TenkoFX ECN Gravity

+ Reply to Thread
Results 1 to 2 of 2
  1. #1
    azwanbiz's Avatar
    azwanbiz is offline Senior Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    bukit jalil
    Age
    38
    Posts
    461
    Points
    156.81
    Thanks
    1
    Thanked 4 Times in 4 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    734

    Thumbs up SEKELIP MATA KAU BERUBAH SAYANG...

    Panjang cte ni..kalau rajin baca..

    Hampir dua tahun usia perkahwinan Anuar dan Jasmeen namun tiada lagi tanda-tanda
    yang menampakkan mereka bakal menimang cahaya mata.Mungkin kesibukkan yang
    membebani tugasan membuatkan mereka jarang bersua muka. Namun bagi Anuar dia
    seorang suami yang bertanggungjawab dan memahami setiap apa yang dilakukan oleh
    isterinya itu adalah semata-mata demi masa depan mereka di hari tua.

    Pada awal perkahwinan Anuar masih lagi boleh pertahankan ikatan perkahwinan yang
    dibina atas dasar cinta yang disemai sejak bangku sekolah lagi. Perkahwinan
    mereka diatur oleh orang tua yang tidak mahu anak mereka terus berkawan dan
    ianya juga demi kebaikan masing-masing daripada terjunam ke dalam lembah maksiat
    dan zina. Berkahwin itu hukumnya wajib bagi orang yang sudah berkeinginan untuk
    bersetubuh (Ta'iq) sedang padanya ada kemampuan dan belanja yang cukup untuk
    berkahwin. Dia kuatir sekiranya tidak berkahwin dia akan terjerumus dan berbuat
    yang dilarang oleh Allah. Itu adalah salah satu daripada hukum berkahwin.

    Dikala itu juga Anuar sudah pun mempunyai kerjaya sendiri dan Jasmeen tetap
    dengan pendiriannya yang ingin meneruskan iltizamnya untuk melanjutkan
    pengajiannya ke menara gading.Bagi Anuar tidak perlu untuk Jasmeen terus dengan
    pengajiannya kerana Anuar yakin dia mampu menyara kehidupan mereka sekeluarga.
    Sebagai gadis yang aktif dan agresif tentu saja peluang di depan mata tidak akan
    di biarkan layu terkulai begitu saja.Segala harapan selama ini bagaikan ingin
    menggapai bintang yang tinggi di langit malam.Jasmeen nekad mahu meneruskan
    pengajiannya walaupun mempunyai cahaya mata sekalipun suatu hari nanti. Bagi
    Anuar jika itu yang dipinta oleh isterinya maka itulah yang terbaik buat dirinya
    tapi satu pinta Anuar agar Jasmeen tidak leka dengan urusannya sehingga lalai
    dengan tanggungjawab sebagai isteri orang.Segala janji manis dilemparkan sebagai
    tanda setuju dan mereka berikrar akan setia hingga ke akhir hayat.

    Andai ada yang pergi dulu itulah takdir daripada Illahi yang dilemparkan buat
    umatnya agar sentiasa tabah dan beringat bahawa setiap yang hidup pasti akan
    mati. Itulah ikrar janji setia yang ditanamkan di lubuk hati dan sanubari kedua
    suami isteri itu.

    Namun sejak kebelakangan ini, Anuar dapat rasakan perubahan yang cukup ketara
    dengan sikap isterinya yang sentiasa mencari kesilapan Anuar walaupun "sudah
    terang lagi bersuluh" memang benar semua yang berlaku berpunca daripada Jasmeen
    yang bagaikan "Ingin menegakkan benang yang basah".Segalanya berpunca dengan
    sikap Jasmeen yang membabi buta menuduh Anuar yang kononnya tidak menjalankan
    tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik.

    Itu pada pandangan Jasmeen saja tetapi selama ini tidak pernah sedikit pun Anuar
    meninggalkan tanggungjawabnya terhadap rumahtangga mereka.Selama ini Anuarlah
    yang menggantikan tempat Jasmeen melakukan kerja-kerja rumah termasuklah
    menghantar Jasmeen ke kuliah.Anuar memang seorang yang penyabar namun sabar
    seseorang ada tahapnya.Sehingga satu hari berlaku pertengkaran yang hebat dan
    terbongkarlah segala rahsia yang selama ini menjadi kuman yang besar merebak ke
    dalam hati Anuar.

    " Kalau abang tak pandai nak buat semua kerja-kerja rumah ni baik tak payah
    kawin. Menyusahkan!!!!.." terlalu mudah bagi Jasmeen melafazkan kata-kata cerca
    kepada suaminya sendiri.Hancur luluh hati dan perasaan Anuar mengenangkan sikap
    isterinya.

    Ingin saja ditangankan isterinya namun Anuar masih mampu membendung kemarahannya
    daripada melimpah ruah membanjiri kesetiap saluran darah dan nadinya.Mata Anuar
    terus tertumpu pada skrin televisyen, malas rasanya untuk terus bertekak dengan
    isterinya yang sememangnya agak panas baran sedikit.

    " Awak pekak ker?..saya cakap bila lagi dapur tu nak berasap, perut saya ni nak
    diisi juga," tengking Jasmeen tanpa mempedulikan bahawa derhaka bagi seorang
    isteri berbuat demikian.Anuar yang semakin panas hati dan telinganya berdesing
    mendengar kata-kata isterinya lalu bangun dan terus merenung wajah isterinya.
    Walaupun rasa marah semakin memuncak namun tidak mahu untuknya terus bertelagah
    sepanjang waktu itu. Jasmeen terus dengan sikap egonya dan mahu tetap dengan
    keputusannya yang salah itu. Sepatutnya diri suaminya yang patut dilayani oleh
    seorang isteri yang soleh, namun dek kerana ego menguasai diri Jasmeen terbabas
    daripada tanggungjawabnya yang sebenarnya.

    " Meen...sepatutnya abang yang berhak berkata demikian, derhaka nama tu," lafaz
    Anuar dengan lembutnya. " Oh..baru sekarang nak bersuara, selama ni saya yang
    beli barang dapur, bayar duit kereta, rumah entah apa lagi yang saya bayar tak
    pernah pun
    saya ungkit," tengkingan Jasmeen membuatkan Anuar bertambah berang.

    " Meen..cukup sayang," Anuar memalingkan muka mengadap ke penjuru rumahnya.
    Tidak pernah terduga sikap isterinya berubah sekelip mata berbanding sebelum
    Jasmeen menjawat jawatan sebagai seorang Ketua Pegawai di sebuah badan swasta.
    Berbekalkan kepakaran dan kebolehan yang ada pada Jasmeen tentu saja ada jabatan
    yang ingin menggunakan khidmatnya yang dikatakan begitu bagus dan cekap dalam
    menyelesaikan apa jua tugas yang diberi.

    Memang Jasmeen mampu untuk memegang gaji yang lumayan setaraf dengan
    kelayakkannya. Itu sememangnya yang diidam-idamkan oleh Jasmeen selama ini. Tapi
    mana semua ikrar janji setia yang dilafazkan, adakah hanya mainan dibibir saja
    atau....

    " Kalau awak rasa tak mampu nak buat dua kerja dalam satu masa berhenti kerja
    sajalah, tak delah susah sangat.Gaji awak pun tak mampu nak beli banglo besar ni
    tau tak!!!" satu tamparan yang hebat buat Anuar.Maruahnya bagaikan
    dilambung-lambung oleh isterinya sendiri. Api kemarahan bakal meletus andai dia
    terus menjatuhkan air muka ini lagi. Ingin dibiarkan dayus pula dirinya.

    " Puas hati awak Meen!!!" dengan selamba Anuar berkata. Jasmeen terkedu
    seketika, memang selama ini Anuar tidak akan membantah setiap katanya namun kali
    ini lain sekali. " Tak puas lagi!!!" jerkah wanita itu. " Awak tak puas yer...."
    Anuar bersuara lagi. " Yer!!!" balas Jasmeen. " Baik...mulai dari saat ini....."
    terhenti seketika, sambil memikirkan wajarkah dia bertindak demikian.Memang
    sudah melampau sikap Jasmeen terhadapnya. Segala nasihat telah diminta daripada
    pihak tertentu dan kedua ibubapanya sendiri.

    Maka... " Aku ceraikan kau dengan talak satu!!!" Anuar terus beredar dan Jasmeen
    terduduk terus terkedu dengan keputusan siaminya. Kegoaannya bagaikan tercabar
    dengan kuasa mutlak yang ada pada suaminya itu.Memang jelas dalam islam
    menyatakan sebelum lafaz cerai diluahkan ada baiknya dinasihati si isteri dengan
    cara yang baik, keduanya apabila masih ingkar dengan teguran suami maka si suami
    asingkan tempat tidur untuk tiga hari, jika masih lagi berlaku demikian suami
    berhak memukul si isteri tetapi jangan menyebabkan sebarang kecederaan yang
    memudaratkan si isteri, khidmat nasihat atau kaunseling perlu dari pihak
    tertentu dan keluarga kedua belah pihak.

    Akhir sekali sekiranya memang tiada persefahaman yang diharapkan maka keputusan
    yang sebenar berada di tangan si suami.Meluap-luap Jasmeen menahan kemarahan,
    pada fikirannya itu hanyalah gertakkan daripada suaminya tetapi bila si suami
    telah melafazkan cerai maka jatuhlah talak ke atasnya walaupun bergurau
    sekalipun.Jadi perkara berkaitan dengan 'cerai' ini jangan menjadi mainan
    dibibir dan senang-senang untuk diungkap. Tetapi bagi Jasmeen tidak semestinya
    wanita hanya bergantung kepada
    lelaki. "Lihatlah dunia bahawa tangan ini bakal menggoncang dunia," dengan
    senyuman
    penuh keyakinan.Angkuhnya dia melangkah mendaki setiap anak tangga rumahnya itu
    menuju ke arah kamar tidurnya.

    " Hai...mengemas nampak??..." menyindir dengan penuh rasa benci. Matanya tajam
    merenung setiap gerak geri suaminya.Hampir ke semua barang kepunyaan bekas
    suaminya itu disumbat sendiri oleh Anuar tanpa mempedulikan dirinya menjadi
    perhatian. Sedang Anuar sibuk mengemas tanpa disedari sepasang baju melayu
    berwarna kuning langsat jatuh di kaki Anuar.Diamatinya dengan teliti, memang
    baju itu bukan kepunyaannya.

    Sekeping foto terselit di dalam lipatan baju itu, hati Anuar bertambah hiba dan
    sayu mengenangkan dirinya selama ini hanya boneka yang tidak berharga yang boleh
    dicampak bila-bila masa. Gambar seorang lelaki memeluk erat tubuh isterinya yang
    selama ini diberi kepercayaan sewajarnya oleh Anuar. Matanya dipejamkan,
    kelihatan halilintar membelah bumi segala cakrawala jatuh berguguran menghempas
    dirinya.Badai dilautan berlipatan menghancurkan sekeping hati yang hanya
    terkunci buat isterinya yang tersayang. Rumah yang didudukinya bagaikan terbang
    bersama angin taufan yang melanda rumahtangga mereka. Jasmeen yang berdiri di
    birai katil berhampiran Anuar terjelupuk
    jatuh dan menangis teresak-esak.Dikala itu kesedaran mula terbit diufuk hati,
    namun rasa keangkuhannya masih menebal di sanubari. Kesal bagi Jasmeen kerana
    menduakan suaminya, kesal juga membelenggu dirinya kerana dia curang kepada
    Anuar dan dia juga berdosa berzina dengan orang yang tidak dikahwininya. Betapa
    besarnya dosa Jasmeen terhadap suaminya namun lebih besar tanggungan dosanya di
    akhirat kelak. Anuar yang masih berdiam diri lalu mencapai gambar perkahwinan
    mereka yang digantung di dinding
    rumah itu lalu dihempas ke lantai.

    Jatuh berderai kaca-kaca bingkai gambar itu bersama-sama hati Anuar yang hancur
    dimamah rasa kecewa yang amat mendalam bagai dihiris belati tajam.Segala gambar
    mereka sepanjang dua tahun perkahwinan yang berada di rumah itu dicampak dan
    melayang bertaburan di lantai rumah itu. Jasmeen memandang dengan penuh rasa
    takut, rasa sakit hati dengan keadaan rumahnya juga membuatkan dia panas hati.

    "Heii...sebelum kau nak keluar dari rumah ni, kau kemas semua barang yang kau
    campak ni.Memang kerja ni sesuai dengan kau," tengking sehingga menyebabkan
    Anuar hampir membaling album gambar ke arah Jasmeen.Terperanjat Jasmeen melihat
    hantu apakah yang merasuk Anuar. " Haaa...balinglah...kenapa berhenti, takut?"
    sombong benar wanita muda itu.

    " Jasmeen...saya masih ada rasa sabar lagi, kalau ikutkan hati ada lebih baiknya
    dari dulu saya tangankan awak.Awak ni melampau!!!!" tengking Anuar sambil
    menghempaskan album gambar yang berada di tangannya tadi. Tangannya mencapai ke
    semua barang miliknya dan selebihnya di tinggal buatkan bekas isterinya.

    "Tanggunglah awak segala dosa awak tu, saya hanya mampu memaafkan tetapi yang
    lebih berhak menentukan... awak faham sendiri," terang Anuar dengan nada suara
    yang sayu.
    " Peduli apa!!!.. aku yang tanggung bukan kau jantan!!!" sekali lagi Jasmeen
    mengaum bagaikan harimau betina kelaparan. ia lupa sebagai manusia tidak harus
    dia berkata demikian, keangkuhan itu bakal meragut segalanya. Apa yang diberikan
    oleh Allah memang sekejap untuk kita terima dan apa jua yang Allah berikan
    sekelip mata akan diragut ganas. Padahnya hanya Allah yang tahu, kita sebagai
    manusia kerdil harus sedar arus kehidupan ini ada pasang surutnya.Kalau kita
    lalai terumbang ambinglah tanpa haluannya.

    Itulah sebabnya jika wujudnya iman di dada, tidak mungkin goyah setiap perlakuan
    yang dilakukan. Namun semua berlaku sekelip mata, perkahwinan yang dibina atas
    dasar cinta berkecai begitu saja.

    " Meen....hati ibarat kaca, andainya ia jatuh berderai... tidak mungkin ia dapat
    bercantum kembali," berlalu meninggalkan Jasmeen yang masih terdiam sendirian.
    Anuar terus melangkah menuruni setiap anak tangga rumah itu, selama ini rumah
    yang dianggap syurga dunia sudah menjadi "padang jarak, padang tekukur". Longlai
    langkah dibuatnya bila sebegini perit penderitaan yang ditanggungnya.Betapa
    dayusnya Anuar mempercayai isteri sendiri yang selama ini memalit lumpur ke
    mukanya.

    "Tunggu!!!...." laung Jasmeen.Anuar mematikan langkahnya dan memalingkan
    wajahnya ke arah Jasmeen. "Nafkah perlu kau berikan pada aku, ingat!!!" jerkah
    wanita itu.
    "Saya tak lupa semua tu...." ringkas jawab Anuar dan terus berlalu. "Tetapi....
    anak yang dua bulan berada di dalam perut ini juga perlukan nafkahnya,"
    menjeling tajam ke arah Anuar. Tersentap jantung Anuar mendengarnya, masakan
    tidak Anuar memang agak sukar untuk Anuar dan Jasmeen bersama inikan pula......

    "Dua bulan Jasmeen.....dah hampir setahun awak sibuk dan bila masa saya dapat
    bersama dengan awak!!!!" tengking Anuar.Kali ini darahnya menyirap ke muka.
    Merah padam wajahnya menahan amarah di hati. Tercengang Jasmeen mendengarnya,
    dari situ terfikirlah dia bahawa memang benar kenyataan suaminya itu.Nafkah
    batin daripada suaminya ditolak mentah-mentah." Berdosa seorang isteri menolak
    pelawaan suami," itulah kata-kata yang disampaikan oleh Anuar di telinganya di
    awal perkahwinan
    dahulu.

    "Mustahil Jasmeen.... mustahil!! Sanggup kau permainkan maruah suami sendiri?"
    soal Anuar dengan nada yang agak keras."Mengapa sanggup Jasmeen menyalurkan
    benih sucinya kepada orang lain mengapa tidak kepada dirinya. Tubuh badan aku
    halal untuk dirinya," hati Anuar menjerit kecil. "Kau bukannya kaya, kerja pun
    bukannya standard sangat. Gaji pun tak mampu nak beri aku segala kemewahan,"
    sindir Jasmeen.

    "Yer..memang aku miskin, tapi aku kayakan kau dengan kasih sayang dan simpati
    yang melimpah ruah yang tak perlu kau bayar walaupun sesen," jawab Anuar
    lagi.Pilu hati Anuar mendengar kata-kata Jasmeen. "Bagaimana kau boleh berubah
    sekelip mata Jasmeen?" hatinya menangis berlagu sedih. " Ahh...ramai lagi lelaki
    yang inginkan aku, mereka mampu memuaskan segala apa yang aku mahu asalkan aku
    sanggup melayani mereka. Duit aku dapat, dengan kau habuk pun tak ada,"
    angkuhnya menjadi-jadi.

    "Baiklah....kau sudah ku lepaskan, buatlah apa yang kau suka Meen. Tapi satu aku
    pinta, kau pulang ke pangkal jalan Meen.Pintu taubat masih terbuka buatmu,"
    Anuar melangkah berat. "Pergi mati dengan semua tu!!!" sekali lagi Jasmeen
    menunjuk sikap
    bongkaknya. "Tapi satu perkara....Sekelip mata kau berubah..." air matanya
    mengalir deras. Anuar berlalu tanpa mempedulikan bebelan Jasmeen.Jika itu pinta
    Jasmeen sudah dia lunaskan kehendak bekas isterinya itu.Lepaslah sudah orang
    yang tersayang daripada tangannya sendiri.Pergilah Anuar ke mana saja langkah
    kakinya.

    ************************************************** ******************************\
    *****

    WANITA DITEMUI MATI DIBILIK HOTEL.

    Itulah tajuk akhbar muka depan sebuah akhbar bernama. Pagi itu Anuar masih belum
    sempat membaca setiap isi yang terdapat di dada akhbar itu. Kali ini wajah Anuar
    agak ceria sedikit, setelah sebulan menjalani khidmat kaunseling akhirnya Anuar
    mampu untuk mengembalikan semangatnya semula. Setiap hari dia berdoa agar
    dirinya dirahmati Allah. Tidak lupa juga buat bekas isterinya agar pulang ke
    pangkal jalan.

    Anuar kembali menatap suratkhabar yang tadi tidak sempat ditatapnya. Entah
    mengapa hatinya berdebar-debar saat membaca tajuk besar akhbar pada pagi itu.
    Matanya tertumpu pada nama seorang wanita yang bernama JASMEEN HAYATI MALIQ
    BINTI MALIK ANAS.Berpinau pandangannya, bagaikan tidak percaya dengan apa yang
    dibacanya itu. Mengikut berita itu punca kematian Jasmeen adalah kerana dia
    sendiri menggantung dirinya. Ini berkemungkinan akibat dari malu menanggung
    aibnya selepas teman lelakinya tidak mahu bertanggungjawab ke atas anak yang
    dikandungnya.

    "YA ALLAH!!!...begitu hebat dugaan yang kau terima Jasmeen," bisik Anuar. Di
    hatinya bertambah hiba mengenang Jasmeen tidak sempat untuk pulang ke pangkal
    jalan. Dia terlebih dahulu menemui Allah.Anuar kesal kerana gagal membawa
    isterinya beroleh kemuliaan di dunia dan di akhirat.Hanya doa yang mampu
    dihadiahkan buat bekas isterinya semoga rohnya tenteram di alam barzakh sana.

    ************************************************** ******************************\
    ****

    Di tikar sembahyang menghadap ke kiblat.

    " SEKELIP MATA KAU BERUBAH SAYANG...... MAAFKAN ABANG MEEN... DOSAMU KU
    AMPUNKAN.." tersedu-sedu Anuar menahan tangisannya.Sebak di dada gagal dikawal
    dan tubuhnya perlahan-lahan direbahkan dan akhirnya dia terlena bersama airmata
    yang masih membasahi pipinya.

    Malam itu dia bermimpi Jasmeen datang menghampirinya dengan keadaan yang
    menakutkan meraih simpati.Jasmeen menyatakan dia lapar, dahaga dan sakit yang
    tidak terhingga. Anuar cuba menghulurkan tangan namun semakin Anuar mendekatinya
    semakin jauh Jasmeen dari dirinya. Jasmeen menangis meratap hiba memohon
    keampunan daripada Anuar, apa yang mampu Anuar lakukan hanyalah menangis kerana
    dia tidak mampu untuk membantunya. Jasmeen semakin jauh meninggalkannya dan
    akhirnya hilang dari pandangan mata.Apakah seksaan yang bakal diterima oleh
    Jasmeen hanya Allah yang tahu semuanya. Bersemadilah dikau dengan amannya buat
    "JASMEEN HAYATI MALIQ"


  2. The Best Spread 468x60ms

  3. #2
    awie958's Avatar
    awie958 is offline Super Senior Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    awie958 has much to be proud of awie958 has much to be proud of awie958 has much to be proud of awie958 has much to be proud of awie958 has much to be proud of awie958 has much to be proud of awie958 has much to be proud of awie958 has much to be proud of awie958 has much to be proud of awie958 has much to be proud of
    Join Date
    Mar 2007
    Posts
    604
    Points
    202.20
    Thanks
    7
    Thanked 12 Times in 11 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    719
    huhuhu sedihnya citer ni


  4. stp 468x60-en

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

     

Similar Threads

  1. [18SX] Warna Z Berubah
    By Sangkuriang in forum Perkahwinan & Pasangan
    Replies: 21
    Last Post: 16-06-2010, 11:55 PM
  2. UMNO berubah??
    By wangek in forum Politic Discussion
    Replies: 0
    Last Post: 18-10-2009, 07:23 PM
  3. Replies: 0
    Last Post: 22-09-2008, 08:48 AM
  4. kasih berubah...
    By greysmoke in forum Jokes, Pranks
    Replies: 13
    Last Post: 25-04-2008, 11:30 AM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
Premium Ads
TenkoFX ECN Gravity

Paid Ads

FXOpen 125x125

Moneybookers 180x60









Ehoza Ads
Ehoza Ads