TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Results 1 to 6 of 6
  1. #1
    miss sya Guest
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     

    Perempuan Vs Lelaki

    "Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kawin ngan awak?" Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

    "Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

    "Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang l elaki lagi dengan penuh semangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab sigadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

    Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu
    berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

    Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempela jari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

    Bolehkah kita meletakkan undang- undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula- mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam? Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapalelaki tentang kebolehan yang satu ini.

    Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam s ebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

    Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki


  2. pamm 468x60-en

  3. #2
    mirzz's Avatar
    mirzz is offline Addicted Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    mirzz has a brilliant future mirzz has a brilliant future mirzz has a brilliant future mirzz has a brilliant future mirzz has a brilliant future mirzz has a brilliant future mirzz has a brilliant future mirzz has a brilliant future mirzz has a brilliant future mirzz has a brilliant future mirzz has a brilliant future
    Join Date
    Apr 2007
    Posts
    822
    Points
    296.40
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    761
    betul jugak tu. asyik pompuan je yg kena perbaiki diri..
    Ive tried so hard and get so far, in the end, its doesnt even matter!!!



  4. #3
    kitaro's Avatar
    kitaro is offline Official Photographer


    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Ulu Klang,
    Posts
    2,267
    Points
    1,237.72
    Thanks
    36
    Thanked 147 Times in 75 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    19823
    stuju dgn miss sya...org lelaki adalah ketua keluarga walau apa pangkat skalipun isterinya tu...jd perbaiki kelemahan diri supaya menjadi ketua keluarga yg berjaya...



  5. #4
    miss sya Guest
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    btul tu, tp no body is perfect kan?



  6. #5
    Teruk's Avatar
    Teruk is offline Junior Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    Teruk is on a distinguished road
    Join Date
    May 2007
    Location
    kelumpor
    Posts
    41
    Points
    12.60
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    552
    stuju!!! aku suke betul kalau nampak isi keluarge tu samaČ berjemaah.. pastu makan pun samaČ hasil air tangan isteri... tp tak salah jugak kalau si suami samaČ turun ke dapur membantu..especially yg suami-isteri bekerja...

    tp ade pulok yg tanye.. kawen atas dasar ape... cinta/suka sama suka? ataupun arranged-marriage? yg ni baru lerr terkialČ duaČ nak perbaiki diri.. jgn malu kat diri sendiri.. malu kat Tuhan..

    sesame ler kite berpesan.. setuju gak ngan miss sya punye statement...

    ...apo lak nak den tutoh kek sini?

    colah mano nak saen nie jang..?



  7. #6
    miss sya Guest
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    sbb tu selalu nyer pasangan kita ni kontra, kira macam saling tampal menampal mana yang kurang ler..


  8. bitcoin 468x60-en

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

     

Similar Threads

  1. [SURVEY] LELAKI&perempuan
    By headpux in forum Love is Cinta
    Replies: 1
    Last Post: 28-11-2009, 12:03 AM
  2. Replies: 38
    Last Post: 28-01-2009, 05:33 PM
  3. Mengandung lelaki vs. perempuan
    By dane_11666 in forum Jokes, Pranks
    Replies: 12
    Last Post: 03-09-2008, 11:34 PM
  4. Mesin ATM ...Lelaki vs perempuan
    By Ishida Uryuu in forum Jokes, Pranks
    Replies: 12
    Last Post: 15-12-2007, 04:54 PM
  5. Mengenali Lelaki Dan Perempuan
    By bul4t in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 14
    Last Post: 17-09-2007, 11:27 AM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
Premium Ads
The Best Spread 160x600ms

Paid Ads

FXOpen 125x125

Moneybookers 180x60









Ehoza Ads
Ehoza Ads