The Best Spread 728x90ms

+ Reply to Thread
Results 1 to 2 of 2
  1. #1
    joney's Avatar
    joney is offline Pengetua Ehoza

    is .............. dead!
     
    I am:
    Tired
     
    joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    Pass Away
    Posts
    8,902
    Points
    3,593.64
    Thanks
    193
    Thanked 96 Times in 63 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    182695

    Jenayah Dan Polis Siber

    Jenayah Dan Polis Siber



    Klasifikasi Jenayah siber

    Kesemua peringkat penggunaan komputer adalah sentiasa berhadapan dengan aktiviti jenayah. Sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya. Operasi input, pemprosesan data, operasi output dan komunikasi data telah digunakan dengan teliti untuk tujuan yang tidak sihat. Jenis jenayah siber yang biasa kita dengar

    1. Penipuan
    2. Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer.
    3. Kecurian maklumat.
    4. Capaian secara tidak sah keatas sistem
    5. Menyalin perisian secara tidah sah.
    6. Pengintipan
    7. Judi siber
    8. Skim cepat kaya
    9. Pornografi
    10. Penggodam atau "Hacker"
    11. Penyebaran virus

    dan banyak lagi dan mungkin juga kita akan berhadapan dengan bentuk jenayah baru selaras dengan kepesatan pembangunan komputer .Isu yang ingin di bincangkan di sini bukanlah berkenaan bagaimana jenayah dilakukan tetapi mengapakah jenayah ini sukar dibendung. Antara beberapa faktor yang dikenal pasti ialah...............

    1. Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya
    2. Kepentingan ekonomi
    3. Berbeza takrifan jenayah
    4. Kepentingan ketenteraan
    5. Sikap manusia "Human attitude"

    Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya.

    Siapakah penjenayah siber? Apakah jenayah yang dilakukan? Di mana jenayah dilakukan? Soalan-soalan yang sukar di jawab. Kalau jenayah lain senang dikenali contohnya perompak tentu sekali memegang senjata , penculik tentu sekali meminta wang tebusan tetapi bagaimana mengenali penjenayah siber. "Satu masalah utama untuk membezakan ancaman siber dengan ancaman fizikal adalah untuk menentukan siapa yang menyerang sistem kita, mengapa, bagaimana, dan dari mana," Michael A. Vatis dari FBI. Umumnya penjenayah siber adalah golongan berpengetahuan ataupun profesional. Munkin kawan kita , mungkin pelajar, mungkin profesor atau siapa sahaja. Mereka akan melakukan jenayah terhadap intitusi mereka sendiri atau intitusi pesaing atau mereka diupah oleh pihak tertentu contohnya.

    Organisasi perniagaan mungkin menjadi sasaran pesaingnya, pekerja atau bekas pekerja. Bank serta institusi kewangan oleh perompak dan penjenayah profesional. Manakala, pihak universiti menjadi sasaran pelajar atau bekas pelajar. Agensi kerajaan pula mungkin menjadi mangsa pengganas dan komputer militari mungkin disabotaj.

    Kalaulah orang yang melakukan jenayah tidak di kenali undang-undang yang di rangka untuk membendungnya tidak akan bermakna. Di Amerika yang canggih teknologinyapun gagal mengesan perancang trajedi 11 September. Semasa Peristiwa 11 September 2001, 19 orang perampas kapal terbang memasuki Amerika Syarikat dengan menggunakan visa yang sah. Selain secara peribadi, mereka berhubung melalui Internet atau membuat panggilan telefon dengan menggunakan kad prabayar untuk merancang serangan terhadap New York dan Washington.


    Kepentingan ekonomi

    E-commerce dan K –ekonomi menjadi begitu penting sekarang. Dalam era globalisasi sekarang sesebuah negara akan ketinggalan jika masih bergantung kepada kaedah traditional sahaja dalam urusan ekonomi. Mereka perlu bergerak seiring dengan negara-negara yang mengamalkan K- ekonomi. Bagi negara-negara membangun kepakaran dalam bidang teknologi maklumat amat terhad. Untuk mengatasi masalah ini mereka perlu membuka pintu untuk perlaburan luar. Malaysia contohnya telah membina Multimedia Super Corridor (MSC), iaitu sebuah kawasan seluas 15 km x 50 km selatan Kuala Lumpur. MSC mensasarkan untuk menarik syarikat teknologi bertaraf dunia menggunakan MSC sebagai pusat untuk mengujian teknologi. Tujuh aplikasi perdana telah dibentuk untuk mengujudkan aktiviti di dalam MSC. Ianya terdiri daripada sekolah bestari, kad pintar,teleperubatan, kluster R&D, kerajaan elektronik, rangkaian pengilangan sedunia dan pemasaran tanpa sempadan.

    Untuk menarik pelaburan asing yang berstatus MSC Malaysia telah memperkenalkan sebuah senarai yang dikenali sebagai Rang Jaminan (Bill of Guarantees) yang antara jaminannya ialah tiada pernapisan internet.selain malaysia banyak negara lain mengambil langkah yang sama contohnya Indonesia, India, mexico dan boleh dikatakan semua negara maju tidak menapis internet. Tidak menapis internet bermakna semua orang boleh menggunakan internet dengan bebas ini termasuklah penjenayah siber. Oleh itu tidak bermakna dirangka undang-undang jenayah siber. Beberapa contoh peristiwa akibat tiada penapisan internet : melalui alam siber Zapatista National Liberation Army di Mexico semakin bertenaga dalam menegakkan perjuangan mereka , aktivis siber di Indonesia berjaya menumbangkan rejim Suharto pada bulan Mei 1998, Pelampau Hindu yang merobohkan masjid pada awal tahun 1990-an dan menyerang penganut Kristian pada akhir tahun 1990-an terdiri daripada golongan pekerja di India yang menggunakan kaset video dan Internet untuk menyebarkan mesej serta tragedi 11 sept juga menggunakan komunikasi internet.


    Berbeza takrifan jenayah :

    Sebelum kita melangkah lebih jauh lagi untuk membincangkan jenayah siber ini, terlebih dahulu marilah kita lihat terlebih dengan definisi jenayah siber itu sendiri. Jenayah membawa maksud aktiviti seperti kecurian, penipuan, pemalsuan, peras ugut dan sebagainya. Jenayah komputer pula melibatkan segala aktiviti jenayah yang biasa dilakukan seperti kecurian, penipuan, peras ugut dan segala aktiviti yang melibatkan jenayah.

    Walau bagaimana, definisi yang lebih baik dan komprehensif telah dibuat oleh Mr Donn B. Parker seorang penyelidik di dalam jenayah komputer dan keselamatan untuk SRI International di Menlo Park, California. Beliau menyatakan bahawa jenayah komputer adalah mana perlakuan yang mempunyai niat dan dikaitkan dengan komputer melalui apa-apa cara dan menyebabkan mangsa menderita atau boleh menyebabkan penderitaan, kerugian dan berterusan.

    Jabatan Kehakiman US menguatkan lagi definisi ini dengan mengatakan bahawa jenayah komputer adalah mana-mana aktiviti yang tidak sah dimana pengetahuan mengenai teknologi komputer digunakan untuk merealisasikannya.

    Namun demikian kita harus akui bahawa ujudnya takrifan jenayah siber antara negara. Bagi negara-negara islam judi, pornography, pengiklanan sex adalah suatu jenayah tetapi bukan jenayah dikebanyakan negara.contohnya di America syarikat hal-hal sebegini dianggap remeh hanya pornography kanak-kanak saja dianggap jenayah . Mereka lebih memberi tumpuan kepada keselamatan dan perdagangan. Berbagai –bagai undang yang berkait rapat dengan keselamatan dan perdagangan di rangka seperti trademark low, copyright low,undang yang berkaitan hacker dan penyebaran virus dan sebagainya. Dengan adanya takrifan yang berbeza ini sukar untuk dikuatkuasakan undang-undang siber. Dimalaysia yang terikat dengan janji tidak menapis internet terpaksa merelakan jenayah ini.

    Kepentingan ketenteraan :

    Dunia tanpa sempadan menjanjikan peluang serta ancaman, kesejahteraan serta kemusnahan, dan keamanan serta peperangan. Akibat semakin saling berhubungan, maka sistem dan rangkaian maklumat kini terdedah kepada pelbagai ancaman dan mudah diserang. Keadaan ini mewujudkan isu baru tentang keselamatan, seperti yang disebut dalam OECD Guidelines for the Security of Information Systems and Networks: Towards A Culture of Security. Sesetengah negara, seperti Amerika Syarikat meletakkan perlindungan daripada serangan berasaskan siber dan jenayah teknologi tinggi sebagai salah satu keutamaan yang penting. Ekoran Peristiwa 11 September kerajaan dalam OECD merangka Garis Panduan Keselamatan Sistem dan Rangkaian Maklumat yang baru untuk bertindak balas terhadap keganasan siber, virus komputer, penggodaman, dan ancaman lain.

    “Walaupun Zaman Maklumat ini menjanjikan kecekapan yang semakin meningkat, namun keselamatan negara lebih sukar untuk diurus,” kata Eliot A. Cohen, pakar strategi dan kuasa ketenteraan, semasa Persidangan Tahunan Keenam di Abu Dhabi. Teknologi maklumat bukan sahaja mengaburkan sempadan antara perkhidmatan dan sempadan antara dunia ketenteraan dengan dunia awam, tetapi juga mengaburkan sempadan keselamatan.

    Peperangan zaman teknologi maklumat bukan sahaja peperangan yang melibatkan kekuatan fizikal ketenteraan sahaja malahan peperangan ilmu pengetahuan. Pihak musuh akan menggunakan teknologi ini untuk menyerang sistem komputer kita. Serangan dilakukan dengan berbagai cara temasuklah mencuri maklumat dan merosakkan sistem .kita sebagai pihak yang diserang perlu melengkapkan diri dengan ilmu bagaimana mempertahankan diri dan menyerang balas. Situasi ini secara tidak lansung akan menggalakkan ilmu bagaimana untuk menceroboh sistem dan merosakkan komputer berkembang. Secara tidak langsung hacker dilahirkan. Hacker ini jika disalahgunakan terhadap awam akan menjadi jenayah jenayah. Dalam masa undang undang siber di rancang dan dalam masa yang sama kita melahirkan hacker. Sampai bila masaalah ini akan selesai.

    Sikap manusia :

    Sikap manusia memang sesuatu yang sukar di kawal. Kita tidak boleh mengubah attitude sesaorang melainkan orang itu sendiri mengubahnya. Jenayah siber sering dilakukan oleh manusia yang mempunyai attitude negetif. Mereka menyerang sistem hanya sekadar suka-suka ataupun mencuba ilmu yang baru mereka pelajari. Kebanyakan mereka ini adalah remaja ataupun dalam lengkongan 20 an. “Pertumbuhan penduduk dunia kira-kira 20 peratus hingga tahun 2010, dengan 95 peratus daripadanya berlaku di negara membangun, dan kemunculan golongan remaja, berdasarkan pengalaman sejarah, merupakan faktor utama ketidakstabilan.” Leftenan Jeneral Patrick M. Hughes, Pengarah Agensi Perisikan Pertahanan, Amerika Syarikat menyatakan kebimbangan ini kepada Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Senat pada Februari 1997.

    Golongan remaja mempunyai sikap yang sukar diramal. Mereka belum cukup matang untuk berfikir tentang akibat jenayah yang mereka lakukan. Lebih malang kerana kecanggihan teknologi gagal mengenal pasti penceroboh. Misalnya, pada Februari dan Mac 2000, pencerobohan telah berlaku terhadap lebih 500 sistem komputer tentera, kakitangan kerajaan, dan sektor swasta di Amerika Syarikat. Ketika itu Amerika bersiap sedia dengan angkatan tenteranya di Teluk Parsi ekoran ketegangan antara Iraq dengan pemeriksa senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Apabila berlaku pencerobohan sedemikian, pihak berkuasa Amerika Syarikat mengesyaki Iraq, tetapi terbukti bahawa pihak yang bertanggungjawab ialah dua orang juvenil dari Cloverdale, California, dan beberapa orang penduduk Israel.

    Soalnya dari mana remaja atau mereka yang gemar menceroboh mempelajari ilmu ini. Mereka ini sebenarnya mahir tentang komputer. Mereka bukan belajar khusus untuk menceroboh tetapi dengan mempelajari ilmu komputer secara tidak lansung mereka boleh mencuba untuk menceroboh sistem atau cuba mencipta virus. Oleh itu semakin tinggi teknologi IT berkembang semakin tinggi juga teknologi bagaimana jenayah dilakukan.

    "Pembangunan teknologi meningkatkan keselamatan sistem maklumat secara keseluruhan," kata Gillespie dan Nakatomi dari Direktorat Sains, Teknologi, dan Industri OECD. "Namun begitu, teknologi juga menyediakan kapasiti kepada bakal penyerang atau penceroboh untuk melakukan penerobosan yang lebih pantas dengan kesan yang sangat luas dan mendalam, yang sukar dijejak."

    Oleh itu undang-undang siber tidak bermakna jika masih terdapat orang yang bersikap negetif dan menggunakan kemajuan komputer ke arah negetif.


    Kesimpulan

    Daripada perbincangan di atas undang-undang siber tidak boleh kita harapkan untuk melindungi kita dari ancaman jenayah komputer. Dalam dunia tanpa sempadan, serangan mungkin dilakukan beribu-ribu batu jauhnya ataupun dari orang yang di sebelah kita dan amat malang sekali kita sukar mengenali siapa mereka dan dari mana mereka menyerang kita. Walau bagaimanapun kita kena mengambil langkah untuk melindungi sistem komputer kita sendiri. Lengkapkan diri kita dengan ilmu tentang komputer dan mungkin kita boleh lindungi sistem komputer kita dengan perisian yang ada di pasaran seperti anti-virus, firewall, pop-up blocker, anti-spyware dan apa saja perisian keselamatan yang lain.

    Untuk memahami lagi isu keselamatan dalam internet lawati laman http://www.niser.org.my
    niser adalah singkatan dari "national ict security and emergency response centre"

    Polis Siber :


    Polis Siber atau dalam bahasa Inggeris "Cybercop", adalah polis yang mengawal alam siber dari berlakunya jenayah siber. Ini dapat dilakukan dengan memantau Internet dimana orang-orang yang ekstrim boleh membuat kacau-bilau melalui penyebaran berita yang palsu. Disamping itu dengan wujudnya perniagaan melalui Internet iaitu "e-commerce", penjenayah boleh mencuri maklumat penting seperti nombor kad kredit dan sebagainya. Kebanyakan polis siber beroperasi dalam unit teknologi maklumat.


  2. stp 468x60-en

  3. #2
    astaroth's Avatar
    astaroth is offline Hall of Fame
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of
    Join Date
    Mar 2007
    Location
    Hell Sith
    Posts
    1,900
    Points
    650.10
    Thanks
    0
    Thanked 17 Times in 14 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    735
    nasib baik aku tolak khurus hacker hari tu hheheeheh


  4. bitcoin 468x60-en

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

     

Similar Threads

  1. Polis selamatkan mangsa buli siber
    By nikridzuan in forum Info & Pengetahuan Am
    Replies: 0
    Last Post: 04-01-2010, 09:48 AM
  2. Ancaman jenayah siber meningkat
    By hpmfl2002 in forum Isu Semasa 2009
    Replies: 7
    Last Post: 08-07-2009, 08:01 PM
  3. Replies: 2
    Last Post: 05-07-2009, 03:31 AM
  4. Jenayah - Ustaz rogol anak Polis
    By Abang Chik in forum Isu Semasa 2008
    Replies: 6
    Last Post: 06-09-2008, 07:09 AM
  5. Tiada unsur jenayah - Polis
    By hpmfl2002 in forum Isu Semasa 2008
    Replies: 1
    Last Post: 21-07-2008, 11:00 AM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
Premium Ads
TenkoFX ECN Gravity

Paid Ads

FXOpen 125x125

Moneybookers 180x60









Ehoza Ads
Ehoza Ads