The Best Spread 728x90ms

+ Reply to Thread
Results 1 to 10 of 10
  1. #1
    untouchable's Avatar
    untouchable is offline Ehoza's Designer

    is is available
     
    I am:
    Cool
     
    untouchable has a reputation beyond repute untouchable has a reputation beyond repute untouchable has a reputation beyond repute untouchable has a reputation beyond repute untouchable has a reputation beyond repute untouchable has a reputation beyond repute untouchable has a reputation beyond repute untouchable has a reputation beyond repute untouchable has a reputation beyond repute untouchable has a reputation beyond repute untouchable has a reputation beyond repute
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    ^
    Posts
    3,343
    Points
    5,578.02
    Thanks
    78
    Thanked 348 Times in 186 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    32524

    Caping (cawat besi)


    Kanak-kanak perempuan sudah dianggap lengkap berpakaian dengan hanya memakai sekeping cawat atau caping untuk menutupi kemaluannya. Caping biasanya diperbuat daripada logam yang berbentuk daun ara tanpa ukiran. Bagaimanapun terdapat bukti dan rekod yang menunjukkan bahawa caping diperbuat daripada berbagai-bagai bahan seperti emas, perak, tembaga kuning dan merah, kulit kerang, tempurung, kayu dan kadangkala berbagai-bagai bahan yang dijalin, ditempah atau dipaterikan.

    Caping dipercayai telah diperkenalkan di negara ini oleh orang India sejak zaman Seriwijaya iaitu sekitar kurun ketujuh hingga ke-13 Masihi. Ia digunakan dengan meluas oleh kanak-kanak perempuan di utara dan di pantai timur Semenanjung Malaysia. Penggunaan caping di negeri-negeri lain tidaklah begitu meluas. Memang ada bukti yang menunjukkan bahawa caping turut digunakan di daerah-daerah lain di dunia tetapi setakat ini tidak ada dokumentasi untuk menjadi bukti atau rujukan yang berwenang tentang perkara ini. Jadi tulisan ini hanya menumpukan perhatian terhadap bahan-bahan yang ada di muzium dan beberapa koleksi perseorangan sebagai perbandingan. Disebabkan tiadanya bahan bertulis, maka maklumat yang ada banyak merujuk kepada kajian lisan sahaja yang telah dikumpul daripada orang-orang tua di kampung yang mengetahui serba sedikit tentang caping. Berikut ialah maklumat yang diberikan oleh para informan tersebut.

    Kira-kira 300 tahun yang lalu iaitu sebelum pemerintahan Long Yunus di Kelantan (1763-1798), tukang-tukang perak tempatan telah diberi peluang oleh sultan untuk membentuk sebarang ukiran tanpa had masa. Kesannya karya-karya yang halus, teliti dan bermutu tinggi telah dihasilkan. Keadaan ini berterusan di sepanjang pemerintahan baginda dan mendapat galakan yang secukupnya dari istana.

    Penduduk di kebanyakan tempat sering mengharapkan agar anak perempuan mereka dapat membantu kerja-kerja di rumah manakala anak dan kaum lelaki selalunya menghabiskan waktu siang menangkap ikan di laut. Justeru itu anak gadis dianggap sebagai "tulang belakang keluarga". Sudah menjadi kebiasaan bagi suami isteri bernazar. Situasi ini telah menyebabkan ramai ibu bapa yang bernazar untuk mendapatkan anak perempuan dan sebuah caping telah ditempah khas untuknya. Anak yang bakal dilahirkan akan dipakaikan dengan caping berkenaan dalam satu majlis ringkas setelah berumur satu tahun. Jika anak itu dilahirkan dalam keluarga diraja, capingnya diperbuat daripada emas atau campuran emas dan perak.

    Bagaimanapun bukanlah satu hal yang luar biasa jika tukang disuruh menggunakan "kulit karah" atau kulit kura-kura untuk membuat caping. Orang biasa dan mereka yang tidak berkemampuan lebih suka menggunakan perak atau tembaga untuk membuat caping. Keluarga yang miskin seperti nelayan dan petani biasanya membuat caping sendiri daripada tempurung dihiasi dengan ukiran yang sederhana. Setengah-setengahnya pula berpuas hati dengan hanya mengunakan kulit kerang atau kayu yang rata.

    Cara memakai caping berbeza menurut taraf dan kedudukan sebuah keluarga. Bagi kerabat raja ada beberapa perkara harus dipatuhi terutama sekali dalam memilih tali yang digunakan untuk mengikat caping di pinggang. Tali-tali yang berwarna putih, kuning, merah, hijau dan ungu dikhaskan untuk kerabat diraja sahaja. Manakala rakyat pula dilarang menggunakan warna kuning. Bagi orang bukan Melayu, tali berwarna hitam pula kerap digunakan. Kanak-kanak lelaki dan perempuan menggunakan caping ketika dia sudah boleh berdiri dan berjalan tanpa dipimpin iaitu ketika berumur satu tahun empat bulan.

    Tatacara majlis memakai caping boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang tahu tentang istiadat itu walaupun selalunya ia dilakukan oleh bomoh. Cara menyediakan upacara ini berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan dari seorang bomoh ke seorang bomoh yang lain. Istiadat menggunakan caping di kalangan anak-anak kerabat diraja dimulakan dengan merenjis daun emas bercampur tepung tawar untuk memuja semangatnya. Orang kebanyakan pula hanya menepung tawar serta diiringi dengan jampi yang dibacakan oleh bomoh. Kenduri kecil biasanya diadakan terlebih dahulu untuk memikat semangat supaya datang ke tempat majlis memakai caping itu dijalankan. Hidangan yang disediakan biasanya terdiri daripada tiga ulas nangka, tiga jenis buah-buahan tempatan, tiga buku garam, tiga sisir pisang nangka, satu sisir pisang raja dan dua batang lilin lebah. Persembahan ini diletakkan di dalam bekas khas yang dianyam daripada daun pandan dan diletakkan di satu sudut terpilih yang diawasi berhampiran dengan tempat perasapan. Apabila semua persiapan telah disediakan kemenyanpun dibakar.

    Seterusnya bomoh akan membacakan jampi serapahnya. Jika dia seorang yang alim pastilah bacaannya dipetik daripada surah A1-Quran, tetapi jika seorang bomoh biasanya jampinya terdiri daripada campuran beberapa mantera dan serapah yang kadangkala sukar dimengerti oleh orang biasa.

    Selepas itu bomoh akan mengikatkan caping ke pinggang anak tersebut, diikuti dengan bacaan doa selamat dan menjamah hidangan. Caping biasanya diikat di pinggang dengan menggunakan tali berwarna hitam yang dipercayai boleh mengelakkan sebarang bencana daripada menimpa diri pemakainya. Caping tersebut akan dibuka semula apabila kanak-kanak itu sudah pandai menyarung pakaiannya sendiri. Namun demikian kerana telah biasa memakai caping dia akan berasa tidak lengkap tanpa memakainya walaupun sudah pandai memakai kain.

    Paling akhir kanak-kanak memakai caping yang diketahui ialah semasa pemerintahan Sultan Mohamed IV (1899-1920) di Kelantan. Selepas itu caping tidak digunakan lagi. Caping yang bercorak bunga-bungaan dipakai oleh kanak-kanak perempuan.


  2. stp 468x60-en

  3. #2
    joney's Avatar
    joney is offline Pengetua Ehoza

    is .............. dead!
     
    I am:
    Tired
     
    joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    Pass Away
    Posts
    8,902
    Points
    3,593.64
    Thanks
    193
    Thanked 96 Times in 63 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    182690
    ni untuk kanak2 je.. cube cari cawat besi betul2 punye...



  4. #3
    untouchable's Avatar
    untouchable is offline Ehoza's Designer

    is is available
     
    I am:
    Cool
     
    untouchable has a reputation beyond repute untouchable has a reputation beyond repute untouchable has a reputation beyond repute untouchable has a reputation beyond repute untouchable has a reputation beyond repute untouchable has a reputation beyond repute untouchable has a reputation beyond repute untouchable has a reputation beyond repute untouchable has a reputation beyond repute untouchable has a reputation beyond repute untouchable has a reputation beyond repute
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    ^
    Posts
    3,343
    Points
    5,578.02
    Thanks
    78
    Thanked 348 Times in 186 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    32524
    Perkenal semula cawat besi elak rogol

    Oleh Alias Ismail

    HULU TERENGGANU 15 Feb. – Pemakaian cawat besi perlu dihidupkan kembali kerana wanita zaman kini banyak terdedah kepada jenayah rogol yang semakin berleluasa, kata tokoh agama, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz.

    Beliau membuat saranan itu memandangkan berlaku peningkatan kes rogol dan mangsanya pula bukan setakat wanita muda, tetapi juga kanak-kanak dan warga tua.

    “Mungkin ia (pakai cawat besi) janggal dan kurang seronok didengar, namun inilah saranan terbaik kepada wanita bagi mengelak diri mereka dari dirogol,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berceramah pada majlis Forum Maal Hijrah peringkat negeri di Markas Pengajian Islam (Marpa) di Kampung Pelandan di sini malam tadi.

    Forum itu turut melibatkan penceramah terkenal, Dr. Sharifah Haayati Syed Ismail dan dipengerusikan oleh Kamaruddin Omar serta dihadiri Exco Kerajaan Negeri, Rosol Wahid; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Mohd. Zawawi Ismail dan ADUN Telemong, Rozi Mamat.

    Terdedah

    Abu Hassan berkata, kaum Hawa tanpa mengira usia kini terdedah kepada jenayah seksual itu berikutan semakin ramai lelaki khususnya remaja negara ini semakin gagal mengawal nafsu mereka.

    Dalam beberapa kes yang dilaporkan, katanya, terdapat perlakuan seks di luar tabie seperti remaja lelaki sanggup merogol haiwan dan warga tua manakala datuk dan ayah pula bertindak seperti haruan makan anak.

    Justeru katanya, saranan tersebut bukan bermaksud menghina kaum wanita, sebaliknya mahu memberi kesedaran kepada kaum Adam bahawa semakin sukar mencari lelaki sebagai seorang pelindung berkualiti pada masa kini.

    “Saya juga tidak kata semua lelaki sama ada yang dewasa atau remaja tidak bagus. Yang baik tu, baiklah, cuma yang suka buat perangai ni nak kita tangani. Jangan harap kepada kerajaan saja.

    “Jika perkara ini dibiarkan dan kita bersikap acuh tak acuh, macam mana kita mahu melahirkan umat lelaki berkualiti yang dapat menjadi pemimpin negara pelbagai kaum ini,” katanya.

    Abu Hassan berkata, pemakaian cawat besi di kalangan wanita menjadi amalan popular pada zaman dahulu iaitu sekitar tahun 1920-an hingga 1950-an, malah sekitar awal 1960-an pun masih ada yang memakainya.

    “Ketika itu pemakaian cawat besi dipakai wanita yang sudah berkahwin dan ia bagi mengelak mereka dari menjadi mangsa jenayah seksual terutama ketika ketiadaan suami di rumah kerana merantau mencari rezeki,” ujarnya.



  5. The Following User Says Thank You to untouchable For This Useful Post:


  6. #4
    formattedsolution's Avatar
    formattedsolution is offline Member
    is sedang seronok mencetak $$$ bersama VeMMA!
     
    I am:
    ----
     
    formattedsolution is on a distinguished road
    Join Date
    May 2007
    Location
    Kuantan - Bera - Kuantan - Bera
    Age
    43
    Posts
    144
    Points
    49.13
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 1 Post
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    559
    Quote Originally Posted by joney View Post
    ni untuk kanak2 je.. cube cari cawat besi betul2 punye...
    g jumpa tukang besi...pas tuh order yang custom made...



  7. #5
    mr.buragas's Avatar
    mr.buragas is offline Addicted Member
    This user has no status.
     
    I am:
    ----
     
    mr.buragas has a spectacular aura about mr.buragas has a spectacular aura about
    Join Date
    Jul 2007
    Location
    kinrara pu
    Age
    33
    Posts
    948
    Points
    302.80
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    579
    berbirat le kangkang budak tu nanti kalau pakai caping..habih beruamm...



  8. #6
    4dy's Avatar
    4dy is offline True Ehoza's Supporter
    is menyesuaikan diri di tempat baru
     
    I am:
    Awesome
     
    4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    P101
    Age
    33
    Posts
    9,718
    Points
    3,378.18
    Thanks
    211
    Thanked 178 Times in 150 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    4873
    zaman skrg patut pakai..



  9. #7
    s_bleeza is offline Hyper Active Member
    This user has no status.
     
    I am:
    Awesome
     
    s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute s_bleeza has a reputation beyond repute
    Join Date
    Jul 2007
    Location
    KL
    Posts
    2,151
    Points
    714.91
    Thanks
    12
    Thanked 72 Times in 25 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    6513
    Quote Originally Posted by 4dy View Post
    zaman skrg patut pakai..
    Betul tu.. banyak sgt kes rogol sejak kebelakangan ni...



  10. #8
    valentine's Avatar
    valentine is offline Super Ehozarian II

    is bosan!!!!!!!!!!!!!!!!
     
    I am:
    Tired
     
    valentine has a reputation beyond repute valentine has a reputation beyond repute valentine has a reputation beyond repute valentine has a reputation beyond repute valentine has a reputation beyond repute valentine has a reputation beyond repute valentine has a reputation beyond repute valentine has a reputation beyond repute valentine has a reputation beyond repute valentine has a reputation beyond repute valentine has a reputation beyond repute
    Join Date
    Jul 2007
    Location
    where I be
    Posts
    4,698
    Points
    1,669.95
    Thanks
    0
    Thanked 12 Times in 11 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    2947
    Both lelaki dan perempuan ker kene pakai??? klu ppuan jer x adil ler...



  11. #9
    untouchable's Avatar
    untouchable is offline Ehoza's Designer

    is is available
     
    I am:
    Cool
     
    untouchable has a reputation beyond repute untouchable has a reputation beyond repute untouchable has a reputation beyond repute untouchable has a reputation beyond repute untouchable has a reputation beyond repute untouchable has a reputation beyond repute untouchable has a reputation beyond repute untouchable has a reputation beyond repute untouchable has a reputation beyond repute untouchable has a reputation beyond repute untouchable has a reputation beyond repute
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    ^
    Posts
    3,343
    Points
    5,578.02
    Thanks
    78
    Thanked 348 Times in 186 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    32524
    ade sape penah tgk kt muzium x?



  12. #10
    yemo_where's Avatar
    yemo_where is offline Super Senior Member
    is lama x buka ehoza ni..need help...
     
    I am:
    Cool
     
    yemo_where is on a distinguished road
    Join Date
    Mar 2009
    Age
    30
    Posts
    638
    Points
    223.22
    Thanks
    8
    Thanked 13 Times in 12 Posts
    Credits

    $ 1
    Rep Power
    472
    bagi pakai kat pempuan yg suka merayap..
    kurang skit masalh sosial..


  13. FXOpen 468x60ms

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

     

Similar Threads

  1. Besi dari langit
    By aremeen in forum Info & Pengetahuan Am
    Replies: 1
    Last Post: 21-06-2009, 03:46 PM
  2. KEAJAIBAN DALAM BESI
    By Jani in forum Info & Pengetahuan Am
    Replies: 3
    Last Post: 23-02-2009, 11:38 AM
  3. Antara Tudung Dan Cawat Besi
    By headpux in forum Isu Semasa 2009
    Replies: 0
    Last Post: 07-02-2009, 03:09 PM
  4. Peninggalan Bukit Besi
    By hpmfl2002 in forum Info & Pengetahuan Am
    Replies: 0
    Last Post: 15-09-2008, 09:45 AM
  5. Syarikat Singapura jual cawat besi
    By moazmar in forum Info & Pengetahuan Am
    Replies: 11
    Last Post: 04-02-2008, 12:30 AM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
Premium Ads
TenkoFX ECN Gravity

Paid Ads

FXOpen 125x125

Moneybookers 180x60









Ehoza Ads
Ehoza Ads