TenkoFX ECN Gravity

+ Reply to Thread
Results 1 to 6 of 6
  1. #1
    perati's Avatar
    perati is offline Addicted Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute
    Join Date
    Apr 2007
    Age
    48
    Posts
    835
    Points
    283.50
    Thanks
    0
    Thanked 19 Times in 12 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    1013

    Perlunya remaja hidup dalam lingkaran syarak

    Perlunya remaja hidup dalam lingkaran syarak

    Oleh: PROF. DR. SIDEK BABA

    FAKTOR syarak dalam kehidupan Islam bermaksud memberikan batasan dan pedoman supaya jalur kehidupan berada dalam batasnya. Jalur syarak juga mentertibkan insan supaya terus berada dalam fitrah. Kehidupan yang fitrah adalah kehidupan yang serasi dan syarak dan ia membawa barakah. Keyakinan manusia kepada faktor yang nyata dengan pedoman faktor yang ghaib akan membimbing manusia ke jalan hidup yang sebenarnya.
    Agama mengaturkan kehidupan yang baik untuk manusia.

    Syarak adalah sendi utama mempedoman manusia jalan yang di redhai atau sebaliknya. Faktor manusia tidaklah mutlak untuk memberikan kawalan dan pedoman. Faktor Ilahi menunjukkan pedoman yang terbaik untuk manusia. Menjadi manusia yang hidup berteraskan syarak menjadikannya hamba yang sentiasa patuh, akur, taat dan tunduk kepada-Nya. Kepatuhan dan ketaatan kepada manusia dan peraturan ada batasnya. Kepatuhan dan ketaatan kepada Allah adalah telus kepada-Nya dan tidak ada hijab yang menghalangnya. Walaupun apa yang kita lakukan manusia lain mungkin tidak mengetahui tetapi di sisi Allah ia diketahui.

    Untuk menjadi seorang remaja Islam yang baik dan beriman mematuhi faktor syarak adalah suatu tuntutan dan kewajipan. Faham tentang batas dosa dan pahala, tahu tentang batas halal dan haram, mengerti tentang situasi fasad dan mungkar, maklum tentang wajib dan harus memberikan remaja pedoman yang terbaik dalam hidup. Menjadi remaja menyebabkan banyak cabaran yang menunggu. Sekadar pertimbangan akal dan nafsu semata tidak ada jaminan jalur syarak dipatuhi. Sekadar ukuran logik dan rasional saja tidak memadai jalan syarak diikuti. Sekadar berpandukan orang ramai melakukan maka tiada salahnya remaja melakukannya belum ada jaminan ia selari dengan syarak.

    Remaja harus yakin bahawa keyakinan kepada jalur syarak memberikan landasan keimanan yang teguh. Iman yang teguh menghubungkan remaja kepada Penciptanya dan Pengatur alam dan kehidupan ini. Ia bukan bermakna remaja tidak menggunakan pertimbangan akal. Akal hanya alat yang belum tentu sempurna apa yang difikir dan dibuat tanpa pedoman syarak. Pertimbangan akal mungkin boleh menyuluh remaja ke jalan yang betul dan belum tentu membimbing jalan yang benar. Kebenaran ada pada jalan syarak kerana darinya manusia melakukan sesuatu berasaskan huhum-hakam dan peraturan Allah.
    Secara akal memang betul dijadikan lelaki dan perempuan dengan sifatnya berpasang-pasang. Secara akal fitrah teruna dan dara memiliki perasaan cinta dan sayang yang tinggi. Secara akal juga memang perempuan memiliki daya tarikan yang tinggi terhadap lelaki. Haiwan juga sedemikian. Jantan dan betina dijadikan berpasang-pasang. Naluri nafsu dan keinginan tidak mengira tempat dan keadaan. Kadang-kadang bunuh membunuh menjadi kelaziman.

    Pada remaja Allah berikan akal bagi membolehkan proses berfikir berlaku. Pada remaja Allah kurniakan hati untuk memberikan timbangan yang baik terhadap salah benarnya sesuatu. Faktor manusiawi yang ada pada remaja membolehkan remaja mencontohi sesuatu daripada yang lebih dewasa dan lebih arif tentang hukum hakam. Faktor manusiawi juga membolehkan remaja mendapat pedoman dari ibu bapa dan guru tentang salah benarnya sesuatu. Dari situ jiwa keinsanan wujud dan pedoman keihsanan lahir.
    Faktor syarak tidak harus dianggap sebagai sifatnya menghalang dan membelenggu. Sifat alam dan sifat manusia mempunyai batasan. Bintang-bintang dan planet, sistem solar dan bimasakti, perjalanan galaksi dan sistem radiasi mempunyai batasan dan landasan. Alam dan planet yang banyak diurus di bawah sunatullah atau ketentuan Allah. Manusia dan kehidupan sekitarnya diurus berasaskan fitrah. Sunatullah dan fitrah memiliki kesalingan. Mempelajari secara mendalam sunah Allah memberikan manusia pedoman tentang kehidupan yang fitrah.

    Sifat alam dan isinya sentiasa patuh dan taat kepada sunatullah. Sifat manusia memiliki jiwa hamba yang tinggi yang juga patuh dan taat kepada Allah. Bila keadaan ini berlaku di bawah jalur syarak bayangkan tangan-tangan yang mentadbir rumah tangga berada di tahap yang amat fitrah. Suami akan merasakan para isterinya adalah amanah Allah dan amanah waris wala’nya. Anak-anak bakal berada di bawah didikan, asuhan dan lindungan ibu dan bapa yang pengasih dan penyayang. Mereka merasakan anak-anak adalah harta yang amat berharga. Nantinya anak-anak apabila menjadi insan soleh dan solehah, ia bakal menghubungkan yang pergi dengan yang tinggal.

    Tangan-tangan yang memimpin jabatan dan pemerintahan akan merasakan bahawa kepimpinan dan urus tadbir adalah suatu amanah. Amanah itu tidak saja terhadap manusia yang dipimpin dan diurus tetapi yang lebih utama ialah terhadap Allah s.w.t..
    Oleh sebab itu kedapatan hari ini anak-anak yang cicir disebabkan ibu bapa tidak merasakan anak itu sebagai harta atau aset. Harta yang bersifat benda dianggap paling utama. Sedangkan harta yang bersifat benda memang perlu dicari kerana ia rahmah dan nikmat Allah tetapi anak-anak itu sendiri adalah harta yang tidak ternilai yang menunggu kasih sayang dan perhatian untuk dididik dan diasuh dengan teladan dan ilmu.
    Oleh sebab itulah kedapatan orang-orang terlibat dalam urus tadbir dan kepimpinan tidak bersifat amanah, terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa kerana tidak merasakan faktor syarak itu penting sebagai benteng menentukan hak dan batil, adil dan zalim serta fasad dan mungkar.

    Bila ia berlaku keluarga akan pincang, masalah sosial di kalangan remaja akan berlaku, faham kebendaan akan subur, tempiasan nafsu nafsi berlaku tanpa batas akibat pupusnya rasa takwa terhadap Pencipta. Ketakutan manusia sesama manusia boleh dielakkan dan boleh dicari jalan keluar. Tetapi keimanan manusia kepada Allah menyebabkan manusia ada benteng. Benteng syarak inilah yang memandu manusia memilik jalan yang baik dan jalan yang sebaliknya.

    Apabila remaja lazim dengan hidup berasaskan syarak, ia dapat menentukan batasan benar dan salah serta baik dan buruk akan sesuatu. Baik di rumah, mahupun di sekolah atau melalui pergaulan hidup sehari-hari, remaja yang beriman akan sentiasa menjadikan batas syarak sebagai pedoman. Perlanggaran kepada batas syarak berlaku boleh menyebabkan banyak akibat yang terjadi.

    Bila remaja terlibat dalam amalan salah guna dadah, bermakna remaja ini sudah melampaui batas halal dan haram. Penglibatan sebahagian remaja dalam zina menunjukkan sempadan syarak dilanggar kerana tidak ada kesedaran dosa dan pahala. Bila remaja terlibat dalam kegiatan Mat Rempit menunjukkan batas undang-undang dilanggar dan batas malu hilang.
    Sebab itu Islam memilih pendekatan pencegahan lebih baik daripada mengubati. Kaedah syarak terkandung kaedah mencegah. Bayangkan apa yang berlaku pada hari ini ibarat nasi sudah menjadi bubur. Kesedaran syarak, kepentingan iman dan takwa adalah asas-asas pencegahan supaya remaja sentiasa berada dalam keadaan fitrah. Tanpa keinsafan syarak remaja akan terus hanyut dan jalan kembali ke pantai hidup sukar sekali dan kerosakan generasi terus berlaku.

    - PROF. DR. SIDEK BABA ialah pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Kuala Lumpur.
    ~~~ pErAtI ~~~


  2. stp 468x60-en

  3. #2
    perati's Avatar
    perati is offline Addicted Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute
    Join Date
    Apr 2007
    Age
    48
    Posts
    835
    Points
    283.50
    Thanks
    0
    Thanked 19 Times in 12 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    1013

    Murtad 92 orang dari 1994 - 2006

    Assalamualaikum. .....

    Berikut petikan dari Utusan Malaysia. Angka rasmi yang telah murtad tidak termasuk Lina Joy ialah 92 orang. Apa usaha kita!!!!

    Sila baca sampai habis...... yang berwarna merah.

    Petikan Utusan Malaysia :

    Jangan pinggirkan kuasa sebenar Mahkamah Syariah

    AKHIRNYA penantian yang sungguh lama sudah berakhir! Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 2-1 menolak permohonan Lina [email protected] Azlina Jailani bagi memadam perkataan Islam dalam kad pengenalannya. Perayu dalam petisyennya menamakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai ‘penghalang’ bagi beliau keluar daripada agama Islam. Sebenarnya, syarat yang dikeluarkan oleh JPN adalah mengikut prosedur kerana, kalau seseorang yang beragama Islam mahu keluar daripada agama Islam, platformnya ialah di Mahkamah Syariah. JPN tidak menafikan hak individu untuk menganuti apa-apa agama termasuk untuk keluar daripada agama Islam tetapi ia hendaklah mengikut saluran yang betul.

    Memandangkan bidang kuasa masuk dan keluar Islam terletak secara eksklusif di bawah Mahkamah Syariah, sudah tentulah Lina Joy seharusnya memohon perisytiharan keluar daripada agama Islam di Mahkamah Syariah. Beliau tidak boleh sama sekali mengambil ‘jalan mudah’ dengan mengetepikan kuasa sebenar yang ada pada Mahkamah Syariah.

    Memang benar, sehingga sekarang Wilayah Persekutuan masih belum mempunyai peruntukan untuk keluar daripada agam Islam, tetapi beliau tidak pernah memfailkan permohonan tersebut. Mungkin dengan keputusan ini, ada suara-suara yang mengatakan bahawa tiada hak kebebasan beragama bagi orang Islam di Malaysia. Jawapannya tidak tepat. Sama seperti di Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah, hak kebebasan beragama bersifat tidak mutlak. Terdapat pelbagai sekatan-sekatan demi menjaga kesejahteraan awam.

    Sebenarnya, keputusan Mahkamah Persekutuan pada hari ini tidak berbeza dengan keputusan-keputusan sebelum ini. Mahkamah Sivil tidak pernah melarang seseorang untuk keluar daripada agama Islam. Ini dapat dilihat dalam kes Soon Singh (1999) di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa dalam permohonan murtad. Mahkamah Syariah sahaja yang diberi kuasa untuk menentukan sama ada seseorang itu masih beragama Islam atau sebaliknya. Maka, syarat yang dikenakan oleh JPN menepati kehendak Perlembagaan di bawah Jadual Kesembilan Senarai Negeri - Senarai II yang memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah bidang kuasa yang tersenarai.

    Kemungkinan ada pihak yang mengatakan bahawa hak kebebasan beragama tidak terpakai ke atas orang Islam. Perspektif ini juga adalah salah. Di Malaysia, setiap individu bebas menganut dan mengamal ajaran agamanya kecuali pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam (Perkara 11 (1) dan 11 (4)). Mengikut Perlembagaan dan juga keputusan kes-kes sebelum ini, Mahkamah Sivil tidak pernah menafikan hak seseorang untuk keluar daripada agama Islam. Ia perlu mengikut saluran yang betul, yakni permohonan di Mahkamah Syariah.

    Sebab-sebab

    Persoalannya, di manakah remedi bagi Lina Joy? Dalam kajian saya, Negeri Sembilan merupakan satu-satunya negeri yang memperuntukkan prosedur untuk keluar daripada agama Islam. Tetapi pemohon hendaklah melalui satu sesi kaunseling bagi tempoh sehingga setahun. Tujuan kaunseling adalah untuk mengenal pasti sebab-sebab pemohon mahu keluar daripada agama Islam. Kalau pendidikan agama Islamnya cetek, maka tugas mereka adalah memberi tunjuk ajar supaya dia memahami agama Islam. Tetapi seandainya, setelah melalui sesi kaunseling tersebut, dan pemohon masih berdegil untuk keluar dari agama Islam, maka itulah pilihannya. Maka dengan rasa berat hati, mahkamah akan membuat perisytiharan bahawa individu tersebut bukan lagi seorang Islam.

    Timbul masalah selepas perisytiharan tersebut. Kalau pemohon seorang Melayu, apakah beliau masih dianggap sebagai seorang Melayu? Ini kerana mengikut Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan, Melayu ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu. Maka apabila seseorang yang beragama keluar daripada agama Islam, maka mengikut definisi ini, beliau tidak boleh lagi dipanggil sebagai seorang Melayu.

    Kesimpulannya, keputusan yang penuh bersejarah ini akan melengkapkan pindaan Perlembagaan pada tahun 1988 terhadap Perkara 121 (1A) di mana Mahkamah Syariah merupakan platform sebenar dalam menentukan agama Islam seseorang. Adalah tidak tepat mengatakan bahawa Mahkamah Syariah tidak pernah meluluskan permohonan keluar daripada agama Islam.

    Di Negeri Sembilan, terdapat tiga pemohon berjaya murtad pada tahun 2006 (sehingga Ogos), lima pada tahun 2005 dan 84 dari tahun 1994 hingga 2003.

    – DR. MOHAMED AZAM MOHAMED ADIL,
    Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam,
    Universiti Teknologi Mara.
    ~~~ pErAtI ~~~



  4. #3
    kitaro's Avatar
    kitaro is offline Official Photographer


    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Ulu Klang,
    Posts
    2,267
    Points
    1,237.72
    Thanks
    36
    Thanked 147 Times in 75 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    19822
    camne undang2 islam berlainan tiap2 negeri...inikah yg dibanggakan dgn status Msia negara Islam...topeng Islam isi harammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm



  5. #4
    firas's Avatar
    firas is offline Addicted Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    firas will become famous soon enough
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    kajang-ser
    Posts
    901
    Points
    347.70
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    591
    nape jadi camni???
    terlalu senang diaorg ni sesuka hati kuar masuk dan tukar agama lain...
    ingat ni mcm tukar baju ke ape...
    plz la pihak yg terbabit..ni sumer nyer perlu di bendung dan mengambil langkah2 dan kaedah yg drastik...
    'Destinasi Cinta Yang Ku Cari...Sebenarnya Terlalu Hampir...Hanya Kaburi Dengan Dosa Di dalam Hati...'



  6. #5
    kitaro's Avatar
    kitaro is offline Official Photographer


    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Ulu Klang,
    Posts
    2,267
    Points
    1,237.72
    Thanks
    36
    Thanked 147 Times in 75 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    19822
    Quote Originally Posted by firas View Post
    nape jadi camni???
    terlalu senang diaorg ni sesuka hati kuar masuk dan tukar agama lain...
    ingat ni mcm tukar baju ke ape...
    plz la pihak yg terbabit..ni sumer nyer perlu di bendung dan mengambil langkah2 dan kaedah yg drastik...
    undang2 yg ada membenarkan umur 18thn keatas berhak memilih agamanya sendiri....inilah masalah undang2 kolonial peninggalan british...



  7. #6
    firas's Avatar
    firas is offline Addicted Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    firas will become famous soon enough
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    kajang-ser
    Posts
    901
    Points
    347.70
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    591
    Quote Originally Posted by kitaro View Post
    undang2 yg ada membenarkan umur 18thn keatas berhak memilih agamanya sendiri....inilah masalah undang2 kolonial peninggalan british...
    tu la pasal...malaysia...malaysia...
    'Destinasi Cinta Yang Ku Cari...Sebenarnya Terlalu Hampir...Hanya Kaburi Dengan Dosa Di dalam Hati...'


  8. The Best Spread 468x60ms

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

     

Similar Threads

  1. Kisah dua remaja di dalam tandas
    By cyclon in forum Isu Semasa 2010
    Replies: 26
    Last Post: 01-03-2010, 04:55 PM
  2. [Question] Pelajar,remaja atau belia hari ini; Apakah perjuangan hidup anda?
    By opieh_294 in forum Isu Semasa 2009
    Replies: 1
    Last Post: 10-10-2009, 06:51 PM
  3. [IMPORTANT] Ketenangan dalam hidup
    By headpux in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 0
    Last Post: 01-05-2009, 02:55 PM
  4. Kisah remaja dalam filem
    By hpmfl2002 in forum Info & Selebriti
    Replies: 0
    Last Post: 02-12-2008, 12:33 PM
  5. Perlunya Kejujuran dalam Berniaga
    By Ishida Uryuu in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 2
    Last Post: 05-05-2008, 02:25 PM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
Premium Ads
TenkoFX Crypto

Paid Ads

Moneybookers 180x60

FXOpen 125x125









Ehoza Ads
Ehoza Ads