TenkoFX ECN Gravity

+ Reply to Thread
Page 1 of 2 1 2 LastLast
Results 1 to 10 of 11

Thread: Cerita Tauladan

  1. #1
    XVIEW's Avatar
    XVIEW is offline Super Ehozarian
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute
    Join Date
    Jul 2007
    Location
    IstanaKu
    Posts
    4,156
    Points
    1,357.20
    Thanks
    2
    Thanked 52 Times in 33 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    8381

    Thumbs up Cerita Tauladan


    Semua yang berlaku di muka bumi ini tidak berlaku secara melulu dan spontan. Ia terjadi melalui perancangan Allah. Tidak ada sesuatu yang sia-sia. Ia mengandungi hikmah yang tersirat untuk menjadi renungan dan sumber ilmu kepada sesiapa yang mahu merenungkannya. Di dalam Al-Quran, misalnya banyak terdapat cerita yang mampu memberikan sumber ilham seperti Surah Al-Ankabut, Al-Kahfi dan sebagainya. Justeru, saya cuba memuatkan cerita/kisah yang dapat kita sama-sama mengambil manfaat. Mana-mana yang baik kita jadikan teladan dan yang buruk sama-sama kita jadikan sempadan.

    Cerita #1

    Sabar dengan perangai isteri



    Diceritakan, bahawa ada seorang datang ke rumah Khalifah Umar Ibnul - Khattab unutk mengadukan perangai buruk isterinya. Apabila orang itu tiba di pintu rumah khalifah, tiba-tiba dia terdengar isteri Khalifah sedang mengangkat suara mengata nista khalifah sedangkan khalifah hanya berdiam diri saja, tidak menjawab sepatah pun.

    Maka orang itu pun tidak jadi hendak mengadu, malah tergesa-gesa hendak kembali meninggalkan rumah khalifah, maka dengan tidak semena-mena dia di panggil oleh khalifah seraya bertanya kepadanya "Apa hajatmu datang ke mari?"
    Jawabnya "Tidak ada apa-apa wahai Amirul Mukminin!"
    Tanya khalifah "Mengapa datang, kalau tidak ada apa-apa?"
    Kata orang itu lagi : "Sebenarnya saya datang ke sini untuk mengadukan kelakuan buruk isteri saya wahai Amirul Mukminin. Tetapi tiba-tiba saya mendapati tuan hamba juga mengalami nasib yang sama seperti saya."

    Berkata Khalifah Umar :
    "Wahai saudara ku! Aku terpaksa menanggung semua itu kerana aku terhutang budi kepadanya. Dia telah memasak makananku, membuat roti untukku, membasuh pakaianku dan menyusukan anakku, padahal semua itu TIDAK WAJIB ke atasnya. Dan dia juga menjadi tempat kemesraanku, di mana hatiku berasa tenang dan kerana itu juga aku terlindung daripada melakukan yang haram. Bagaimana aku dapat menentangnya, jadi aku hanya bersabar dan memekakkan telinga saja."

    Kata orang itu pula "Saya juga menanggung nasib yang sama seperti tuan hamba juga, wahai Amirul Mukminin."

    Maka berkata Amirul Mukminin lagi " Wahai saudaraku, Bersabarlah atas kelakuan isterimu itu.

    Di salin dari Cerita serta Doa Dari hadith dan Al-Quran
    Last edited by XVIEW; 30-07-2007 at 07:05 PM.


  2. stp 468x60-en

  3. #2
    XVIEW's Avatar
    XVIEW is offline Super Ehozarian
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute
    Join Date
    Jul 2007
    Location
    IstanaKu
    Posts
    4,156
    Points
    1,357.20
    Thanks
    2
    Thanked 52 Times in 33 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    8381
    Cerita #2

    PENGORBANAN SUCI
    "
    Seorang pemuda sedang dalam satu perjalanan yang jauh, berasa amat letih. Dia pun berhenti berehat di satu kawasan perkampungan dan melepaskan kudanya mencari makan di situ. Oleh kerana keletihan, pemuda itu tertidur di bawah pokok. Kudanya yang kelaparan merayau di satu kawasan ladang dan meragut tanaman di situ. Tidak berapa lama kemudian, sang petani yang memiliki ladang itu pun balik. Melihatkan habis tanamannya musnah, petani itu hilang kesabaran lalu membunuh kuda yang memakan tanamannya.
    Apabila terjaga dari tidur, pemuda itu mencari kudanya. Puas dia mencari tidak juga berjumpa. Akhirnya dia ternampak bangkai kudanya di sebuah ladang. Melihat keadaan itu, dia menjadi marah dan mencari pembunuh kudanya. Dia terus meluru ke sebuah rumah berhampiran. Sebaik saja menjumpai tuan rumah, dia terus menghamun dan berlakulah pergaduhan dan akhirnya petani itu terbunuh.
    Peristiwa itu diketahui orangramai. Pemuda itu dibawa berjumpa khalifah untuk diadilkan. Mengikut hukum qisas, bunuh dibalas dengan bunuh. Khalifah memerintahkan supaya dia dipenjarakan sehari semalam sebelum dia dipancung pada jam 5.00 keesokan petangnya. Pemuda itu merayu supaya dia dibenarkan balik dahulu berjumpa ibunya untuk menyelesaikan satu perkara yang amat mustahak.
    Khalifah tidak meluluskan rayuan pemuda itu. Namun pemuda itu tidak berputus asa dan terus merayu sambil menyatakan dia mempunyai tanggungjawab yang mesti dibereskan sebelum dia dihukum bunuh. Dia berjanji akan balik segera sebaik saja urusannya selesai. Khalifah meminta pandangan waris si mati. Anak petani itu tidak mengizinkan pemuda itu pergi kerana bimbang dia tidak akan datang lagi untuk menerima hukuman mati.
    Berkali-kali pemuda itu merayu dan bersumpah akan datang semula, namun tiada seorangpun menunjukkan tanda simpati. Akhirnya tampil seorang tua menuju mengadap khalifah menyatakan kesanggupan untuk menjadi tebusan bagi membolehkan pemuda itu balik ke rumah. Orang tua itu tidak lain tidak bukan ialah Abu Zar, seorang sahabat Nabi yang banyak merawikan Hadith. Melihat apa yang berlaku, semua hadirin tercengang dan sebahagian besar memarahi Abu Zar kerana tindakannya yang membahayakan diri sendiri.
    Abu Zar berjanji untuk menjadi tebusan dan membenarkan pemuda itu pulang menyelesaikan masalahnya. Melihat kejadian ini, pemuda itu menjadi tenang dan mengikat janji bahawa dia akan pulang semula untuk dipancung sebaik sahaja urusannya selesai. Abu Zar faham kegagalan pemuda itu menunaikan janji akan mengakibatkan nyawanya tergadai. Ketika ditanya Khalifah bagaimana dia sanggup meletakkan dirinya dalam keadaan membahayakan, Abu Zar menerangkan demi keluhuran Islam, dia sangat malu melihat tiada siapapun sanggup menghulurkan bantuan ketika pemuda asing itu dalam kesusahan yang amat sangat. Pemuda itu dibenarkan pulang ke rumah sementara Abu Zar pula dikurung di penjara.
    Pada keesokan petangnya, penuh sesak manusia menuju ke istana khalifah untuk menyaksikan episod yang mencemaskan. Ramai menganggap Abu Zar akan dibunuh kerana kemungkinan besar pemuda itu tidak akan datang menyerahkan lehernya untuk dipancung. Saat yang mendebarkan berlaku apabila beberapa minit lagi jam lima petang, pemuda itu masih belum tiba. Abu Zar dikeluarkan dari kurungan. Kegagalan pemuda itu menghadirkan diri akan menyebabkan Abu Zar menjadi mangsa.
    Di saat terakhir, orangramai melihat kelibat seorang lelaki menunggang seekor kuda dengan amat kencang sekali. Ketika itu riak cemas orangramai bertukar menjadi reda. Tepat sekali bagaimana dijanjikan pemuda itu sampai genap jam lima petang. Pemuda itu lantas turun di hadapan Khalifah seraya meminta maaf kerana 'terlambat' menyebabkan suasana tegang dan cemas. Pemuda itu menerangkan sepatutnya dia sampai lebih awal, tetapi terlewat disebabkan tali kudanya putus di tengah perjalanan. Dia menerangkan urusan yang dikatakannya amat penting dulu ialah kerana terpaksa menyelesaikan tanggungjawabnya sebagai penjaga harta anak-anak yatim dan menyerahkan tugas itu kepada ibunya. Pemuda itu berjumpa Abu Zar untuk mengucapkan terimakasih di atas kesanggupannya menjadikan dirinya sebagai tebusan. Selepas itu dia segera ke tempat dilakukan hukuman pancung. Ketika pengawal hendak menghayun pedangnya, tiba-tiba anak petani dengan suara yang kuat meminta hukuman dibatalkan. Dengan rela hati dia memaafkan kesalahan pemuda itu. Mendengar kata-kata anak petani itu, pemuda itu amat lega dan terus sujud tanda syukur kepada Allah.
    MORAL & IKTIBAR
    • Peristiwa sebenar ini menggambarkan betapa luhurnya peribadi individu apabila Islam telah menyelinap di sanubari mereka.
    • Seseorang sanggup mengorbankan jiwa dan raganya demi menjaga maruah Islam untuk menghulurkan pertolongan kepada orang yang di dalam kesusahan.
    • Agama Islam jika diamal dan dihayati sepenuh jiwa dan raga mampu menjadikan seseorang berakhlak mulia dan sanggup mati kerana menunaikan janji yang telah dibuat.
    • Orang Islam semuanya bersaudara. Sebagai saudara, kita hendaklah saling bantu-membantu dan sanggup menghulurkan pertolongan sekiranya saudara kita berada di dalam kesusahan.
    • Sebaik-baik mahkamah adalah mahkamah syariat yang 100% berlandaskan syariat Islam. Hukuman yang dijatuhkan adalah yang paling adil. Ini adalah kerana hukuman yang dikenakan adalah setimpal dengan kesalahan dan selari dengan perintah Allah. Dia menjadikan segala sesuatu di dunia ini dan Dialah juga yang maha mengetahui ubat atau penyembuh segala penyakit sosial.
    • Dalam Islam, bunuh dibalas dengan bunuh. Inilah keadilah Allah. Manusia yang tidak mengiktiraf hukuman Allah dan redza dengan keputusan mahkamah yang sekular jelas membelakang dan mempersendakan Allah. Hukuman cara sekular tidak menyelesaikan masalah sosial malahan menambahkan gejala yang lebih teruk. Banyak kes berlaku di mana orang tidak bersalah dihukum dengan amat berat manakala orang yang benar-benar bersalah bebas sebebas-bebasnya seolah-olah tidak melakukan sebarang kesalahan. Jika hukuman tidak muktamad di dunia (tidak ikut hukum qisas/hudud), mereka akan diseret ke mahkamah Allah di akhirat di mana mereka akan dihukum seadil-adilnya. Sebaliknya mereka yang telah dihukum di dunia berlandaskan syariat Islam, dia tidak akan dihakimkan sekali lagi di akhirat.
    • .Masyarakat dahulu kukuh memegang nilai-nilai keIslaman tanpa memgutamakan kepentingan peribadi, keluarga, kroni dan sebagainya. Allah dan Rasul dijadikan keutamaan mengatasi perkara-perkara lain. Masyarakat sekarang jauh menyimpang dari norma-norma keIslaman yang tulen. Untuk kembali ke tahap kegemilangan Islam, perlulah menjadikan Allah dan Rasul sebagai rujukan.



  4. #3
    XVIEW's Avatar
    XVIEW is offline Super Ehozarian
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute
    Join Date
    Jul 2007
    Location
    IstanaKu
    Posts
    4,156
    Points
    1,357.20
    Thanks
    2
    Thanked 52 Times in 33 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    8381
    cerita #3
    • Ilmu Agama perlu dituntut meskipun terpaksa berjalan jauh.
    • Kata-kata ibu menjadi pendorong dan perangsang dalam hidup.
    • Berkata benar adalah satu kekuatan yang boleh memberi keinsafan kepada orang lain
    • Niat yang baik dan ikhlas mendapat keberkatan daripada Allah



  5. #4
    XVIEW's Avatar
    XVIEW is offline Super Ehozarian
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute
    Join Date
    Jul 2007
    Location
    IstanaKu
    Posts
    4,156
    Points
    1,357.20
    Thanks
    2
    Thanked 52 Times in 33 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    8381
    cerita #4

    BERKAT REZEKI KERANA SEDEKAH

    Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.
    Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman 'Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?' Nabi Ayub mejawab 'Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu'. Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.
    Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah.
    1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.
    2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.
    3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal
    4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.
    5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.
    6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.
    7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
    8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam ayat Quran Ali Imran ayat 92
    9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia)
    10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan). Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%). Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.
    11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.
    Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru 'Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)'
    Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.
    Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi. Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.



  6. #5
    XVIEW's Avatar
    XVIEW is offline Super Ehozarian
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute
    Join Date
    Jul 2007
    Location
    IstanaKu
    Posts
    4,156
    Points
    1,357.20
    Thanks
    2
    Thanked 52 Times in 33 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    8381
    cerita #5


    TERTAWA DI DUNIA MENANGIS DI AKHIRAT

    Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati'.
    Banyak tertawa menjadikan hati semakinmalap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidakmenyala. Hati tidak berfungsi lagi.
    Nabi Muhammad melarang ummatnya darigelak-ketawa yang melampuai batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkanakal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintudaripada pintu ilmu.
    Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah?Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhiratdan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alamtersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedangmenuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi.Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama adaberbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapidi akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketikatetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkankeadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kitatentang bahaya yang akan ditempuh.
    "Tertawa-tawa di masjid menggelapkansuasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kuburialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangandan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurgaatau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengansikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.
    Ketawa yang melampaui batas menjadikankita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaanterhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawanescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawadi dunia nescaya banyak menangis di akhirat."
    Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnyaperjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadatbeliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdildan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.
    Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda"Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka."Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.
    Kita tidak pula dilarang menunjukkanperasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembiradengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah sepertiyang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanyatersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat. Para sahabat pernah berkata "Ketawasegala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."



  7. #6
    XVIEW's Avatar
    XVIEW is offline Super Ehozarian
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute
    Join Date
    Jul 2007
    Location
    IstanaKu
    Posts
    4,156
    Points
    1,357.20
    Thanks
    2
    Thanked 52 Times in 33 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    8381
    cerita #6
    • Kita mesti yakin tentang rezeki yang Allah telah jamin sebelum kita dilahirkan lagi.
    • Syak terhadap jaminan ini sama seperti tidak beriman terhadap Allah
    • Allah mengurniakan hidayat kepada sesiapa yang dikehendaki meskipun pada mulanya dia seorang a'asi (maksiat)
    • Jangan menghina atau memandang rendah kaki maksiat, jangan-jangan dia akan bertukar menjadi orang yang soleh; sedangkan kita belum tahu.
    • Syak terhadap jaminan rezeki adalah satu dosa yang balasannya diterima di dalam kubur lagi.
    • Mayat di kubur sebenarnya tidak mati, dia hanya berpindah alam dan di sana dia akan merasa bahagia jika ahli syurga dan ditimpakan azab jika ahli neraka.



  8. #7
    XVIEW's Avatar
    XVIEW is offline Super Ehozarian
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute
    Join Date
    Jul 2007
    Location
    IstanaKu
    Posts
    4,156
    Points
    1,357.20
    Thanks
    2
    Thanked 52 Times in 33 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    8381
    cerita #7

    ULAMA LAHIR & ULAMA BATIN


    Seorang ulama Fiqh, Ibrahim Ar-Raqi mengunjungi seorang ulama Sufi, Abul Khair. Ketika itu azan Maghrib sedang berkumandang. Abul Khair terus mengimami jemaah termasuk Ibrahim. Semasa mendengar bacaan Fatehah Abul Khair yang mendatar dan tidak begitu sempurna, terdetik di hati Ibrahim tentang kekurangan pada Abul Khair dan sia-sia saja datang ke situ.
    Selepas memberi salam, Ibrahim terasa hendak buang air lalu keluar dari rumah Abul Khair. Tiba-tiba dia ternampak seekor singa ganas menuju ke arahnya. Dia cepat-cepat berlari dan masuk semula ke rumah memberitahu Abul Khair tentang peristiwa tersebut.
    Abul Khair segera turun ke halaman rumahnya dan berteriak dengan kuat kepada singa yang masih ada di situ, "Bukankah telah aku katakan jangan ganggu tetamu yang menziarahiku." Singa itu segera berlalu pergi seolah-olah faham akan apa yang didengarinya.
    Ketika berada di rumah, Abul Khair berkata kepada Ibrahim, "Kamu asyik membetulkan amalan lahir sehingga kamu takut akan seekor singa. Kami pula asyik membetulkan amalan batin, maka singa yang ganas takut kepada kami."



    MORAL & IKTIBAR
    • Ziarah-menziarahi adalah dituntut oleh agama Islam
    • Keakraban hubungan bisa dibina melalui ziarah
    • Allah tidak melihat kecantikan zahir tetapi mengambil kira kecantikan batin
    • Amalan batin lebih berkesan dan bermanfaat daripada amalan zahir
    • Amalan zahir masih belum dapat jaminan Allah selagi tidak diperbaiki amalan batinnya
    • Ulama Sufi diberikan keistimewaan memandang sesuatu dengan mata hati (kasyaf) dan dapat melihat alam bathin yang Ulama Fiqh (zahir) tidak dapat menaglaminya
    • Taqwa adalah amalan hati. Mereka yang taqwa disegani oleh manusia dan ditakuti oleh haiwan serta makhluk lain
    • Nasihat yang ikhlas dan jujur hendaklah diterima dengan rasa ikhlas dan jujur juga.



  9. #8
    XVIEW's Avatar
    XVIEW is offline Super Ehozarian
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute
    Join Date
    Jul 2007
    Location
    IstanaKu
    Posts
    4,156
    Points
    1,357.20
    Thanks
    2
    Thanked 52 Times in 33 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    8381
    cerita #8

    KAKI AMPU YANG MUNAFIK

    Pada suatu hari, seorang raja memanggil kesemua penasihatnya yang terdiri daripada mufti, menteri-menteri dan timbalannya, para hukama dan tokoh-tokoh agama negarawan ke istana hinggapnya. Mereka dijamu dengan pelbagai juadah dan dianugerah dengan bintang-bintang kehormat.
    Selepas menikmati jamuan, raja mengeluarkan sebotol minyak wangi dari sakunya. Baginda membuka dan menghidunya. "Minyak wangi apa ni... busuk sangat baunya.." Sambil berkata begitu, raja itu menghulurkan botol itu kepada mufti di sebelahnya. Mufti itu menghidunya. "Ya, benar. Terlalu busuk minyak wangi ini." Minyak wangi itu diberikan pula kepada wazir di sebelahnya. Wazir itu berkata, "Betul Tuanku! Minyak wangi ini memang busuk." Begitulah seterusnya botol itu diedar kepada para jemputan yang ada di balairong. Kesemua mereka mengatakan busuk sebagaimana didakwa oleh rajanya.
    Akhirnya sampailah kepada giliran seorang memanda menteri. Sebaik saja menciumnya, dia terus berikan respons, "Tidak betul, mana ada minyak wangi yang tidak wangi. Kesemua minyak wangi adalah wangi termasuk yang ini. Minyak wangi ini sangat harum, tidak seperti yang tuan-tuan katakan." Mendengar kata-kata memanda menteri tadi, raja itu tersenyum sambil berkata, "Benar kata-kata menteriku ini. Kamu semua adalah pengampu yang berbohong. Kamu sanggup menyembunyikan kebenaran kerana nak mengampu dan menjaga status kamu semua. Mulai hari ini pengampu-pengampu semua dipecat dari sebarang jawatan. Memanda menteri yang berkata benar ini beta lantik menjadi penasihat diraja."

    MORAL & IKTIBAR
    • Seorang pemimpin yang benar-benar sedar tentang peranannya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini sentiasa berusaha menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan. Mereka bersedia menerima teguran membina daripada rakyat-rakyat dan orang bawahannya meskipun pahit didengar. Sebaliknya mereka benci kepada orang-orang yang suka mengampu dan memujinya tanpa hak.
    • Mereka yang Allah kehendaki menjadi manusia yang baik rela mendengar pendapat dan kritikan orang lain terhadapnya.
    • Bertuahlah sesebuah negara yang mempunyai umara' (raja) yang menghampiri ulama' dan binasalah sesebuah negara yang mana ulama'nya suka menghampiri umara'.
    • Kata-kata yang ikhlas disukai Allah meskipun dibenci oleh semua manusia. Sebaliknya kata-kata yang tidak ikhlas dibenci Allah meskipun digemari oleh semua lapisan manusia.
    • Carilah keredhaan Allah meskipun terpaksa berdepan dengan onak dan duri.
    • Kebaikan sejati ialah berani berkata benar di depan pemerintah yang zalim.
    • Pemerintah yang zalim suka mempunyai penasihat-penasihat yang berkata manis kepada dirinya walaupun tidak benar.
    • Jauhi sifat munafik kerana ia ibarat musang berbulu ayam. Membiarkan si munafik bermaharajalela seolah-olah merosakkan keseluruhan mukabumi Allah ini dengan noda dan dosa.
    • Allah membenci orang yang munafik. Oleh sebab itulah kedudukan orang munafik adalah paling hina daripada orang kafir. Orang kafir jatuh kerana kejahilannya tetapi si-munafik berkata bohong sedangkan dia tahu itu adalah salah. Justeru, Allah meletakkan orang munafik di kerak neraka yang paling bawah.
    • Jangan menjadi pak turut sehingga menggelapkan kebenaran yang sepatutnya diperjuangkan. Apabila kezaliman telah memenuhi mukabumi, menjadi fardhu ain kepada setiap orang membuat REFORMASI bagi menegakkan keadilan yang diLIWAT



  10. #9
    XVIEW's Avatar
    XVIEW is offline Super Ehozarian
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute XVIEW has a reputation beyond repute
    Join Date
    Jul 2007
    Location
    IstanaKu
    Posts
    4,156
    Points
    1,357.20
    Thanks
    2
    Thanked 52 Times in 33 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    8381
    cerita #9

    DOA SI-SEPET YANG MAKBUL
    Satu ketika di zaman seorang Khalifah berlaku kegawatan ekonomi yang meruncing. Keadaan menjadi semakin gawat apabila tumbuhan tidak menjadi. Hujan sudah tidak turun selama beberapa bulan. Pemerintah mencanangkan agar semua rakyat turun ke padang untuk solat istisqa' dan berdoa agar Allah menurunkan hujan. Namun hujan tidak turun juga. Khalifah menjemput ramai ustaz, tok guru dan para abid yang berpengaruh serta mempunyai ikutan yang ramai, untuk bersama-sama berdoa kepada Allah; tetapi keadaan masih tidak berubah.
    Khalifah menjadi semakin khuatir apabila kemarau kian berpanjangan. Baginda berusaha mencari orang yang mustajab doanya untuk tampil ke depan bagi mengimami solat pinta hujan. Akhirnya tampil seorang lelaki yang kelihatan selekeh dengan pakaian yang comot dan rambut yang kusut berjumpa Khalifah. "Ya khalifah! Saya datang untuk menyahut seruan tuanku." Khalifah macam tak begitu yakin melihat pemuda yang comot itu. "Benarkah kamu ini? Sedangkan ramai para ulamak dan abid yang terkenal tidak dimakbulkan Allah doanya, inikan pula kamu yang begini?". Pemuda itu menjawab, "Insyallah doa kita akan dikabulkan!". Pemuda itu terus mengimami sembahyang bersama rakyat dan berdoa. Belum pun habis doanya, dengan tidak diduga hujan turun mencurah-curah dengan lebat. Khalifah segera bertanya, "Wahai pemuda, cuba kamu ceritakan kepada beta apa amalan kamu sehingga doamu diperkenankan Allah." Pemuda itu menceritakan "Pernah semasa muda dulu, saya begitu asyik melihat wajah seorang gadis ayu. Saya terpesona dengan kecantikannya sehingga saya terlalai dari mematuhi perintah Allah. Saya menyesal atas kejahatan saya itu dan merobek-robek muka saya hingga tanpa disedari biji mata saya terkeluar dari rongganya. Sebab itulah mata saya menjadi sepet. Saya bertaubat dari kejahatan itu dan terus mengabdikan diri kepada Allah." Khalifah mengucapkan terima kasih dan terus sujud syukur kepada Allah.


    MORAL & IKTIBAR
    • Allah menurunkan bala sebagai peringatan kepada hamba-hambanya atas dosa yang dilakukan.
    • Kehendak Allah mengatasi segala.
    • Allah menyayangi orang yang bertaubat sehingga apa saja doanya dikabulkan Allah.
    • Allah sayang kepada seseorang bukan kerana rupa dan sifat lahiriahnya, tetapi kerana sifat ubudiah dan ketaqwaannya.
    • Untuk mengatasi apa jua masalah yang menimpa, Allah menganjurkan kita supaya kembali kepadaNya.
    • Jangan memandang orang dari sifat lahiriahnya tetapi lihat dari segi amalan dan ketaqwaanya kepada Allah



  11. #10
    mr.buragas's Avatar
    mr.buragas is offline Addicted Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    mr.buragas has a spectacular aura about mr.buragas has a spectacular aura about
    Join Date
    Jul 2007
    Location
    kinrara pu
    Age
    33
    Posts
    948
    Points
    302.80
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    579
    tenang jiwa aku bace post yg macam ni..


  12. bitcoin 468x60-en

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

     

Similar Threads

  1. [IMPORTANT] Tauladan Pinggan(Bacalah sebelum kita ditalkinkan)
    By Mayonis in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 10
    Last Post: 20-01-2010, 11:19 AM
  2. KISAH DAN TAULADAN
    By fendikya in forum Isu Semasa 2009
    Replies: 1
    Last Post: 20-10-2009, 06:15 PM
  3. Beberapa Kisah Tauladan 13 - Artis dijulang, doktor dan guru pula dicemuh
    By fendikya in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 0
    Last Post: 02-10-2009, 12:39 PM
  4. Tauladan kepada suami isteri
    By shinichi in forum Info & Pengetahuan Am
    Replies: 19
    Last Post: 09-03-2009, 06:11 PM
  5. tauladan - baHana hiv
    By sempai07 in forum Isu Semasa 2009
    Replies: 3
    Last Post: 07-03-2009, 09:41 PM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
Premium Ads
TenkoFX ECN Gravity

Paid Ads

FXOpen 125x125

Moneybookers 180x60









Ehoza Ads
Ehoza Ads