TenkoFX ECN Gravity

+ Reply to Thread
Results 1 to 4 of 4
  1. #1
    perati's Avatar
    perati is offline Addicted Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute
    Join Date
    Apr 2007
    Age
    48
    Posts
    835
    Points
    283.50
    Thanks
    0
    Thanked 19 Times in 12 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    1013

    Bersama Haron Din: Hati-hati rawatan guna mentera

    Bersama Haron Din: Hati-hati rawatan guna mentera
    Dr Haron Din
    Mon | May 28, 07 | 05:44:56 PM
    SOALAN: Ada bomoh di tempat saya mengubati pesakit atau yang berhajat sesuatu, ditolongi dengan jampi mentera menggunakan bahasa Jawa. Saya orang Jawa asli yang tinggal di Parit Jawa, tetapi saya sendiri tidak faham apa dibaca dukun tersebut.


    Apakah pengubatan secara ini boleh diterima pakai dan tidak mendatangkan sesuatu yang berlawanan dengan syarak?


    MOHAMAD JUSOH
    Parit Jawa, Johor


    Jawapan: Mengubati penyakit atau menolong seseorang yang memerlukan pertolongan sehingga tertunai hajatnya, lebih-lebih lagi boleh membantu mengikhtiarkan kesembuhan pesakit yang bermasalah adalah pekerjaan mulia.


    Ia menjadi lebih mulia jika dilakukannya semata-mata kerana Allah SWT, mengharapkan pahala pada hari akhirat dan tidak membebankan pesakit.


    Amalan perubatan dengan menggunakan doa ataupun bacaan ayat memang salah satu daripada cabang rawatan yang diakui syarak sebagai amalan mulia.


    Pergi ke hospital atau menemui perawat pakar juga digalakkan Islam, kerana itu juga salah satu daripada cabang rawatan yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang banyak.


    Merujuk khusus kepada persoalan saudara iaitu soal jampi. Menjampi pesakit disebut dalam bahasa Arab sebagai ruqyah. Ruqyah adalah dibenarkan. Malah kadang-kadang amat digalakkan.


    Rasulullah s.a.w. pernah sakit, suatu ketika Jibril diturunkan untuk memberi tawaran menjampikan baginda, lalu Jibril menjampi Nabi. Ianya disebut sebagai Ruqyatu Jibril.


    Adapun menjampi seseorang itu dengan menggunakan bahasa khusus seperti Jawa, bahasa Mendiling, Inggeris dan Sepanyol diharuskan syarak dengan syarat, bacaan itu diketahui maknanya dan ia tidak ada sebarang petanda kesyirikan terhadap Allah SWT.


    Jangan ada sebarang tafsiran yang boleh membawa syirik.


    Oleh yang demikian jika lirik, seni kata atau bacaan yang disebut oleh dukun itu tidak diketahui maknanya, jika seperti saudara seorang berketurunan Jawa tidak memahami jampi yang dibaca dalam bahasa Jawa.


    Tetapi mungkin seperti disebut orang bahawa Jawa ada dua bahasa, iaitu bahasa kasar atau bahasa halus. Biasanya bahasa Jawa halus jarang diketahui orang.


    Saya sendiri sememangnya tidak memahami bahasa Jawa sama ada kasar ataupun halus.


    Sekiranya anda tidak faham bahasa tersebut, tetapi orang yang membacanya faham dan makna bacaan itu tidak ada sebarang petanda menuju kepada syirik, maka dia boleh berbuat demikian.


    Tetapi jika dukun itu sendiri tidak faham dan tidak tahu apa yang diminta, maka tidak boleh digunakan perubatan dengan bahasa tersebut.


    Daripada ayat al-Quran, Allah berfirman (mafhumnya) : "Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat kepadanya; dan al-Quran tidak menambah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian jua." - Surah al-Isra' , ayat 82


    Ada enam kali sebutan syifa' atau kesembuhan dalam al-Quran. Ada begitu banyak hadis yang menyebutkan tentang kesembuhan penyakit melalui rawatan pembacaan ayat-ayat al-Quran dan doa.


    Oleh itu maka ulama bersependapat (ijmak), bahawa mengikhtiarkan kesembuhan penyakit dengan menggunakan kaedah bacaan dan doa serta air adalah diharuskan, kadang-kadang digalakkan, sekiranya memenuhi tiga syarat yang utama iaitu:


    Pertama, menggunakan pembacaan ayat-ayat al-Quran dan as-Sunnah atau ruqyah dalam bahasa Arab yang diketahui maknanya tidak bertentangan dengan syarak.


    Kedua, boleh menggunakan bacaan selain daripada yang pertama, dengan apa jua bahasa, tetapi mestilah difahami maknanya dan tidak ada sebarang percanggahan dengan syarak.


    Ketiga, hendaklah yang merawat mengiktikadkan bahawa penyembuh sebenarnya adalah Allah SWT sahaja. Pengubat hanyalah berikhtiar.


    Oleh itu saya suka menjelaskan, jika sudah ternyata al-Quranlah bacaan utama sebagai penyembuh terbaik, as-Sunnah (al-Hadis) adalah yang terbaik daripada al-Quran, maka mengapa kita menggunakan bacaan ini sebagai rawatan.


    Kita harus membebaskan diri daripada yang kurang baik, lebih-lebih lagi jika ia boleh membawa kepada kesyirikan kepada Allah SWT. Wallahua'lam. - lanh

    ~~~ pErAtI ~~~


  2. FXOpen 468x60ms

  3. #2
    kitaro's Avatar
    kitaro is offline Official Photographer


    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Ulu Klang,
    Posts
    2,267
    Points
    1,237.72
    Thanks
    36
    Thanked 147 Times in 75 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    19822
    hati2 ketika berubat...jgn sampai rosak akidah...



  4. #3
    firas's Avatar
    firas is offline Addicted Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    firas will become famous soon enough
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    kajang-ser
    Posts
    901
    Points
    347.70
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    591
    Quote Originally Posted by kitaro View Post
    hati2 ketika berubat...jgn sampai rosak akidah...
    btul tu abg..moon sokong sesgt..
    kpd sesape yg suka jumpa bomoh2 ni..berhati2lah...
    ntah ape yg bomoh tu mengomel pon kita tak pasti...
    berusaha dan berikhtiar biar la yg dibenarkan dlm islam jer..
    'Destinasi Cinta Yang Ku Cari...Sebenarnya Terlalu Hampir...Hanya Kaburi Dengan Dosa Di dalam Hati...'



  5. #4
    kitaro's Avatar
    kitaro is offline Official Photographer


    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Ulu Klang,
    Posts
    2,267
    Points
    1,237.72
    Thanks
    36
    Thanked 147 Times in 75 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    19822
    tu yg jadi gadis/wanita dicabul,dirogol dan mcm2 lg...hati2...kaji latarbelakang bomoh tu...jgn dgr dr mulut org je..byk sgt muslihat tok moh ni...


  6. The Best Spread 468x60ms

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

     

Similar Threads

  1. Hati-Hati Bila Pakai Kasut Tumit Tinggi
    By nasikpaprik in forum Jokes, Pranks
    Replies: 14
    Last Post: 31-07-2009, 12:28 PM
  2. Hati-hati risiko guna kad debit
    By HK23 in forum Warning and Alert
    Replies: 12
    Last Post: 02-02-2009, 02:59 PM
  3. Hati-hati di selekoh ‘Vietnam’, ‘Segi Tiga Emas’
    By hpmfl2002 in forum Isu Semasa 2008
    Replies: 0
    Last Post: 09-09-2008, 04:59 PM
  4. Hati-Hati Membeli Ikat Rambut import dari China
    By aween in forum Isu Semasa 2008
    Replies: 4
    Last Post: 26-03-2008, 06:51 PM
  5. Azalina perlu hati-hati bagi komen, jangan rendahkan hukum Allah
    By budak2 in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 20
    Last Post: 17-07-2007, 08:53 AM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
Premium Ads
TenkoFX Crypto

Paid Ads

Moneybookers 180x60

FXOpen 125x125









Ehoza Ads
Ehoza Ads