TenkoFX ECN Gravity

+ Reply to Thread
Page 1 of 2 1 2 LastLast
Results 1 to 10 of 12
1. #1
kitaro's Avatar
kitaro is offline Official Photographer

This user has no status.

I am:

kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute
Join Date
Apr 2007
Location
Ulu Klang,
Posts
2,267
Points
1,237.72
Thanks
36
Thanked 147 Times in 75 Posts
Credits

$ 1
Rep Power
19823

Kisah Benar- Hadiah Teristimewa

Kisah Benar...

Pagi 16 Mei 2005, saya dikejutkan dgn beberapa org anak murid yg meluru ke
arah saya. Wajah mereka berseri-seri lalu masing-masing menghulurkan
bungkusan berwarna-warni. "Cikgu...selamat Hari Guru!" kata mereka
bertepuk tangan sambil berlari-lari anak mengelilingi saya. Memang saya
terkejut kerana sebelum itu tidak pernah saya khabarkan pada anak-anak
murid tentang tarikh sambutan Hari Guru, apalagi mengingatkan mereka.
Bagi saya mereka terlalu muda dan belum dapat menilai erti sambutan Hari Guru.
Rupa-rupanya saya silap. Tanpa saya menyangka pagi itu meja saya dipenuhi
pelbagai jenis hadiah. Hari itu saya rasakan terlalu indah.

Saya rasa disanjungi, lalu pipi anak-anak murid saya kucup tanda
merghargai pemberian dan ingatan mereka. "Terima kasih...bagitau ibu,
cikgu ucapkan terima kasih, ya!" pesan saya pada Arina lalu satu kucupan
singgah dipipi gebunya. Di sisi Arina, saya lihat Mariam tersengih-sengih.
"Cikgu...Mariam pun nak bagi hadiah. Tapi tak bawa hari ni, lupa.
Boleh cikgu, ya?" kata anak kecil itu bersungguh. "Tak payahlah Mariam. Tak bagi
pun tak apa, cikgu bukan minta hadiah, cukuplah Mariam ucap Selamat Hari
Guru buat cikgu. Itu pun sudah buat cikgu gembira." Saya cuba memujuknya
kerana tidak mahu menyusahkan Mariam dan anak-anak murid yang lain.

Sebagai cikgu, saya tahu serba sedikit latar belakang keluarga mereka.
Kerana itu saya tidak mahu ada di antara anak-anak murid saya yang
bersusah payah menyediakan hadiah, lebih-lebih lagi Mariam. Dia bukan anak
orang senang, ibu bapa Mariam membesarkannya hanya dengan meraut lidi,
mencari daun getah kering lalu menjualkannya. Sebab itu saya tidak mahu
Mariam rasa bersalah bila melihat teman-teman yang lain memberikan hadiah
sedangkan dia tidak membawa apa-apa. Bagi saya, lebih baiklah duit yang
ada itu digunakan oleh ibu bapa Mariam untuk makan minum keluarganya,
atau belikan baju baru untuk Mariam buat menggantikan baju yang kusam dan masam dek peluh.

Saya gembira mendidik murid seperti Mariam. Biarpun ibu Mariam sudah lama
meninggal dunia namun anak kecil itu masih bertuah kerana ibu tirinya
menyayangi Mariam tidak ubah seperti anak kandung sendiri. Buktinya setiap
pagi saya lihat anak kecil itu datang ke tadika sambil dipimpin ibunya,
berjalan kaki sejauh 2 kilometer setiap hari. Kalau ada yang bersimpati,
di tengah perjalanan ada keluarga murid-murid lain akan menumpangkan
Mariam. Kalau tidak Mariam akan terus berjalan kaki dalam panas gerimis,
pergi dan balik. Begitulah setiap hari.

Esoknya sekali lagi meja saya dipenuhi dgn pelbagai jenis hadiah. Kali ini
datang daripada anak-anak murid yang tidak sempat memberikannya semalam.
Saya hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala bila mana sambutan Hari Guru
tahun ini benar-benar meriah. Seperti biasa, ! pagi itu saya berdiri di
hadapan pintu menyambut seorang demi seorang ibu bapa yang datang
menghantar anak masing-masing. Di muka pintu sekolah, saya dengar seorang
bapa berpesan ; "Hadiah tu bagi kat cikgu tau." Tatkala itu saya
benar-benar tersentuh kerana saya langsung tidak menyangka cukup dihargai
oleh anak-anak murid yang masih kecil usianya. Dari halaman, saya lihat
Mariam berpimpinan tangan dgn ibunya. Saya sambut kedua-dua mereka dgn
senyuman. Sama seperti pagi-pagi sebelumnya, Mariam tiba di tabika dgn
keadaan tubuh yg bermandikan peluh.

Bajunya basah namun kanak-kanak itu tetap ceria, tersenyum seperti biasa.
"Cikgu! Mariam bawa hadiah untuk cikgu!" laungnya sambil ketawa. "Kan
cikgu dah pesan, Mariam tak payah bagi cikgu hadiah," kata saya lalu
mengusap rambut Mariam yang bertitisan peluh, dgn rasa kasih yg mendalam. "Tak apa....hadiah ni best cikgu!" kata Mariam bersungguh-sungguh.
Mariam meletakkan begnya di atas meja. Pantas jari-jemari comelnya membuka zip
beg sekolahnya yang sudah pudar warnanya akibat dimamah cahaya matahari.
"Sekejap ya cikgu," kata Mariah yang masih tercungap-cungap kepenatan.
Saya lihat Mariam mengeluarkan sesuatu dari dalam beg. Dia tersenyum
sebaik menghulurkan segumpal surat khabar yang berkecai dalam
genggamannya. "Alaaa...koyak pulak, cikgu !," rungut Mariam penuh
kekesalan. Matanya membulat memandang saya yang masih setia menantinya.
Beberapa anak-anak murid yang lain turut berdiri tidak sabar lihat apa yang Mariam keluarkan. "Apa yang Mariam bawa tu?," saya tanya penuh hairan
melihat sesuatu yang bulat dibungkus dengan surat khabar lama. Saya dekati
anak kecil itu lalu menyelak beg yang dibawanya. Di saat itu hati
tiba-tiba menjadi sebak sebaik melihat 5 biji buah bacang bertindihan
dengan buku-buku tabikanya. Dada saya ini mula terasa berat, ada air yang
mula bertakung dikelopaknya. "Cikgu ambillah plastik, rumah Mariam tak ada
plastik sebab tu mak bungkus dengan kertas. Tapi koyak pulak," katanya
lincah sambil sebiji demi sebiji buah bacang dikeluarkannya dari dalam beg
sekolah. Gelak tawa kawan-kawannya mula kedengaran namun Mariam masih
tersenyum lalu matanya merenung saya dengan pandangan yang cukup sayu.

"Cikgu...cikgu tak suka buah bacang ke?," tanya anak kecil itu bila
melihat saya merenung wajahnya dan 5 biji buah bacang yang bergulingan di
atas meja. Saya cuba tahan airmata supaya tidak mengalir. Terlalu sebak
rasanya. "Takkkk..cikgu...cikgu suka sangat. Balik nanti cikgu buat sambal
belacan ya," kata saya, perlahan. Suara saya bagai tersekat di kerongkong.
Dapat saya lihat anak kecil itu mengukir senyum. Saya peluk tubuhnya yang
masih bermandikan peluh. Tidak dapat saya gambarkan bagaimana anak kecil
itu membawa 5 biji buah bacang sambil berjalan kaki sejauh 2 kilometer.
Saya kucup pipinya beberapa kali lalu tidak henti-henti ucapan terima
kasih saya bisikkan ke telinga Mariam. "Bagitau mak...cikgu suka buah
bacang. Terima kasih, ya," ucap saya lagi. Anak kecil itu mengangguk.
"Tengok, Mariam pun bagi hadiah kat cikgu jugak," katanya kepada
kawan-kawan sambil tersenyum riang. "Eleh...buah bacang bukan hadiah.
Orang bagi hadiah kena bungkus lawa-lawa, bukan dengan kertas koyak."
kata seorang anak murid yang masih tidak mengerti nilai sebuah hadiah yang
sebenar-benarnya. "Tak apa...semua hadiah cikgu suka. Balut lawa atau
tidak semuanya sama. Cikgu sayang semua anak-anak murid cikgu," saya
ucapkan kata-kata itu agar hati dan perasaan anak sekecil Mariam tidak
terguris.

Dapat saya lihat Mariam sekali lagi ketawa lalu bertepuk suka. Beberapa
titis airmata yang sejak tadi saya tahan, akhirnya tumpah dipipi.
Cepat-cepat saya mengesatnya bimbang anak-anak kecil yang suci dan bersih
itu perasan kerana mereka belum dapat menyelami perasaan seorang insan
yang bergelar guru. Buah bacang pemberian Mariam itu saya bawa pulang
dengan perasaan bangga bercampur hiba. Walaupun ia hanya 5 biji bacang,
tapi hadiah itu amat istimewa. Wajah Mariam,! bajunya yang dibasahi peluh
dan senyumannya yang ikhlas bermain-main diruang mata saya. Tengah hari
itu sambal belacan buah bacang menjadi santapan kami sekeluarga dan semasa
menelannya, beberapa titis airmata ini tumpah lagi ke pipi. Terima kasih
Mariam. 5 biji bacang itu merupakan hadiah paling bermakna buat cikgu dan
cikgu tidak akan lupakan sampai bila-bila.

Cikgu Rokiah - Kulim, Kedah.

2. The Best Spread 468x60ms

3. #2
astaroth's Avatar
astaroth is offline Hall of Fame
This user has no status.

I am:

astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of astaroth has much to be proud of
Join Date
Mar 2007
Location
Hell Sith
Posts
1,900
Points
650.10
Thanks
0
Thanked 17 Times in 14 Posts
Credits

$ 1
Rep Power
730
cissss bacang kee thasnk for the story ok gakkk

4. #3
kitaro's Avatar
kitaro is offline Official Photographer

This user has no status.

I am:

kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute
Join Date
Apr 2007
Location
Ulu Klang,
Posts
2,267
Points
1,237.72
Thanks
36
Thanked 147 Times in 75 Posts
Credits

$ 1
Rep Power
19823
Quote Originally Posted by necrohated View Post
cissss bacang kee thasnk for the story ok gakkk
sebab apa guna bacang...sebab bau2 bacang..kalau durian awal2 lg dah tau..

5. #4
Sonche's Avatar
Sonche is offline Member
This user has no status.

I am:

Sonche is on a distinguished road
Join Date
Apr 2007
Location
Keropok Ikan Cap Flowerhorn
Posts
126
Points
42.00
Thanks
0
Thanked 2 Times in 2 Posts
Credits

$ 1
Rep Power
560
Sebak juga baca kisah ni.

Org kita yg susah mmg masih ramai. Tu mujurla anak masih kecil.

Aku ada jugak kisah. Tapi lain la sikit, aku mengajar di salah sebuah kolej swasta. MEmang kolej aku ni majoriti student anak pekebun kecil getah. Tapi tak semua student ni sedar mak bapak diorang susah.

Ada satu batch tu, 2 tahun lepas, ada la sorang budak lelaki. Pakai baju branded, naik moto kapchai buruk. Memang banyak problem. Kaki ponteng kelas, x buat assignment. First2 duk kat asrama, then mohon nk tinggal kat luar sebab rumah family dia 10 kilometer je dari kolej.

Bila dah duk luar, faham2 je la, tak pernah datang kelas. Last2 datang bgtau nk berhenti.

beberapa bulan lepas tu, aku gi makan roti canai, kat kedai tu jumpa bapak dia, aku mmg cam la bapak dia ni. Mmg org susah. pakai baju koyak rabak, bawak anak pompuan dia yg bongsu, makan roti kosong share! air pun share. Sedih je aku tengok. Aku borak la dgn bapak budak ni. Dia cite, anak dia yg bekas student aku tu rupanya berhenti sebab merajuk ayah dia x belikan motor baru. Berair je mata bapak dia time cite. Yg peliknya, bapak dia tak salahkan anak, tapi salahkan diri sendiri sebab tak mampu. Hampeh punya budak.

Bapak dia keje pak guard skolah, anak ada 10 orang kalau tak silap aku. Imagine la. Tiba2 ada sekor anak, duk mengamuk nk beli motor sehingga sanggup berhenti belajar. Aku time tu baru tau dia anak org susah sebab kat kolej punya la berlagak. Hmmm...

Moral of the story, kalau tak mampu, buat cara tak mampu, usaha sendiri kalau nk jugak, jangan menyusahkan mak bapak.
Mcm aku, pakai Nokia 3310 je sebab tak mampu beli PDA.

6. #5
kitaro's Avatar
kitaro is offline Official Photographer

This user has no status.

I am:

kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute kitaro has a reputation beyond repute
Join Date
Apr 2007
Location
Ulu Klang,
Posts
2,267
Points
1,237.72
Thanks
36
Thanked 147 Times in 75 Posts
Credits

$ 1
Rep Power
19823
hidup sonche...

7. #6
merbau's Avatar
merbau is offline DieHardFan Member
This user has no status.

I am:

merbau has a reputation beyond repute merbau has a reputation beyond repute merbau has a reputation beyond repute merbau has a reputation beyond repute merbau has a reputation beyond repute merbau has a reputation beyond repute merbau has a reputation beyond repute merbau has a reputation beyond repute merbau has a reputation beyond repute merbau has a reputation beyond repute merbau has a reputation beyond repute
Join Date
Feb 2007
Location
selangor
Age
34
Posts
1,019
Points
335.70
Thanks
0
Thanked 20 Times in 17 Posts
Credits

$ 1
Rep Power
1902
buat semua guru...selamat hari guru yg akan menjelma tidak berapa lama lagi...

8. #7
xareen's Avatar
xareen is offline Addicted Member
This user has no status.

I am:

xareen will become famous soon enough xareen will become famous soon enough
Join Date
Feb 2007
Location
klia
Posts
925
Points
309.90
Thanks
0
Thanked 16 Times in 13 Posts
Credits

$ 1
Rep Power
598
tul tu sonche...ukur baju dibadan sendiri...
"ketenangan ada di hati, x merasa kerna kau x mencari..."

9. #8
apect
True Ehoza's Supporter's Avatar
apect
True Ehoza's Supporter is offline
is single

I am:
Awesome

apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect

True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute
Join Date
Jan 2007
Location
Batu Pahat
Age
42
Posts
9,676
Points
401,767.98
Thanks
654
Thanked 2,205 Times in 750 Posts
Credits

$ 601
Rep Power
588960
Quote Originally Posted by Sonche View Post
Sebak juga baca kisah ni.

Org kita yg susah mmg masih ramai. Tu mujurla anak masih kecil.

Aku ada jugak kisah. Tapi lain la sikit, aku mengajar di salah sebuah kolej swasta. MEmang kolej aku ni majoriti student anak pekebun kecil getah. Tapi tak semua student ni sedar mak bapak diorang susah.

Ada satu batch tu, 2 tahun lepas, ada la sorang budak lelaki. Pakai baju branded, naik moto kapchai buruk. Memang banyak problem. Kaki ponteng kelas, x buat assignment. First2 duk kat asrama, then mohon nk tinggal kat luar sebab rumah family dia 10 kilometer je dari kolej.

Bila dah duk luar, faham2 je la, tak pernah datang kelas. Last2 datang bgtau nk berhenti.

beberapa bulan lepas tu, aku gi makan roti canai, kat kedai tu jumpa bapak dia, aku mmg cam la bapak dia ni. Mmg org susah. pakai baju koyak rabak, bawak anak pompuan dia yg bongsu, makan roti kosong share! air pun share. Sedih je aku tengok. Aku borak la dgn bapak budak ni. Dia cite, anak dia yg bekas student aku tu rupanya berhenti sebab merajuk ayah dia x belikan motor baru. Berair je mata bapak dia time cite. Yg peliknya, bapak dia tak salahkan anak, tapi salahkan diri sendiri sebab tak mampu. Hampeh punya budak.

Bapak dia keje pak guard skolah, anak ada 10 orang kalau tak silap aku. Imagine la. Tiba2 ada sekor anak, duk mengamuk nk beli motor sehingga sanggup berhenti belajar. Aku time tu baru tau dia anak org susah sebab kat kolej punya la berlagak. Hmmm...

Moral of the story, kalau tak mampu, buat cara tak mampu, usaha sendiri kalau nk jugak, jangan menyusahkan mak bapak.
Mcm aku, pakai Nokia 3310 je sebab tak mampu beli PDA.
shilake itu budak.... kalo la budak tu wujud zaman2 aku study dulu, dah lama dah kena kitai dah tu. dah ler mak bapak org susah, tp kerek berlagak mcm org kaya
https://www.facebook.com/ehozadotcom
Jom teka gambar dan menang RM150!

10. #9
xareen's Avatar
xareen is offline Addicted Member
This user has no status.

I am:

xareen will become famous soon enough xareen will become famous soon enough
Join Date
Feb 2007
Location
klia
Posts
925
Points
309.90
Thanks
0
Thanked 16 Times in 13 Posts
Credits

$ 1
Rep Power
598
Quote Originally Posted by apect View Post
shilake itu budak.... kalo la budak tu wujud zaman2 aku study dulu, dah lama dah kena kitai dah tu. dah ler mak bapak org susah, tp kerek berlagak mcm org kaya
ooo...zaman apect dulu xde ke budak itu macam?...
"ketenangan ada di hati, x merasa kerna kau x mencari..."

11. #10
apect
True Ehoza's Supporter's Avatar
apect
True Ehoza's Supporter is offline
is single

I am:
Awesome

apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute
Join Date
Jan 2007
Location
Batu Pahat
Age
42
Posts
9,676
Points
401,767.98
Thanks
654
Thanked 2,205 Times in 750 Posts
Credits

$ 601
Rep Power
588960
Quote Originally Posted by xareen View Post
ooo...zaman apect dulu xde ke budak itu macam?...
ada ramai tp konfem kena basuh kaw2 punya. pastu ragging lbh kurang sampai die insaf. tak bagi can punya
https://www.facebook.com/ehozadotcom
Jom teka gambar dan menang RM150!

12. pamm 468x60-en

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

Similar Threads

1. Ada berani 'Kisah Benar nie'
By suci_bakawali in forum Scary, Frightened, Ghost
Replies: 6
Last Post: 10-04-2010, 12:33 AM
2. kisah benar dan pedoman...
By sudusenduk in forum Religious Talk / Muslim Section
Replies: 4
Last Post: 14-08-2009, 04:24 PM
3. PKFZ dan kisah-kisah pelik tapi benar
By HK23 in forum Politic Discussion
Replies: 0
Last Post: 04-06-2009, 06:36 PM
4. Kisah Benar Seorang Tan Sri
By adriana in forum Isu Semasa 2009
Replies: 26
Last Post: 11-05-2009, 07:28 PM
5. TNB (KISAH BENAR)
By bruncit in forum Jokes, Pranks
Replies: 2
Last Post: 29-04-2009, 10:24 AM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

• You may not post new threads
• You may not post replies
• You may not post attachments
• You may not edit your posts
Premium Ads
TenkoFX ECN Gravity

Paid Ads

FXOpen 125x125

Moneybookers 180x60

Ehoza Ads
Ehoza Ads