Firman Allah yang bermaksud :
" Semua yang ada di bumi itu akan binasa, Dan tetap kekal Zat Tuhanmu
yang mempunyai Kebesaran & Kemuliaan " ( Ar-Rahman : 26-27 )


Alam luas ciptaan Allah Swt akan menempuh saat kemusnahannya,
lihatlah
tumbuh-tumbuhan yang menghijau di sekeliling kita akhirnya akan
kuning
layu, bebunga yang kembang mekar akan gugur dari kelopaknya, besi
akan
karat dan menjadi reput walaupun kepejalan dan kekerasannya tidak
diragui,
makanan dan lauk pauk yang segar akan basi, anak-anak remaja akan
pudar
kejelitaan & ketampanannya dimamah usia tua. akhirnya ajalpun tiba,
semua
itu adalah unsur-unsur kiamat kecil yang sentiasa berlaku
disekekliling
kita. Situasi demikian merupakan suatu perkabaran awal bahawa
kemusnahan
sebenar akan berlaku kepada seluruh ciptaan Allah, iaitu alam
semesta &
cakerawala akan menemui AJALNYA pada suatu detik yang dinamakan
KIAMAT.
Tiada satupun yang terkecuali selain yang kekal hanya Allah Yang
Maha
Pencipta yang Menepatkan tarikh akhir segala ciptaan-Nya.

" Apabila Bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dasyat), dan bumi
telah
mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandungkan)nya, dan manusia
bertanya
: "Mengapa bumi (jadi begini)?, pada hari itu bumi menceritakan
beritanya,
kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian itu)
padanya"
(Az-Zalzalah : 1-5 )

Bumi walaupun kelihatan begitu gagah dengan bebatu pejal
serta
gunung-ganang terhunjam kukuh ke dasar bumi, namun ia bukan suatu
jaminan
untuk kekal, akhirnya pasti terpaksa tunduk dengan kehadiran saat yang
maha
dasyat itu. Qiamat juga bermaksud MUSNAHNYA seluruh sistem alam
yang
diciptakan oleh Allah SWT yang selama ini berjalan menurut
ketentuan-Nya.

Di Dalam Kitab Ihya' Ulumiddin Jilid 4 menjelaskan perkara yang jauh
dari
pandangan manusia disebut sebagai 'Rubu'al-Muhlikat', Imam
Al-Ghazali
menyatakan tentang manusia yang telah dibangkitkan dari kubur-kubur
mereka
selepas tiupan 'sangka Kala' yang kedua. Kebangkitan manusia yang
mati
sejak zaman Nabi Adam sehingga manusia terakhir selepas alam
buana
diqiamatkan dengan dipertemukan semula SEKALIAN RUH dengan JASAD yang
baru.

Manusia apabila dibangkitkan, sudah pasti ia memerlukan suatu hamparan
bumi
untuk berpijak, adakah bumi mahsyar tempat manusia dihimpunkan itu
sama
dengan bumi yang ada sekarang ini? maka dalam kitab ihya
Ulumiddin
dihuraikan tentang suatu daratan bumi yang luas, saujana mata
memandang.
keadaan buminya yang putih dan rata, tiada gunung-ganang atau pepohon
yang
dapat dijadikan tempat berteduh di sebalik bayangnya, atau lurah
bergaung
dan bergua yang boleh dijadikan tempat kediaman.

Padataran putih yang maha luas itulah manusia yang baru dibangkitkan
semula
dihalau ke sana seperti binatang ternakan yang dihalau keluar
dari
kandangnya. seluruh manusia dihimpunkan di bumi mahsyar yang
rata,
tiba-tiba menjadi gempar apabila Allah Yang Maha Berkuasa telah
memadamkan
pelita matahari, menjadikan dataran mahsyar menjadi gelap gelita.
ketika
manusia bersesak-sesak dan bertumpang tindih di dalam gelap
pekat,
tiba-tiba langit yang berada di atas mereka retak dan pecah
berderai
menjadi cair merah menyala-nyala seperti besi yang dibakar dalam
relau
menjadi cair oleh kepanasan yang terlalu dasyat. Cairan itu
mengalir ke
dataran bumi dipenuhi oleh manusia yang sedang dihimpunkan .

Bagaimanakah kita membayangkan betapa dasyatnya kehidupan manusia di
dataran mahsyar, yang mendengar setiap
bunyi langit yang pecah hancur. Kemanakah manusia hendak melarikan diri
?