Tersebut lah cerita , ada sorang perempuan Petani yang agak berumur
sikit
bawak barang dagangan dia, dia cuma jual topi saja (dulukan orang menuai
secara manual..'mengerat' orang Kedah kata, nak elak dari panas depa
pakai
topi ni ... diperbuat dari rumput 'menerung' kering..warna putih kelabu,
bentuk dia nak macam topi Mr. Potato sket...) Jalan la dia dari rumah ke
rumah jual topi dia,sampai dia di satu kampung di pinggir hutan (area
Kuala
Nerang..)Waktu dah tengahari 'rembang', jadi dia pun duduk la berehat
sat
kat bawah satu pokok yang besar lagi rendang.
Topi untuk jualan dia...dia letak la sebelah sambil mengipas-ngipas
badannya. Kerana terlalu letih, tertidur la dia kat bawah pokok
tuu..tiba-tiba dia terdengar bunyi 'sqoh..sqeh..sqoh..sqeh'. Terbangun
la
dia..dia tengok keliling, tergejut beruk la dia ...'aik!! mana pi topi
aku
semua?'.
Wahhh..cam na ni, mesti kena marah ngan tokey nanti pasai topi dia
hilang.
Lepas tu, dia dengar bunyi sqoh..sqeh...sqoh..sqeh' tu kat atas pokok.
Langut la dia ke atas...Ooooooo, makhluk ni rupanya yang curi topi aku.
Berpuluh-puluh ekor monyet kat atas pokok tu, semua pakai topi sorang
satu..
Ishkk..cam na nak ambik balik ni..pikiaq perempuan tersebut.
Dia ambik galah..jolok-jolok keatas..tak juga dapat topi dia. Dekat-
dekat
nak 'give-up' juga la orang tua tu. Tergaru-garu kepala la dia..aik!!
dia
tengok monyet-monyet tu pun ikut tiru dia ,dia lompat, monyet tu pun
ikut
lompat semua.. Jeng... jeng.. jenggg..dia ada satu idea..dia ambik
satu-satunya topi kat atas kepala dia ..dia pun baling ke tanah. So,
monyet-monyet tu pun ikut juga baling topi yang depa pakai ketanah.
Dapat la balik semua topi-topi diaa...Pas waktu dia dah balik kekampung,
dia
pun cerita la 'keterer an' dia tu kat anak dia. Waktu berlalu begitu
pantas.
Perempuan tersebut dah jadi nenek dah..namun dia tetap berbangga dengan
ketereran dia tipu monyet tu.di ceritakan la pulak kat cucu dia. Nak
dijadikan cerita ,cucu dia ni pun sekolah tak pandai. jadi berjual topi
juga
macam nenek dia dulu.
Suatu hari, cucu dia pi menjual topi dikampung yang sama di daerah Kuala
Nerang tuuu. Waktu tengahari, secara kebetulan dia pun berehat di bawah
pokok yang sama. Kerana terlalu letih dia pun tertidur dgn topi- topi
untuk
dijual, diletakkan di tepi dia. Pas dah dekat petang dah , dia pun
bangun
dari tidur..aikkkk!!! mana pi topi aku semua? Dia pun terdengar bunyi
'sqoh..sqeh..sqoh..sqehh' kat atas pokok tuu.....hmmhhh. monyet-monyet
tu
dah ambik topi dia Dia pun buat la macam-macam untuk menakutkan
monyet-monyet tu utk ambik balik topi tuu, tapi tak leh gak. Last-last
teringat la dia ngan cerita nenek dia dulu..diapun test la, dia
garu-garu
kepala, monyet2 tu pun garu2 kepala gak, dia lompat, monyet2 tu pun
lompat
gak..dia pun naik syok laa, dalam hatinya '***** juga monyet2
ni..'..Lalu
dia ambik topi kat atas kepala dia..dia lempaq la ke tanah dengan
harapan
monyet2 tu tiru cam dia gak.
Aikkk !!!monyet2 tu semua tengok ke dia..tak sekoq pun yang tiru dia
kali ni
utk lempar topi ketanah. Termangu dia sendirian..tiba-tiba turun seekor
anak
monyet, tapi sebelum dia turun, dia sangkut dulu topi tu kat ranting
atas
pokok tu. Anak monyet tu langsung pi dekat telinga dia dan berbisik,
"hang
ingat, hang sorang aja ada nenekkkkk...?"