TenkoFX ECN Gravity

+ Reply to Thread
Results 1 to 10 of 10
  1. #1
    ayam's Avatar
    ayam is offline Ehoza's Advisor®™

    is Ehoza New Version
     
    I am:
    Happy
     
    ayam has a reputation beyond repute ayam has a reputation beyond repute ayam has a reputation beyond repute ayam has a reputation beyond repute ayam has a reputation beyond repute ayam has a reputation beyond repute ayam has a reputation beyond repute ayam has a reputation beyond repute ayam has a reputation beyond repute ayam has a reputation beyond repute ayam has a reputation beyond repute
    Join Date
    Jan 2007
    Location
    Somewhere
    Posts
    2,686
    Points
    6,532.01
    Thanks
    65
    Thanked 177 Times in 101 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    189147

    Untuk renungan kita bersama (Ali setan)

    "Waktu itu saya baru balik dari pub, jadi apabila buka TV ada siaran
    terjemahan al-Quran dan doa tutup siaran. Masa itu saya perhati
    terjemahan tersebut dan saya rasa Allah hebat. Saya terus memuji Allah,
    tapi cakap Inggerislah (ketawa)"AZMIL MUSTAFA (bekas Pelakon Filem 'Ali
    Setan').

    BERSEMUKA bekas pelakon 'Ali Setan', Haji Mohd Azmil Dato' Mustapha,
    bagai tidak percaya bahawa watak nakal dalam filem tersebut telah
    berubah sama sekali. Berjubah putih, berjanggut, riak wajahnya cukup
    menggambarkan ketenangan dikecapinya. Berbual dengannya seolah-olah
    mendengar ceramah, yang kini menjadi rutin hariannya. Ikuti temu bual
    wartawan Harakah, ANIS NAZRI dengan Azmil, di kediamannya di Shah Alam
    baru-baru ini.

    HARAKAH : Bila mula berubah dan berhenti berlakon?

    AZMIL: Saya berhenti berlakon tahun 1998. Tapi baru-baru ini, saya
    berlakon filem Puteri Gunung Ledang (PGL) kerana ditawarkan oleh Tiara
    Jacquelina. Lagipun watak yang diberikan sebagai seorang pendakwah.
    Itupun saya berat nak terima. Saya bagi 10 syarat yang remeh supaya saya
    tidak berkata tidak. Nak dijadikan cerita, mereka terima syarat saya,
    jadi saya tiada pilihan. Sedangkan saya rasa, orang lain tak akan setuju
    syarat-syarat saya itu. Saya buat kajian tentang watak itu. Memang dia
    pendakwah serta banyak mengislamkan orang di Nusantara.

    Apa pendorong kepada perubahan?

    Semuanya kerana Allah. Ia jadi sekelip mata. Saya suka buat
    perbandingan macam main bola sepak. Main bola sepak ni, 90 minit. Tapi
    dalam seminit ketika masa tambahan itu, macam-macam boleh jadi.
    Keputusan boleh berubah daripada 0-0 kepada 1-0. Saya juga macam itu,
    dalam sekelip mata berubah. Saya bermula dengan memuji Allah. Saya puji
    dengan ikhlas walaupun waktu itu saya jahil. Saya masih ingat, tahun
    1979. Kebetulan masa itu saya masih jahil. Perkara pertama yang saya
    lakukan apabila sampai rumah, buka TV. Waktu itu saya baru balik dari
    pub, jadi apabila buka TV ada siaran terjemahan al-Quran dan doa tutup
    siaran. Masa itu saya perhati terjemahan tersebut dan saya rasa Allah
    hebat. Saya terus memuji Allah, tapi cakap Inggerislah (ketawa). Wow!
    Allah is 'great'! Macam-macam la keluar dari mulut saya. Akhirnya, ia
    menjadi amalan saya. Setiap malam saya mesti tengok siaran tu. Kalau
    keluar malam pun, saya akan bergegas balik sebab nak kejar siaran itu.

    Apa reaksi rakan-rakan ketika itu?

    Kawan-kawan saya terkejut. Tapi waktu itu saya belum berubah sepenuhnya.
    Jadi kawan-kawan selalu perli saya. Macam-macam la mereka kata...kepala
    senget, nak tengok Quran. Lebih kurang gitulah (ketawa). Lepas pada
    itu, saya jumpa seorang ustaz dan diajar cara untuk bertaubat. Saya
    buat taubat nasuha. Saya dalami agama, belajar sembahyang. Saya memang
    tak tahu lansung sembahyang ni. Baca Quran merangkak-rangkak. Baca
    Fatihah pun, buka buku lagi...itupun tulisan rumi. Tapi saya istiqamah.
    Lama-lama ia makin meningkat. Saya ingat lagi dulu saya baca surah
    Yassin ambil masa dua jam. Lepas solat Subuh, saya mula baca. Apabila
    habis sedar-sedar dah pukul 8.30 pagi. Gara-gara baca merangkak la ni.
    Umur dekat 30 tahun, baru saya hafal al-Fatihah. Alhamdulillah, sekarang
    dah okey.

    Masih membaca?

    Sekarang masih membaca. Saya penuhi masa dengan membaca al-Quran. Saya
    dah tingalkan dunia seronok-seronok ni. Saya dah banyak buang masa
    waktu muda dulu.
    Saya suka berseronok, jadi saya nak tebus semuanya.

    Berubah secara drastik, atau 'slowly'?

    Dulu saya belajar di negara orang kafir, hidup mengikut budaya kafir.
    Apabila saya dah mendekati Allah, baru saya tahu apa yang saya buat
    selama ni salah. Sebab tu saya tinggal terus, bukan 'slowly'. Saya tak
    boleh 'slowly'. Kalau 'slowly', saya tak tahu saya sempat atau tidak.
    Kita tak tahu bila kita mati. Apabila dah timbul kesedaran, buang terus
    zaman lampau kita, jangan ada rasa cinta pada kehidupan lama kita yang
    sesat.

    Hubungan dengan rakan-rakan hiburan?

    Saya berhenti terus, tak keluar langsung. Putus hubungan dengan
    kawan-kawan dalam dunia hiburan. 'Member' baik pun saya tak jumpa atau
    hubungi. Kalau jumpa setahun sekali waktu raya pun dah cukup baik.
    Kadang-kadang tak jumpa pun sebab bagi saya, kalau saya masih terus
    bersama dengan mereka tak mustahil saya akan kembali semula. Jadi saya
    ambil keputusan tinggal semuanya.

    Dah berani keluar berjumpa orang?

    Sekarang dah berani. Dulu memang langsung tak keluar sebab takut
    terpengaruh. Pengaruh syaitan ni kuat. Setakat ni, pengaruh jahat
    selalu menang berbanding pengaruh baik.

    Perkembangan terkini setelah meninggalkan dunia lakonan?

    Sejak setahun kebelakangan ini saya banyak menerima jemputan untuk
    berceramah, dan lebih kerap dua, tiga bulan kebelakangan ini. Saya tidak
    membuat sebarang pekerjaan lain kerana sudah tak sempat.

    Selain berceramah?

    Saya sedang membuat perancangan untuk ke Syria, menuntut ilmu. Sebelum
    itu, saya buat solat hajat untuk memilih mana-mana destinasi. Kemudian

    saya diilhamkan untuk ke Syria dan Yaman. Jadi, saya pilih Yaman.
    Kebetulan saya berjumpa dengan seorang ustaz yang mengatakan kita kena
    buat istikharah jika mempunyai pilihan. Jadi saya pun buat istikharah,
    dapat petunjuk ke Syria. Empat kali istikharah, masih diilhamkan Syria.
    Jadi, saya buat keputusan ke Syria. Dua tahun lepas saya berpeluang ke
    Syria, dapat rasa satu ikatan istimewa berada di sana. Balik dari sana,
    saya ditawarkan membuat rumah anak yatim, yang mengambil masa setahun
    untuk ditubuhkan. Tapi akhirnya saya tarik diri kerana cara saya dan
    rakan kongsi berbeza, kerana dia berasal dari England dan tak izinkan
    saya berceramah. Jadi, saya ambil keputusan tarik diri daripada
    bergaduh.

    Pernah bisnes sebelum ni?

    Macam-macam bisnes saya buat. Rugi juta-juta. Pertama, mungkin Allah
    tak izinkan. Saya juga muhasabah diri. Yang saya ingat, saya pernah
    kata...kalau ada duit, saya buat segalanya. Saya jual barang keperluan
    agama, seperti tasbih, sejadah, buku-buku agama, kaligrafi Arab. Tapi
    saya tak sebut 'kalau Allah izinkan...' Agaknya sebab itulah bisnes saya
    tak berjaya. Adalah hikmahnya dan setakat ni saya nampak rezeki saya
    pada ceramah.

    Perasaan setelah meninggalkan dunia hiburan dan berkecimpung dalam
    dakwah?

    Ketenangan yang saya rasa tak dapat nak diceritakan. Tak boleh nak
    nilai. Tak boleh nak dibandingkan dengan duit yang dulunya saya pegang
    juta-juta. Duit boleh habis, tapi ketenangan yang saya rasa sekarang,
    saya tak mahu jual biarpun orang bayar berjuta-juta. Saya juga rasa satu
    perkembangan yang sangat baik bagi saya ialah apabila saya berceramah
    ni, ilmu saya bertambah. Saya membaca, tanya ustaz-ustaz kerana saya
    bukan latar belakang agama. Jadi, saya lebih mengenali Allah sejak
    berceramah ni.
    Alhamdulillah, sambutan orang terhadap ceramah saya pun bagus.
    Maklumlah, 'setan' datang ceramah. Kalau ulama ceramah, tak ramai
    datang. Tarikan setan memang kuat (ketawa).

    Topik apa yang selalu disebut ketika berceramah?

    Kalau berceramah, saya lebih suka mengingatkan diri saya dan umat Islam
    lain supaya membangunkan semula Islam, kerana hari ini pemikiran dan
    seluruh kehidupan kita dijajah oleh orang kafir. Islam tiada sempadan,
    hanya orang kafir yang meletakkan sempadan dan jajahan, dan kemudiannya
    kita ikut. Orang kafir dah kuasai minda kita, kehidupan kita, hingga
    orang Islam hari ini melakukan perkara yang menjauhi diri daripada
    Allah. Tetapi semuanya dalam keadaan tidak sedar kerana sudah biasa ikut
    hukum orang kafir hingga tak rasa besalah langgar perintah Allah. Hukum
    Allah ni kena ikut setiap masa, bukan dalam solat semata-mata. Kadang
    tu, dalam solat je ikut Allah, lepas solat ikut balik cara kafir. Itu
    kesedaran yang perlu ditimbulkan untuk umat Islam.

    Banyak menerima jemputan, selain PAS?

    Saya dapat jemputan daipada RTM, buat rakaman dengan Pahang FM. Juga
    buat untuk jabatan agama Islam. Saya tidak mengehadkan kerana saya buat
    kerana Allah Taala, jadi tiada kompromi tentang itu. Bagi saya, memasuki
    pilihan raya ni satu kompromi, bagi sayalah. Kalau nak kuasa, minta pada
    Allah. Bukan minta pada sistem yang disediakan orang kafir. Bagi
    sayalah...(ketawa).Pilihan raya itu sistem orang kafir yang kita ikut.
    Lagi pun, jelas berlaku dalam negara yang amalkan politik, apabila parti
    Islam menang, mereka tetap tidak dapat berkuasa. Perkara ini berlaku di
    Algeria, Maghribi, Turki, Lubnan, Palestin. Hamas memang pun masih tak
    boleh berkuasa. Sistem orang kafir ni tak akan bagi Islam ambil kuasa.

    Pernah terima tentangan sejak berdakwah?

    Apabila saya bercakap agak lantang, ada orang yang labelkan saya
    ekstrim. Pernah suatu ketika dulu, mikrofon masjid ditutup apabila saya
    bercakap lantang. Ini orang-orang yang taat pada perlembagaan negara
    berbanding perlembagaan Allah. Perlembagaan itu perlembagaan kafir Lord
    Reid. Saya pegang kukuh, taat pada pemerintah selagi dia tidak melanggar
    hukum Allah. Kalau dah langgar, tak perlu lagi kita taat padanya

    Cenderung pada politik?

    Saya tidak bercakap atas dasar politik. Saya bercakp atas dasar Allah,
    ke jalan Allah. Bagi saya, Umno, PAS, KeADILan ni macam satu pasukan
    bola sepak. Umno sebagai Manchester United, PAS Chelsea, ADIL Liverpool.
    Padangnya sama...stadium. Pengadil sama, SPR. Sebab itu, saya pilih
    bercakap atas dasar agama semata-mata.

    Bagaimana melihat umat Islam hari ini?

    Saya sedih sebenarnya melihat orang Islam bergaduh, atau berselisih
    pandangan sesama Islam. Soal kecil pasal wajib baca qunut, ada yang kata
    sunat, tangan perlu letak di perut, wajar letak di dada. Benda-benda
    macam itu. Kita sesama Islam pertikai...tapi dalam masa sama biarkan
    saja orang kafir buat sesuka hati. Sedangkan merekalah (kafir) yang
    perlu kita musuhi. Kita ni terlalu banyak kelemahan. Dari segi
    kehidupan. Begitu juga bahasa. Dulu kita guna bahasa Arab sebagai
    bahasa sandaran seperti ilmu, khabar, akhlak, warta, Isnin, Selasa.
    Sekarang dah jadi integrasi, dominasi, automobil...semua ni dari bahasa
    Inggeris. Kita jadi makin jauh dengan Allah. Ada orang baca Quran,
    bertajwid, berlagu tapi tak tahu makna. Apa semuanya tu? Kita tak
    boleh ambil Islam ni secebis sana, secebis sini. Kena ambil seluruhnya.

    Soal keluarga. Menjadi bapa tunggal. Kisah di sebaliknya?

    Saya berkahwin dua kali. Pertama, bercerai kerana tak boleh terima saya
    sebagai hak masyarakat. Jadi artis ni, kita jadi hak orang ramai. Jadi,
    dia tak boleh terima keadaan itu. Bertahan lima tahun saja. Ada anak
    perempuan seorang, dah umur 21 tahun. Saya jarang jumpa anak saya tu,
    sebab mak dia tak bagi jumpa. Tak apalah, saya reda. Kuasa Allah, dia
    masuk UiTM, dekat la untuk saya jumpa.

    Dia tak nak duduk sekali?

    Ada sekali nak duduk dengan saya. Saya tak kisah, tapi saya bagi
    syarat. Suruh pakai tudung, sembahyang. Sehari lepas itu, dia balik
    semula ke rumah mak dia. Tak tahan agaknya (ketawa). Ada kawan-kawan
    kata saya keras. Saya terpaksa keras sebab kalau tak keras, ia boleh
    merosakkan semua yang saya dah mulakan. Saya tak sanggup nak ambil
    risiko tersebut. Orang sekarang lebih sayang harta daripada keluarga.
    Tak berani nak tegur anak. Sayang tak bertempat. Anak-anak semua bawah
    jagaan saya. Dulu saya bagi anak-anak ke rumah mak mereka. Tapi masalah
    sekarang, apabila balik dari rumah mak mereka, anak saya dah tak pakai
    tudung. Tanya pasal sembahyang, adalah buat sekali sembahyang. Saya
    fikir tak boleh jadi macam ni. Jadi, sekarang dah tak pergi lagi ke
    rumah mak mereka. Saya izinkan mereka jumpa di 'club house', di kawasan
    rumah ni saja. Mujur waktu bercerai dulu saya letak syarat-syarat supaya
    jaga syarak kalau nak terus berhubung dengan anak-anak. Jadi saya ada
    hak untuk menyekat.

    Perancangan masa depan?

    Pertama saya nak belajar bahasa Arab di Syria, sebab ada satu tempat tu
    berjaya mengajar orang kafir berbahasa Arab dalam masa tiga bulan. Saya
    dah cuba kat sini, tapi tak menjadi. Yelah, dalam kelas cakap Arab,
    keluar kelas cakap Melayu balik. Mana nak jadi. Saya cadang lepas
    raya, itupun bergantung kepada kewangan. Mungkin setahun di sana dan
    saya akan bawa anak-anak saya semua ke sana. Kenapa? Sebab saya nak
    bantu mereka mendapat pendidikan yang lebih baik dan lebih awal daripada
    saya. Saya nak mudahkan mereka. Tak mahu mereka jadi macam saya.

    Mungkin mahu menamatkan zaman duda?

    Saya rasa perlu kerana dah tak cukup masa nak tumpu pada keluarga
    berbanding dulu. Saya dah banyak keluar sekarang, kasihan pada
    anak-anak selalu ditinggalkan. Tapi calon tak ada lagi...(ketawa)


  2. The Best Spread 468x60ms

  3. #2
    lopaque's Avatar
    lopaque is offline ®Ehoza's Photographer®


    is InspiredByMuhammad
     
    I am:
    Tired
     
    lopaque has a reputation beyond repute lopaque has a reputation beyond repute lopaque has a reputation beyond repute lopaque has a reputation beyond repute lopaque has a reputation beyond repute lopaque has a reputation beyond repute lopaque has a reputation beyond repute lopaque has a reputation beyond repute lopaque has a reputation beyond repute lopaque has a reputation beyond repute lopaque has a reputation beyond repute
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    Selangor/J
    Age
    35
    Posts
    1,987
    Points
    730.51
    Thanks
    27
    Thanked 159 Times in 77 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    5624
    penemuramah tuh mcm nak pancing masuk PAS je...hehehe..



  4. #3
    mirzz's Avatar
    mirzz is offline Addicted Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    mirzz has a brilliant future mirzz has a brilliant future mirzz has a brilliant future mirzz has a brilliant future mirzz has a brilliant future mirzz has a brilliant future mirzz has a brilliant future mirzz has a brilliant future mirzz has a brilliant future mirzz has a brilliant future mirzz has a brilliant future
    Join Date
    Apr 2007
    Posts
    822
    Points
    296.40
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    761
    manusia kalau nk berubah cepat jer. tk payah disuruh suruh, dipaksa paksa
    Ive tried so hard and get so far, in the end, its doesnt even matter!!!



  5. #4
    exshahianz's Avatar
    exshahianz is offline Junior Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    exshahianz is on a distinguished road
    Join Date
    Jun 2007
    Location
    Selangor
    Age
    34
    Posts
    34
    Points
    15.30
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    551
    kalu dapat hidayah segarang sayidina umar pon jadi lembut....



  6. #5
    merbau's Avatar
    merbau is offline DieHardFan Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    merbau has a reputation beyond repute merbau has a reputation beyond repute merbau has a reputation beyond repute merbau has a reputation beyond repute merbau has a reputation beyond repute merbau has a reputation beyond repute merbau has a reputation beyond repute merbau has a reputation beyond repute merbau has a reputation beyond repute merbau has a reputation beyond repute merbau has a reputation beyond repute
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    selangor
    Age
    34
    Posts
    1,019
    Points
    335.70
    Thanks
    0
    Thanked 20 Times in 17 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    1902
    Hidayah tu susah nk dapat...bukan semua orang boleh mendapat hidayah dari Allah s.w.t, hanya mereka yg terpilih sahaja...



  7. #6
    wogok's Avatar
    wogok is offline Regular Member
    This user has no status.
     
    I am:
    Crazy
     
    wogok is on a distinguished road
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    sabah ( btw now at kehel)
    Age
    35
    Posts
    217
    Points
    68.94
    Thanks
    1
    Thanked 1 Time in 1 Post
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    569



  8. #7
    ichigo's Avatar
    ichigo is offline Regular Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    ichigo has a reputation beyond repute ichigo has a reputation beyond repute ichigo has a reputation beyond repute ichigo has a reputation beyond repute ichigo has a reputation beyond repute ichigo has a reputation beyond repute ichigo has a reputation beyond repute ichigo has a reputation beyond repute ichigo has a reputation beyond repute ichigo has a reputation beyond repute ichigo has a reputation beyond repute
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    selangor
    Age
    34
    Posts
    290
    Points
    36.23
    Thanks
    0
    Thanked 27 Times in 7 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    6146
    semoga kita sume di beri petunjuk dan hidayah dari allah....AMIN....



  9. #8
    dikchik's Avatar
    dikchik is offline Senior Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    dikchik has a reputation beyond repute dikchik has a reputation beyond repute dikchik has a reputation beyond repute dikchik has a reputation beyond repute dikchik has a reputation beyond repute dikchik has a reputation beyond repute dikchik has a reputation beyond repute dikchik has a reputation beyond repute dikchik has a reputation beyond repute dikchik has a reputation beyond repute dikchik has a reputation beyond repute
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    Selangor
    Posts
    417
    Points
    152.10
    Thanks
    0
    Thanked 4 Times in 4 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    1765
    alangkah indahnya hidup kerana tlh mdpt petunjuk & hidayah dariNya



  10. #9
    ghenzou's Avatar
    ghenzou is offline Super Senior Member
    is Love ISLAM
     
    I am:
    Cool
     
    ghenzou has much to be proud of ghenzou has much to be proud of ghenzou has much to be proud of ghenzou has much to be proud of ghenzou has much to be proud of ghenzou has much to be proud of ghenzou has much to be proud of ghenzou has much to be proud of ghenzou has much to be proud of
    Join Date
    May 2007
    Location
    kl
    Posts
    582
    Points
    140.83
    Thanks
    1
    Thanked 5 Times in 5 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    681
    untuk mendapatkan hidayah dari Allah S.W.T kite kenalah berusaha!!!!
    Perkataan yang cantik "Allah S.W.T"
    Lagu yang merdu "Azan"
    Novel yang menarik "Al-Quran"
    Senaman yang baik "Sembahyang"
    Diet yang mujarab "Puasa"



  11. #10
    alfatih's Avatar
    alfatih is offline Ehoza's Freak
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    ampang
    Age
    36
    Posts
    3,659
    Points
    1,231.90
    Thanks
    1
    Thanked 33 Times in 14 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    2262
    aduihhhhhh.....


  12. FXOpen 468x60ms

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

     

Similar Threads

  1. UNTUK RENUNGAN BERSAMA..
    By headpux in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 3
    Last Post: 16-08-2011, 03:16 AM
  2. Kisah **** hutan dan ular:untuk renungan bersama
    By headpux in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 7
    Last Post: 20-05-2009, 04:35 PM
  3. untuk renungan bersama...
    By hpmfl2002 in forum Adult Conversation
    Replies: 3
    Last Post: 15-05-2008, 12:41 PM
  4. sebuah kisah untuk renungan kita bersama.
    By hpmfl2002 in forum Info & Pengetahuan Am
    Replies: 14
    Last Post: 14-05-2008, 01:32 PM
  5. untuk renungan bersama
    By azlee in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 6
    Last Post: 01-04-2008, 09:35 PM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
Premium Ads
stp 160x600-en

Paid Ads

FXOpen 125x125

Moneybookers 180x60









Ehoza Ads
Ehoza Ads