stp 728x90-en

+ Reply to Thread
Results 1 to 2 of 2
  1. #1
    perati's Avatar
    perati is offline Addicted Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute
    Join Date
    Apr 2007
    Age
    48
    Posts
    835
    Points
    283.50
    Thanks
    0
    Thanked 19 Times in 12 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    1012

    80 peratus tidak mengerjakan Solat 5 waktu

    Solat lima waktu - 80 peratus tidak mengerjakannya
    (Dato Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah)

    SOLAT atau sembahyang merupakan ibadat yang amat penting bagi setiapMuslim yang mukalaf kerana ia adalah fardu ain. Ini diperkuatkan dengansebuah hadis Nabi yang bermaksud: Solat itu tiang agama, sesiapa yangmendirikan solat bererti mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkansolat bererti ia meninggalkan agama.Pun begitu, pakar motivasi dan penceramah bebas terkemuka, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, mendedahkan 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh
    negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masyarakat Islam masa kini.

    ``Mereka boleh berada di padang bola lebih dari satu jam, peniaga pasar malam terlalu sibuk melayan pelanggan sehingga terlupa menunaikan solat biarpun hanya mengambil masa 15 atau 20 minit. ``Malah ada juga yang sanggup membuang masa di pusat membeli-belah, pusat karaoke, menyaksikan konsert, menonton perlawanan bola sepak, terlibat dengan lumba motor haram selama berjam-jam tetapi mengabaikan taklif agama yang mengambil masa pendek,'' kata Dr. Fadzilah dengan suara tersekat-sekat menahan sebak pada majlis pelancaran album motivasinya yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Tambah beliau, hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari. Jumlah ini terlalu kecil sekiranya dibandingkan dengan jumlah penganut agama Islam di negara ini. Lebih menyedihkan, senario yang berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari.
    Kekecewaan dan kebimbangan Dr. Fadzilah jelas tergambar apabila beliau tidak dapat membendung air mata dan menangis, membuatkan hadirin tergamam seketika. ``Biarpun masa yang diperlukan itu pendek, tetapi banyak orang yang ingkar untuk melakukannya kerana tidak menghayati ibadah tersebut,natijah daripada tidak ada latar belakang pembelajaran agama.``Kewajipan solat sering dipandang remeh atau dianggap tidak ada nilai sensasi untuk diketengahkan kepada umum.

    ``Namun hakikatnya, ia terpaksa disampaikan ke pengetahuan semua kerana saya khuatir umat Islam akan menuju kehancuran apabila umatnya sudah seperti penganut agama lain yang sembahyang mengikut kehendak sendiri atau suka-suka sahaja,'' terang beliau.

    Kata Dr. Fadzilah lagi, kepincangan ini terpikul di bahu setiap individu Islam itu sendiri, bak kata pepatah Melayu, tepuk dada tanya hati.Di dalam al-Quran, banyak firman Allah yang memerintahkan kita mengerjakan solat, antaranya dalam surah al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua
    (berjemaah) bersama-sama orang yang rukuk.Ini menjelaskan kepada kita bahawa orang yang menunaikan solat sebenarnya telah menunaikan tanggungjawabnya dan dikasihi oleh Allah dan rasul-Nya kerana mengikut ajaran Islam.

    ``Semua pihak kena peka terutamanya ibu bapa kerana tidak
    menerapkan kewajipan ini menjadi amalan harian di dalam diri anak-anak.
    ``Rasa kasihan untuk mengejutkan anak solat Subuh merupakan salah satu contoh kerugian besar dan cara yang salah dalam mempamerkan kasih sayang kepada anak.
    ``Sebenarnya di dalam solat manusia diajak untuk
    mengabdikan diri kepada Allah. Selain itu, solat merupakan benteng diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar. ``Orang yang melakukan solat juga mampu menjadi orang yang melaksanakan tanggungjawab kepada diri,
    keluarga, masyarakat dan agama,'' kata Fadzilah.

    Menurut beliau lagi, terdapat banyak sebab rapuhnya keimanan seseorang itu; kerana suasana kerja, pengaruh teman-teman, pengaruh luar yang tidak menggalakkan dan sebagainya. Namun, punca sebenar berlakunya demikian ialah kerana tidak ada rasa tanggungjawab atau minat untuk menunaikan sembahyang, kerana tidak memahami rahsia-rahsia keperluan sembahyang. Dr.
    Fadzilah mengakui kebenaran bahawa manusia lebih peka menumpukan perolehan
    yang bersifat material.

    ``Allah s.w.t. menyuruh agar manusia menjadikan
    dunia ini laluan bagi kehidupan di akhirat, tetapi manusia sering
    mengeksploitasi hidup di dunia ini, seumpama hidup yang kekal, menyebabkanmereka lupa hidup di akhirat dan membelakangkan perintah-perintah- Nya,''
    ujarnya.
    ~~~ pErAtI ~~~


  2. FXOpen 468x60ms

  3. #2
    ghenzou's Avatar
    ghenzou is offline Super Senior Member
    is Love ISLAM
     
    I am:
    Cool
     
    ghenzou has much to be proud of ghenzou has much to be proud of ghenzou has much to be proud of ghenzou has much to be proud of ghenzou has much to be proud of ghenzou has much to be proud of ghenzou has much to be proud of ghenzou has much to be proud of ghenzou has much to be proud of
    Join Date
    May 2007
    Location
    kl
    Posts
    582
    Points
    140.83
    Thanks
    1
    Thanked 5 Times in 5 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    680
    time kasih kawan...info mu begitu berharga...
    Perkataan yang cantik "Allah S.W.T"
    Lagu yang merdu "Azan"
    Novel yang menarik "Al-Quran"
    Senaman yang baik "Sembahyang"
    Diet yang mujarab "Puasa"


  4. pamm 468x60-en

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

     

Similar Threads

  1. 7 Kali Mengerjakan Haji Tapi Tidak Berpeluang melihat Kaabah
    By headpux in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 2
    Last Post: 15-05-2009, 01:52 PM
  2. Waktu Haram Solat dan Makruh dalam Solat
    By awah137 in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 3
    Last Post: 29-04-2009, 04:24 PM
  3. Cara mengerjakan solat
    By apect in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 13
    Last Post: 09-10-2008, 11:46 PM
  4. Sejarah solat 5 waktu
    By azwanbiz in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 1
    Last Post: 23-05-2007, 05:48 PM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
Premium Ads
The Best Spread 160x600ms

Paid Ads

Moneybookers 180x60

FXOpen 125x125









Ehoza Ads
Ehoza Ads