaku pula kematian imam muda masjid, Abd Hani, dan dengan menggunakan kuasa pengerusi, Ahmad Lebai Kasim melantik Zakaria Saad sebagai Imam II dan Hj Ahmad (juga orang kuat Umno) menjadi Imam III, membelakangkan imam muda sedia ada, Hj Zaini Mahmood dan imam pelapis yang dekat dengan jemaah, iaitu Hj Zakaria Rejab.
    Bagi orang-orang kampung, mereka tidak mahu berimamkan Zakaria Saad kerana beliau mempunyai kes mahkamah berkaitan akhlak sewaktu menjadi imam di Taiping. Justeru, ramai jemaah yang tidak senang dengan personalitinya itu.
    Solat Jumaat di masjid lain
    Apabila giliran Zakaria Saad menjadi khatib Jumaat, sebahagian besar orang kampung keluar sembahyang di daerah lain. Mungkin ada pembaca yang akan menimbulkan soal solat berasingan atau solat dua imam. Apa pun, bagi saya, dalam suasana seperti yang kami alami, hal itu sukar dielak.
    Bersediakah kita berimamkan seseorang yang amat kita ragui akhlaknya dan personalitinya pula menjadi pertikaian umum? Bukan isu mereka menyokong Umno atau apa saja parti politik, yang penting, keperibadian sebagai seorang imam mesti dipelihara.
    Keadaan ini berlaku sejak awal tahun 2006. Pada Ramadan lalu (2006), orang kampung berpakat untuk membuat majlis tazkirah, sedangkan pengerusi masjid tidak bersetuju, maka masjid baru solat terawih 20 rakaat tanpa tazkirah. Masjid lama pula solat 8 rakaat dan dengan tazkirah.
    Pada bulan Jun lalu pengerusi masjid baru telah membawa sekumpulan anggota polis dalam sebuah trak dan surat arahan Majlis Agama Islam Pulau Pinang untuk menutup masjid lama. Masjid dikunci, tidak dibenarkan sebarang aktiviti. Hingga hari ini masjid lama ditutup terus.
    "Jahat hati-perut"
    Akhirnya Hj Shabudin dipecat dari jawatan imam pada 27 Julai 2007. Pada 28 Julai 2007 Hj Shabudin ke masjid untuk solat Maghrib. Selesai azan semua tertunggu-tunggu kerana "imam Umno" tidak datang ke masjid. Justeru, beliau disuruh menjadi imam. Mulanya Hj Shabudin teragak-agak untuk ke depan menjadi imam tetapi mengenangkan tiada imam bertauliah lain, maka beliau bersedia mengimami solat, tanpa terfikir bahawa suasana itu sebenarnya satu 'perangkap' kepadanya.
    Juak-juak Umno yang "jahat hati-perut" itu terus mengambil kesempatan membuat laporan kepada polis memaklumkan bahawa Hj Shabudin, imam yang baru sehari dipecat, melakukan 'kesalahan', menjadi imam solat Maghrib! Dan lebih pelik apabila pihak keselamatan -- yang mempunyai pelbagai tugasan lain yang lebih mendesak, misalnya menangani jenayah yang kian berleluasa -- sepantas kilat mengerahkan sepasukan polis untuk menahan Hj Shabudin dalam masa 24 jam selepas laporan polis dibuat.
    Pada 29 Julai jam 6.30 petang Hj Shabudin dan Zakaria Rejab ditahan polis atas dakwaan menjadi imam tanpa tauliah. Penduduk kampung yang rata-rata bersimpati dengan Hj Shabudin kemudiannya berkumpul dan berarak ke balai polis.
    Mujur mereka dapat ditenangkan, jika tidak mungkin petaka lain yang timbul. Jumlah mereka yang terbabit sekitar 100 orang. Mereka mendesak polis membebaskan Hj Shabudin dan Zakaria sambil memprotes tindakan polis kerana terikut-ikut dengan laporan pihak Umno yang berkepentingan politik.
    Sewaktu soalsiasat Hj Shabudin menjelaskan bahawa beliau ke masjid hanya untuk solat tetapi ada jemaah yang mendorongnya untuk menjadi imam. Katanya, apa hak dia nak menghalang kemahuan jemaah. Sebagai imam lama tentulah para jemaah akan mempersilakannya ke depan, apatah lagi imam bertauliah tiada di situ.
    "Kalau polis tak mahu orang kampung ikut saya berjemaah, saya minta polis keluarkan surat yang melarang saya ke masjid, insya-Allah saya tidak akan ke masjid itu lagi," katanya sinis, membuatkan polis termangu-mangu! Jam 10.30 malam mereka dibebaskan dengan jaminan mulut RM2000. Dan mereka berdua diminta datang ke mahkamah untuk perbicaraan pada 24 Ogos 2007. Sama-sama kita tunggu kes yang pastinya menarik perhatian ramai tetapi amat tragis buat umat yang prihatin!


    SUMBER HARAKAHDAILY.NET


  2. FXOpen 468x60ms

  3. #2
    mr.buragas's Avatar
    mr.buragas is offline Addicted Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    mr.buragas has a spectacular aura about mr.buragas has a spectacular aura about
    Join Date
    Jul 2007
    Location
    kinrara pu
    Age
    33
    Posts
    948
    Points
    302.80
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    579
    politik sepatutnye leh serasi dalam Islam, sebab Islam tu merangkumi segala-galanya..tp kalu kat malaysia ni lain skit..bile bercampur jd satu perbuatan yg keji plak..same la tu umno ke pas ke, menggunakn agama utk mencaci pihak yg satu lg.. bertobat la..



  4. #3
    muyyaQ's Avatar
    muyyaQ is offline Hyper Active Member

    is stay low profile
     
    I am:
    Cool
     
    muyyaQ has a reputation beyond repute muyyaQ has a reputation beyond repute muyyaQ has a reputation beyond repute muyyaQ has a reputation beyond repute muyyaQ has a reputation beyond repute muyyaQ has a reputation beyond repute muyyaQ has a reputation beyond repute muyyaQ has a reputation beyond repute muyyaQ has a reputation beyond repute muyyaQ has a reputation beyond repute muyyaQ has a reputation beyond repute
    Join Date
    Jun 2007
    Location
    seksyen 7
    Posts
    2,851
    Points
    1,259.73
    Thanks
    356
    Thanked 157 Times in 85 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    21239
    ape kehey la politik ni semua ... sebenarnye umno ni xreti nak solat jgn ckp pasal solat je .. tgk je la para2 barisan menteri2 di bawah UMNO... kebanyakkan nye jahil.. ape kejadahnye ?



  5. #4
    lopattikam's Avatar
    lopattikam is offline Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    lopattikam is on a distinguished road
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    anywhere i like to stay
    Posts
    109
    Points
    36.90
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    569
    tengok isteri2 dan anak menakan pemimpin2 tu dah la..
    layak kah mereka...



  6. #5
    mr.buragas's Avatar
    mr.buragas is offline Addicted Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    mr.buragas has a spectacular aura about mr.buragas has a spectacular aura about
    Join Date
    Jul 2007
    Location
    kinrara pu
    Age
    33
    Posts
    948
    Points
    302.80
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    579
    Quote Originally Posted by lopattikam View Post
    tengok isteri2 dan anak menakan pemimpin2 tu dah la..
    layak kah mereka...
    kenape ngan ank n menakan mereke ek..x dapat tangkap la aku..



  7. #6
    oweizmez Guest
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    1st time aku baca harakah umor 15thn, time tu aku rasa ler selogik aku, harakah x logik.. korg kopipes sket kenyataan bahawa dia dipecat dari jadik imam. lagi 1, umor dia dh 67thn. skrg imam pun mcm kerja gov, ada had umor. pastu khutbah jumaat, sure dia baca x ikot skrip, pastu mngutuk kjaan.

    khutbah jumaat tu sbgai muzakarah utk panduan hal2 bkaitan agama Islam, bukan bkaitan hal2 PAS.

    kita beragama Islam, bukan beragama PAS.



  8. #7
    monogha's Avatar
    monogha is offline Full Time Supporter
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    monogha has a spectacular aura about monogha has a spectacular aura about monogha has a spectacular aura about
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    khatulisti
    Posts
    588
    Points
    186.60
    Thanks
    2
    Thanked 9 Times in 7 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    601
    Quote Originally Posted by oweizmez View Post
    .. korg kopipes sket kenyataan bahawa dia dipecat dari jadik imam. lagi 1, umor dia dh 67thn. skrg imam pun mcm kerja gov, ada had umor. pastu khutbah jumaat, sure dia baca x ikot skrip, pastu mngutuk kjaan...
    persoalan dr hujah di atas :
    1. imam yg di lantik kerajaan xde ke berumur 65 tahun ke atas kerajaan?
      (adakah imam seorg kakitangan kerajaan yg patut bersara pada umur 56 tahun?)
    2. salah ke kalo mengutuk (bahasa lembutnya..menegur) kerajaan?
    3. tp isu utamanya...adakah menjadi tanggungjawab polis menangkap orang yg menjadi imam atas permintaan makmumnya?



    berfikir secara nyata,bertindak secara bijak,terima dengan redha




  9. #8
    lopattikam's Avatar
    lopattikam is offline Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    lopattikam is on a distinguished road
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    anywhere i like to stay
    Posts
    109
    Points
    36.90
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    569
    Quote Originally Posted by mr.buragas View Post
    kenape ngan ank n menakan mereke ek..x dapat tangkap la aku..


    tak menggambarkan dan jugak tade ciri2 sebagai isteri dan juga anak2 pemimpin sebuah negara yg agama rasminya adalah islam..



  10. #9
    maxpda's Avatar
    maxpda is offline Full Time Supporter
    This user has no status.
     
    I am:
    Cool
     
    maxpda is on a distinguished road
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Teluk Inta
    Posts
    594
    Points
    205.20
    Thanks
    2
    Thanked 5 Times in 3 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    571
    Budus......



  11. #10
    muyyaQ's Avatar
    muyyaQ is offline Hyper Active Member

    is stay low profile
     
    I am:
    Cool
     
    muyyaQ has a reputation beyond repute muyyaQ has a reputation beyond repute muyyaQ has a reputation beyond repute muyyaQ has a reputation beyond repute muyyaQ has a reputation beyond repute muyyaQ has a reputation beyond repute muyyaQ has a reputation beyond repute muyyaQ has a reputation beyond repute muyyaQ has a reputation beyond repute muyyaQ has a reputation beyond repute muyyaQ has a reputation beyond repute
    Join Date
    Jun 2007
    Location
    seksyen 7
    Posts
    2,851
    Points
    1,259.73
    Thanks
    356
    Thanked 157 Times in 85 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    21239
    Quote Originally Posted by oweizmez View Post
    1st time aku baca harakah umor 15thn, time tu aku rasa ler selogik aku, harakah x logik.. korg kopipes sket kenyataan bahawa dia dipecat dari jadik imam. lagi 1, umor dia dh 67thn. skrg imam pun mcm kerja gov, ada had umor. pastu khutbah jumaat, sure dia baca x ikot skrip, pastu mngutuk kjaan.

    khutbah jumaat tu sbgai muzakarah utk panduan hal2 bkaitan agama Islam, bukan bkaitan hal2 PAS.

    kita beragama Islam, bukan beragama PAS.
    saye ckp ek..
    Masjid Yang dibina oleh Pas sendiri pon xckp pasal politik.
    kat sini saye dok kat manjoi..slalu solat jumaat kat salah satu masjid kat sini xde politik yg dimasukkan lam khutbah .


  12. The Best Spread 468x60ms

+ Reply to Thread
Page 1 of 6 1 2 3 4 5 ... LastLast

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

     

Similar Threads

  1. lelaki ditangkap buang duit atas jalan
    By theviper in forum Isu Semasa 2010
    Replies: 13
    Last Post: 18-05-2010, 10:09 PM
  2. Ibu ditangkap kerana serangan seks
    By hpmfl2002 in forum Isu Semasa 2009
    Replies: 8
    Last Post: 17-06-2009, 04:06 PM
  3. Guru mungkin dipecat kerana gambar seksi
    By antagenaiz in forum Isu Semasa 2009
    Replies: 37
    Last Post: 21-05-2009, 05:23 PM
  4. Sekitar IPK selepas DSAI ditangkap
    By XVIEW in forum Isu Semasa 2008
    Replies: 14
    Last Post: 17-07-2008, 02:28 PM
  5. Wali Allah Solat Atas Air
    By fikri1989 in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 3
    Last Post: 22-05-2007, 06:28 PM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
Premium Ads
TenkoFX ECN Gravity

Paid Ads

FXOpen 125x125

Moneybookers 180x60









Ehoza Ads
Ehoza Ads