TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Results 1 to 4 of 4
1. #1
bga6848's Avatar
bga6848 is offline Member
This user has no status.

I am:

bga6848 is on a distinguished road
Join Date
Feb 2007
Location
serdang
Posts
130
Points
52.08
Thanks
0
Thanked 0 Times in 0 Posts
Credits

$ 1
Rep Power
574

Pelaburan saham melalui Internet haram – Majlis Fatwa

Pelaburan saham melalui Internet haram – Majlis Fatwa

Oleh NOR AZIAH JAAFAR, RUHAIDINI ABD KADIR dan RAMLI ABDUL KARIM

KUALA LUMPUR 12 April – Ketika wujud gelombang besar penyertaan orang ramai dalam skim-skim pelaburan Internet yang menjanjikan pulangan berlipat ganda, aktiviti itu hari ini difatwakan sebagai haram di sisi Islam.

Keputusan Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan Ke-77 di Kuala Terengganu itu sudah pasti memberi kesan kepada aktiviti pelaburan melibatkan tidak kurang 500,000 orang Islam termasuk golongan kenamaan dan profesional berpangkat Tan Sri dan Datuk.

Majlis berkenaan membuat keputusan itu terhadap semua bentuk pelaburan Internet termasuk skim cepat kaya SwissCash yang kononnya diuruskan Swiss Mutual Fund kerana skim-skim itu secara jelas mengandungi unsur riba.

Dengan nilai pelaburan mencecah RM1 bilion termasuk kira-kira RM200 juta yang dilaburkan oleh 50,000 pelabur dalam skim SwissCash, tidak kurang 50 jenis pelaburan Internet kini giat melobi orang ramai melabur dengan janji pulangan sehingga 300 peratus.

Selepas SwissCash dan beberapa lain malap, skim terbaru yang mendapat sambutan hebat ketika ini ialah I Love You Forever menerusi laman web www.iluf.biz yang menjanjikan pulangan sehingga RM21,000 bagi pelaburan pokok RM800 untuk tempoh 12 bulan dan www.ugifund.com yang dilancarkan hari ini.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Datuk Dr. Abdul Shukor Husin yang ditemui pemberita selepas mesyuarat itu memberitahu, sebarang pelaburan yang menjamin keuntungan secara tetap seperti ditawarkan SwissCash adalah haram.

Menurutnya, atas alasan itu, Islam tidak membenarkan umatnya melabur dalam segala bentuk pelaburan seumpama itu.

‘‘Ada banyak pelaburan alternatif disediakan kepada pelabur yang berlandaskan Islam dan boleh disertai oleh umat Islam,’’ katanya.

Berdasarkan siasatan Utusan Malaysia, pelaburan Internet pilihan rakyat Malaysia ialah skim yang mendakwa menjana wang dalam pasaran hadapan komoditi seperti minyak, gas, perladangan dan emas.

Terdapat pelaburan Internet seperti SwissCash yang mendakwa kononnya aktiviti mereka ialah pelaburan offshore yang tidak tertakluk dalam bidang kuasa perundangan termasuk Bank Negara Malaysia (BNM).

Jenis pelaburan lain yang didakwa sebagai asas aktiviti skim pelaburan Internet ialah perniagaan mata wang asing selain melabur dalam pasaran-pasaran saham luar negara.

Sebelum ini, media mendedahkan pelaburan skim cepat kaya SwissCash yang tampil dengan pelan pelaburan tanpa had dan jaminan keuntungan lebih meyakinkan yang setakat ini sudah menelan kira-kira RM190 juta wang daripada lebih 50,000 pelabur Malaysia.

Kutipan wang deposit awam secara haram itu beroperasi dengan modus operandi berasaskan transaksi Telegraphic Transfer (TT) di bank-bank tempatan dan urusan pelaburan menerusi Internet.

Ekoran itu, BNM membuat kenyataan bahawa skim SwissCash adalah menyalahi undang-undang negara kerana mengambil deposit secara haram.

Teknologi

Selain SwissCash, terdapat lebih 50 skim cepat kaya menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) didalangi beberapa sindiket yang menawarkan pelbagai bentuk pelan pelaburan menerusi alam maya Internet.

Antara skim berkenaan ialah www.ABFund.biz; www.WinliFund.com; www.empay.com; www.buyebarrel.us; www.eaindex.com; www.fical.us; www.GlobalForex.us; www.Arabic.com; www.eracapital.com; www.e-investpro.com; www.GG-trade.com dan www.smartindex.net.

Dengan membuka laman web www.jutawan.com, pelayar boleh mendapatkan senarai keseluruhan skim-skim pelaburan Internet atau istilah globalnya dikenali sebagai High Yield Investment Programme (HYIP).

Modal pelaburan dikira berasaskan nilai mata wang Amerika Syarikat (ASD) berdasarkan 3.80 bagi setiap Ringgit Malaysia.

Dengan pelaburan serendah AS$20 (RM76), skim-skim itu menjanjikan pulangan lumayan minimum dua peratus sehari atau 60 peratus sebulan yang dibayar kepada para pelabur selama 100 hari.

Pulangan itu jauh lebih besar dan terlalu tinggi jika dibandingkan dengan kadar pulangan yang ditawarkan institusi perbankan iaitu tiga peratus sebulan bagi deposit tetap atau lapan peratus bagi pasaran modal.

Dengan pelan pelaburan yang menarik menggunakan laman web yang berpusat di Amerika Syarikat (AS), penganjur yang sebenarnya didalangi orang tempatan berjaya mengabui mata para pelabur.

2. bitcoin 468x60-en

3. #2
myb's Avatar
myb is offline Junior Member
This user has no status.

I am:

myb is on a distinguished road
Join Date
Mar 2007
Posts
11
Points
3.30
Thanks
0
Thanked 0 Times in 0 Posts
Credits

$ 1
Rep Power
0
Kalau pelaburan melalui internet haram bagaimana dengan pelaburan dgn asb? Adakah kita yakin yang duit dlm asb dilaburkan kepada syarikat atau saham saham yg mana penghasilnya drp biz halal. Sedangkan hasil kepada cukai kita pun datang drp dari hasil cukai jual nombor, cukai arak, cukai pengexportan **** dan lain lagi yg kita kurang tau haram nya walaupun ianya berasal drp negara kita Malaysia yg di ketahui negara islam.
Jadi mcm tu. Apa kata majlis fatwa pulak pasai cukai drp benda halal tu? Halal di sisi perundangan kerana ada lesen. Adakah inya halal juga pada agama? Ngapa tak bising? Takut tak ada soru ka? Takut kana trf ka? Ta apa.
Kerajaan kenapa mau larang org. Buat satu yg serupa, kasi offer rakyat. Lawan org. Kalau org kasi 2% per day, kau kasi 2.5% perday. Minyak mentah pun turun harga tapi minyak kereta masi jugak begitu.

4. #3
apect
True Ehoza's Supporter's Avatar
apect
True Ehoza's Supporter is offline
is single

I am:
Awesome

apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect

True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute
Join Date
Jan 2007
Location
Batu Pahat
Age
42
Posts
9,676
Points
401,767.98
Thanks
654
Thanked 2,205 Times in 750 Posts
Credits

$ 601
Rep Power
588965
Quote Originally Posted by myb View Post

semua tu ditanggung oleh kerajaan pemerintah. lagipun kite diberi pilihan. ade juga bank Islam. isu pengharaman pelaburan internet ni, pasal sumbernya mmg terlalu gharar. kalo asb atau mutual fund biasa, sekurang2nya ade jugak portfolio. memang diharamkan, tp kerajaan takde plk cakap yang kita "TAK BOLEH" melabur kan? tepuk dada, tanya ler selera kite memasing
https://www.facebook.com/ehozadotcom
Jom teka gambar dan menang RM150!

5. #4
apect
True Ehoza's Supporter's Avatar
apect
True Ehoza's Supporter is offline
is single

I am:
Awesome

apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute
Join Date
Jan 2007
Location
Batu Pahat
Age
42
Posts
9,676
Points
401,767.98
Thanks
654
Thanked 2,205 Times in 750 Posts
Credits

$ 601
Rep Power
588965
yg tak tengpk berita tu tgk ler kat sini

https://www.facebook.com/ehozadotcom
Jom teka gambar dan menang RM150!

6. stp 468x60-en

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

Similar Threads

1. Fatwa Pengharaman Pelaburan Internet
By amismile in forum Other Money Making Opportunities
Replies: 8
Last Post: 11-08-2011, 11:16 AM
2. Replies: 4
Last Post: 31-07-2009, 05:05 PM
3. Senaman yoga haram: Majlis Fatwa Kebangsaan
By kitaro in forum Religious Talk / Muslim Section
Replies: 25
Last Post: 23-11-2008, 11:47 PM
4. Majlis Fatwa putuskan 'pengkid' haram
By kitaro in forum Religious Talk / Muslim Section
Replies: 26
Last Post: 12-11-2008, 04:24 AM
5. Majlis Fatwa putuskan pengkid haram
By ayiesempoi in forum Isu Semasa 2008
Replies: 7
Last Post: 27-10-2008, 12:58 AM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

• You may not post new threads
• You may not post replies
• You may not post attachments
• You may not edit your posts
Premium Ads
TenkoFX ECN Gravity

Paid Ads

FXOpen 125x125

Moneybookers 180x60

Ehoza Ads
Ehoza Ads