stp 728x90-en

+ Reply to Thread
Results 1 to 7 of 7
  1. #1
    azwanbiz's Avatar
    azwanbiz is offline Senior Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    bukit jalil
    Age
    38
    Posts
    461
    Points
    156.81
    Thanks
    1
    Thanked 4 Times in 4 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    734

    Thumbs up TAUBAT SEORANG LELAKI

    jom share..

    Suatu malam yang hening, kelihatan seorang lelaki berjalan-jalan di sekitar Madinah dalam keadaan lapar. ia berhenti di luar sebuah rumah kerana terhidu bau makanan. Imannya belum cukup kuat untuk membuat pertimbangan yang waras dalam menyuluh tindak tanduknya. Kerana terliur dengan makanan itu, dia menyusup masuk ke dalam rumah tanpa izin tuan rumah tersebut.
    Melihat makanan yang menyelerakan di satu sudut rumah, dia segera mencapainya. Tetapi tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Kata-kata yang didengarnya daripada Rasulullah s.a.w dalam satu majlis ilmu di Masjid Nabi siang tadi terlintas dibenaknya. Rasulullah berpesan, "Barangsiapa meninggalkan yang haram, dia akan mendapat yang halal." Mengingatkan kata-kata itu, dia tidak jadi untuk mengambil makanan tadi. Dia hendak segera beredar, tetapi ada godaan lain pula. Telah terlihat olehnya barang kemas. Kalau dia ambil, tentu tidak ada siapa tahu. Segera barang kemas itu digenggamnya. Namun sekali lagi niat jahatnya dimatikan. Teringat lagi dia kepada pesan Rasulullah s.a.w, "Tinggalkan yang haram, dapat yang halal."

    Diletak kembali barang yang berharga itu. Haram mengambil barang milik orang lain. Namun, sebelum dia beredar...datang lagi satu godaan yang lebih besar. Dadanya berdebar kencang apabila melihat seorang wanita cantik sedang lena tidur di kamar peraduannya. Pintu kamar itu dilangkah masuk. Wanita itu
    dirapatinya. Tangannya menggeletar, peluh memercik membasahi tubuh. Nafsu membisikkan kata-kata indah untuknya. Berlaku perebutan nafsu dan bisikan kata-kata Rasulullah s.a.w, " Tinggalkan yang haram, akan dapat yang halal."
    Akhirnya dia beristighfar dan perlahan-lahan beredar. Berkat pesanan Rasulullah s.a.w yang melekat di sanubarinya, dia berjaya mematahkan keinginan nafsunya. Kelegaan yang amat sangat terasa di hatinya apabila keluar dari rumah wanita tadi dan kemudian memijakkan kaki di Masjid Nabi. Kerana berjaya dalam peperangan sengit mengalahkan nafsu yang mengajak kepada yang haram, dia diberi ketenangan yang luar biasa oleh Allah SWT.
    Seketika kemudian, subuh tiba. Selepas solat subuh berjemaah, lelaki itu merebahkan diri di masjid kerana terlalu mengantuk akibat berjaga semalaman. Apabila matahari telah meninggi, seorang wanita datang bertemu dengan Rasulullah s.a.w di masjid. Dia mengadu rumahnya dimasuki orang. Dia takut diganggu lagi, lalu memohon mendapakan seorang pengawal yang dapat menjaga harta bendanya. Setelah ditanya, rupanya si wanita itu seorang janda.
    Baginda memandang sekeliling kalau-kalau ada orang yang dapat menjaga wanita itu. Melihat lelaki yang sedang lena di suatu sudut masjid, baginda menemuinya. Ditanyakan siapakah gerangannya dan adakah dia telah beristeri. "Saya seorang duda," jawab lelaki itu yang hidupnya kurang terurus selepas kematian isterinya. Baginda bertanya apakah kedua-dua janda dan duda itu bersetuju untuk dijodohkan. Mereka berdua tersipu malu.
    Kerana terharu dengan pilihan Rasulullah s.a.w dan teringat perbuatannya malam tadi, lelaki itu tidak dapat menahan diri daripada menangis lalu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku di rumah wanita tersebut. Lalu, dia bertaubat.

    Akhirnya Rasulullah s.a.w berkenan menikahkan lelaki dan wanita itu dengan disaksikan oleh para Sahabat. Demikianlah, berkat meninggalkan yang haram, dia mendapat yang halal sebagai gantinya. Kini, wanita cantik itu dan segala di dalam rumah itu menjadi halal baginya.

    Wallahu 'alam.


  2. pamm 468x60-en

  3. #2
    kitaro's Avatar
    kitaro is offline Official Photographer


    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Ulu Klang,
    Posts
    2,267
    Points
    1,237.72
    Thanks
    36
    Thanked 147 Times in 75 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    19823
    satu kisah yg menarik...



  4. #3
    firas's Avatar
    firas is offline Addicted Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    firas will become famous soon enough
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    kajang-ser
    Posts
    901
    Points
    347.70
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    591
    ya Allah...kuatnye iman lelaki tu...
    bkn mudah utk melawan godaan nafsu...perlu hati dan iman yg kental...
    moga kita semua diperkuatkan dan diperkukuhkan iman di hati...insyaAllah...
    'Destinasi Cinta Yang Ku Cari...Sebenarnya Terlalu Hampir...Hanya Kaburi Dengan Dosa Di dalam Hati...'



  5. #4
    kitaro's Avatar
    kitaro is offline Official Photographer


    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Ulu Klang,
    Posts
    2,267
    Points
    1,237.72
    Thanks
    36
    Thanked 147 Times in 75 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    19823
    dari byk kes...tgh lapar pun ada nafsu kat pompuan tu....begitu kuatnya hasutan setan terhadap manusia..



  6. #5
    miss sya Guest
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    wah..bagus btul lelaki tu...



  7. #6
    xareen's Avatar
    xareen is offline Addicted Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    xareen will become famous soon enough xareen will become famous soon enough
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    klia
    Posts
    925
    Points
    309.90
    Thanks
    0
    Thanked 16 Times in 13 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    598
    ada x laki gitu lagi sekarang ni?hehe...
    "ketenangan ada di hati, x merasa kerna kau x mencari..."



  8. #7
    suntat's Avatar
    suntat is offline DieHardFan Member

    is KaCaU BiLaU
     
    I am:
    Tired
     
    suntat has a reputation beyond repute suntat has a reputation beyond repute suntat has a reputation beyond repute suntat has a reputation beyond repute suntat has a reputation beyond repute suntat has a reputation beyond repute suntat has a reputation beyond repute suntat has a reputation beyond repute suntat has a reputation beyond repute suntat has a reputation beyond repute suntat has a reputation beyond repute
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Msih Mcari
    Age
    34
    Posts
    1,114
    Points
    381.23
    Thanks
    82
    Thanked 39 Times in 14 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    3941
    Cerita menarik....bagus betul laki tue...klau aku...mmg habis...nak2 tang pompuan tue..


  9. stp 468x60-en

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

     

Similar Threads

  1. Azimat Seorang Lelaki
    By kudalu in forum Love is Cinta
    Replies: 2
    Last Post: 10-12-2009, 10:51 AM
  2. RAHSIA SEORANG LELAKI
    By ynamorata in forum Panduan Kesihatan
    Replies: 22
    Last Post: 08-05-2009, 10:43 PM
  3. Keinginan Seorang lelaki
    By roswary in forum Jokes, Pranks
    Replies: 39
    Last Post: 03-05-2009, 03:22 PM
  4. `Ketakutan Seorang Lelaki!
    By Omey in forum Adult Conversation
    Replies: 0
    Last Post: 07-02-2009, 05:03 AM
  5. Taubat seorang pondan (nyah)..
    By antagenaiz in forum Jokes, Pranks
    Replies: 12
    Last Post: 18-01-2008, 05:01 PM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
Premium Ads
TenkoFX Crypto

Paid Ads

FXOpen 125x125

Moneybookers 180x60









Ehoza Ads
Ehoza Ads