TenkoFX ECN Gravity

+ Reply to Thread
Results 1 to 2 of 2
  1. #1
    perati's Avatar
    perati is offline Addicted Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute
    Join Date
    Apr 2007
    Age
    48
    Posts
    835
    Points
    283.50
    Thanks
    0
    Thanked 19 Times in 12 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    1013

    Baca al-Kahfi untuk berlindung dari Dajjal

    Baca al-Kahfi untuk berlindung dari Dajjal
    Posted on Wednesday, July 04 @ 00:26:13 MYT by greenboc

    Oleh madihah_solehah


    Alhamdulillah saya sudah menyiapkan bacaan tafsir surah al-Kahfi dalam bentuk audio. InsyaAllah ia akan dikeluarkan dalam bahagian muat turun kuliah secara berperingkat. Bagi mereka yang mahu memahami surah al-Kahfi ini dengan lebih jelas, silakanlah mendengarnya. FOC (Free of charge) sahaja! Atau dengan kata lain: “Masuk adalah percuma”.



    Bahkan ia bukan sebarang masuk, tetapi masuk ke taman syurga seperti yang disebut Nabi: “Apabila kamu melalui taman syurga, petiklah sesuatu darinya.” Bila ditanya para Sahabat apa itu taman syurga, Baginda mengatakan: “Itulah majlis ilmu”. (Walaupun majlis ilmu maya tidak ada di zaman Nabi tetapi insyaAllah pahala melayari portal/website yang baik itu tetap ada di sisi Allah).



    Saya juga bersyukur kerana junior dan sahabat saya di Jordan dahulu, Ustaz Zahazan Mohamad menyampaikan tafsir surah al-Kahfi melalui radio ikim.fm. Mudah-mudahan usaha saya dan usahanya menjadi bahan penambah ilmu dan kefahaman kepada mereka yang cintakan ilmu, apatah lagi ilmu tentang
    Kitabullah.



    Nabi saw menyebut dalam suatu hadis, maksudnya: ‘Sesiapa yang menghafaz 10 ayat dari awal surah al-Kahfi, nescaya ia selamat dari gangguan Dajjal” Dalam riwayat lain, Nabi menyebut: “Sesiapa yang membaca 10 ayat yang akhir dari surah al-Kahfi, ia terpelihara dari fitnah Dajjal’ Riwayat lain menyebut: “Sesiapa yang membaca 10 ayat dari surah al-Kahfi…’



    Kita tahu sifat Dajjal yang melihat dan menilai sesuatu dengan persepsi yang salah, hanya satu mata dipunyainya. Dajjal mampu memberikan sesuatu yang kita ingini. Tidakkah di zaman ini begitu banyak Dajjal yang menawarkan kebendaan walaupun menyesatkan kita? Dajjal tidak dikenali melainkan oleh orang mukmin. Justru, hanya orang mukmin sahaja yang mampu mengenali kejahatan untuk dijauhi.



    Mungkin Dajjal sebenar itu belum muncul tetapi mereka yang mempunyai ciri-ciri Dajjal terlalu banyak di sekeliling kita. Kalau kita katakan Dajjal itu kuasa ekonomi, kuasa politik, kuasa media dan lain-lain bentuk, mungkin ada kewajarannya. Yang penting, kita mahu selamatkan diri kita dari angkara Dajjal, sama ada Dajjal palsu atau Dajjal sebenar.



    Maka kita dianjurkan supaya membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat atau siangnya. Nabi menyebut: “Sesiapa yang membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, bercahaya baginya di antara 2 Jumaat” Riwayat lain menyebut: “Sesiapa yang membacanya pada malam Jumaat, bercahaya baginya di antaranya dan di antara al-Bait al-Atiq (Kaabah).”



    Dan tentunya bukan hanya bacaan sahaja, kerana paling baik jika kita memahami dan menghayati apa yang kita baca. Tidak ramai yang bersedia untuk membaca al-Kahfi pada malam Jumaat atau siangnya. Justru, itulah barangkali yang menjadikan kita sentiasa tertipu dengan Dajjal dalam kehidupan kita. Dajjal politik, Dajjal ekonomi, Dajjal akhlak…





    Bagi seorang mukmin, kitabullah adalah petunjuk baginya. Di antara petunjuk itu ialah menyelamatkannya dari kesesatan Dajjal. BACALAH al-Kahfi, fahami dan hayatilah ia!"
    ~~~ pErAtI ~~~


  2. FXOpen 468x60ms

  3. #2
    abu is offline Full Time Supporter
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    Al-Ardh
    Posts
    1,463
    Points
    488.10
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 2 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    838
    good infor utk mengelak fitnah ad-dajjal..


  4. stp 468x60-en

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

     

Similar Threads

  1. [IMPORTANT] SURAT DARI GEREJA..HARAP ANDA BACA
    By lpfan182 in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 0
    Last Post: 15-10-2009, 05:59 PM
  2. “Dajjal Adalah Dari Suku Ashkenazi”
    By headpux in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 0
    Last Post: 29-09-2009, 02:03 AM
  3. Pemuda Unggul Dari Kisah Ashabul-Kahfi
    By kitaro in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 0
    Last Post: 02-08-2008, 06:46 AM
  4. Dari Seorang Lelaki...best baca
    By azwanbiz in forum Info & Pengetahuan Am
    Replies: 25
    Last Post: 05-06-2007, 02:45 PM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
Premium Ads
stp 160x600-en

Paid Ads

FXOpen 125x125

Moneybookers 180x60









Ehoza Ads
Ehoza Ads