The Best Spread 728x90ms

+ Reply to Thread
Results 1 to 2 of 2
  1. #1
    perati's Avatar
    perati is offline Addicted Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute
    Join Date
    Apr 2007
    Age
    48
    Posts
    835
    Points
    283.50
    Thanks
    0
    Thanked 19 Times in 12 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    1013

    Rangsangan Awal untuk Anak

    Rangsangan Awal untuk Anak

    KEGHAIRAHAN ibu bapa menanti anak berjalan menyebabkan ramai terlepas pandang pada banyak perkara lebih penting, seperti perkembangan pertuturan yang menjadi petanda paling utama kepada daya intelek seseorang bayi.
    Bagaimanapun, ini bukan bermakna bayi yang lambat bercakap tidak cerdik kerana daya intelek turut dipengaruhi banyak faktor lain.

    Bahkan, ramai juga ibu bapa berasa kurang senang apabila bayi mereka mula bermain air liur kerana ia dianggap kotor dan menjijikkan. Walaupun nampak kotor, ia sangat penting kerana inilah peringkat awal kepada perkembangan pertuturan seseorang bayi.

    Pembangunan diri kanak-kanak adalah proses berterusan yang bermula dari awal kehamilan hinggalah mereka menjadi individu matang.

    Banyak penyelidik mencadangkan supaya bayi diberi rangsangan sejak awal, terutama pada tiga bulan pertama kehamilan, kerana ketika inilah otak bayi mula terbentuk.

    Sebenarnya semua kanak-kanak melalui urutan penguasaan kemahiran sama, tetapi ia berlaku pada kadar berbeza sama ada cepat atau terlalu lambat.

    Perkara ini perlu diberikan perhatian ibu bapa, kata Perunding Pembangunan Perlakuan Pediatrik, Universiti Xavier, Filipina, Dr Annah Rebecca P Valmores.

    Kanak-kanak mengalami perkembangan paling pesat dalam tiga tahun pertama kehidupan mereka. Pada usia tiga tahun, hampir 90 peratus otak kanak-kanak terbentuk dan ini sebabnya mereka perlu diberi pendidikan seawal mungkin.

    Kajian ke atas otak bayi yang mati secara mengejut mendapati bilangan sinaps (rangsangan) meningkat daripada 2,500 rangsangan pada satu neuron kepada 18,000 rangsangan ketika berusia enam bulan.

    Penyelidik percaya otak kanak-kanak mempunyai paling banyak rangsangan pada usia dua tahun dan jumlah ini kekal hinggalah umur mereka mencecah 10 atau 11 tahun.

    Kajian itu menguatkan lagi keyakinan penyelidik bahawa kanak-kanak mempunyai potensi paling besar untuk belajar banyak perkara pada awal kehidupan.

    Justeru, ketika mereka masih kecil, luangkan lebih masa untuk bersama anak dan bukan membiarkan mereka membesar bersama pembantu rumah atau penjaga.

    Secara umumnya bentuk perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada beberapa kategori.

    Dr Valmores berkata, walaupun penguasaan kemahiran bayi berlaku pada kadar berbeza, ibu bapa tidak perlu terlalu risau selagi ia masih dalam tempoh normal.

    Namun, ramai ibu bapa dan penjaga tidak sedar sikap memanjakan anak atau memberi terlalu banyak bantuan boleh melengahkan proses perkembangan bayi.

    Bantuan yang diberikan sebagai tanda kasih sayang itu sebenarnya boleh menyekat peluang kanak-kanak untuk mencuba atau meneroka sendiri dunia baru mereka.

    Antara contoh bantuan paling lazim ialah menyuapkan makanan atau membantu mereka mengambil barang, sedangkan pada umur tertentu mereka mampu melakukannya sendiri.

    "Pada umur ini, tentu saja anda tidak boleh mengharapkan mereka makan dengan tertib. Jika dibiarkan makan sendiri, pasti lebih banyak makanan jatuh ke lantai daripada masuk ke mulut. Ketidaksanggupan ibu bapa mengemas dan membersihkan ruang makan menjadi halangan kepada proses pembelajaran serta perkembangan pergerakan anak.

    "Malah, penggunaan alat bantuan berjalan beroda (walker) sebenarnya juga tidak baik untuk kanak-kanak. Ia tidak mempunyai banyak manfaat, malah boleh melewatkan proses anak belajar berjalan.

    "Persatuan Pediatrik Amerika juga mengesahkan ia tidak bermanfaat serta berbahaya," katanya ketika seminar Kanak-kanak dan Remaja: Memahami Perkembangan dan Masalah Perkembangan anjuran bersama Hospital Pakar Perling, Institut Sumber Kanak-kanak Malaysia dan Tadika Elit Ceria Johor Bahru.

    Mungkin ramai ibu bapa masih tidak pasti mengenai perkembangan normal bayi. Sebagai panduan, anda boleh merujuk Jadual 1, 2 dan 3.

    Jika anak anda menunjukkan perkembangan yang lewat daripada jadual berkenaan, sebaiknya dapatkan pandangan pakar pediatrik supaya sebarang masalah dialaminya dapat dikesan pada peringkat awal.

    Pada masa sama, ibu bapa boleh merangsang daya penglihatan anak. Caranya juga mudah iaitu dengan menayangkan tiga kad warna iaitu hitam, putih dan merah. Anda tidak perlu mengeluarkan banyak belanja untuk membeli kad warna ini kerana ia boleh dibuat sendiri.

    "Memang diakui, ibu bapa lebih ghairah membelikan anak alat permainan berwarna warni yang cantik pada pandangan mereka, tetapi ia tidak banyak membantu dalam merangsang daya penglihatan anak.

    "Tidak perlu juga masa khusus untuk melakukan aktiviti ini kerana kad warna juga boleh ditayangkan ketika anda menyusukan si kecil.

    "Selain itu, ada satu lagi perkara penting yang semakin terpinggir iaitu mendekatkan anak dengan buku. Kita sebagai ibu bapa bertanggungjawab menyebabkan anak tidak mengenali buku dengan mendedahkan mereka kepada televisyen sebagai teman sebaik dibawa pulang ke rumah," katanya.

    Membacakan buku cerita kepada anak antara cara terbaik untuk membolehkan mereka belajar perkataan baru. Minat anak ini boleh dirangsang dengan meletakkan mereka di atas riba anda dan bersama-sama menyelak buku.

    Beri anak peluang menyentuh helaian buku. Tunjuk dan sebut nama objek secara perlahan-lahan dengan nada tinggi kerana nada nyaring lebih mudah diterima telinga anak.

    Bayi juga tiada kebolehan mengawal emosi mereka, tetapi ia boleh diajar. Apabila bayi menangis, itu tandanya mereka perlukan bantuan anda dan sentuhan boleh menenangkan perasaan atau ketidakselesaan dialami.

    Banyak kajian mendapati bayi berasa lebih tenteram jika diperdengarkan alunan muzik, terutama susunan muzik kompleks seperti lagu klasik.

    Malah, penyelidik mendapati kanak-kanak yang belajar muzik mempunyai keupayaan lebih baik untuk mempelajari matematik.

    Bagaimanapun, Dr Velmores tidak menyarankan ibu bapa mendedahkan anak kepada muzik kartun, terutama jika ia mempunyai unsur keganasan. Malah, waktu menonton televisyen (terutama rancangan kartun) perlu dihadkan kepada dua jam sehari saja.

    Ini kerana kanak-kanak yang terlalu banyak menonton televisyen didapati menunjukkan perlakuan hiperaktif dan mempunyai daya tumpuan pendek.

    Pastinya bukan mudah untuk melakukan semua perkara disebut di atas dalam sekelip mata, tetapi beberapa perkara mesti diperhatikan setiap ibu bapa kerana ia petanda tidak normal yang perlu dirujuk kepada pakar.
    ~~~ pErAtI ~~~


  2. stp 468x60-en

  3. #2
    kitaro's Avatar
    kitaro is offline Official Photographer


    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Ulu Klang,
    Posts
    2,267
    Points
    1,237.72
    Thanks
    36
    Thanked 147 Times in 75 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    19823
    Namun, ramai ibu bapa dan penjaga tidak sedar sikap memanjakan anak atau memberi terlalu banyak bantuan boleh melengahkan proses perkembangan bayi

    ini selalu terjadi dlm masyarakat hari ini...kanak2 kurang kreatif serta kurang berdikari..moga artikel ni blh dijadikan panduan utk mendidik anak2...


  4. FXOpen 468x60ms

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

     

Similar Threads

  1. Viazome ( Cecair Rangsangan Untuk Wanita )
    By notrexdame in forum Intimate & Sensual Product
    Replies: 1
    Last Post: 02-10-2009, 07:49 PM
  2. [IMPORTANT] 50 rangsangan mudah menjadikan anak bijak
    By Abang Chik in forum Info & Pengetahuan Am
    Replies: 3
    Last Post: 26-05-2009, 05:50 AM
  3. Awal angkat anak sapa tu?
    By antagenaiz in forum Info & Selebriti
    Replies: 14
    Last Post: 29-04-2009, 06:43 PM
  4. Replies: 0
    Last Post: 27-11-2008, 05:59 AM
  5. Kaitan rangsangan (Untuk bacaan LELAKI SAHAJA)
    By MiNi in forum Adult Conversation
    Replies: 0
    Last Post: 12-10-2008, 06:29 AM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
Premium Ads
stp 160x600-en

Paid Ads

FXOpen 125x125

Moneybookers 180x60









Ehoza Ads
Ehoza Ads