TenkoFX ECN Gravity

+ Reply to Thread
Results 1 to 7 of 7
  1. #1
    joney's Avatar
    joney is offline Pengetua Ehoza

    is .............. dead!
     
    I am:
    Tired
     
    joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    Pass Away
    Posts
    8,902
    Points
    3,593.64
    Thanks
    193
    Thanked 96 Times in 63 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    182690

    Perhubungan Yang Unik

    Perhubungan Yang Unik



    Keunikan lelaki dan wanita terletak pada perbezaan mereka. Lelaki dan wanita bukan sahaja mempunyai kerangka zahiriah yang berlainan tetapi juga emosi dan psikologi yang pelbagai. Manusia diciptakan oleh Allah swt dengan keunikan ini. Lelaki diciptakan daripada tanah dan wanita diciptakan dari tulang sulbi lelaki. Perbezaan ciptaan ini juga membawa perbezaan tatacara mereka menghadapi masalah dan menyelesaikan masalah. Kita lihat situasi di bawah:

    Ali dan Aminah adalah sepasang suami isteri yang berkerjaya. Ali seorang pegawai tinggi syarikat kereta dan Aminah adalah pensyarah di sebuah universiti. Pada suatu hari Ali menghadapi kekusutan dalam menyelesaikan satu masalah di pejabat. Kemudian ditambah pula dengan kerja persatuannya yang belum lagi disiapkan. Aminah sebagai seorang pensyarah sedang menghadapi musim peperiksaan pelajar. Dia terpaksa memeriksa kertas pelajar disamping mesyuarat-mesyuarat universiti yang terpaksa di hadiri.


    Ali kembali ke rumah dan terus ke meja komputer untuk memeriksa internet. Aminah terus ke dapur dan membuat minuman untuk mereka berdua.

    Aminah

    Setelah duduk, Aminah mula menceritakan masalahnya kepada si Ali. Perbualan mereka seperti ini:

    "Banyak betullah kertas nak diperiksa" Ujar Aminah

    "emm.." mata Ali masih tidak berganjak dari dada komputer,

    "Tak tahulah bila nak siap, " Sambung aminah lagi sambil menghirup kopinya.

    "Ala, nanti-nanti siapla," ujar Si Ali acuh tak acuh.

    "Tak boleh, " Bantah Aminah.

    "Boleh. Apa pulak tak boleh. Bukannya susah sangat benda tu. Kalau tak boleh awak mintalah tolong si Rahimah ke, Razak ke untuk tolong semakkan" Tambah si Ali sambil matanya tidak beralih dari komputer.

    Si Ali berasa puas kerana telah berjaya menyelesaikan masalah si Aminah. Si Aminah semakin tertekan. Dia mencebikan bibir, mengambil kopinya sambil berlalu pantas tanda marah

    "Awak memang tak sayangkan saya. Awak bukannya nak dengar masalah saya. Awak lebih sayangkan komputer awak tu!" Ujar Aminah. Ali terkebil-kebil.

    "aik. Apa salah aku? Bukan aku dengar ke masalah dia tadi?"


    Ali

    Sekembalinya Ali dari pejabat, wajahnya menampakkan raut kerisauan. Isterinya, si Aminah yang baru menghidangkan air kopi mula berasa risau.

    "Ada masalah ke bang?"

    "Biasa je" ujar Ali sambil membuka tali lehernya.

    "Masalah pejabat ke? Kerja berlambak lagi?" Tanya si Aminah sambil matanya masih lagi tidak beralih dari Ali mengharapkan si Ali akan berkongsi masalahnya.

    "Alah tak de apa-apalah!" Si Ali terus bangkit dari sofanya dan terus ke meja komputer dan menekan butang internet.


    Si Aminah rasa tidak disayangi. Si Ali rasa si Aminah terlalu membebankan.


    Apa masalah mereka sebenarnya?


    Ini adalah ragam biasa suami isteri. Tidak dapat dinafikan bahawa kedua-dua mereka ini berbeza dalam menyelesaikan masalah. Si suami dengan kaedahnya tersendiri dan si isteri dengan kaedahnya tersendiri. Yang menjadi masalahnya, kedua-dua kaedah ini adalah bertentangan dengan satu sama lain.


    Kalau takut di bakar naga, jangan bermain di mulut gua..


    Bagi setiap wanita, mereka perlu memahami bahawa setiap lelaki mempunyai ‘gua’ dalam hidup mereka yang mereka ciptakan. Kemudian, pintu gua ini dijaga oleh seekor naga berapi yang akan menghembuskan apinya kepada sesiapa sahaja yang cuba mendekati gua tersebut. Lelaki apabila menghadapi masalah mereka akan masuk ke dalam gua ini. Lelaki adalah lelaki yang mempunyai ego yang tinggi dan cuba untuk menyelesaikan semua masalahnya dengan ‘kebolehannya’ dan ‘kekuatan’nya sendiri. Dia tidak suka dibantu melainkan dia meminta bantuan. Di dalam gua ini, lelaki akan menghabiskan masa memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.

    Begitulah yang terjadi kepada Ali. Ali menghadapi masalah di pejabat, tetapi dia tidak kembali untuk menceritakan masalah tersebut kepada isterinya. Sebaliknya dia pergi ke ‘gua’ tempat dia bertapa untuk menyelesaikan masalah. Dalam pada dia cuba untuk melupakan seketika masalah tersebut, dia akan membuat kerja lain seperti internet, membaca email, membaca suratkhabar, memancing, bermain golf atau bola dan sebagainya. Inilah kaedah lelaki menyelesaikan masalah. Setelah selesai masalah tersebut, barulah mereka keluar dari ‘gua’ mereka.

    Bagi perempuan, penyelesaian masalah dilakukan dengan cara menceritakan masalah tersebut kepada pasangannya atau apabila pasangannya mempunyai masalah, mereka berharapkan pasangannya berkongsi masalah dengan mereka. Mereka berkongsi masalah bukan untuk tujuan menyelesaikannya, tetapi adalah lebih kepada meluahkan perasaan yang terbenam di dalam hati. Oleh kerana itu, wanita adalah lebih mudah menceritakan masalah mereka dengan wanita yang lain berbanding dengan menceritakan masalah mereka dengan lelaki yang lain.

    Dengar sahaja perbualan telefon. Lelaki dengan lelaki jarang menelefon untuk menceritakan masalah peribadi melainkan untuk menyampaikan maklumat yang perlu disampaikan. Wanita, tidak begitu. Mereka akan menelefon bukan sahaja untuk menyampaikan maklumat tetapi berkongsi masalah dan cerita yang membuku di dalam hati mereka. Kerana itu wanita mudah di bawa bercakap berbanding lelaki.

    Bagaimana menyelesaikan konflik ini?


    · Sekiranya lelaki mempunyai masalah, si isteri cenderung untuk bertanyakan masalah tersebut disebabkan ini adalah sifat perempuan. Lelaki tidak suka berkongsi masalah disebabkan oleh faktor ego dan ‘gua’ tebal yang telah dibinanya. Sekiranya dia berkata "tak ada apa..", "tak apa.." atau sewaktu dengannya, maka sebaik-baiknya jangan teruskan pertanyaan sehingga lelaki tersebut menceritakan sendiri masalahnya. Jika anda gagal mengenal tanda-tanda bahawa suami anda telah masuk ke dalam gua, berjaga-jaga kerana anda sekarang sedang berada dalam bahaya dibakar oleh naga yang berada di mulut gua tersebut.

    · Sekiranya si isteri mempunyai masalah dan menceritakan kepada si suami, JANGAN cuba menyelesaikan masalah tersebut. Lelaki akan mempunyai kecenderungan untuk menyelesaikan semua masalah sebab adalah naluri keegoan lelaki yang mempunyai sifat "Mr fix it " atau "mr know it all". Sebaliknya, palingkan muka anda mengadap isteri anda, berhenti dari melakukan apa sahaja kerja yang anda sedang lakukan dan dengar masalahnya dan biarkan dia luahkan perasaan. Memang susah untuk dilakukan, tetapi jadilah seorang pendengar yang setia. Hargai percakapan mereka dengan kata-kata "emm..", "ye ke??", "oo.." dll. Bukannya dengan cara memberikan penyelesaian seperti si Ali di atas kecuali di minta. Itupun dengan kadar yang minima. Tidak mengapa kalau mereka tidak mahu menerima pendapat kita.

    · Sekiranya suami anda mempunyai masalah, besar kemungkinan dia akan cuba melupakan masalah dengan cara membuat pekerjaan yang dapat melupakannya dengan masalah besar tersebut seketika. Biarkan dia bermain golf, memancing, baca surat khabar, internet dll. Maka berikan sokongan anda dengan cara membiarkan dia melakukan hobi mereka. JANGAN merungut atau berleter kerana ini akan membuatkan dia lari bebih jauh lagi ke dalam gua dan mungkin anda sukar untuk mencapainya lagi.

    Apa yang boleh dikatakan di sini, sebenarnya perempuan inginkan perhatian, ambil berat dan ingin sentiasa disayangi. Jika lelaki kurang dari apa yang diinginkan akan tarik muka masamlah jawabnya. Manakala lelaki lebih suka perempuan yang memahami dirinya, samada ketika dia ada masalah, ketika dia gembira dan sebagainya, semestinya seseorang yang tidak membebankan dirinya. Perlulah diingat, walaupun telah beristeri, mereka masih inginkan kebebasan. Tidak ingin dikongkong seperti ingin keluar bersama kawan-kawan dan sebagainya. Biarpun begitu, masing-masing mempunyai peranan dan kenalah pandai memainkan peranan. Sikap bertolak ansur dan senantiasa memperbaiki diri dapat menjaga keharmonian berumahtangga. Tidak ada siapa yang tidak pernah membuat kesalahan, tapi masing-masing mestilah saling berfikiran terbuka untuk sedia memaafkan dan cuba memahami pasangan.

    Tips ini juga dapat digunakan kepada sesiapa yang bakal berumahtangga. Sesungguhnya, perhubungan manusia suatu yang unik. hargailah...


  2. pamm 468x60-en

  3. #2
    astaroth's Avatar
    astaroth is offline Hall of Fame
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of
    Join Date
    Mar 2007
    Location
    Hell Sith
    Posts
    1,900
    Points
    650.10
    Thanks
    0
    Thanked 17 Times in 14 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    730
    Bagi setiap wanita, mereka perlu memahami bahawa setiap lelaki mempunyai ‘gua’ dalam hidup mereka yang mereka ciptakan. Kemudian, pintu gua ini dijaga oleh seekor naga berapi yang akan menghembuskan apinya kepada sesiapa sahaja yang cuba mendekati gua tersebut. Lelaki apabila menghadapi masalah mereka akan masuk ke dalam gua ini. Lelaki adalah lelaki yang mempunyai ego yang tinggi dan cuba untuk menyelesaikan semua masalahnya dengan ‘kebolehannya’ dan ‘kekuatan’nya sendiri. Dia tidak suka dibantu melainkan dia meminta bantuan. Di dalam gua ini, lelaki akan menghabiskan masa memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.
    dari aku.....
    Last edited by joney; 16-05-2007 at 12:28 AM. Reason: jelas skit...



  4. #3
    mie_hoza's Avatar
    mie_hoza is offline Regular Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    mie_hoza has much to be proud of mie_hoza has much to be proud of mie_hoza has much to be proud of mie_hoza has much to be proud of mie_hoza has much to be proud of mie_hoza has much to be proud of mie_hoza has much to be proud of mie_hoza has much to be proud of mie_hoza has much to be proud of mie_hoza has much to be proud of
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    Melaka
    Posts
    161
    Points
    50.36
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    712
    sempoi... mesti baca ni...



  5. #4
    maxpda's Avatar
    maxpda is offline Full Time Supporter
    This user has no status.
     
    I am:
    Cool
     
    maxpda is on a distinguished road
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Teluk Inta
    Posts
    594
    Points
    205.20
    Thanks
    2
    Thanked 5 Times in 3 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    571
    wah..info yg bagus..



  6. #5
    firas's Avatar
    firas is offline Addicted Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    firas will become famous soon enough
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    kajang-ser
    Posts
    901
    Points
    347.70
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    591
    bagus la artikel ni..leh praktikkan nanti bila dah kawin...
    'Destinasi Cinta Yang Ku Cari...Sebenarnya Terlalu Hampir...Hanya Kaburi Dengan Dosa Di dalam Hati...'



  7. #6
    ali is offline Junior Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    ali is on a distinguished road
    Join Date
    Sep 2008
    Posts
    8
    Points
    1,202.40
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    0
    patut la kalau aku keluar gi memencing kat sungai bini aku relex je, dah memahami la tu,,hehehehhe



  8. #7
    ejoy is offline Hyper Active Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    ejoy has a reputation beyond repute ejoy has a reputation beyond repute ejoy has a reputation beyond repute ejoy has a reputation beyond repute ejoy has a reputation beyond repute ejoy has a reputation beyond repute ejoy has a reputation beyond repute ejoy has a reputation beyond repute ejoy has a reputation beyond repute ejoy has a reputation beyond repute ejoy has a reputation beyond repute
    Join Date
    Jan 2008
    Posts
    2,044
    Points
    795.90
    Thanks
    2
    Thanked 23 Times in 18 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    5397
    Quote Originally Posted by joney View Post


    Kalau takut di bakar naga, jangan bermain di mulut gua..

    lelaki mempunyai ‘gua’ dalam hidup mereka yang mereka ciptakan. Kemudian, pintu gua ini dijaga oleh seekor naga berapi yang akan menghembuskan apinya kepada sesiapa sahaja yang cuba mendekati gua tersebut. Lelaki apabila menghadapi masalah mereka akan masuk ke dalam gua ini.


    Jika anda gagal mengenal tanda-tanda bahawa suami anda telah masuk ke dalam gua, berjaga-jaga kerana anda sekarang sedang berada dalam bahaya dibakar oleh naga yang berada di mulut gua tersebut.



    terkulat2 wajah ai baca artikel nih
    lelaki = gua = naga berapi...??
    penggunaan 'metafora' tahap dewa dewi katanya!
    neway, this is a very good posting indeed



  9. The Best Spread 468x60ms

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

     

Similar Threads

  1. Gambar Taman Yang Unik Di China
    By agent_FBI in forum X-Files, Mistery, Amazing
    Replies: 16
    Last Post: 26-07-2011, 01:52 AM
  2. tatoo yang unik
    By yongn35 in forum Art & Graphic
    Replies: 3
    Last Post: 13-06-2010, 11:48 PM
  3. Bentuk Buah-buahan yang Unik
    By nikridzuan in forum X-Files, Mistery, Amazing
    Replies: 6
    Last Post: 04-11-2009, 06:40 PM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
Premium Ads
stp 160x600-en

Paid Ads

Moneybookers 180x60

FXOpen 125x125









Ehoza Ads
Ehoza Ads