Syahadah atau penyaksian Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad pesuruh Allah adalah 2 kalimah cukup penting dan asas dalam kehidupan seseorang Islam. Ia menjadi landasan penerimaan amal atau penolakannya. Ia juga menjadi asas- kekal atau tidak seseorang dalam neraka. Jika kalimah syahadahnya ada, lambat-laun ia akan keluar dari Neraka jika memasukinya terlebih dahulu. Jika tiada kalimah syahadah, ia kekal selama-lamanya dalam Neraka.Justru, 2 kalimah syahadah ini cukup penting untuk dipelihara supaya selamat dunia Akhirat. Tidak mungkin ia dijual-beli dengan harga yang murah seperti kebendaan, wang, pangkat, jawatan atau kedudukan sementara di dunia.

Ulama membincangkan bagaimana 2 kalimah syahadah ini boleh gugur dan terbatal. Tujuannya supaya umat Islam memeliharanya, lantas terpelihara dirinya dari azab dan sengsara. Ia berlaku melalui 3 aspek: Iktikad (kepercayaan), perbuatan dan perkataan. Di antaranya:

Iktikad

1. Syak terhadap kewujudan Allah
2. Syak terhadap kerasulan Muhammad saw atau 25 rasul
3. Syak terhadap berlakunya hari Kiamat, Syurga, Neraka, kebangkitan selepas mati, pahala, balasan siksa, Mahsyar, Hisab dan lain-lain.

4. Tidak percaya atau syak terhadap satu daripada sifat-sifat wajib Allah yang telah disepakati ulama, atau percayakan sifat wajib Allah seperti ‘ilmu’ tetapi tidak mempercayai ilmu Allah itu meliputi segala sesuatu walaupun sekecil-kecilnya.
5. Menghalalkan sesuatu yang diharamkan dengan ijmak seperti zina, membunuh jiwa yang diharamkan bunuh, mencuri, merampas, liwat, minum arak dan lain-lain atau sebaliknya iaitu mengharamkan sesuatu yang halal (dengan ijmak) seperti jual beli, pernikahan, makan-minum dan lain-lain.
6. Menafikan sesuatu yang wajib dengan ijmak ulama seperti solat fardhu 5 waktu atau menafikan satu sujud dalam solat fardhu, zakat, puasa di bulan Ramadhan, fardhu haji, wudhuk.

7. Mewajibkan sesuatu yang tidak wajib (dengan ijmak ulama) seperti mengiktikadkan wajibnya solat 6 fardhu.
8. Menafikan perkara sunat (dengan ijmak ulama) seperti sunat rawatib dan sunat 2 hari raya.
9. Bercita-cita untuk kufur pada masa akan datang

10. Syak terhadap imannya sama ada ia beriman atau tidak
11. Syak sama ada mahu kufur atau tidak (terus kufur ketika itu) melainkan was-was kerana ia dari syaitan.
12. Engkarkan Abu Bakar sebagai sahabat Nabi kerana ia thabit dengan nas Quran.

13. Menafikan kerasulan seorang rasul atau kenabian seorang nabi yang disepakati ulama seperti Nabi Isa. (Tidak kufur mereka yang engkarkan Khidhir kerana tidak disepakati ulama)
14. Engkarkan satu huruf yang disepakati dari Quran atau melebihkan satu huruf darinya (Tidak kufur mereka yang engkarkan Basmalah satu ayat dari Fatihah kerana ulama tidak ijmak terhadap perkara tersebut)
15. Mendustakan seorang pesuruh Allah seperti tidak percayakan kerasulannya, menghina perkataannya, mengurangkan pangkat dan kedudukannya, melecehkan namanya dan bentuk-bentuk penghinaan kepada rasul.

16. Membenarkan adanya nabi/rasul selepas Nabi Muhammad saw.
17. Mengiktikadkan keadaan warna kulit Nabi Muhammad itu hitam atau bukan Quraisy.
18. Meringankan janji Allah dengan balasan pahala atau dosa.

ingatlah.....kawan2 semua.......................

....since....