The Best Spread 728x90ms

+ Reply to Thread
Results 1 to 10 of 10
1. #1
since's Avatar
since is offline Addicted Member
This user has no status.

I am:

since is just really nice since is just really nice since is just really nice since is just really nice since is just really nice
Join Date
Feb 2007
Location
east
Age
42
Posts
888
Points
284.70
Thanks
0
Thanked 5 Times in 5 Posts
Credits

$ 1
Rep Power
631

Tahukah Anda Apa Itu "wasatiah"

Wasatiah konsep paling sempurna
Oleh SINCE
RAMAI yang mengeluh apabila kerajaan memutuskan kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen seliter sejak 27 Februari lalu. Panorama menarik yang dapat dilihat sebelum mencecah detik 12 tengah malam 27 Februari ialah kenderaan berpusu-pusu ke stesen minyak untuk mengisi tangki kenderaan sebanyak mungkin sebelum harga baru dikuatkuasakan keesokan harinya.
Bahkan, kenaikan harga minyak menjadi topik utama di kalangan masyarakat termasuklah para profesional hinggalah kepada pekerja kilang. Kedai-kedai kopi menjadi medan luahan perasaan dan di situlah mereka melampiaskan kebimbangan. Tidak kurang juga yang merungut, mengapa mereka perlu berjimat lagi sedangkan perbelanjaan sekarang sekadar memenuhi keperluan dan bukan untuk bermewah.
Rentetan kenaikan harga minyak secara logiknya akan turut mempengaruhi kenaikan harga barang-barang keperluan. Mungkin ada pengusaha makanan dan kenderaan akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga produk dan perkhidmatan masing-masing. Sejauh mana kerajaan mampu membendung ‘peraih keuntungan atas angin’ ini tanpa menjejaskan golongan bawahan yang berpendapatan rendah?
Bagi mengulas isu tersebut, Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab Majid memberi pandangannya berhubung dasar dan prinsip yang dianjurkan Islam bagi menghadapi konflik ekonomi dalam kehidupan hari ini.
Menurut beliau, kenaikan harga minyak adalah fenomena sejagat. Ia turut meninggalkan kesan yang lebih teruk kepada negara-negara yang tidak dapat menahan kenaikan mendadak. Orang Islam harus menerima keadaan ini sebagai fenomena biasa dan cuba untuk menyesuaikan diri dengan apa yang berlaku.
Apabila berlaku situasi demikian, maka ia akan berkait dengan soal material dan isu penjimatan. Dalam hal berjimat-cermat, perlu ditekankan tentang wujud pihak-pihak tertentu yang mengeksploitasi kenaikan harga minyak dan mencari keuntungan.
Pihak kerajaan harus bertegas dalam membanteras keadaan ini bagi memastikan pengguna tidak menanggung kesan daripada kenaikan harga minyak dan akhirnya menekan golongan bawahan. Dengan adanya kefahaman antara semua pihak, penjelasan tentang konsep dan dasar kesederhanaan dalam Islam dapat diterapkan dengan lebih baik.
Konsep wasatiah merujuk kepada kesederhanaan dalam menjalani kehidupan di tengah-tengah pergolakan yang berlaku dan boleh memainkan peranannya dalam menentukan hala tuju masyarakat.
Jelas Mahmood Zuhdi, untuk membentuk peribadi wasatiah, ia memerlukan pembinaan sikap dan cara hidup yang sederhana terutama dari segi berfikir dan melontarkan pandangan. Dalam erti kata lain, kita perlu menjadi seorang yang rasional dan dapat mengimbangi realiti dan idealisme dalam hidup.
“Umat Islam digalakkan mengamalkan sifat sederhana, misalnya jangan melihat kepada kekuatan ekonomi tetapi kepada keperluan yang perlu diutamakan. Sebagaimana Nabi pernah berpesan kepada umatnya agar makan dan minumlah satu per tiga bagi memenuhi fungsi badan. Kita tidak makan sehingga benar-benar kenyang,” katanya.
Rakus
Baginda juga pernah bersabda, “Kami adalah golongan yang tidak makan kecuali lapar dan kalau makan, akan berhenti sebelum benar-benar kenyang.” Baginda menunjukkan contoh yang baik apabila hanya makan dengan menggunakan tiga jari dan mengangkat lutut yang melambangkan bahawa orang Islam bukan jenis yang rakus menikmati makanan.
Kemudian, orang Islam digalakkan bersederhana dalam soal-soal kemudahan lain seperti pakaian, tempat tinggal dan kenderaan. Bagi wanita pula, sekiranya barang kemas yang dipakai berlebihan ia akan dikenakan zakat. Tidak kurang juga, majlis kenduri kahwin diadakan dengan sederhana. Bahkan, Nabi Muhammad s.a.w. juga pernah menasihati agar diadakan mas kahwin yang paling sederhana.
“Kita perlu sedar bahawa kemewahan yang ada pada hari ini diwarisi daripada cara hidup Barat. Tidak dinafikan akan berlaku satu peringkat iaitu kekayaan yang sangat tinggi dan ini menjadikan orang tak serius dalam hidup. Mereka hanya suka kepada hiburan dan mencari keseronokan tetapi tidak mahu bekerja. Akhirnya, kenikmatan hidup akan dirasai oleh mereka yang berpendapatan tinggi sedangkan yang miskin tak berpeluang langsung,” jelas beliau mengenai gaya hidup masyarakat masa kini.
Beliau memberikan contoh situasi yang membabitkan keinginan masyarakat untuk memiliki kenderaan mewah. Ini secara tidak langsung akan menidakkan hak pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan kereta. Kesannya, kerajaan tidak berpeluang untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam kalau masih ramai yang belum bersedia. Begitu juga dalam hal-hal kemudahan lain, misalnya kenaikan tarif elektrik, yang secara tidak langsung menjejaskan golongan berpendapatan rendah.
Apabila berlaku konflik, maka keperluan untuk hidup sederhana perlu ditunjukkan kepada mereka yang lebih berkemampuan supaya mereka tidak mendapat lebih daripada yang sepatutnya.
“Dalam kes kenaikan harga minyak, saya bersetuju dengan langkah kerajaan untuk mengurangkan subsidi minyak dan pada masa yang sama prihatin kepada golongan petani dan nelayan. Mungkin kita terlupa kepada mereka kerana terlalu memberi tumpuan kepada projek-projek mega. Orang-orang bawah terjejas kerana mereka tidak mendapat faedah atau keuntungan daripada projek mega yang dilaksanakan,” ujar Mahmood Zuhdi.
Tegas beliau, Islam telah menggariskan dasar dan prinsip yang cukup jelas iaitu jangan melakukan pembaziran sebagaimana yang terkandung dalam surah al-A’raaf, ayat tujuh. Allah s.w.t. berfirman: “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (sembahyang), dan makanlah dan minumlah, dan jangan kamu melampau-lampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas.”
Pembaziran memusnahkan perkara yang berfaedah atau menggunakan lebih daripada keperluan. Oleh itu, penanda aras bagi menghadapi keadaan ini adalah menjalani kehidupan secara sederhana.
“Jika kita berkemampuan dan mempunyai pendapatan tinggi, kita dianjurkan membantu golongan yang kurang bernasib baik sama ada melalui zakat atau pemberian wang ehsan. Zakat boleh dituntut bagi asnaf yang telah ditetapkan supaya jaminan sosial berlaku. Ehsan pula merujuk kepada sumbangan yang diberikan kepada golongan kurang bernasib baik supaya majoriti yang berdikari dapat dikekalkan,” katanya.
Tambah beliau, ini amat penting untuk merapatkan jurang perbezaan taraf hidup antara golongan kaya dan miskin. Ia bukan sahaja melibatkan perbelanjaan tetapi mewujudkan majoriti pertengahan iaitu golongan bersikap sederhana yang akan menentukan corak hidup dan mampu mengawal golongan yang terlampau kaya serta memberi ruang kepada golongan miskin menjadi lebih berkemampuan.
Mahmood Zuhdi turut mengulas mengenai gaya hidup mewah masyarakat hari ini yang boleh dilihat dari segi jumlah kenderaan yang semakin meningkat. Malah mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana juga mampu memiliki kenderaan sendiri. Situasi ini jelas membuktikan satu fenomena yang terlalu mewah sedangkan duit tersebut seeloknya digunakan untuk simpanan hari tua.
“Gaya hidup yang cuba disarankan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak adalah mengurangkan perbelanjaan dari segi kemudahan kenderaan dan duit untuk berbelanja mewah. Gunakan pendapatan dalam ruang yang sangat-sangat diperlukan, contohnya untuk tabung pendidikan anak-anak dan waktu kecemasan. Apa salahnya kita kurangkan trend membina kolam mandi di rumah dan jumlah kenderaan yang diguna oleh ahli keluarga. Kesederhanaan yang cuba ditekankan bukan sahaja melibatkan aspek makan dan minum,” jelas beliau.
Konsep yang ditekankan Islam iaitu wasatiah mampu memainkan peranan sebagai umat yang memimpin apabila saiz golongan menengah dibesarkan dan membawa arus kesederhanaan ke dalam masyarakat ke arah yang tidak terlalu rendah atau terlalu tinggi.
Katanya, golongan kaya selalu merasakan diri mereka hebat dan boleh terlepas daripada segala keburukan yang menimpa. Sebaliknya, mereka perlu dikawal oleh kerajaan supaya tidak terus-menerus melakukan pembaziran.
“Contohnya, kereta tanpa mengira enjin berkuasa rendah atau tinggi tetap dikenakan cukai jalan yang agak tinggi dan juga kadar tol yang sama. Sepatutnya kerajaan perlu memikirkan apakah kaedah terbaik agar pengguna kereta kecil seperti Kancil mendapat bayaran tol yang berbeza berbanding kereta yang berkuasa tinggi. Ini semua perlu diberikan perhatian agar tidak merosakkan kelas bawahan dan menengah kerana mereka juga boleh mempengaruhi pergerakan ekonomi dalam masyarakat,” ujar beliau.
Mahmood Zuhdi turut memberi perhatian mengenai aspek memotivasikan golongan miskin supaya mereka berani tampil ke hadapan. Beliau menyifatkan tugas ini cukup mencabar kerana kemiskinan telah menyebabkan mereka hidup dengan perasaan rendah diri sedangkan golongan miskin memerlukan anjakan paradigma.
Sejak kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957, para pemimpin berusaha untuk membangunkan ekonomi orang Melayu tetapi pada masa yang sama kerajaan terlupa kepada sunti kan elemen pembangunan manusia dan bangsa. Dalam keadaan ekonomi yang semakin maju, masih ada lagi orang Melayu yang hidup miskin dan tidak berupaya untuk mengembangkan aspek kemanusiaan. Mereka hidup dalam sebuah negara maju tetapi tidak sejajar dengan pembangunan. Sekiranya kemajuan ekonomi bergerak seiring dengan pembangunan kemanusiaan, secara tidak langsung kita boleh membina kekuatan ekonomi yang lebih kukuh.
“Perkara yang paling dibimbangkan adalah apabila kerajaan menumpukan perhatian kepada industri asas tani dan orang Melayu tidak mengambil peluang tersebut dengan baik, maka akan lahirlah petani-petani mewah daripada kalangan bukan Melayu. Malah tanah terbiar dan rizab akan diambil alih bangsa lain dan Melayu akan menjadi orang terpencil dalam pembangunan,” ujar beliau yang berpendapat orang Islam perlu memanfaatkan setiap peluang yang ada demi kemajuan ummah.

2. bitcoin 468x60-en

3. #2
joney's Avatar
joney is offline Pengetua Ehoza

is .............. dead!

I am:
Tired

joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute
Join Date
Feb 2007
Location
Pass Away
Posts
8,902
Points
3,593.64
Thanks
193
Thanked 96 Times in 63 Posts
Credits

$ 1
Rep Power
182695
Panjang gile... jenuh nak bace...

4. #3
kyleXY's Avatar
kyleXY is offline Addicted Member
This user has no status.

I am:

kyleXY has a reputation beyond repute kyleXY has a reputation beyond repute kyleXY has a reputation beyond repute kyleXY has a reputation beyond repute kyleXY has a reputation beyond repute kyleXY has a reputation beyond repute kyleXY has a reputation beyond repute kyleXY has a reputation beyond repute kyleXY has a reputation beyond repute kyleXY has a reputation beyond repute kyleXY has a reputation beyond repute
Join Date
Feb 2007
Location
north pole
Age
33
Posts
755
Points
275.24
Thanks
0
Thanked 9 Times in 7 Posts
Credits

$ 1
Rep Power
1993
tu la pasal... aku xlarat nk baca gak?

5. #4
since's Avatar
since is offline Addicted Member
This user has no status.

I am:

since is just really nice since is just really nice since is just really nice since is just really nice since is just really nice
Join Date
Feb 2007
Location
east
Age
42
Posts
888
Points
284.70
Thanks
0
Thanked 5 Times in 5 Posts
Credits

$ 1
Rep Power
631
kongfem...korang ni minat tengok jee...kurang membaca ni....

6. #5
4dy's Avatar
4dy is offline Legendary Super Ehozarian
is menyesuaikan diri di tempat baru

I am:
Awesome

4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute 4dy has a reputation beyond repute
Join Date
Feb 2007
Location
P101
Age
33
Posts
9,720
Points
3,385.82
Thanks
211
Thanked 178 Times in 150 Posts
Credits

$ 1
Rep Power
4878
klu baca mst nk kene paham hehehe...

7. #6
firas's Avatar
firas is offline Addicted Member
This user has no status.

I am:

firas will become famous soon enough
Join Date
Feb 2007
Location
kajang-ser
Posts
901
Points
347.70
Thanks
0
Thanked 0 Times in 0 Posts
Credits

$ 1
Rep Power
596
wasatiah itu adalah bersederhana dlm segala hal...itu konsep nyer...amat mudah utk dipraktikkan...
'Destinasi Cinta Yang Ku Cari...Sebenarnya Terlalu Hampir...Hanya Kaburi Dengan Dosa Di dalam Hati...'

8. #7
joney's Avatar
joney is offline Pengetua Ehoza

is .............. dead!

I am:
Tired

joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute joney has a reputation beyond repute
Join Date
Feb 2007
Location
Pass Away
Posts
8,902
Points
3,593.64
Thanks
193
Thanked 96 Times in 63 Posts
Credits

$ 1
Rep Power
182695
Quote Originally Posted by moon View Post
wasatiah itu adalah bersederhana dlm segala hal...itu konsep nyer...amat mudah utk dipraktikkan...
Pandai moon kita buat ringkasan...

9. #8
firas's Avatar
firas is offline Addicted Member
This user has no status.

I am:

firas will become famous soon enough
Join Date
Feb 2007
Location
kajang-ser
Posts
901
Points
347.70
Thanks
0
Thanked 0 Times in 0 Posts
Credits

$ 1
Rep Power
596
heheehe...memang mudah buat ringkasan....nak praktikkan tu yg susah...hahahaha...
'Destinasi Cinta Yang Ku Cari...Sebenarnya Terlalu Hampir...Hanya Kaburi Dengan Dosa Di dalam Hati...'

10. #9
apect
True Ehoza's Supporter's Avatar
apect
True Ehoza's Supporter is offline
is single

I am:
Awesome

apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute apect
True Ehoza's Supporter has a reputation beyond repute
Join Date
Jan 2007
Location
Batu Pahat
Age
42
Posts
9,676
Points
401,767.98
Thanks
654
Thanked 2,205 Times in 750 Posts
Credits

$ 601
Rep Power
588965
susah nak bersederhana, kalo tgk org lebih sket, sure jeles. ni kan adat org melayu? kalo tak takkan ler kite selalu dgr phrase ni "biasa la tu, org melayu... mana leh tengok sesama melayu maju sket"
https://www.facebook.com/ehozadotcom
Jom teka gambar dan menang RM150!

11. #10
firas's Avatar
firas is offline Addicted Member
This user has no status.

I am:

firas will become famous soon enough
Join Date
Feb 2007
Location
kajang-ser
Posts
901
Points
347.70
Thanks
0
Thanked 0 Times in 0 Posts
Credits

$ 1
Rep Power
596
uish...tu ayat org sakit phd tu....perasaan hasad dengki...hehehehe...dlm bab bisness agi la,pantang tgk org maju sikit...ade je idea2 bernas nak jatuhkan sesama bangsa....
'Destinasi Cinta Yang Ku Cari...Sebenarnya Terlalu Hampir...Hanya Kaburi Dengan Dosa Di dalam Hati...'

12. stp 468x60-en

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

Similar Threads

1. Replies: 0
Last Post: 17-04-2010, 11:56 PM
2. Apa reaksi "Gov" bila MB Johor bersuara mengenai "PPSMI"
By adriana in forum Info & Education
Replies: 0
Last Post: 29-06-2009, 11:04 PM
3. Replies: 5
Last Post: 20-05-2009, 12:38 PM
4. Bila rakan anda "admire" kekasih anda..
By MiNi in forum Love is Cinta
Replies: 53
Last Post: 18-02-2009, 04:49 AM
5. Replies: 55
Last Post: 18-11-2008, 02:45 PM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

• You may not post new threads
• You may not post replies
• You may not post attachments
• You may not edit your posts
Premium Ads
TenkoFX Crypto

Paid Ads

FXOpen 125x125

Moneybookers 180x60

Ehoza Ads
Ehoza Ads