Para suami sering menyimpan sendiri masalah yang sensitif. Mereka kuatir akan menyinggung perasaan pasangannya apabila hal itu disampaikan, atau membuat mereka kelihatan lemah. Apa hal yang tidak disampaikan suami kepada isterinya?

Kebiasaan menyimpan sendiri masalah bukanlah perkara yang baik dalam ikatan suami isteri. Kebiasaan keadaan ini berpotensi mengakibatkan renggangnya hubungan dan kerenggangan itu akan lebih lebar dibandingkan dengan keretakan yang timbul setelah bertengkar. Hal ini adalah kerana, kedua makhluk itu tidak pernah benar-benar dihadapkan pada masalahnya, maka mereka tidak boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Menghadapi suami yang sering menyimpan sendiri masalahnya, psikologi penasihat perkahwinan, Bradley Gerstman menganjurkan para isteri untuk bertindak segera. Berusahalah menyelami isi hati suami. Hanya itu jalannya. Berikut ini adalah hal yang paling sering tidak disampaikan para suami kepada isterinya, namun sesungguhnya mudah untuk dikesan.


Seks

Pendapat umum mengatakan, lelaki normal menginginkan seks setiap saat. Sebenarnya, lelaki bukanlah mesin seks. Kadang-kadang mereka cuma perlu sedikit pelukan manja. Ghairah seks lelaki berdasarkan tingkat stres yang dialami. Meskipun demikian, biasanya lelaki tidak menolak ajakan bercumbu kerana bimbang dianggap aneh, atau membuat isteri berasa tidak dicintai lagi.Apabila seorang suami tampak enggan menunaikan ajakan isteri untuk bercinta, tetapi tidak menolak secara terang-terangan, kaum wanita jangan langsung curiga. Lontarkan jawapan yang berfungsi mengambil hati isteri. Misalnya, "Abang mengantuk?" Di lain waktu ketika anda yang menolak ajakannya, katakan supaya dia pun berterus terang seperti apabila sedang tidak berselera. Pernyataan ini boleh mengelakkan perasaan isteri tersinggung.


Rendah diri

Adalah menjadi perkara biasa apa apabila suami berasa rendah diri tatkala karier isteri lebih berjaya daripadanya. Apalagi dengan penghasilan yang lebih besar pula. Hal ini disebabkan adanya anggapan umum bahawa lelaki harus menjadi pencari nafkah utama dalam keluarga.

Kalau pendapatan isteri jauh lebih besar, para suami berasa posisi dan kedudukannya terancam. Apakah isteri masih memerlukannya? Tapi ego sebagai lelaki akan menahan suami untuk mengeluhkan hal seperti ini. Mereka lebih memilih menyimpan kesedihan sendiri.

Suami yang merasa egonya terancam oleh kemajuan karier isteri akan berusaha mendominasi kekuasaannya dengan cara lain. Misalnya, dengan selalu menentukan sendiri pilihan filem yang akan ditonton. Para isteri perlu mengangkat rasa percaya diri suami yang bermasalah seperti ini.

Tunjukkan suami boleh diharapkan di bidang lain. Misalnya dengan berkata, "Kamulah satu-satunya orang yang boleh saya ajak berbicara". Atau, "Cuma kamu yang boleh mengatasi masalah ini". Cara lain, tunjukkan rasa bangga anda akan prestasinya setiap kali memperkenalkan suami kepada teman. Dengan sikap selalu mengangkat dirinya, suami akan mengagumi kerendahan hati isterinya.


Stres

Memaksa suami mengikuti semua acara yang ditetapkan isteri akan membuat suami rasa terkongkong. Lelaki tidak suka dikongkong tapi hal seperti ini sering tidak disampaikan pada isteri. Padahal kalau keadaan ini dibiarkan, akhirnya suami boleh mencuri-curi kesempatan untuk menikmati kesenangannya sendiri di belakang isteri.

Kaum lelaki akan mudah stres apabila dipaksa melakukan sesuatu yang tidak disukainya. Oleh sebab itu, isteri perlulah sentiasa peka dengan keadaan dan keperluan suami. Kaum lelaki tidak mahu menunjukkan yang mereka tidak puas hati. Mereka lebih rela berdiam diri kerana bimbang apabila meluahkan isi hati mereka akan mencalarkan hati isteri. Dalam keadaan begini, isterilah yang perlu lebih peka agar tidak ada unsur paksaan yang dirasakan oleh suami.