Untung Jadi Banduan di Malaysia !

Bangunan Terbiar Dijadikan Penjara Atasi Kesesakan
KAJANG, 30 Mei (Bernama) -- Beberapa bangunan terbiar
di seluruh negara akan disewa oleh Jabatan Penjara dan
diubahsuai bagi menempatkan banduan yang menjalani
hukuman ringan sebagai langkah mengurangkan kesesakan
dalam penjara.

Ketua Pengarah Jabatan Penjara Datuk Mustafa Osman
berkata buat permulaan, beberapa bangunan di sekitar
Kajang dikenal pasti bagi program itu yang akan
dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan ini.

"Kita sedang merisik dan berunding dengan pihak
tertentu dan jika mereka bersetuju kita akan segera
mengambilnya dan membuat sedikit pengubahsuaian dengan
menaikkan pagar keselamatan dan mengadakan jagaan yang
minimum," katanya kepada pemberita selepas perbarisan
tamat latihan oleh 222 kakitangan Jabatan Penjara di
sini hari ini.

Kini terdapat 48,000 banduan di penjara seluruh
negara, dan yang menghadapi kesesakan kritikal ialah
Penjara Sungai Buloh, Penjara Kajang dan Penjara
Kluang.

Mustafa berkata Kajang dipilih sebagai percubaan bagi
menempatkan banduan dari Penjara Kajang sebelum
program itu diperluaskan ke kawasan lain.

"Orang ramai tidak perlu bimbang kerana bangunan
berkenaan akan dikawal seperti penjara biasa,"
katanya.

Beliau berkata langkah itu dapat mengelak banduan yang
menjalani hukuman ringan daripada bergaul dengan
banduan yang menjalani hukuman berat.

"Banduan yang menghadapi hukuman ringan tidak
memerlukan latihan kemahiran sebaliknya lebih kepada
pemantapan jati diri dan disiplin," kata Mustafa.

Beliau meminta pemilik bangunan atau kilang yang tidak
digunakan dan mahu menyewakannya supaya menghubungi
Jabatan Penjara.

Mustafa juga berkata Jabatan Penjara kini mempunyai
11,000 orang kakitangan dan masih kekurangan kira-kira
4,000 warder.

-- BERNAMA


http://www.bernama. com.my/bernama/ v3/bm/news. php?id=264803

************ ********* ********* ********* *******
Pada tahun 2006 kerajaan Malaysia membelanjakan RM
1,274,490 ( RM 1.27 juta ) sehari bagi menampung
perbelanjaan penghuni-penghuni di penjara di seluruh
negara. Perbelanjaan itu adalah untuk 42,483 orang
tahanan di semua institusi penjara termasuk di Depot
Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin. Ini bermakna
sebanyak RM 465,188,850 ( RM 465 juta ) setahun wang
rakyat digunakan untuk menampung perbelanjaan
penghuni-penghuni penjara.

Kos-kos yang terpaksa ditanggung kerajaan tidak
termasuk kos perubatan itu adalah meliputi kos
pengurusan harian dan kos pemulihan. Kos pengurusan
harian ialah makan dan minum, penyediaan tempat
tahanan, penggunaan air dan elektrik, penyediaan
pakaian, perkhidmatan dobi dan tenaga kawalan manakala
kos pemulihan meliputi latihan vokasional, kebajikan,
program kaunseling, ceramah agama, kemudahan
perpustakaan, perjumpaan keluarga dan urusan surat
menyurat. ( Sumber Bernama
http://www.bernama. com/bernama/ v3/bm/news. php?id=219724& vo=104
)

Sementara itu untuk menanggung warga negara yang
sanggup meracun diri sendiri dan masa depan mereka
yang ditempatkan di pusat serenti, kerajaan terpaksa
membelanjakan RM500,000 sehari bersamaan dengan RM
182,500,000 ( RM 182 juta ) setahun. Ini diambil kira
dengan adanya 28 pusat serenti di seluruh negara yang
menempatkan sekitar 10,000 pelatih bagi satu-satu masa
dengan jumlah tanggungan untuk seorang penagih yang
dirawat di pusat serenti sebanyak RM50 setiap hari.
(Sumber Berita Harian
http://www.bharian. com.my/Current_ News/HM/Tuesday/ Minda/2006071809 5150
)

Ini bermakna sejumlah RM 647,688,850 ( RM 647 juta )
setahun dibazirkan begitu sahaja untuk memulihkan
serta mengasingkan para banduan, tahanan dan penagih
dadah agar mereka dapat kembali ke pangkuan
masyarakat.

Dengan wang sebanyak RM 647 juta ini sepatutnya boleh
diberikan secara percuma kepada para pelajar yang
ingin melanjutkan pengajian di IPTA atau IPTS. Menurut
maklumat dari laman web PTPTN , bagi pelajar IPTA,
jumlah pinjaman yang diluluskan adalah antara RM1,000
hingga RM6,500 setahun. Manakala bagi pelajar IPTS,
jumlah pinjaman adalah antara RM3,700 hingga RM20,000
setahun. Ini bermakna dengan RM 647 juta ini boleh
menampung pembelajaran sekurang-kurangnya 32,384 orang
pelajar dan paling ramai sebanyak 647,688 orang
pelajar setahun. Ini bermakna kesemua lulusan SPM dan
STPM di Malaysia ini akan dapat menikmati pembelajaran
peringkat tinggi secara percuma. ( Sumber
http://www.ptptn. gov.my/c/ portal/layout? p_l_id=PUB. 1.22
)

Dalam pada itu kerajaan baru-baru ini telah mewajibkan
ibu bapa untuk mempunyai simpanan wang dalam Skim
Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) berkuatkuasa 1
Januari tahun depan sebelum anak mereka layak memohon
pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN).

Simpanan wajib adalah sebanyak RM3,000 bagi keluarga
yang berpendapatan bulanan melebihi RM2,000 sebulan.
Ibu bapa yang berpendapatan kurang dari RM2,000
sebulan pula wajib menyimpan RM500. ( Sumber Bernama
http://www.bernama. com.my/bernama/ v3/bm/news. php?id=249981
)

Melihat senario di atas, ibu bapa yang ada kemampuan
mungkin telah memulakan tabungan untuk membiayai
pembelajaran anak-anak mereka di peringkat tinggi.
Tapi bagaimana pula dengan ibu bapa yang kurang
berkemampuan serta pencapaian akademik anak-anak
mereka tidak membolehkan mereka untuk mendapatkan
biasiswa. Mahu tidak mahu mereka terpaksa membuat
pinjaman atau melepaskan sahaja anak mereka ke alam
pekerjaan.

Baru-baru ini Buletin Utama TV3 ada menyiarkan
bagaimana pendekatan Islam Hadhari yang digunakan
untuk membimbing para-para banduan telah dapat
memulihkan para banduan, dengan adanya kuliah agama,
kuliah tafsir, kuliah sirah nabi dan beberapa siri
kuliah agama.

Sekiranya penjara, pusat tahanan serta pusat serenti
di Malaysia ini dapat memberikan pendidikan agama yang
sempurna disokong dengan pengajian vokasional serta
teknikal serta lain-lain kemahiran di Malaysia, apakah
akan ada ibu bapa yang terdetik di hati mengatakan
adalah lebih baik menghantar anak ke penjara sekiranya
tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran ?

Apakah dugaan yang menimpa rakyat Malaysia sekarang
ini yang menyebabkan masalah banduan, PATI, penagih
dadah tidak dapat dikurangkan apatah lagi untuk
mensifarkannya ?

http://pasn9. blogspot. com/2007/ 03/pendidikan- percuma-untuk- pelajar-ipt. html