The Best Spread 728x90ms

+ Reply to Thread
Results 1 to 3 of 3
1. #1
perati's Avatar
perati is offline Addicted Member
This user has no status.

I am:

perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute
Join Date
Apr 2007
Age
48
Posts
835
Points
283.50
Thanks
0
Thanked 19 Times in 12 Posts
Credits

$ 1
Rep Power
1013

Cerpen : Bercakap dengan ‘jin’

Cerpen: Bercakap dengan ‘jin’

Oleh Nasron Sira Rahim

“SAYA diculik ke alam jin,” ringkas ungkapan penjelasan daripada lelaki itu melontar pemikiran warasnya jauh ke lembah kebingungan. Pak Hashim mengerutkan dahi sambil memandang wajah lesu lelaki terbabit, cuba mencari rasional di sebalik kata-kata anehnya.

Dia masih keliru antara ingin mempercayainya atau tidak. Terdiam dia agak lama selepas mendengar penjelasan luar biasa itu. Wajah di hadapannya itu ditenung berterusan sehingga membuatkan lelaki itu kurang selesa.

Seketika pandangannya dialihkan melihat keseluruhan keadaan lelaki terbabit; masih lemah terbaring dengan mata kuyu keletihan. Mustahil dalam keadaan seperti itu, lelaki terbabit masih ingin membohongi dirinya.

Pemikiran Pak Hashim ligat berpusing memikirkan jawapan berunsur mistik lontaran lelaki itu. Sebaik lelaki misteri itu terjaga selepas semalaman tidak sedarkan diri, itulah penjelasan yang diberikannya. Memang jawapan itu sungguh tidak disangka dan luar biasa.

Dia cuba pula mengingati keadaan semasa lelaki itu dijumpai, malah pakaian yang tersarung pada jasadnya ketika itu. Serta-merta bulu romanya menegak dan jiwanya mula diresapi perasaan seram. Memang terdapat keanehan yang memungkinkan logik dakwaan lelaki itu adalah benar.

Lelaki asing itu dijumpai terbaring di kawasan hutan getah di belakang rumahnya, petang semalam. Sebelum penemuan lelaki itu, hujan lebat dengan guruh berdentuman dan kilat berpancaran tanpa henti di kawasan kampungnya.

Tidak pernah seumur hidupnya melihat amukan alam seperti semalam. Sehinggakan waktu siang diterbalik menjadi malam, lantaran sinaran matahari diselindungi gerombolan awan hitam yang memancarkan kilat dan memalu dentuman guruh bersama titisan hujan.

Lapan jam dia bersama isteri dan seorang anak remajanya terkurung ketakutan dalam rumah akibat fenomena luar biasa itu. Tugas hariannya untuk menoreh getah tergendala pada hari itu lantaran sejak terjaga daripada tidur pada pagi, melewati tengah hari sehinggalah ke petang, hujan ribut masih belum reda. Sangkanya pasti akan berlaku ribut taufan seperti dalam filem hantu seram Pembalasan Pontianak yang pernah ditontonnya.

Lebih mencemaskan mereka apabila kira-kira jam 3 petang, bekalan elektrik di rumahnya terputus menyebabkan mereka terpaksa duduk rapat-rapat dalam keadaan gelap.

Bagaimanapun, sejam selepas itu, hujan mula merenyai dan sejam kemudiannya, matahari mula menyinar. Ketika itulah pertemuan aneh itu terjadi. Ketika sedang enak mencicip kopi panas dalam kesejukan selepas hujan, secara tiba-tiba anak lelakinya menjerit ketakutan dari belakang rumah.

“Ada orang mati! Ada orang mati!” Laungan berkali-kali itu menyebabkan dia terkocoh-kocoh bergegas ke belakang rumahnya. Benar! Dilihatnya seorang lelaki terbaring di bawah pohon getah. Ketika Pak Hashim menghampiri jasad lelaki itu bagi memeriksa keadaannya, secara tiba-tiba juga tubuh itu menggelupur hebat bagaikan kerasukan sehingga menyebabkan mereka terperanjat ketakutan dan hampir melarikan diri. Tetapi beberapa saat kemudian, tubuh itu kembali kaku. Selepas memeriksa, didapati lelaki yang sudah lencun pakaiannya itu masih hidup lalu diusung ke rumahnya untuk dirawat.

“Apa benar kamu diculik jin?” dia kembali merenung dengan penuh tanda-tanya ke arah lelaki yang dianggarkan berusia 30 tahun itu, cuba mencari jawapan kepada teka-teki yang membingungkan. Sememangnya kekeliruan masih menyelubungi benak mindanya dalam usaha untuk mempercayai atau tidak kenyataan pelik itu.

“Benar, tiga tahun lalu, ketika menyertai ekspedisi mencari Bigfoot di hutan Johor bersama sekumpulan penyelidik antarabangsa, saya terpisah daripada kumpulan lalu tersesat ke dalam hutan. Saya tidak menjumpai jalan pulang; puas saya berjalan merentas hutan sepanjang hari, tetapi didapati saya berpusing di tempat sama saja.” Bulu roma Pak Hashim meremang mendengar cerita itu.

“Selepas keletihan berjalan dan penat melaung meminta tolong, dalam keletihan, saya tertidur di bawah sebuah pokok besar ketika hari mula malam. Sebaik terjaga, saya dapati saya berada di suatu tempat yang indah dan dikelilingi gadis-gadis cantik.”

Lelaki itu kemudian menceritakan kepadanya mengenai kawasan itu yang digambarkan serba maju persis bandar masa hadapan sama seperti cerita wayang Hollywood, Fifth Element yang diminatinya. Kereta bergerak di atas angin dan berbentuk seperti UFO, teknologi canggih terdapat di merata tempat.

“Bagaimanapun rupa orang-orang mereka pelik sikit; ada yang mata satu, boleh terbang, boleh merayap seperti ular. Memang pelik! Selepas sebulan tinggal bersama mereka dan melihat layanan baik yang diberikan kepada saya, barulah saya berani bertanya. Mereka menjelaskan bahawa mereka adalah golongan jin dan saya tersesat memasuki alam mereka,” Pak Hashim terus tercengang mendengar cerita itu.

“Selepas beberapa lama bergaul dan bercakap dengan mereka, akhirnya mereka mula membongkarkan misteri-misteri dunia kepada saya. UFO, pembinaan Piramid malah hantu pocong, pontianak atau drakula, semua itu angkara mereka!” Mulut Pak Hashim terus ternganga. Dia semakin bingung dengan setiap butir percakapan lelaki itu. Benarkah lelaki itu diculik ke alam jin? Tetapi mustahil lelaki itu ingin mempermain-mainkann ya dan mereka cerita selepas dia menyelamatkannya daripada maut.

“Di mana saya berada?” lelaki itu kembali menyoal tatkala kecelaruan pada mindanya masih belum hilang. Dia mengangkat kepalanya lalu memandang lelaki itu yang masih terbaring lemah. Ada tanda-tanda demam mula terpamer daripada tubuh lelaki itu; mungkin akibat terlalu lama terdedah kepada ribut dahsyat semalam.

“Berehatlah, nanti kita cerita lagi. Yang penting awak sudah selamat kembali ke alam manusia,” dengan senyuman yang dibuat-buat, dia akhirnya memohon diri bagi memberi ruang rehat kepada lelaki itu. Dia keluar dari bilik lelaki itu dengan wajah kehairanan. Pertanyaan daripada isteri dan anak remajanya juga tidak dijawab. Pelbagai persoalan menujah benak fikiran.

Siapakah lelaki itu sebenarnya? Malah fesyen pakaian dipakai lelaki itu juga pelik, tidak seperti pakaian penduduk Bumi. Soalan-soalan terus berlegar pada mindanya mencari jawapan logik. Ketika bersandar di beranda rumah, fikirannya melayang menganalisis pelbagai kemungkinan mengenai lelaki asing itu. Sememangnya perkara aneh dan ganjil tidak mustahil berlaku di dunia ini, lebih-lebih lagi dunia jin memang terbukti wujud.

Imam Dollah pernah memberitahunya sebegitu. Kata imam itu, ada satu surah khusus dalam al-Quran mengenai Jin, malah dalam kitab suci itu, ada 31 kalimat perkataan jin disebut.

“Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadat dengan-Ku.” Ayat ke-56 dari surah Az-Zariyat itulah yang dibaca Imam Dollah sebagai hujah kewujudan jin yang mendiami Bumi ini lebih awal daripada Nabi Adam dan manusia.

Masih diingat sedikit sebanyak ciri-ciri jin seperti diterangkan imam kampungnya itu - diperbuat daripada nyalaan api yang membakar, ada yang beriman serta kafir, ketua jin kafir adalah Iblis dan jin yang kafir itulah yang digelar syaitan.

Malahan, pernah juga dibacanya perihal kewujudan jin daripada sudut sains. Makhluk itu tertakrif dalam sudut sains fizik kuantum dan berbanding manusia yang memiliki partikel sel solid, jin hanya wujud sebagai gelombang. Kebanyakan mereka bercirikan ion positif dan relatif dengan elektromagnetik.

Ya, dia memang yakin sungguh bahawa jin itu wujud. Malahan, kunjungannya bersama rombongan penduduk kampung ke Muzium Shah Alam, bagi menyaksikan Pameran Misteri, Jin, Hantu dan ... beberapa bulan lalu membuktikan hakikat itu!

Dia melihat sendiri bentuk-bentuk jin yang sebelum ini hanya dijelmakan dalam majalah mini picisan atau koleksi novel Bercakap Dengan Jin karangan Tamar Jalis selain menerusi filem seram di televisyen. Jenglot ada, nyai blorong ada, ikan duyung ada, toyol ada, langsiur ada, malah bentuk sebenar jin yang dipasung pun ada!

Bulan lalu pula heboh di kampung sebelahnya mengenai batang pokok pinang yang menyerupai wajah manusia. Dia adalah antara ribuan penduduk dari dalam hingga luar daerah yang pergi menyaksikan keajaiban itu, sehingga kawasan sungguh sesak bagaikan pesta. Yakin dia bahawa penangan pokok pinang itu juga disebabkan jin yang bersembunyi di dalam batang tumbuhan itu. Dan untuk dijadikan bukti, dia turut membeli sekeping gambar wajah aneh pada pokok itu walaupun dijual pada harga RM10 sekeping.

Selepas menimbang hujah pembelaan dan pendakwaan dalam menentukan kes lelaki misteri itu, dia akhirnya memutuskan bahawa tidak mustahil lelaki itu diculik ke alam jin. Tambahan pula, memang pernah didengarinya perkara seperti itu berlaku - seseorang yang disorok bunian (bunian itu juga jin, kata Imam Dollah) - tetapi inilah kali pertama dia bertemu secara langsung dengan orang yang mengalami pengalaman itu.

Benar-benar lelaki itu keletihan. Sebaik dia beredar, lelaki itu terus koma dan hanya terjaga keesokan harinya. Mungkin keadaan di dunia jin yang berbeza dengan dunia manusia menyebabkan perlakuan lelaki itu sebegitu, dia masih belum dapat membiasakan diri dengan alam manusia selepas terlalu lama menghuni alam jin, fikir Pak Hashim.

“Sudah sihat?” Pak Hashim mengajukan soalan tatkala menghadap lelaki itu sebaik dia terjaga, keesokan pagi. Makanan yang dibawa kini dijamah rakus oleh lelaki terbabit. Mungkin akibat kelaparan kerana sudah dua hari tidak makan akibat tidak sedarkan diri.

“Alhamdulillah, sudah pulih sedikit,” lelaki itu membalas senyumannya. Dalam menemani lelaki itu menjamah makanan, mereka meneruskan perbualan. Minat benar dia untuk mengetahui pengalaman lelaki itu. Pelbagai persoalan ditanya dan dijawab pula lelaki itu. Peluang mengetahui dunia jin seperti itu harus digunakan sebaiknya. Walaupun kadang-kadang, ada keterangan lelaki itu yang tidak masuk akal, dia mengangguk menyakini maklumat itu. Dia tidak pernah melihat dunia jin sebaliknya lelaki itu pernah, jadi pasti lelaki itu tidak berbohong.

Selesai menjamah makanan, lelaki itu kembali memohon izin untuk kembali tidur untuk berehat bagi memulihkan tenaga. Dia membenarkan kerana memahami situasi kesihatan lelaki itu.

Di tangga rumah, dia mula memandang jauh bagi merangka pelan untuk lelaki itu. Sebaik lelaki itu benar-benar sihat, dia akan membawanya ke balai polis untuk melaporkan kejadian itu dan meminta polis mencarikan keluarga lelaki terbabit.

Tetapi sebelum itu, dia berhasrat menelefon syarikat surat khabar dan televisyen terlebih dulu bagi mendedahkan cerita misteri itu. Oh, dia juga akan menelefon majalah Mustika. Pasti. Cerita pengalaman lelaki itu harus dikongsi dengan masyarakat!

Sedang sibuk mengelamun merangka strategi dan pelan susulan penemuan lelaki itu, tiba-tiba daripada jauh kelihatan sebuah van putih menghenyak lopak dan jalan berlubang menuju ke arah rumahnya. Siapa pula ni, soalnya dalam hati.

Sebaik berhenti, dua lelaki yang turut berpakaian putih turun dari van dan berjalan menuju ke arahnya. Lagak mereka seperti Ejen J dan Ejen K dalam filem Man In Black, tetapi bezanya mereka memakai pakaian putih.

“Tumpang tanya pak cik, kami cari pesakit kami yang hilang dekat-dekat kawasan kampung ini. Pak cik ada jumpa tak?” Tanya seorang daripada mereka sambil menunjukkan sekeping gambar kepadanya. Dia memerhatikan gambar itu sambil mengerutkan dahi. Tersentak dia tiba-tiba! Benar-benar dia kenal lelaki terbabit! Itulah wajah lelaki misteri yang diculik ke alam jin serta ditemuinya dua hari lalu.

Dia kemudian mengangkat pandangan ke arah dua lelaki berpakaian putih itu, tetapi sesuatu di belakang mereka segera menarik tumpuan perhatiannya. Tulisan hitam pada dinding van putih itu bertulis, Hospital Sakit Jiwa Tanjung Rambutan.

Matanya tidak berkelip memandang tulisan itu, layar mindanya terbayangkan wajah lelaki itu dan segala kisahnya mengenai alam jin yang diceritakan dengan riak serius. Dia terkebil-kebil.

BIODATA

NASRON Sira Rahim mula berkarya sejak 2001, tetapi cerpen pertama mendapat tempat di Harian Metro pada 2002 dan sejak itu, cerpennya mendapat tempat dalam URTV, Dewan Agama dan Falsafah, Dewan Kosmik, Berita Minggu, Harian Metro, Jelita dan Fokus SPM. Selain cerpen dan puisi, beliau turut meminati penulisan rencana dan esei serta pernah disiarkan dalam majalah, akhbar tempatan dan Berita Harian Singapura. Wartawan Berita Harian ini turut terbabit dalam lukisan kartun dan komik.
~~~ pErAtI ~~~

2. stp 468x60-en

3. #2
Neo5's Avatar
Neo5 is offline Elders of Pseudoscience
This user has no status.

I am:
Happy

Neo5 has a reputation beyond repute Neo5 has a reputation beyond repute Neo5 has a reputation beyond repute Neo5 has a reputation beyond repute Neo5 has a reputation beyond repute Neo5 has a reputation beyond repute Neo5 has a reputation beyond repute Neo5 has a reputation beyond repute Neo5 has a reputation beyond repute Neo5 has a reputation beyond repute Neo5 has a reputation beyond repute
Join Date
Feb 2009
Location
Earth
Posts
9,000
Points
12,196.04
Thanks
795
Thanked 1,701 Times in 850 Posts
Credits

$ 1
Rep Power
523736
Koleksi2 BDJ kt kampung pn dah hilang, collectors item tu.

4. #3
cyclon's Avatar
cyclon is offline GameZ Emuderator

is Stadiying...

I am:
Awesome

cyclon has a reputation beyond repute cyclon has a reputation beyond repute cyclon has a reputation beyond repute cyclon has a reputation beyond repute cyclon has a reputation beyond repute cyclon has a reputation beyond repute cyclon has a reputation beyond repute cyclon has a reputation beyond repute cyclon has a reputation beyond repute cyclon has a reputation beyond repute cyclon has a reputation beyond repute
Join Date
Dec 2008
Location
Kuching
Age
35
Posts
10,883
Points
268.11
Thanks
148
Thanked 404 Times in 328 Posts
Credits

$ 11
Rep Power
150056
Nice reading. Ada lagi cerita macam ni, up la lagi.

5. The Best Spread 468x60ms

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

Similar Threads

1. [NEW] Kucink bercakap..
By are_dik_87 in forum Pet Lovers
Replies: 14
Last Post: 26-06-2010, 10:22 PM
2. Bercakap Dengan Anak
By fendikya in forum Religious Talk / Muslim Section
Replies: 2
Last Post: 14-10-2009, 01:32 PM
3. Boleh bercakap dengan ular
By hpmfl2002 in forum Info & Selebriti
Replies: 5
Last Post: 26-08-2009, 06:58 PM
4. Bercakap
By adriana in forum Religious Talk / Muslim Section
Replies: 2
Last Post: 03-05-2009, 06:06 PM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

• You may not post new threads
• You may not post replies
• You may not post attachments
• You may not edit your posts
Premium Ads
TenkoFX Crypto

Paid Ads

Moneybookers 180x60

FXOpen 125x125

Ehoza Ads
Ehoza Ads