stp 728x90-en

+ Reply to Thread
Results 1 to 3 of 3
1. #1
perati's Avatar
perati is offline Addicted Member
This user has no status.

I am:

perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute
Join Date
Apr 2007
Age
48
Posts
835
Points
283.50
Thanks
0
Thanked 19 Times in 12 Posts
Credits

$ 1
Rep Power
1013

Gigi Berlubang Risiko Jangkitan Mulut

Gigi Berlubang Risiko Jangkitan Mulut
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

Click image for larger version

Name:	teeth.jpg
Views:	186
Size:	51.0 KB
ID:	1416

SIAPA berus gigi sekali sahaja dalam sehari? Ramainya! Patutlah sembilan daripada 10 rakyat Malaysia giginya berlubang-lubang.

Data penggunaan pasaran Asia mendapati, rakyat Malaysia secara puratanya menggosok gigi kurang sekali sehari berbanding saranan doktor gigi, sekurang-kurangnya dua kali sehari menggunakan ubat gigi berflourida.

Doktor turut menyarankan berus gigi ditukar setiap tiga bulan atau empat kali setahun. Tetapi, tahukah anda? Purata rakyat Malaysia hanya menukar berus gigi mereka setelah masuk bulan ketujuh.

Tidak hairanlah sekiranya penggunaan regimen kebersihan mulut yang lengkap termasuk flos/penyerat gigi dan kumuran di Malaysia adalah lebih rendah berbanding negara-negara Asean lain.

''Kesihatan mulut mempunyai kaitan yang rapat dengan penyakit seperti diabetes, jantung dan bayi dilahirkan kurang berat badan bagi ibu bapa yang menghidap penyakit gusi kronik. Pun begitu, ia sering diabaikan.

"Kebanyakannya hanya berjumpa doktor gigi setelah timbul masalah seperti kaviti dan penyakit gusi. Ia sudah terlambat, banyak kerosakan yang telah terjadi,'' kata Presiden Persatuan Pergigian Malaysia (MDA), Dr. Wong Foot Meow.
Menurutnya, kaviti atau lubang pada gigi sangat dipengaruhi oleh gaya hidup, pemakanan - makanan dan minuman yang manis dan cara mana kita menjaga kebersihan gigi. Apabila bakteria dan gula bertindak balas di atas permukaan gigi dan kekal di situ, kerosakan boleh berlaku.

"Kaviti merupakan salah satu daripada masalah kesihatan paling biasa di dunia. Walaupun ia selalunya berlaku di kalangan kanak-kanak namun orang dewasa dan bayi tidak terkecuali.

"Jika tidak dirawat, lubang bertambah besar dan kereputan semakin teruk hingga menyebabkan sakit gigi serius, jangkitan, gigi rongak dan lain-lain komplikasi,' ' ujarnya.

Simptom

Sakit gigi berdenyut-denyut hingga terjaga dari tidur gigi sensitif gigi berlubang kesakitan yang ringan hingga menusuk apabila makan atau minum sesuatu yang sejuk, panas atau manis bengkak muka dan kelenjar leher demam nanah sekeliling gigi.

Faktor risiko

* Jika anda tidak memberus gigi selepas makan atau minum, plak akan terbina dan menghakis gigi anda

* Makanan dan minuman tertentu. Karbohidrat penapaian seperti gula dan kanji hampir masak merupakan masalah terbesar. Contohnya, susu, madu, gula, soda, kismis, kek, gula-gula keras, pudina pernafasan, buah-buahan kering, biskut, bijirin kering, roti dan kerepek kentang.
Sebaliknya, sesetengah makanan yang dianggap penyebab utama kerosakan gigi sebenarnya tidak. Misalnya gula-gula, jeli kacang dan karamel melekit dan manis seperti gula senang disingkirkan oleh air liur berbanding kerepek kentang yang melekat pada gigi.

* Kerap mengudap atau menghirup sesuatu seperti soda, memberikan asid lebih masa untuk menyerang gigi. Ibu bapa tidak digalakkan memberi anak-anak mereka botol penuh berisi susu, jus atau lain-lain cecair bergula pada waktu tidur, yang akan kekal pada gigi selama beberapa jam lalu menyebabkan hakisan kereputan gigi botol bayi.

* Minum air botol atau air ditapis yang tidak mengandungi fluorida. Fluorida berlebihan juga tidak baik untuk kanak-kanak dan bayi.

* Pertambahan usia dan faktor genetik

* Mulut kering. Air liur memainkan peranan penting untuk mencegah gigi mereput kerana ia menyahkan makanan dan plak. Mineral di dalam air liur membantu memperbaiki kereputan gigi yang baru bermula. Di samping meneutralkan asid, air liur turut mengehadkan pertambahan bakteria yang melarutkan enamel gigi dan mendorong jangkitan mulut.

* Tampalan gigi yang bertambah lemah selepas beberapa tahun mungkin tertanggal atau menyebabkan sisinya menjadi kasar. Ini akan membentuk plak

* Gusi yang menyusut memberikan ruang kepada plak terbentuk pada akar gigi

* Gangguan pemakanan seperti anoreksia dan bulimia boleh mencetuskan kaviti dan hakisan gigi ketara hasil asid perut daripada muntah

* Pedih ulu hati menyebabkan asid perut mengalir keluar memasuki mulut

* Rawatan kanser tertentu seperti radiasi kepala dan leher

Bila perlu berjumpa doktor

Sakit gigi/gigi sensitif terhadap makanan atau manis, panas atau sejuk anda mengelak daripada membersihkan bahagian gigi tertentu kerana sakit gigi berlubang gusi merah dan bengkak gusi berdarah semasa memberus gigi gusi menyusut/terdedah di sepanjang garis gusi/pangkal gigi-gusi, menjadikan gigi kelihatan lebih panjang gigi menjadi jarang, longgar rasa tidak sedap di dalam mulut - nafas berbau perubahan pada cara gigi atas dan bawah bersentuh nanah sekitar gusi dan gigi.

Komplikasi

Kesakitan gigi bernanah gigi tercabut gigi patah masalah mengunyah jangkitan serius. anda mungkin tidak ambil kisah jika gigi susu anak-anak berlubang kerana ia biasa terjadi.

"Jangan ambil mudah kerana ia boleh menyebabkan komplikasi serius dan berpanjangan sekalipun kanak-kanak belum tumbuh gigi kekal. Apabila kesakitan semakin teruk, ia boleh menjejaskan kehidupan seharian seperti menghalang pesakit ke sekolah atau bekerja,'' jelas Dr. Wong.

Seterusnya, pesakit sukar untuk mengunyah atau makan, berat badan merosot dan mengalami masalah pemakanan.

Gigi rongak boleh meninggalkan kesan terhadap harga diri seseorang. Dalam kes-kes terpencil, nanah boleh mencetuskan jangkitan serius malah mengancam nyawa jika tidak dirawat.

Rawatan

* Rawatan fluorida. Mineral dalam bentuk cecair, gel, busa, varnis atau tablet yang diberus ke gigi atau ditempatkan di dalam bekas yang dimuatkan pada gigi ini berupaya meningkatkan ketahanan gigi daripada menjadi reput.

* Tampalan. Mengisikan bahan yang tersedia khas ke dalam gigi berlubang yang telah siap dikorek oleh doktor gigi. Ia merupakan pilihan rawatan utama apabila kereputan telah berkembang melebihi proses penghakisan enamel awal.

* Korona/crown. Pemulihan pergigian yang menutup kebanyakan atau semua korona semulajadi, bagi kes kereputan meluas.

* Saluran/kanal akar. Apabila kereputan sudah teruk dan sampai ke dalaman gigi, pulpa gigi akan dikeluarkan dan digantikan dengan tampalan.

* Gigi yang reput teruk mungkin terpaksa dicabut keluar sepenuhnya.

Pencegahan

* Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari selepas makan dan sebelum tidur atau berkumurlah selepas makan minum. Gunakan serat gigi/floss untuk membersihkan celahannya.

* Lakukan pemeriksaan dan pembersihan gigi profesional secara berkala kanak-kanak bermula usia dua tahun setelah semua gigi susunya tanggal manakala bagi orang dewasa, purata sekurang-kurangnya setahun sekali

* Elakkan terlalu kerap mengudap dan menghirup sesuatu

* Hindari makanan yang boleh terperangkap di alur dan lubang gigi untuk jangka masa panjang. Contohnya, kerepek, gula-gula atau biskut. Sebaliknya, makan makanan yang mampu memberikan perlindungan kepada gigi seperti keju yang berdasarkan beberapa kajian mendapati, ia membantu mencegah kaviti.

Begitu juga dengan, buah-buahan dan sayur-sayuran yang meningkatkan aliran air liur dan; kopi tanpa pemanis, teh serta gula-gula getah tanpa gula yang menyingkirkan partikel makanan.

* Sesetengah orang sememangnya rentan terhadap kereputan gigi, misalnya disebabkan oleh masalah perubatan tertentu

* Memakai bahan pengetat penutup rekahan pada permukaan gigi

Tip menguruskan sakit gigi

* Bersihkan semua bahagian gigi dan mulut anda, tidak ketinggalan kawasan yang sakit

* Gunakan air suam untuk memberus gigi

* Gunakan ubat gigi khas untuk gigi sensitif

* Elakkan makanan atau minuman panas, sejuk atau manis yang boleh mencetuskan kesakitan

* Dapatkan pelega kesakitan dari farmasi sebagaimana yang disarankan oleh doktor anda

- MDA dengan kerjasama Colgate-Palmolive baru-baru ini melancarkan Bulan Kesihatan Mulut/Oral 2007 yang memasuki tahun keempat penganjurannya, kali ini dengan tema Kaviti Sifar Senyuman Lebih Sihat.

Sebanyak 430 pengamal pergigian seluruh negara mengambil bahagian dengan menawarkan pemeriksaan kepada orang ramai di klinik-klinik mereka, tanpa dikenakan apa-apa bayaran.

Pameran bergerak turut diadakan di empat stesen pergigian utama di Kuala Lumpur; Kota Bharu, Kelantan; Johor Bahru, Johor dan Pulau Pinang yang berjaya menarik lebih 100,000 penyertaan rakyat Malaysia.

Colgate turut berbesar hati mengagihagihkan sampel produk mereka secara percuma kepada orang ramai yang 'berani' melakukan pemeriksaan sepanjang berlangsungnya kempen tersebut
~~~ pErAtI ~~~

2. bitcoin 468x60-en

3. #2
azwanbiz's Avatar
azwanbiz is offline Senior Member
This user has no status.

I am:

azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future
Join Date
Apr 2007
Location
bukit jalil
Age
38
Posts
461
Points
156.81
Thanks
1
Thanked 4 Times in 4 Posts
Credits

$ 1
Rep Power
734
bagus info...tp aku gosok gigi 4 kali sehari..lubang gak gigi aku ni...salah gosok kot

4. #3
apect
True Ehoza's Supporter's Avatar
apect
True Ehoza's Supporter is offline
is single

I am:
Awesome

apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute
Join Date
Jan 2007
Location
Batu Pahat
Age
42
Posts
9,676
Points
401,767.98
Thanks
654
Thanked 2,205 Times in 750 Posts
Credits

$ 601
Rep Power
588960
Quote Originally Posted by azwanbiz View Post
bagus info...tp aku gosok gigi 4 kali sehari..lubang gak gigi aku ni...salah gosok kot
ko berus gigi dgn berus jamban ke?

aku punya gigi plk, pecah kat geraham. sebab tergigit tulang ayam (bukan ayam dalam forum ni). tensen jek kalo makan, mst ade yg terselit. pastu kalo disentuh2 ngilu plk tu. nak gi jumpa doktor gigi, takut la plk. fobia dgn doktor gigi
https://www.facebook.com/ehozadotcom
Jom teka gambar dan menang RM150!

5. FXOpen 468x60ms

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

Similar Threads

1. Patah gigi, cedera mulut langgar hantu.
By theviper in forum Isu Semasa 2009
Replies: 15
Last Post: 30-08-2009, 10:08 PM
2. [18SG] berlubang
By aboyz1121 in forum Scary, Frightened, Ghost
Replies: 26
Last Post: 09-08-2009, 07:21 PM
3. [IMPORTANT] Jangkitan Telinga
By headpux in forum Panduan Kesihatan
Replies: 0
Last Post: 21-05-2009, 07:18 PM
4. Fasha Sandha artis yang berlubang...
By antagenaiz in forum Info & Selebriti
Replies: 20
Last Post: 17-12-2008, 02:03 PM
5. Anak sendiri berlubang jantung
By hpmfl2002 in forum Info & Selebriti
Replies: 1
Last Post: 04-12-2008, 09:34 PM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

• You may not post new threads
• You may not post replies
• You may not post attachments
• You may not edit your posts
Premium Ads
TenkoFX ECN Gravity

Paid Ads

Moneybookers 180x60

FXOpen 125x125

Ehoza Ads
Ehoza Ads