Petikan aku dapat ...nak share ngan member ehoza

1) Siti Khadijah

Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak-anak
Rasulullah, setia dan
menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan
musyrik,
menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.


2) Siti Fatimah

Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada
suaminya Ali
karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan
kadang-kadang
berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu
wahai Fatimah
sehinggalah Ali maafkan kamu.


3) Siti A'ishah

Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas
makanan dan minuman
dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum
menggunakan bekas yang
sama.


4) Siti Hajar

Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup
ditinggalkan oleh
Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk
anaknya Nabi
Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).


5) Siti Mariam

Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah
yang tinggi
sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah

Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang
dihadapinya daripada
Firaun Laknatullah.


7) Siti Aminah

Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi
insan mulia.


8) Siti Muti'ah

Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana
setianya kepada
suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya
sekiranya
layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan
suaminya sahaja.


9) Siti Zubaidah
Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup
membelanjakan
semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat
kerana Allah s.w.t.