The Best Spread 728x90ms

+ Reply to Thread
Results 1 to 4 of 4
  1. #1
    dikchik's Avatar
    dikchik is offline Senior Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    dikchik has a reputation beyond repute dikchik has a reputation beyond repute dikchik has a reputation beyond repute dikchik has a reputation beyond repute dikchik has a reputation beyond repute dikchik has a reputation beyond repute dikchik has a reputation beyond repute dikchik has a reputation beyond repute dikchik has a reputation beyond repute dikchik has a reputation beyond repute dikchik has a reputation beyond repute
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    Selangor
    Posts
    417
    Points
    152.10
    Thanks
    0
    Thanked 4 Times in 4 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    1770

    kehidupan - kisah motivasi

    Untuk renungan bersama

    Kisah-1

    Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

    Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.

    1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang
    dari RM3000.

    2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada ibu-bapa mertuanya setiap bulan.

    3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.

    4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.

    5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.

    6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh,Set Sofa) serta teratur dan kemas.

    7. Pelik tetapi benar, bil elektrik dirumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang dari RM10 sebulan.

    8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.

    9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

    Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi
    amalan dia yang patut di contohi:-

    1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation

    2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda
    yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.

    3. Sering membaca Surah Al-Waqiah

    4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.

    5. Buat baik kepada Ibu bapa dan Ibu Bapa mertuanya.

    6. Suka menolong orang dan memberi derma

    7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang
    penyakit.

    8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah rosak atau menyusahkan nya.

    9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.


    Kisah-2

    Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam bukan nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada hari Ahad itu saya sampai di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur. Rashid berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga padapagi Isnin di Johor Baru.

    Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang
    abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk
    temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.

    Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya
    tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini ada kaitan dengan
    tiada keberkatan hidup.

    Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut:-

    1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit,
    Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)

    2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja.Bermakna memakan riba yang berterusan.

    3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta
    baru (Masalah kena curi dan kemalangan jalan raya)

    4. Sering bertengkar dengan isteri.

    5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.

    6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.

    7. Suka menengking jika ada orang mintak derma.

    8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah mata sahaja.

    Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling kita. Kadang kala kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung untuk mencari keberkatan hidup.


  2. pamm 468x60-en

  3. #2
    alfatih's Avatar
    alfatih is offline Ehoza's Freak
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    ampang
    Age
    36
    Posts
    3,659
    Points
    1,231.90
    Thanks
    1
    Thanked 33 Times in 14 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    2267
    macam cerita orang dengki jer kalu jadi kaya kes kes kes



  4. #3
    kitaro's Avatar
    kitaro is offline Official Photographer


    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Ulu Klang,
    Posts
    2,267
    Points
    1,237.72
    Thanks
    36
    Thanked 147 Times in 75 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    19828
    itulah yg dinamakan keberkatan....byk tp kalau tak berkat tak guna gak..



  5. #4
    antagenaiz's Avatar
    antagenaiz is offline King Of VNS
    This user has no status.
     
    I am:
    Cool
     
    antagenaiz has a reputation beyond repute antagenaiz has a reputation beyond repute antagenaiz has a reputation beyond repute antagenaiz has a reputation beyond repute antagenaiz has a reputation beyond repute antagenaiz has a reputation beyond repute antagenaiz has a reputation beyond repute antagenaiz has a reputation beyond repute antagenaiz has a reputation beyond repute antagenaiz has a reputation beyond repute antagenaiz has a reputation beyond repute
    Join Date
    May 2007
    Location
    Serdang
    Age
    33
    Posts
    15,156
    Points
    5,322.09
    Thanks
    482
    Thanked 523 Times in 282 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    28481
    Quote Originally Posted by kitaro View Post
    itulah yg dinamakan keberkatan....byk tp kalau tak berkat tak guna gak..
    klu sumber rezeki yg kita dpt tu berkat..gaji ciput pn idup xsusah


  6. stp 468x60-en

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

     

Similar Threads

  1. [IMPORTANT] Motivasi
    By headpux in forum Info & Pengetahuan Am
    Replies: 6
    Last Post: 03-06-2010, 11:53 PM
  2. [IMPORTANT] Menerapkan Kehidupan Rasullulah SAW dalam kehidupan seharian
    By headpux in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 0
    Last Post: 09-12-2009, 10:42 PM
  3. CERITA MOTIVASI
    By fendikya in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 0
    Last Post: 07-10-2009, 11:15 AM
  4. [MOTIVASI DIRI] Kisah Doktor dan Mat Rempit
    By tapaks in forum Adult Conversation
    Replies: 1
    Last Post: 22-01-2009, 03:24 PM
  5. Motivasi...
    By spark in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 0
    Last Post: 14-05-2008, 02:28 PM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
Premium Ads
TenkoFX Crypto

Paid Ads

FXOpen 125x125

Moneybookers 180x60









Ehoza Ads
Ehoza Ads