Kuala Lumpur-Hari ini (12 Julai) hari yang cukup bersejarah dalam
dunia kepeguaman negara apabila kes Lina Joy menjadi pencetus gagasan
peguam Muslim Malaysia bangkit melancarkan 'jihad undang-undang' demi
mempertahankan Aqidah dan kedaulatan Islam yang termaktub dalam
perlembagaan Malaysia. Seluruh dewan mesyuarat Mahkamah Syariah 'tegang dan panas'
apabila disimbah benzen semangat Islam yang meluap-luapkan api
perjuangan semua hadirin yang terdiri daripada peguam, pensyarah universiti dan
juga pelajar undang-undang untuk bertindak agresif mempertahankan
undang-undang Islam dan kedaulatannya.




Dalam kes Lina Joy (kini beusia 43 tahun) telah memohon kepada pihak
mahkamah untuk memadamkan kalimah ISLAM dalam kad pengenalannya. Dalam
permohonan tersebut, Mahkamah tinggi memutuskan bahawa tindakan ketua
Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara untuk menghalang usaha menukar agama
adalah benar. Bagaimanapun, Sri Ram salah seorang hakim mahkamah Tinggi
menolak keputusan tersebut dan bersedia untuk mengubah keputusan
tersebut. Sekiranya keputusan tersebut berubah maka ia akan memberikan ruang
yang seluas-luasnya kepada rakyat untuk memilih agama mereka. Inilah
suatu bahaya kepada Aqidah umat di Malaysia.

Peguam Pembela Islam atau PPI berjaya ditubuhkan dengan dipandu oleh
Sdr Zainur Zakaria, dibantu oleh 13 anggota sekretariat badan bertindak
antaranya Puan Kamar Ainiah, sdr Rosidi, Sdr Zainur Rejal, Sdr Radzi,
temasuk Zulkifli Nordin dan beberapa senior lawyer yang 'very high
profile' dalam persada kepeguaman. Asas perjuangan badan bertindak ini
adalah mempertahankan kedaulatan Islam setelah 'kacau-bilau' yang dicetuskan
oleh beberapa gerakan (yang mempunyai agenda mengenepikan Islam) untuk
'mengganggu' peruntukan yang telah termaktub dalam perlembagaan.

Manakala ACCIN dianggotai ABIM, JIM dan lain-lain akan membantu
menyelaraskan usaha menyampaikan maklumat dan kesedaran kepada masyarakat
Malaysia terutama berhubung soal Aqidah dan kedaulatan Islam yang
diperuntukan dalam perundangan negara. Media juga akan digempur habis-habisan
dalam memimpin pandangan umum terhadap isu 'kebebasan beragama' yang
amat kritikal dan membimbangkan mutakhir ini.

Teman dan rakan-rakan melihat segenap penjuru dewan tersebut dengan
pandangan yang sangat terharu melihatkan obor ISLAM kian bersemarak dan
menjangkakan ia pasti dan pasti akan terus bersemarak. Kebangkitan
seumpama ini sangat membanggakan. Setelah sekian lama peruntukan
undang-undang ISLAM yang makin diperkecil dan diperlekehkan, Allah telah
menyatukan seluruh peguam Muslim dan mereka yang berjuang dalam arena
perundangan untuk bangkit mempertahankan kalimah ALLAH dalam jihad
undang-undang. Marilah kita kembali bersatu seumpama kesatuan umat dalm
mempertaankan Aidah Natrah suatu ketika dulu. Semua rakyat dan pemimpim bangkit
mempetahankan Islam demi seorang wanita yang ingin dikafirkan semula oleh
sistem perundangan Kuffar.

Sebagai umat Islam kita akan terus berusaha mempertahankan Aqidah
rakyat dan membimbing rakyat untuk menghayati Islam yang Syumul. Semoga
kita diberikan kekuatan untuk terus berjuang mempertahankan Islam yang
kian dicabar oleh musuh Islam diserata dunia, dari segala sudut , dari
segala dimensi. Doakan kejayaan kepada para pejuang Islam dalam semua
lapangan supaya mereka sentiasa diberikan Hidayah, kekuatan dan
kemenangan. Teruskan jihad ini kerana inilah Jihad kita pada hari ini. Masanya
telah tiba.