TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Results 1 to 3 of 3

Thread: lawak dari aku

  1. #1
    syarqawy's Avatar
    syarqawy is offline Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    syarqawy will become famous soon enough
    Join Date
    Feb 2007
    Posts
    54
    Points
    19.80
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    575

    lawak dari aku

    Lawak 18sx

    Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar.
    Pastu mereka tersempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.
    Pelajar A kata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry"
    Pelajar B pulak kat " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki"
    Mereka hampir bergaduh pasal hal ni.
    Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?"
    Pelajar B pun setuju.
    Mereka pun menghampiri orang tua itu.

    Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?
    Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?
    Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.
    Orang Tua: Emm... bukan.
    Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.
    Orang Tua: ...pun bukan.
    Pelajar A: Habis tu?
    Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang...



    Keretapi express

    Tiga lelaki India dan tiga lelaki Pakistan melakukan perjalanan ke pertandingan
    Kriket Dunia di England dengan menggunakan keretapi. Di stesen keretapi
    lelaki-lelaki Pakistan telah membeli satu tiket setiap seorang, tetapi tiga
    lelaki India hanya membeli 1 tiket sahaja untuk mereka bertiga.

    "Macam mana kamu bertiga nak naik keretapi sedangkan kamu beli hanya
    satu tiket?" tanya salah seorang lelaki Pakistan. "Lihat dan belajar", kata salah
    seorang lelaki India.

    Mereka semua pun menaiki keretapi. Lelaki Pakistan duduk di kerusi yang
    telah di tetapkan sedangkan ketiga-tiga lelaki India tersebut bersesak masuk
    ke dalam sebuah tandas dan menutup pintu tandas tersebut.

    Seketika selepas keretapi bertolak, konduktor keretapi pun datang untuk
    memungut tiket. Dia mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket".
    Pintu tandas di buka sedikit sahaja, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket
    kepada kunduktor. Konduktor mengambil tiket tersebut dan berlalu. Ketiga-tiga
    lelaki Pakistan melihat perlakuan tersebut dan bersetuju bahawa idea lelaki-lelaki
    India itu memang bijak.

    Jadi selapas perlawanan, mereka bercadang untuk meniru idea lelaki-lelaki
    India tersebut dan dapat menjimatkan wang. Bila mereka tiba di stesen keretapi
    mereka hanya membeli 1 tiket sahaja, tetapi yang memeranjatkan mereka lelaki-lelaki
    India langsung tidak membeli tiket!!!

    "Macam mana kamu nak meneruskan perjalanan dengan keretapi jika kamu
    tidak membeli tiket?" tanya salah seorang lelaki Pakistan.

    "Lihat dan belajar", jawap lelaki India. Bila mereka menaiki keretapi ketiga-tiga
    lelaki Pakistan bersesak di dalam sebuah tandas kemudian lelaki-lelaki India pula
    mengambil giliran bersesak di dalam sebuah tandas lain yang berhampiran.
    Keretapi pun bergerak memulakan perjalanan.

    Seketika kemudian seorang dari lelaki India keluar dari tandas dan berjalan menuju
    ke tandas dimana lelaki Pakistan sedang bersembunyi. Lelaki India tersebut
    mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket".

    Pintu tandas dibuka sedikit, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket.
    Lelaki India tanpa berlengah mengambil tiket tersebut dan terus pergi ke tandas
    tempat di mana kawan-kawannya sedang menunggu.

    Hehehee...



    Baju Cinta

    Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru
    berkahwin. Setelah membunyikan loceng, Si nenek terkejut kerana
    mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu dgn tanpa seurat
    benang pun di badannya.
    Belum sempat si nenek bertanya, si cucu
    berkata, "Saya sedang menunggu suami saya
    pulang dari berkerja nie nek!". "Yg kau telanjang
    tu nape!!! " marah si nenek. "Ini la BAJU
    CINTA saya" balas si cucu
    perempuannya. "BAJU CINTA ??" si nenek
    kehairanan. "Ya, suami saya menyukainya, saya
    juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap
    nenek dapat balik dulu sebelum suami saya
    pulang kerana tentu suami saya nanti akan
    berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA
    ini di hadapan nenek." pinta si cucu
    perempuannya. Si nenek faham kehendak
    cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara
    terbaru si isteri melayan sang suami. Di dalam
    perjalanan pulang si nenek mendapat idea.
    Fikirnya dengan mengikut cara cucu
    perempuannya, sudah tentu dia dapat
    mengeratkan hubungannya dengan si atok yang
    sudah berumur. Sesampainya di rumah, si nenek
    tadi terus menanggalkan semua pakaiannya,
    mandi, berbedak dan memakai minyak wangi
    sewangi wanginya. Kemudian si nenek tadi pun
    menunggu si atok pulang. Beberapa ketika si atok
    pon pulang. Sebaik saja pintu di buka, si atok
    mendapati si nenek berbogel kat depan
    pintu... . "Awat hang nie? Dah buang tebiat
    ke? " marah si atok tadi. "Ini lah BAJU
    CINTA saya bang" kata si nenek tadi. "BAJU
    CINTA? ... ... . Kot iye pun... .. IRON la dulu baju tuh!! Nampak
    sangat kedutnyer... .."



    *****

    Dua org bos besar sedang lepak2 sambil minum kopi
    di Coffee Bean. Bos sorang ni berkata,"Hey, awak
    nak tahu, saya punya driver punya laa *****.
    Kalau tak percaya, sekejap saya panggil dia". Dia
    memanggil driver dia dan berkata,
    "Ah Beng... awak amik ini RM10, pergi kat
    showroom dan belikan saya Porche 911 Turbo".
    Ah Beng jawab,"Yes sir! Orait!!" dan terus
    bergegas ke showroom kereta.

    Bos yg satu lagi pulak berkata,"Ohh.. tu ok lagi.
    Saya punya driver lagi *****. Leman!, meh sini
    kejap!!". Leman berlari ke bosnya. "Apahal
    tuan?".Bosnya berkata, "Awak pegi balik rumah,
    check sama ada saya ada di rumah atau tidak".
    Leman jawab, "Orait tuan!!", lalu bergegas balik
    ke rumah bosnya. Bosnya berkata kpd bos satu
    lagi, "Tengok! Si Leman ni mmg
    bengapnak mampos. Dah tau saya kat sini,
    takkanlaa dia tak boleh fikir yg saya ni ada di
    rumah ke tidak. Hahaha..."

    Petang itu, bertemulaa dua org driver tadi. Si Ah
    Beng berkata,"Lu tau ka,gua punya bos aa...
    maaaaanyak ***** laa. Dia kasi sama gua sepuluh
    ringgit suruh beli Porche. Dia tatak tau ka ini
    hari, hari Ahad. Mana kedai bukak?".

    Si Leman balas balik, "Hehe.. bos aku laaagi
    *****. Ada ke dia suruh aku check dia ada kat
    rumah ke tak. Dia ada henset, call je laa rumah
    kalau nak tau sangat. Bengap betul".



    Sound Trouble...

    Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

    "Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor.

    "Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."

    "Okey,cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakansesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekatsedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidakjuga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu sayaakan tahu berapa jarak maksima pendengarannya."

    Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu jugapada jarak 3 meter.

    Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.
    "Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.

    Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

    "Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"

    *sape yg ade masalah sebenarnye nih..
    Last edited by syarqawy; 21-02-2007 at 01:35 PM.


  2. FXOpen 468x60ms

  3. #2
    joney's Avatar
    joney is offline Pengetua Ehoza

    is .............. dead!
     
    I am:
    Tired
     
    joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    Pass Away
    Posts
    8,902
    Points
    3,593.64
    Thanks
    193
    Thanked 96 Times in 63 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    182691
    hahahahahahahhaa... waahahahhwwahhahahhaha... kahkahkahakahkahakahakahakahakh.....



  4. #3
    abu is offline Full Time Supporter
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute abu has a reputation beyond repute
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    Al-Ardh
    Posts
    1,463
    Points
    488.10
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 2 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    838
    keh keh keh..aku tumpang gelak jer.....


  5. pamm 468x60-en

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

     

Similar Threads

  1. [NEW] ?Lawak Minggu Ini? Pelepas Rindu ?Maharaja Lawak?
    By aremeen in forum Info & Selebriti
    Replies: 0
    Last Post: 26-07-2011, 10:19 AM
  2. Lawak antarabangsa dari selangor
    By fendikya in forum Isu Semasa 2009
    Replies: 12
    Last Post: 18-09-2009, 10:24 PM
  3. Lawak Najib...sekadar lawak
    By antagenaiz in forum Jokes, Pranks
    Replies: 6
    Last Post: 01-04-2009, 12:36 PM
  4. Replies: 119
    Last Post: 02-03-2009, 06:50 AM
  5. lawak-lawak ke?? kala lawak gelak la ek?? huhu
    By boyot87 in forum Jokes, Pranks
    Replies: 18
    Last Post: 10-09-2008, 12:40 PM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
Premium Ads
stp 160x600-en

Paid Ads

FXOpen 125x125

Moneybookers 180x60









Ehoza Ads
Ehoza Ads