Manusia hari ini suka sangka-sangka......................... Ada sangka baik Ada sangka buruk Orang beribadah disangka riak Orang rileks disangka malas Orang berpakaian baru disangka menunjuk Orang berpakaian buruk disangka hina Orang makan banyak disangka pelahap Orang makan sikit disangka 'diet' Orang berperangai baik disangka buruk Orang berperangai buruk disangka baik Orang yang senyum disangka mengejek Orang yang masam disangka merajuk Orang berbincang disangka mengumpat Orang yang diam disangka menyendiri Orang yang menawan disangka menggoda Orang yang ceria disangka menggoda Orang yang ceria disangka mengada Orang yang bertanya disangka menyibuk Mana tahu yang senyum itu bersedekah Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat Mana tahu yang diam itu beribadah Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya Mana tahu yang bertanya itu prihatin orangnya Justeru itu................................ Sesuatu perkara yang kita lihat Jangan suka sangka-sangka Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa Kerap sangka-sangka mengundamg celaka Jangan terlalu bersangka-sangka Jauhi sikap sangka-sangka ..