TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Results 1 to 3 of 3
  1. #1
    perati's Avatar
    perati is offline Addicted Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute
    Join Date
    Apr 2007
    Age
    48
    Posts
    835
    Points
    283.50
    Thanks
    0
    Thanked 19 Times in 12 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    1013

    ~~~"MAULID AL-RASUL SAW-biodata"~~~

    BIODATA RASUL SAW

    MAULID AL-RASUL SAW
    Pepatah Melayu ada mengatakan “Tak Kenal, Maka Tak Cinta”. Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW.
    Seseorang itu tidakakan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda.
    Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikanRasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.
    Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ‘St. Valentino’ daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru, kami berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW

    SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW

    Disediakan Oleh: Nor Raihan bin Aziz (Imam BIMB)
    BIODATA RASULULLAH SAW

    · Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashi
    · Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah
    · Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarrama
    · Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashi
    · Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Mana
    · Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW
    · Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab
    · Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah

    USIA 5 TAHUN
    · Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud didalamnya

    USIA 6 TAHUN
    · Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

    USIA 8 TAHUN
    · Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib

    USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)
    .· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

    USIA 20 TAHUN
    · Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’, jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja
    · Menyaksikan ‘perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk
    memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

    USIA 25 TAHUN
    · Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
    · Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
    · Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
    · Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

    USIA 35 TAHUN
    · Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
    · Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
    · Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

    USIA 40 TAHUN
    · Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

    USIA 53 TAHUN
    · Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

    USIA 63 TAHUN
    · Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

    ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
    .§ Khadijah Binti Khuwaili
    § Saudah Binti Zam’ah
    § ‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
    § Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
    § Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
    § Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
    § Zainab Binti Jahsy
    § Maimunah Binti Harith
    § Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
    § Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

    ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
    1. Qasim
    2. Abdullah
    3. Ibrahim
    4. Zainab 5. Ruqaiyah
    6. Ummi Kalthum
    7. Fatimah Al-Zahra’

    ANAK TIRI RASULULLAH SAW
    Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

    SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

    IBU SUSUAN

    SAUDARA SUSUAN

    1. Thuwaibah 1. Hamzah
    2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
    1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
    2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza
    3. Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza
    4. ‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘Uzza



    BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

    1. Al-Harith
    2. Muqawwam
    3. Zubair
    4. Hamzah ***
    5. Al-‘Abbas ***
    6. Abu Talib
    7. Abu Lahab (nama asalnya ‘Abdul ‘Uzza)
    8. Abdul Ka’bah
    9. Hijl
    10. Dhirar
    11. Umaimah
    12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
    13. ‘Atiqah ##
    14. Arwa ##
    15. Umaimah
    16. Barrah
    17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-‘Awwam) ***

    *** Sempat masuk Islam.
    ## Ulama’ berselisih pendapat tentang Islamnya.

    Sabda Rasulullah SAW:
    “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samak
    didalam syurga.”(Riwayat Al-Sajary daripada Anas)
    ~~~ pErAtI ~~~


  2. pamm 468x60-en

  3. #2
    dikchik's Avatar
    dikchik is offline Senior Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    dikchik has a reputation beyond repute dikchik has a reputation beyond repute dikchik has a reputation beyond repute dikchik has a reputation beyond repute dikchik has a reputation beyond repute dikchik has a reputation beyond repute dikchik has a reputation beyond repute dikchik has a reputation beyond repute dikchik has a reputation beyond repute dikchik has a reputation beyond repute dikchik has a reputation beyond repute
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    Selangor
    Posts
    417
    Points
    152.10
    Thanks
    0
    Thanked 4 Times in 4 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    1765
    Bagi anak2 & adik2 bc sejarah Rasul ni, nota yg bagus...kita kadang2pun lupa psl sejarah Rasul, info yg sgt bguna.



  4. #3
    firas's Avatar
    firas is offline Addicted Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    firas will become famous soon enough
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    kajang-ser
    Posts
    901
    Points
    347.70
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    591
    bagus sesgt biodata rasulullah ni...
    jarang kita jumpa yg di buat utk memudahkan org baca...biasanyer meleret tu yg org malas nak baca...
    kalo cmni dah senang dan mudah...
    neway...tenkiyu...
    'Destinasi Cinta Yang Ku Cari...Sebenarnya Terlalu Hampir...Hanya Kaburi Dengan Dosa Di dalam Hati...'


  5. bitcoin 468x60-en

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

     

Similar Threads

  1. [NEW] Nasi kandar "woo'ner" (satu) . "BAIK PUNYA" - RM5.60
    By headpux in forum Scary, Frightened, Ghost
    Replies: 40
    Last Post: 08-06-2010, 09:24 AM
  2. [LATEST] Kahar "Rasul Melayu" kena tangkap
    By therocque in forum Isu Semasa 2009
    Replies: 30
    Last Post: 19-09-2009, 10:42 PM
  3. Apa reaksi "Gov" bila MB Johor bersuara mengenai "PPSMI"
    By adriana in forum Info & Education
    Replies: 0
    Last Post: 29-06-2009, 11:04 PM
  4. Replies: 55
    Last Post: 18-11-2008, 02:45 PM
  5. BIODATA MAULID AL-RASUL SAW
    By astaroth in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 1
    Last Post: 26-04-2007, 03:24 PM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
Premium Ads
The Best Spread 160x600ms

Paid Ads

FXOpen 125x125

Moneybookers 180x60









Ehoza Ads
Ehoza Ads