PALESTIN
ANTARA ILUSI DAN REALITI
"Anta dah siap ke? Jom la ke kelas", saya memanggil Munawwar untuk
keluar bersama ke kelas.
Sebaik sahaja kami mahu melangkah keluar, pandangan kami terlekat ke
kaca televisyen.

Pagi itu, Televisyen Israel (Yahudi) Channel 1 menyiarkan rancangan>TV Pendidikan. Saya menonton suatu rancangan yang dirakam di sebuah>nursery. Guru yang mengajar anak muridnya menyanyi dengan diiringi
sebuah piano, menyanyikan lagu berikut:
"Makanan paling sedap daging orang Arab, minuman paling sedap darah
orang Islam"
Ya, itulah yang saya baca pada subtitle rancangan tersebut.
Kanak-kanak semuda 3 dan 4 tahun, diajar menyanyikan lagu tersebut
dengan penuh keceriaan dan kegembiraan.
Demi Allah, suara cikgu dan kanak-kanak itu masih segar di dalam
ingatan saya, dan jika saya pandai melukis, saya masih mampu
melakarkan di mana cikgu dan piano itu berada, dan bagaimana kanak-
kanak itu mendendangkan `nasyid' mereka. Walaupun sudah tepat 10
tahun peristiwa itu berlaku (1996).
Sesungguhnya gambar-gambar di ATAS adalah 'surat cinta' kanak-kanak
Yahudi yang menjalani proses pembelajaran yang sama. Mereka
melakar 'mesej cinta' itu pada peluru dan bom yang bakal dihantar
kepada penpal mereka di seberang sempadan. Dari balik tembok, anak-
anak Yahudi ini mengucapkan `salam' kepada rakan Palestin dan Lebanon
mereka, moga dipanjangkan usia, bukan di dunia, tapi di alam kematian
yang hitam.
Para ulama yang menyokong tindakan suicide bomber kebanyakannya
membezakan di antara situasi Palestin dengan situasi bukan Palestin.
Adalah tidak harus sama sekali pendekatan suicide bombing dilakukan
di kawasan awam seperti di kota New York, London atau Istanbul.
Tetapi Palestin berbeza. Ia adalah medan perang dan di tengah-tengah
medan perang tidak ada orang awam. Sama ada kamu sebahagian tentera
Islam, atau tentera musuh. Maka jika Yahudi di Palestin tidak mahu
diri mereka, kaum perempuan mereka, atau anak-anak mereka terbunuh,
mereka mesti keluar dari medan perang. Bagi umat Islam di Palestin,
sama ada mereka mati diletupkan dari jauh, atau lebih baik mereka
mati meletupkan diri untuk meletupkan musuh. Itu sifirnya. Mungkin
kita setuju atau mungkin tidak. Tetapi kita sukar untuk berkata
banyak kerana mereka di Palestin itulah sebenarnya yang menderita dan
tahu pahit getirnya hidup di medan tempur.

Mungkin sukar untuk dibayangkan hakikat kanak-kanak Yahudi sebagai
sebahagian tentera mereka. Tetapi saya tidak lupa kepada program
televisyen yang saya tonton, bahawa setiap anak Yahudi memang dididik
seawal usia buaian untuk membesar menjadi Yahudi sejati. Sama ada
kamu mahu menjadi doktor, jurutera, arkitek atau 'Ustaz Rabai', kamu
adalah tentera Yahudi yang wajib mempertahankan bumi 'Israel' dari
anjing Arab dan Islam!
Itulah semangat yang disuntik ke jiwa setiap Yahudi di bumi Palestin.
Anak kita bagaimana?
Menjawab soalan ini, saya teringat kepada apa yang telah diungkapkan
oleh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min
Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). Di bawah tajuk "Antara Ilusi
dan Realiti" (Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah", al-Nadwi telah
memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama.
Al-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah
mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang
besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Tetapi
pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas
hidung `pemimpin' tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar
dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil
itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang
semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan.

Mengapakah keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat
itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil?
Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi
versus realiti.
Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi
seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya `seorang
patung'. Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung
tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang
hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti.
Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan
gambaran.
Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh. Jika kita
membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan
dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak
mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Aqidah mereka yang
mengelirukan, paderi mereka yang kuat makan duit, kebencian mereka
terhadap orang-orang yang beriman dan sebagainya, semua keterangan
teori al-Quran itu menepati realiti kaum Nasrani hari ini. Maka orang-
orang Kristian hari ini adalah orang Kristian sejati. Mereka adalah
realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita
dengan sebuah realiti.
Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka
kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi
amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka
menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap
orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang
Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan
Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.
Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang
Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?
Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-
Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi
pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang
dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan
agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan
pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.
Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di
antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan
diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?
Berat untuk lidah kita mengungkapkannya, namun al-Nadawi turut sampai
kepada kesimpulan yang sama. Umat Islam hari ini tidak seperti umat
Islam yang digambarkan al-Quran. Kita ramai tetapi kita hanya sebuah
ilusi, dan ilusi sentiasa dikalahkan oleh realiti!
Muslim ilusi berdepan dengan Kristian realiti.
Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.
Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.
Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan
jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-
bondong murtad meninggalkan kita.
Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita
miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin
apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta
mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh.
Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita *****. Kita
masih dibelenggu oleh persoalan-persoalan yang ***** dan tidak
langsung menghasilkan sebarang hasil. Kebodohan kita menjadi semakin
***** apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk debat sesama kita yang
langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di medan perang.
Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-
hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya hanya disebabkan
oleh kuatnya dendam kesumat kita terhadap sesiapa sahaja yang tidak
mengiyakan apa yang YA di sisi kita, dan menidakkan apa yang TIDAK di
sisi kita. Penyakit hati kita sangat menjijikkan. Kita cekap mencari
kelemahan orang lain, dan kita begitu berselera menjadikannya sebagai
hidang `kari daging busuk' santapan harian.
Ya, jika al-Quran yang menjadi pengukurnya, maka Yahudi di Palestin
itu adalah realiti. Nasrani di Rumah Putih itu adalah realiti. Namun
umat Islam yang mengelilingi Rumah Hitam di Masjidil Haram itu
hanyalah ilusi. Dan ilusi akan terus dikalahkan oleh realiti.
Selagi kita tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin
sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk
melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa. Bukankah Allah telah
menjelaskan di dalam al-Quran:
Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan
adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka
(kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu,
apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali
kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu
(dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid
(BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang
pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai,
dengan sehancur-hancurnya." [Al-Israa' 17: 7]
Ya, janji Allah itu benar. Kesudahan isu Palestin adalah kemenangan
yang akan berpihak kepada umat Islam. Namun kemenangan itu adalah
kemenangan bersyarat. Allah mensyaratkan bahawa gerombolan kemenangan
kita yang bakal masuk ke bumi Palestin mestilah sebagaimana kumpulan
umat Islam masuk buat pertama kalinya dulu. Renunglah ciri-ciri
Rasulullah SAW dan sahabat. Renunglah ciri-ciri Umar dan tenteranya
semasa masuk ke bumi Palestin dan ingatlah, selagi kita tidak masuk
dengan cara kemasukan yang pertama, perjuangan kita hanya ilusi.
Ilusi yang dengan mudah dapat dimusnahkan oleh sebuah realiti.
Ajarlah anak-anak kita siapa musuh mereka. Besarkanlah mereka agar
menjadi mukmin sejati. Bersiap sedialah untuk menghantar anak-anak
kita ke masa depan mereka yang jauh lebih mencabar. Ramai ibu bapa
yang sudah berjaya menukar fitrah kanak-kanak itu sehingga mereka
membesar sebagai Yahudi, Nasrani dan Majusi yang sejati. Sudahkah
kita membesarkan anak-anak kita menjadi Mukmin yang realiti?
Keluarlah dari ilusi, dan jadilah Mukmin sejati. Kamu sedang
disembelih oleh sebuah realiti.