stp 728x90-en

+ Reply to Thread
Results 1 to 8 of 8
  1. #1
    astaroth's Avatar
    astaroth is offline Hall of Fame
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of
    Join Date
    Mar 2007
    Location
    Hell Sith
    Posts
    1,900
    Points
    650.10
    Thanks
    0
    Thanked 17 Times in 14 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    729

    Cara-cara Pengurusan Jenazah



    Ertinya:

    Barang siapa yang menyaksikan jenazah serta turut menyembahyangkan atasnya, diberi pahala satu qirat dan barang siapa yang menyembahyangkan jenazah sehingga dikebumikan, maka padanya diberi dua qirat, ditanyakan kepada Rasulullah apakah dua qirat itu ya Rasulullah?, Rasulullah bersabda, iaitu pahalanya yang menyamai dua bukit yang besar (daripada permata).

    ORANG YANG HAMPIR MATI

    1. Orang yang sakit, yang hampir menghembuskan nafasnya yang akhir, hendaklah dihadapkan ke kiblat,dibaringkan di atas labungan yang kanan, mukanya dan dadanya dihadapkan ke kiblat, kalau tidak boleh telentangkan akan dia, dua tapak kaki halakan ke kiblat.

    2. Hendaklah diajarkan mengucap kalimah tauhid dengan tidak bertubi-tubi, tetapi jika ia berkata dengan kalimah (perkataan) yang lain, hendaklah diajar balik dengan kalimah tauhid.

    3. Dibacakan surah Yassin dan surah Al-Ra'du.

    PERKARA YANG DILAKUKAN SESUDAH MATI

    1.Apabila telah mati (yakin matinya), hendaklah ditutup matanya, diikat dagunya supaya jangan terbuka mulutnya, dilembutkan sendi-sendinya dengan minyak, ditutup seluruh badannya dengan kain dan diletakkan di tempat yang tertinggi, umpamanya di atas katil, dan diletakkan di atas perutnya benda-benda yang beratnya satu lb.

    2.Ahli-ahli mayat itu hendaklah berikhtiar membayarkan hutangnya daripada harta peninggalannya atau daripada pertolongan ahli-ahli mayat itu atau seorang waris atau orang lain membuat pengakuan (berikrar) membayar akan hutangnya.

    3.Hendaklah disebutkan kebaikannya dan mendoakan keampunan baginya.

    KEWAJIPAN-KEWAJIPAN YANG BERHUBUNG DENGAN MAYAT

    Manakala mati seseorang islam, maka wajiblah di atas orang-orang yang hidup sebagai fardhu kifayah menyelenggara empat perkara ke atasnya (mayat):

    1. Memandikan
    2. Mengkafankan
    3. Menyembahyangkan
    4. Mengkebumikan

    Peringatan:
    Semua perbelanjaan bagi menguruskan perbelanjaan ini daripada harta peninggalannya (si mati) kecuali isteri, maka wajib atas suaminya, anak kecil wajib ke atas bapanya, sekiranya tidak ada, maka tertanggunglah ke atas Baitulmal, sekiranya Baitulmal pun tak ada juga, maka tertanggunglah ke atas orang Islam yang kaya.

    MEMANDIKAN MAYAT

    Sekurang-kurangnya mandi bagi mayat itu ialah meratakan air ke seluruh anggota badannya, setelah disuci najis-najis, yang sebaik-baiknya : Dimandikan di tempat yang suci, sekiranya ada yang memandikan dan penolongnya sahaja yang berada di tempat itu.

    1.Dimandikan di tempat yang tinggi yang telah disediakan kerananya.

    2.Ditutup mayat itu dengan kain yang menutup kesemua bahagian diantara pusat dan lutut sahaja.

    3.Orang yang memandikan mayat atau penolongnya hendaklah memakai sarung tangan.

    4.Mula-mula digosok giginya, mulutnya, dibersihkan najis-najis yang keluar dan disisir rambutnya.

    5.Diambilkan wuduk ke atasnya.

    6.Dijiruskan air ke atas lambung kanan setelah dibaringkan di atas lambung kiri kemudian dibaringkan ke atas lambung kanan dan dijirus air di atas lambung kiri.

    7.Dibasuh 3 kali atau 5 kali atau lebih dengan air sejuk.

    8.Elok dipakai sabun atau sebagainya.

    9.Basuhan yang penghabisan elok dicampur dengan kapur barus dan bau-bauan yang harum

    10.Apa-apa yang tercabut atau yang gugur dimasa mandinya, seperti rambut dan sebagainya, hendaklah disimpan dan diletakkan di dalam kafan bersama dengan mayat itu.

    Peringatan:
    Kanak-kanak lelaki yang masih qoulub (belum berkhatan), hendaklah dibuka dan dicuci, jika boleh dan senang, dan jika tidak hendaklah ditayamumkan sahaja.

    YANG BERHAK MEMANDIKAN MAYAT

    1.Lelaki tidak boleh memandikan mayat perempuan kecuali isteri atau muhrimnya.

    2.Perempuan tidak boleh memandikan mayat lelaki kecuali suaminya atau muhrimnya.

    3.Yang lebih utama memandikan mayat perempuan ialah kerabatnya yang perempuan, kemudian perempuan-perempuan yang bukan kerabatnya, kemudian suaminya, demikian juga kepada mayat lelaki kerabatnya yang lebih berhak, kemudian lelaki yang bukan kerabatnya.

    4.Sekiranya berlaku kematian seorang perempuan, dan di tempat itu tidak ada seorang perempuan pun, maka hendaklah ditayamumkan dan tidak boleh dimandikan oleh lelaki, demikian juga suaminya.

    5.Manakala bagi mayat kanak-kanak pula, samada lelaki atau perempuan boleh memandikan.

    Peringatan :

    1.Haram dimandikan mayat yang mati dalam perang Sabilillah.

    2.Haram menaruh bau-bauan kepada yang mati di dalam ihram.

    3.Haram ditutup muka perempuan dan kepala lelaki bagi orang yang mati di dalam ihram.

    4.Juzuk mayat orang Islam wajib dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan.

    MENGKAFANKAN

    Dikafankan mayat dengan pakaian yang boleh dipakainya di masa hidupnya dan berwarna putih lebih elok; kain sutera boleh digunakan untuk mengkafankan mayat perempuan sahaja.
    Sekurang-kurang kafan ialah satu lapis sahaja, demikian juga pada kanak-kanak, dan harus ditambah di bawah balut itu, serban dan baju labuh, dan yang sempurna bagi perempuan lima, iaitu kain pinggang, kain tudung, baju dan dua lapis kain balut.

    CARA-CARA MENGKAFANKAN MAYAT

    Disediakan satu tikar dan satu bantal, kemudian dibentangkan kain kafan yang tiga lapis atau dua lapis itu sehelai demi sehelai dan lapisan yang tersentuh dengan mayat itu, hendaklah ditaburkan dengan bau-bauan yang telah disediakan dan dipercikkan air mawar, kemudian letakkan mayat di atas kain itu dan ditampal mukanya, telinganya, punggungnya, tapak tangan dan tapak kakinya dengan kapas, kemudian dibalut hingga habis lapis balut itu.Kain balut hendaklah diikat di hujung kepalanya, di tempat letak tangannya, di kemaluannya, di lututnya dan di hujung kakinya, ikatan di kemaluannya disimpul di tengah-tengah. Adapun serban, baju labuh (Qamis), kain dan tudung kepala dipakaikan sebelum dibalut.

    Peringatan :
    1. Makruh dikafankan mayat itu dengan kain yang mahal.

    2. Kain yang telah dibasuh lebih baik daripada kain yang baru.

    3. Ikatan kain balut hendaklah dilonggarkan simpulannya apabila mayat yang telah dibaringkan di dalam kubur.


  2. FXOpen 468x60ms

  3. #2
    astaroth's Avatar
    astaroth is offline Hall of Fame
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of
    Join Date
    Mar 2007
    Location
    Hell Sith
    Posts
    1,900
    Points
    650.10
    Thanks
    0
    Thanked 17 Times in 14 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    729
    SEMBAHYANG MAYAT

    Syarat sembahyang mayat hadir ialah :

    1. Serupa dengan sembahyang-sembahyang yang lain.

    2. Mayat orang Islam.

    3. Telah memandikan dan dibersihkan daripada najis.

    4. Diletakkan di sebelah kiblat (di hadapan orang yang sembahyang).

    5. Matinya tidak kerana perang Sabilillah.

    Rukun sembahyang mayat tujuh perkara:

    1. Niat dan caranya serupa dengan sembahyang-sembahyang yang lain.

    2. Berdiri bagi orang yang berkuasa (berupaya).

    3. Empat takbir, termasuk takbiratul ihram.

    4. Membaca Fatihah.

    5. Membaca Salawat.

    6. Membaca doa ke atas mayat (bagi mayat).

    7. Salam, elok dibaca selepas takbir yang ke empat sebelum salam



    Peringatan:

    1. Membaca salawat boleh dibaca mana-mana satu salawat pun yang eloknya, dibaca salawat Ibrahimiah, iaitu:hingga akhirnya).

    2. Doa bagi mayat boleh dibaca dari mana-mana satu doa dengan syarat ditakhsiskan (ditentukan) bagi mayat dan eloknya ialah:



    - doa bagi mayat perempuan hendaklah dibaca hingga seterusnya.



    3.Mayat kanak-kanak hendaklah dibaca doa



    3.Mayat yang hendak disembahyangkan itu, sekiranya lelaki, kepalanya sebelah kiri dan imam berdiri tentang kepalanya, dan jika mayat itu perempuan, kepalanya di sebelah kanan dan imam berdiri bertentang tangan dan punggungnya.

    4.Mayat yang di dalam keranda, apabila hendak disembahyangkan, hendaklah dibuka tudungnya.

    Perkara-perkara sunat bagi sembahyang mayat:

    1. Mengangkat tangan ketika mengucapkan takbir.
    2. Sirkan (senyapkan) semua bacaan di dalam sembahyang.
    3. Berjamaah, dan jika dapat dengan 40 orang lebih baik.
    4. Diperbuat 3 saf (barisan)

    Yang lebih utama menyembahyangkan mayat itu ialah walinya, iaitu bapanya kemudian datuknya dan seterusnya ke atas, kemudian anaknya, cucu-cucunya dan seterusnya ke bawah, kemudian saudara lelakinya seibu sebapa, kemudian saudara lelaki sebapa, kemudian anak saudara seibu sebapa, kemudian asabah menurut terbit pusaka dan kemudian Zawin-Arham, jika didapati sama keadaan martabat mereka, maka didahulukan yang tua, dan jika tidak ada kerabat-kerabat yang tersebut di atas itu, maka didahulukan orang yang terlebih faqih dan tua, dan jika tidak ada kerabat-kerabat yang tersebut di atas itu, maka didahulukan orang yang terlebih faqih dan tua.

    Menyembahyangkan mayat yang ghaib:
    1. Mayat yang ghaib disembahyangkan walaupun telah dikuburkan.
    2. Boleh disembahyangkan mayat yang telah dikuburkan di atas kuburnya.
    Anak-anak yang gugur sebelum sampai bulannya:

    1. Jika ada tanda-tanda hidup seperti bergerak, bernafas, menangis, maka mayat itu hukumnya seperti mayat orang besar.

    2. Jika ada tanda-tanda hidup, tetapi ada tanda-tanda rupa manusia, maka hendaklah dimandikan, dikafankan dan dikebumikan dengan tidak payah disembahyangkan.

    3. Jika tiada tanda-tanda hidup dan tiada serupa kejadian manusia, maka tidak wajib padanya sesuatu, tetapi sunat dibungkus dengan kain dan ditanam.
    Last edited by astaroth; 16-05-2007 at 12:50 AM.



  4. #3
    astaroth's Avatar
    astaroth is offline Hall of Fame
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of
    Join Date
    Mar 2007
    Location
    Hell Sith
    Posts
    1,900
    Points
    650.10
    Thanks
    0
    Thanked 17 Times in 14 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    729
    MENGKEBUMIKAN MAYAT

    Membawa mayat ke kubur:
    1. Dipikul denagn pengusungan empat penjuru.
    2. Bersegera pada membawa jenazah.
    3. Orang yang mengiringi jenazah berjalan di hadapan.

    Kubur:
    Sekurang-kurang kubur ialah satu lubang yang boleh menahan bau busuk dan tidak dapat dibongkar oleh binatang buas, dan seelok-eloknya hendaklah kubur itu luas dan dalam, lebih kurang enam kaki dalamnya, dan dengan liang lahad lebih baik daripada liang kembal bundi, jika tanah perkuburan itu keras.

    - Liang lahad ertinya dikorek ke hala kiblat seluas badan mayat daripada tepi bahagian kubur.
    - Liang kembal bundi (syaq) ertinya diperbuat satu lubang kecil di tengah seluas badan mayat di sebelah bawah kubur.

    Memasukkan mayat ke dalam kubur:

    Dimasukkan mayat itu dengan menghulurkan kepalanya ke dalam dengan disambut oleh tiga orang yang menanti di dalamnya, kemudian dibaringkan di atas lambung kanan menghadap kibla, kemudian ditutup liang lahad atau kembal bundi itu dengan papan atau dengan seumpamanya, kemudian dikambus.

    KANAK-KANAK KAFIR PERLIHARAAN ORANG ISLAM

    Kanak-kanak kafir yang dipelihara oleh orang Islam dan mati ia sebelum baligh, padahal ia telah mengucap dua kalimah syahadat dan pandai membaca Al-Quran dan sembahyang, hendaklah ditanamkan di tepi kawasan tanah perkuburan orang Islam dengan tidak payah disembahyangkan.



  5. #4
    astaroth's Avatar
    astaroth is offline Hall of Fame
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of
    Join Date
    Mar 2007
    Location
    Hell Sith
    Posts
    1,900
    Points
    650.10
    Thanks
    0
    Thanked 17 Times in 14 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    729
    TAKZIAH

    Sunat diberi takziah kepada waris si mati, sebelum dikebumikan atau selepasnya di dalam masa tiga hari dengan memberi nasihat supaya jangan berkeluh-kesah, hendaklah bersabar dan memberi ucapan seumpama:



    MENANGIS

    Harus menangis kerana kematian, tetapi haram meratap-ratap.

    MENYEDIAKAN MAKANAN

    Sunat bagi jiran berhampiran menyediakan kepada ahli mayat untuk dimakannya, bukan ahli mayat itu menyediakan makanan untuk orang lain dijemput ke rumah mayat.

    MEMBACA DOA

    Setelah mayat itu dikambus, disunatjan berdiri sebentar dan membaca doa bagi mayat. Boleh dibaca talking dengan syarat mayat itu sudah mukallaf.



  6. #5
    alfatih's Avatar
    alfatih is offline Ehoza's Freak
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute alfatih has a reputation beyond repute
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    ampang
    Age
    36
    Posts
    3,659
    Points
    1,231.90
    Thanks
    1
    Thanked 33 Times in 14 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    2262
    si mati yang pergi tetap pergi...pelajaran patut diambil kepada yg hidup..
    yang mati dah terputus hubungan dunia... yang pasti yang hidup terus mencari erti sebenar....



  7. #6
    astaroth's Avatar
    astaroth is offline Hall of Fame
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of
    Join Date
    Mar 2007
    Location
    Hell Sith
    Posts
    1,900
    Points
    650.10
    Thanks
    0
    Thanked 17 Times in 14 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    729
    thansk bro.....



  8. #7
    azwanbiz's Avatar
    azwanbiz is offline Senior Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future azwanbiz has a brilliant future
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    bukit jalil
    Age
    38
    Posts
    461
    Points
    156.81
    Thanks
    1
    Thanked 4 Times in 4 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    734

    Thumbs up

    banyak ilmu yg aku dapat dari sini...
    TQ nec



  9. #8
    astaroth's Avatar
    astaroth is offline Hall of Fame
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of
    Join Date
    Mar 2007
    Location
    Hell Sith
    Posts
    1,900
    Points
    650.10
    Thanks
    0
    Thanked 17 Times in 14 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    729
    you welcome


  10. The Best Spread 468x60ms

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

     

Similar Threads

  1. Replies: 16
    Last Post: 05-07-2010, 10:49 AM
  2. Kem Solat dan Pengurusan Jenazah 2009
    By nikridzuan in forum Info & Pengetahuan Am
    Replies: 0
    Last Post: 14-12-2009, 12:18 PM
  3. Cara-cara mengenal duit palsu RM50
    By spark in forum Info & Pengetahuan Am
    Replies: 5
    Last Post: 15-05-2008, 11:30 AM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
Premium Ads
stp 160x600-en

Paid Ads

Moneybookers 180x60

FXOpen 125x125









Ehoza Ads
Ehoza Ads