TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Results 1 to 4 of 4
  1. #1
    azwanbiz's Avatar
    azwanbiz is offline Senior Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    bukit jalil
    Age
    38
    Posts
    461
    Points
    156.81
    Thanks
    1
    Thanked 4 Times in 4 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    733

    Thumbs up Beruk Orang Bela!

    Mat Daik tinggal di Tumpat, Kelantan. Dia ada seekor beruk peliharaan yang
    pandai memanjat pokok kelapa. Pendapatan sampingan Mat Daik ialah menggunakan
    beruk peliharaannya itu untuk mengambil upah memetik kelapa dari masyarakat
    sekitar Tumpat.

    Tetapi malang sungguh nasib Mat Daik apabila suatu hari beruk peliharaannya
    telah mati akibat suatu kejadian yang sungguh menyayat hati (sehingga tidak
    mampu di taip dengan sebarang perkataan pun...fuh!).

    Akibat tragedi tersebut, Mat Daik selalu murung dan bersedih. Kesedihan Mat Daik
    turut dirasai oleh orang kampungnya dan juga mereka yang pernah mendapat khidmat
    daripada beruk Mat Daik.


    Untuk menghilangkan kesedihannya, Mat Daik telah pergi ke rumah sahabatnya yang
    bernama Rani. Rani tinggal di Marang, Terengganu. Rani sebenarnya adalah teman
    seperguruan Mat Daik semasa mereka menuntut ilmu pemeliharaan beruk suatu ketika
    dahulu. Kedatangan Mat Daik disambut gembira oleh Rani dan pemergiannya ke
    kampung Rani lebih-lebih menggembirakan Mat Daik. Ini adalah kerana Rani
    mempunyai seekor beruk yang saling tak tumpah dengan beruknya dahulu. Rani
    memanggil beruknya sebagai Bob. Kesedihan Mat Daik sedikit terubat apabila dia
    berada bersama-sama dengan Bob. Tetapi yang lebih menjadikan Mat Daik teruja
    ialah kerana kecekapan dan kehebatan Bob dalam mematuhi semua arahan daripada
    Rani. Bob akan memanjat pokok kelapa dengan tangkasnya apabila disuruh dan akan
    memetik kelapa yang tua atau kelapa muda hanya dengan arahan daripada Rani.


    Setelah hampir 1 minggu di Marang, Mat Daik ingin pulang ke Tumpat. Tetapi dia
    mempunyai satu harapan iaitu ingin membawa Bob bersama-samanya. Dia tidak
    tergamak untuk menyuarakan keinginan itu kerana mengenangkan persahabatannya
    dengan Rani. Bagi diri Rani, dia memahami suara hati sahabatnya itu, lalu dia
    membenarkan Mat Daik untuk membawa pulang Bob bersamanya selama sebulan. Mat
    Daik sangat gembira dan terus memeluk Rani dan berjanji akan menjaga Bob sebaik
    mungkin. Rani kemudiannya mengajar Mat Daik arahan-arahan yang perlu diberi
    kepada Bob untuk memetik kelapa nanti.


    Orang kampung Mat Daik sangat gembira apabila melihat dia sudah pulang dengan
    wajah yang ceria dan bersamanya seekor beruk yang seiras dengan beruknya dahulu.


    Mat Daik menceritakan segala yang telah berlaku sewaktu di Marang dan
    berulangkali memberitahu akan kehebatan Bob. Dengan tidak berlengah dia terus
    membawa Bob dan orang kampungnya pergi ke kebun kelapa Pak Majid. Di situ juga
    dia berkata kepada Bob, " Panjat Bob...panjat". Sebaik menerima arahan tersebut,
    Bob yang dari tadi asyik menggigit batang tebu terus mencampakkan tebu itu dan
    mulalah memanjat pokok kelapa itu. Orang kampung mulalah bersorak gembira
    melihat kehebatan Bob memanjat pokok itu yang begitu pantas sekali. Mat Daik
    tersenyum girang mendengar sorakan orang kampungnya. " Ha..ambik hok tuo..hok
    tuo..jange hok mudo!"(Ha ..ambil yang tua..yang tua..jangan yang muda) Mat Daik
    memberikan arahan seterusnya.Akan tetapi ...si Bob tidak bergerak. Dia hanya
    memandang ke bawah terkebil-kebil. " Bob...kawe kato ambik nyor tuo tu...ha...tu
    hok tuo depe demo tulah."( Bob.. saya kata ambil kelapa tua tu...ha..tu yang tua
    kat depan kau tulah) sambung Mat Daik lagi. Bob masih tidak berganjak dan terus
    terkebil-kebil memandang ke arah Mat Daik dan orang kampungnya.


    Bila melihat Bob yang tidak berganjak itu, Mat Daik merasa hairan lalu terfikir
    mungkin Bob keletihan kerana perjalanan yang jauh. Dia berkata " Ha
    ..turun..turun ." Bob terus turun bila mendapat arahan itu.


    Pada keesokan harinya. Mat Daik membawa Bob memanjat pokok kelapa di depan
    rumahnya. Perkara yang sama telah berlaku . Bob hanya menerima arahan 'panjat'
    dan 'turun' sahaja. Mat Daik merasa hairan dengan kejadian ini. Segala kehebatan
    Bob yang diwar-warkannya kepada orang kampung tidak dapat dibuktikan. Mat Daik
    mula merasa malu dengan orang kampungnya. Kejadian ini berlarutan selama 6 hari
    dan masuk hari ke 7, Mat Daik telah menelefon Rani dan menceritakan segala apa
    yang telah berlaku. Rani berjanji akan pergi ke Tumpat pada keesokan harinya.


    Malam itu Mat Daik tidak dapat melelapkan matanya. Bermacam-macam kemungkinan
    bermain di benaknya. Mungkinkah Bob sakit? Atau mungkinkah Bob rindukan Rani?
    Pelbagai kemungkinan dibayangkannya sehinggalah ke waktu Subuh.


    Lebih kurang pukul 12 tengahari kelibat Rani pun kelihatan dan Mat Daik
    menyambut Rani dengan penuh kegusaran pada wajahnya. Berulang-ulang kali lagi
    dia meminta maaf daripada Rani atas segala kesulitan tersebut. Rani dibawa ke
    kebun kelapa Pak Majid. Rani meminta Mat Daik tunjukkan bagaimana arahan yang
    diberikannya kepada Bob supaya mengambil kelapa tua. " Ha ...panjat Bob..gi
    ambik nyor tuo tigo butir."(Ha ..panjat Bob.. pergi ambil/petik kelapa tua tiga
    biji) Bob pun mulalah memanjat pokok itu tetapi seperti 6 hari yang lalu dia
    hanya memanjat dan kemudian terkebil-kebil memandang Mat Daik di bawah. Rani pun
    tersenyum kerana dia mula dapat mengagak akan masalah yang sebenarnya. Rani
    meminta Mat Daik menyuruh Bob memetik kelapa muda pula. " Bob..demo ambik nyor
    mudolah pulok..ha ..nyor mudo..mudo."(Bob..kau petik kelapa mudalah
    pulak..ha...kelapa muda..muda) Bob hanya terkebil-terkebil sahaja.


    Rani pun segera mengeluarkan arahannya "Bob..ambik hok MUDER...HA..MUDER.." (Bob
    petik yang muda..ha...muda) mendengar sahaja arahan itu terus Bob memetik kelapa
    muda beberapa biji. " HA..HOK TUER..TUER.."(Ha..yang tua..tua) Rani memberi
    arahan selanjutnya. Bob terus memetik beberapa biji kelapa tua sebagaimana yang
    diarahkan. Mat Daik pun menggaru kepalanya akan insiden ini sambil Rani ketawa
    terbahak-bahak kerana baginya ia amatlah menggelikan hatinya. Rupa-rupanya Bob
    adalah seekor beruk dari Marang, Terengganu yang tak faham akan loghat Tumpat,
    Kelate dari Mat Daik....kah..kah..kah!!!




    Moral: Jangan pelihara kucing Parsi kalau tak tahu cakap Parsi. Binatang pun
    faham loghat tempat asal dia aje.


  2. stp 468x60-en

  3. #2
    maxpda's Avatar
    maxpda is offline Full Time Supporter
    This user has no status.
     
    I am:
    Cool
     
    maxpda is on a distinguished road
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Teluk Inta
    Posts
    594
    Points
    205.20
    Thanks
    2
    Thanked 5 Times in 3 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    570
    kehkeh........



  4. #3
    firas's Avatar
    firas is offline Addicted Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    firas will become famous soon enough
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    kajang-ser
    Posts
    901
    Points
    347.70
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    591
    ceh...lawak btul...ade gak mcm ni yer...
    'Destinasi Cinta Yang Ku Cari...Sebenarnya Terlalu Hampir...Hanya Kaburi Dengan Dosa Di dalam Hati...'



  5. #4
    kitaro's Avatar
    kitaro is offline Official Photographer


    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Ulu Klang,
    Posts
    2,267
    Points
    1,237.72
    Thanks
    36
    Thanked 147 Times in 75 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    19822


  6. pamm 468x60-en

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

     

Similar Threads

  1. BERUK YANG PINTAR
    By headpux in forum Jokes, Pranks
    Replies: 5
    Last Post: 01-08-2009, 12:49 AM
  2. Terkejut Beruk!!!
    By joney in forum Jokes, Pranks
    Replies: 18
    Last Post: 06-01-2009, 10:41 AM
  3. Beruk pun tahu....
    By Abang Chik in forum Jokes, Pranks
    Replies: 7
    Last Post: 14-11-2008, 09:03 AM
  4. Beruk!
    By ghenzou in forum Jokes, Pranks
    Replies: 7
    Last Post: 23-04-2008, 04:28 PM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
Premium Ads
stp 160x600-en

Paid Ads

FXOpen 125x125

Moneybookers 180x60









Ehoza Ads
Ehoza Ads