The Best Spread 728x90ms

+ Reply to Thread
Page 1 of 2 1 2 LastLast
Results 1 to 10 of 18

Thread: Anak Derhaka

  1. #1
    perati's Avatar
    perati is offline Addicted Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute perati has a reputation beyond repute
    Join Date
    Apr 2007
    Age
    48
    Posts
    835
    Points
    283.50
    Thanks
    0
    Thanked 19 Times in 12 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    1013

    Anak Derhaka

    Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada
    tengah hari itu, 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi
    berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng -
    gelengkan kepala. Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka
    bincangkan, kata saya di dalam hati . Setelah injin motosikal di
    matikan, saya berjalan ke arah mereka.

    " Bincang apa tu ? Serius aku tengok," saya menyapa.

    " Haaa.. Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar
    dari kubur emak dia ?" kata Jaimi, kawan saya.

    " Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah,"
    jawab saya.

    Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

    " Macam ni, di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak
    perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang
    tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak
    keluarkan dia. Tapi belum boleh lagi, " Jaimi memulakan cerita.

    " Kenapa jadi macam tu?" saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih
    mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual.

    Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah
    hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur
    belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama
    kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah
    berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

    " Bukannya banyak, RM 20 aja mak!" gadis itu membentak.

    " Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya,
    perlahan.

    Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun
    dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis.

    " Maaak.. Kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak,"
    kata gadis itu.

    " Yalah, mak tau.. Tapi mak tak ada duit," balas ibunya.

    " RM 20 aja !" si gadis berkata.

    " Tak ada ," jawab ibunya.

    " Emak memang kedekut !" si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

    " Bukan macam tu ta.. " belum pun habis ibunya menerangkan, gadis
    tersebut menyanggah, katanya,

    " Ahhh.. Sudahlah emak! Saya tak mau dengar!

    " Kalau emak ada du.. " ibunya menyambung , tapi belum pun habis
    kata-katanya.

    Si gadis memintas lagi, katanya ; " kalau abang, boleh, tapi kalau
    saya minta duit, mesti tak ada !"

    Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya
    ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai.

    " Saida.. Saidaaa.. " katanya perlahan sambil mengurut dada.
    Wajahnya berkerut menahan sakit.

    Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai.
    Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam
    bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di
    luar, suasana sunyi sepi. Hampir sejam kemudian, barulah gadis
    tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak
    bergerak lagi. Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah
    leher , tidak ada lagi nadi berdenyut. Si gadis panik. Dia meraung
    dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut. Meraung si gadis
    melihat mayat ibunya itu. Melaui jiran-jiran, kematian wanita itu di
    beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.

    Jaimi menyambung ceritanya ; " Mak cik tu di bawa ke kubur pukul
    12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila
    mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat
    10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya
    sendiri pun tak dapat bantu. " Tapi bila budak perempuan tu tolong,
    mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat
    dan letak mayat ibunya di tepi kubur." Kemudian gadis berkenaan
    masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi
    beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan
    menyerahkannya kepada gadis berkenaan. Tanpa bersusah payah, gadis
    itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak
    memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh
    di angkat . Ia seperti di paku ke tanah.

    Si gadis mula cemas. " Kenapa ni ayah ?" kata si gadis. Wajahnya
    serta-merta pucat lesi. " Apa pasal," Si ayah bertanya. " Kaki Saida
    ni.. Tak boleh angkat !" balas si gadis yang kian cemas. Orang ramai
    yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang
    menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku. " Ayah, tarik
    tangan saya ni. Kaki saya terlekat.. Tak boleh nak naik," gadis
    tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya. Si bapa menarik tangan
    anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke
    tanah. Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga
    tidak berhasil. " Ayah.. Kenapa ni ?? Tolonglah Saida , ayah.." si
    gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung
    di pinggir kubur. Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur.
    Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah,
    kaki si gadis tetap terpasak di tanah.

    Tangisannya bertambah kuat. " Tolong saya ayah, tolong saya...kenapa
    jadi macam ni ayah ? " kata si gadis sambil meratap. " Itulah, kamu
    yang buat emak sampai dia meninggal . Sekarang , ayah pun tak tau
    nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan
    anaknya itu. Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam
    kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat
    ke tanah. " Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu
    menangis . Sambil itu di peluk dan di cium jenazah kiblat. Air
    matanya sudah tidak boleh di empang lagi. " Maafkan Saida emak,
    maafkan, Saida bersalah, Saida menyesal.. Saida menyesal.. Ampunkan
    Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang
    telah kaku.

    Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik
    keluar. Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar.
    Beramai-ramai orang cuba mengeluarkan nya namun kecewa. Apabila
    terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa
    kubur tersebut perlu di kambus. " Kita kambus sedikit saja, sampai
    mayat ibunya tak dapat di lihat lagi. Kita tak boleh biarkan
    mayatnya macam tu aja. Kalau hujan macam mana? " kata imam kepada
    bapa gadis berkenaan. "Habis anak saya?" tanya si bapa. " Kita akan
    terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri
    awak di sempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam. Lelaki
    berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang di putuskan, upacara
    pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk
    talkinnya. Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja,
    cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.

    Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila
    talkin di baca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia
    meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai
    upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak
    berhasil.

    " Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar
    sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke
    kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.

    " Aku pun nak pergilah," kata saya.

    Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.
    Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah
    kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas
    menuju kubur yang di maksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah
    orang ramai yang sedang bersesak-sesak. Setelah penat berusaha,
    akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan. Malangnya
    saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah
    di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada
    kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam
    kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-
    masing. Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada
    polis berkenaan adalah kenalan saya.

    " Pssstt.. Raie.. Raie..Psstt, " saya memanggil.

    Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.

    " Boleh aku tengok budak tu ?" saya bertanya sebaik saja dia datang
    ke arah saya.

    " Mana boleh . Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan
    seperti berbisik.

    Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang
    tahu.

    " Sekejap aja. Bolehlah.."saya memujuk.

    Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah. Tanpa berlengah,
    saya mengusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie
    seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada
    saya berdebar kencang. Pertama, risau, takut di halau keluar.
    Kedua ; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada
    gadis berkenaan. Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran,
    akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan. Di pinggir kubur
    itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya. Raie
    mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya
    tidak di halau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang
    berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu
    memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.

    Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak. Saya
    lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil
    menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah
    berhampiran lahad dan merintih,

    "Emak.. Ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak,
    Saida menyesal, Saida menyesal.."

    Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang
    bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada
    arwah ibunya.

    " Emak.. Lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya."

    Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil
    juga. Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir
    kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat
    untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

    " Sudahlah tu Saida.. Makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil
    menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air.

    Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke
    atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada
    arwah ibunya. Hampir menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya
    sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini beralaku di
    depan mata. Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para
    alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'.
    Malangnya saya tidak dapat lama di sana. Cuma 10 - 15 minit saja
    kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu
    tidak mahu, terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil
    berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap.

    " Ampunkan saya emak, ampunkan saya saya, Ya Allah,lepaskanlah kaki
    ku ini, aku bertaubat, aku insaf.."

    Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan
    adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa
    keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Seorang polis saya lihat
    mengesatkan air matanya. Semakin lama semakin ramai orang berhimpun
    mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan
    anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-
    masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat
    liputan tetapi tidak di benarkan. Mereka merayu bermacam-macam cara,
    namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di
    tolak.

    Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba.
    Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara
    dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke
    rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya
    yang saya terngiang-ngiang di telinga. Saya di beritahu, sejak
    siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya.
    Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi
    kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah di sebutkan
    Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar.
    Saida tetap tidak dapat di keluarkan. Embun mula menitis. Saida
    kesejukan pula. Dengan selimut yang di beri oleh bapanya dia
    berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu
    kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.

    Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut
    mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis
    berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar
    orang-orang bercerita. Setelah empat atau lima hari terperangkap,
    akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan
    tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan
    kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum.
    Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di
    lakukannya.

    Allah Maha Agung. Sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah
    tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan
    seperti mayat-mayat lain. Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah
    redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ
    bersemadi seorang gadis yang derhaka.
    ~~~ pErAtI ~~~


  2. stp 468x60-en

  3. #2
    miss sya Guest
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    sya penah baca cite ni....sedih tau...



  4. #3
    kitaro's Avatar
    kitaro is offline Official Photographer


    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Ulu Klang,
    Posts
    2,267
    Points
    1,237.72
    Thanks
    36
    Thanked 147 Times in 75 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    19823
    oleh tu ingatlah semua warga ehoza...syurga dibawah telapak kaki ibu....ibu...........ibu..........................



  5. #4
    maxpda's Avatar
    maxpda is offline Full Time Supporter
    This user has no status.
     
    I am:
    Cool
     
    maxpda is on a distinguished road
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Teluk Inta
    Posts
    594
    Points
    205.20
    Thanks
    2
    Thanked 5 Times in 3 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    571
    Sedih tul citer ni...



  6. #5
    xareen's Avatar
    xareen is offline Addicted Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    xareen will become famous soon enough xareen will become famous soon enough
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    klia
    Posts
    925
    Points
    309.90
    Thanks
    0
    Thanked 16 Times in 13 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    598
    ishk...ishk...sedihnya, mak...ampunkan anak2 mak kalau kami pernah menyakiti hati mak...
    "ketenangan ada di hati, x merasa kerna kau x mencari..."



  7. #6
    ayam's Avatar
    ayam is offline Ehoza's Advisor®™

    is Ehoza New Version
     
    I am:
    Happy
     
    ayam has a reputation beyond repute ayam has a reputation beyond repute ayam has a reputation beyond repute ayam has a reputation beyond repute ayam has a reputation beyond repute ayam has a reputation beyond repute ayam has a reputation beyond repute ayam has a reputation beyond repute ayam has a reputation beyond repute ayam has a reputation beyond repute ayam has a reputation beyond repute
    Join Date
    Jan 2007
    Location
    Somewhere
    Posts
    2,686
    Points
    6,532.01
    Thanks
    65
    Thanked 177 Times in 101 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    189147
    Jangan derhaka kepada ibu bapa terutama kepada ibu..Nabi Muhammad juga telah berpesan kepada umatnya supaya taat kepada ibu bapa.



  8. #7
    ichigo's Avatar
    ichigo is offline Regular Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    ichigo has a reputation beyond repute ichigo has a reputation beyond repute ichigo has a reputation beyond repute ichigo has a reputation beyond repute ichigo has a reputation beyond repute ichigo has a reputation beyond repute ichigo has a reputation beyond repute ichigo has a reputation beyond repute ichigo has a reputation beyond repute ichigo has a reputation beyond repute ichigo has a reputation beyond repute
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    selangor
    Age
    34
    Posts
    290
    Points
    36.23
    Thanks
    0
    Thanked 27 Times in 7 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    6146
    HAPPY MOTHERS DAY TO ALL MOTHERS IN DA WORLD....



  9. #8
    merbau's Avatar
    merbau is offline DieHardFan Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    merbau has a reputation beyond repute merbau has a reputation beyond repute merbau has a reputation beyond repute merbau has a reputation beyond repute merbau has a reputation beyond repute merbau has a reputation beyond repute merbau has a reputation beyond repute merbau has a reputation beyond repute merbau has a reputation beyond repute merbau has a reputation beyond repute merbau has a reputation beyond repute
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    selangor
    Age
    34
    Posts
    1,019
    Points
    335.70
    Thanks
    0
    Thanked 20 Times in 17 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    1901
    jangan derhaka kepada ibubapa...bla ada di depan mata tidak dihargai, bila sudah tiada tiada guna lagi menyesal...



  10. #9
    xareen's Avatar
    xareen is offline Addicted Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    xareen will become famous soon enough xareen will become famous soon enough
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    klia
    Posts
    925
    Points
    309.90
    Thanks
    0
    Thanked 16 Times in 13 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    598
    tul tu...tiba2 rindu lak kat mak abah...huhu
    "ketenangan ada di hati, x merasa kerna kau x mencari..."



  11. #10
    suntat's Avatar
    suntat is offline DieHardFan Member

    is KaCaU BiLaU
     
    I am:
    Tired
     
    suntat has a reputation beyond repute suntat has a reputation beyond repute suntat has a reputation beyond repute suntat has a reputation beyond repute suntat has a reputation beyond repute suntat has a reputation beyond repute suntat has a reputation beyond repute suntat has a reputation beyond repute suntat has a reputation beyond repute suntat has a reputation beyond repute suntat has a reputation beyond repute
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Msih Mcari
    Age
    34
    Posts
    1,114
    Points
    381.23
    Thanks
    82
    Thanked 39 Times in 14 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    3941
    serius lah...sedih cerita nie...nak nangis aku baca cerita tue...xpatut dia derhaka kat mak dia..


  12. FXOpen 468x60ms

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

     

Similar Threads

  1. Derhaka Anak Kepada Ibubapa, Biasa....Derhaka Ibubapa Pada Anak Mcmmana ?
    By moneyloopholes in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 6
    Last Post: 05-06-2010, 01:31 PM
  2. Pukulan anak derhaka
    By prodigy in forum Isu Semasa 2010
    Replies: 18
    Last Post: 03-06-2010, 05:18 PM
  3. Apa Punca Anak Derhaka
    By hulkdogan in forum Ibubapa & Anak / Kehamilan
    Replies: 0
    Last Post: 10-02-2010, 12:21 PM
  4. [IMPORTANT] APA PUNCA ANAK DERHAKA
    By headpux in forum Religious Talk / Muslim Section
    Replies: 1
    Last Post: 09-10-2009, 01:41 AM
  5. 'Dia anak derhaka'
    By XVIEW in forum Isu Semasa 2008
    Replies: 1
    Last Post: 20-11-2008, 10:14 AM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
Premium Ads
TenkoFX ECN Gravity

Paid Ads

FXOpen 125x125

Moneybookers 180x60









Ehoza Ads
Ehoza Ads